On-chain vs off-chain transactions main differences

Transaksi On-Chain vs Off-Chain Transactions – Panduan untuk Pedagang Baru

Reading time

Sejak dari mula lagi, teknologi blokchain diselubungi misteri dan persoalan yang sukar dijawab. Sebagai satu sistem kompleks yang mengandungi elemen yang saling terhubung, setiap blockchain mempunyai rekod teragih, data yang diakses oleh nod berbeza. Ia mengandungi maklumat mengenai transaksi on-chain vs off-chain. Bagaimanakah transaksi tersebut berfungsi? dan apa perbezaannya?

Artikel ini akan menerangkan tentang apa itu transaksi on-chain dan off-chain serta kelebihan, kelemahan, dan ciri-ciri unik transaksi ini.

Isi Penting

  1. Transaksi on-chain berlaku secara langsung pada blockchain. Ia ditulis dan disahkan menggunakan mekanisma blockchain dan hanya dianggap lengkap selepas pengubahsuaian yang bersesuaian berlaku pada blockchain.
  2. Transaksi off-chain pula berlaku pada rangkaian mata wang kripto, namun bukan pada blockchain. Transaksi ini jauh lebih murah dan atas sebab ini, ia semakin popular di rangkaian yang besar.
  3. Transaksi on-chain mungkin menjadi pilihan lebih baik bagi mereka yang inginkan keselamatan, pengesahan dan keupayaan untuk kekal (immutability). Sementara itu, transaksi off-chain sesuai untuk mereka yang inginkan transaksi yang pantas, berkos rendah dan sulit.

Apa itu Distributed Blockchain Registry?

Rekod teragih (distributed registry) merupakan pengkalan data yang diagihkan antara beberapa nod rangkaian atau peranti pengiraan. Rekod teragih merupakan pengkalan data yang diagihkan di rangkaian antara pesertanya (nod). Setiap peserta mungkin memiliki salinan peribadi pengkalan data rekod teragih yang sama. 

Nod dikemaskini secara berasingan antara satu sama lain. Setiap pihak akan dimaklumkan sekiranya perubahan dibuat pada rekod. Teknologi rekod teragih akan mengurangkan kos kepercayaan (trust cost) dengan ketara. Penggunaan rekod teragih membantu mengurangkan keberantungan dengan bank, agensi kerajaan, peguam, notari dan agensi kawal selia.

distributed ledger technology architecture

Ciri-ciri penting rekod teragih adalah ketiadaan pusat kawalan. Setiap nod membuat dan menulis kemas kini rekod secara berasingan antara nod lain. Kemudian, nod akan mengundi terhadap kemas kini tersebut untuk memastikan kebanyakan nod bersetuju dengan versi terakhir kemas kini tersebut. 

Pengundian dan persetujuan untuk satu salinan rekod dikenali sebagai consensus. Ia merupakan proses yang dilakukan oleh algoritma concensus secara automatik. Sebaik sahaja concensus (persetujuan) dicapai, rekod teragih akan dikemaskini, dan rekod versi terakhir rekod yang dipersetujui akan disimpan pada setiap nod.

Rekod teragih menawarkan paradigma baru dalam mengumpulkan dan menghantar maklumat. Ia memberi perubahan besar terhadap bagaimana individu, perniagaan, dan agensi kerajaan berinteraksi. 

Rekod teragih boleh digambarkan sebagai rekod transaksi atau kontrak yang disimpan dalam bentuk tidak berpusat di lokasi berbeza dan antara pihak yang berbeza. Keadaan ini akan membuatkan pihak berkuasa pusat tidak lagi perlu menyemak terhadap manipulasi. 

Jadi, ia tidak memerlukan pihak berkuasa pusat untuk membenarkan atau mengesahkan sebarang transaksi. Semua maklumat dalam rekod disimpan dengan selamat dan tepat menggunakan kriptografi dan boleh diakses menggunakan private keys dan tanda tangan kriptografi. Sebaik sahaja maklumat disimpan, ia menjadi pengkalan data yang kekal (immutable), dikawal oleh peraturan rangkaian.

Berdasarkan statistik pada hari ini, walaupun terdapat pembangunan pesat dalam kewangan tidak berpusat, transaksi on-chain semakin popular disebakan ciri-ciri keselamatannya.

Fakta Ringkas

Apa itu Transaksi On-Chain?

Untuk memahami maksud on-chain, anda perlu tahu tentang blokchain. On-chain (transaksi blockchain) merupakan transaksi kripto yang berlaku secara langsung pada blockchain dan direkodkan serta disahkan menggunakan mekanisme blockchain tersebut. Semua transaksi ini dianggap telah berlaku hanya apabila pengubahsuai yang bersesuaian dilakukan pada blockchain.

how on-chain transactions work

Semua transaksi tidak boleh dibalik semula (irreversible), sama ada disebabkan jumlah pengesahan yang mencukuopi dari peserta rangkaian atau melalui algoritma consesus (persetujuan) khas. Ia juga hanya boleh dibatalkan hanya jika persetujuan peserta yang memiliki kebanyakan hasing power di rangkaian berjaya diperolehi. 

Sementara itu, transaksi on-chain kripto bukan dilakukan secara percuma – pelombong (miner) mengenakan caj transaksi sebagai bayaran perkhidmatan pengesahan untuk mengesahkan pola (pattern) transaksi dalam rangka masa tertentu menggunakan analitik on-chain. Kadang-kala, jika rangkaian tidak diskala dengan betul dan terdapat banyak transaksi, caj yang dikenakan akan menjadi tinggi.

Transaksi on-chain akan direalisasi (dan tidak boleh berbalik) hanya apabila lebih 51% daripada ahli rangkaian bersetuju bahawa transaksi tersebut adalah tepat dan rekod telah dikemaskini sepenuhnya. Untuk melengkapkan transaksi pada rangkaian, pelombong mesti menerima jumlah pengesahan yang sudah dipersetujui. 

Masa yang diambil untuk melakukan transaksi on-chain juga bergantung kepada kesesakan rangkaian. Kerana itu, kadang-kala transaksi tertangguh jika terdapat banyak jumlah transaksi yang perlu disahkan. Namun, pemprosesan transaksi boleh menjadi lebih pantas disebabkan pengguna membayar caj yang lebih tinggi.

Kelebihan Transaksi On-Chain

Setiap jenis transaksi, sama ada on-chain atau off-chain, menawarkan kelebihan dan kekurangan masing-masing yang terdapat pada asas dan konsep transaksi ini.

Pros and Cons of On-Chain Transactions

Keselamatan

Transaksi kripto on chain menawarkan keselamatan tahap tinggi yang membolehkan anda gunakan tanpa perlu risau tentang serangan penggodaman. Data yang disimpan dalam blockchain adalah disulitkan (encrypted) sepenuhnya dan tidak boleh diubah selepas direkodkan. Ciri-ciri ini penting untuk mengelakkan manipulasi, pencurian atau ugutan.

Disebabkan perlindungan kukuh yang terdapat pada transaksi ini, tahap kepercayaan penguna semakin meningkat dan membuatkan ia semakin popular.

Ketidakberpusatan

Blockchain tidak tertakluk kepada pihak berkuasa berpusat. Ini bermakna risiko pihak pengantara (intermediary) untuk melanggar kepercayaan atau manipulasi data hampir atau tidak akan berlaku. Sebarang transaksi on-chain adalah terikat kepada peraturan sistem tidak berpusat, di mana transaksi transaksi tersebut diproses. 

Jadi, tiada kemungkinan untuk pihak ketiga mengubah ciri-ciri atau parameter blockchain. Kelebihan ini berkait rapat dengan keselamatan kerana ciri tidak berpusat pada lejer teragih meminimumkan kebarangkalian data transaksi digodam, yang boleh mengakibatkan kecurian aset.

Ketelusan

Penggunaan lejer teragih (distributed ledger) bermaksud transaksi direkod dan disahkan di beberapa tempat. Melalui explorer pada blockchain, sesiapa sahaja boleh menjejaki transaksi kepada alamat dompet yang unik dan lihat aktiviti transaksi tersebut. Keadan ini membolehkan pengesahan berasingan untuk sebarang metrik yang berkaitan dengan transaksi on-chain dilakukan.

Ketelusan transaksi juga dapat meningkatkan kepercayaan pengguna. Ini kerana pengguna memiliki akses terhadap data penting dalam hash – jumlah sebarang transaksi yang menunjukkan tujuannya dan ciri-ciri lain.

Kelemahan Transaksi On-Chain

Sekarang, mari lihat kelemahan utama transaksi on-chain.

Perlahan

Bilangan transaksi yang menunggu untuk diproses pada blockchain boleh memberi kesan kepada kelajuan transaksi, dan mungkin menyebabkan kesesakan pada rangkaian. Disebabkan keberkesanan blockchain hilang dalam jumlah yang besar berpunca daripada kesesakan melampau rangkaian, kelajuan pemprosesan transaksi biasanya ditingkatkan dengan menambahbaik bahagian tertentu pada sistem blockchain.

Caj yang Tinggi

Apabila jumlah transaksi tinggi, caj rangkaian juga akan meningkat. Ketika permintaan tinggi, penggunaan rangkaian boleh menjadi sangat mahal. Pelombong (validators) dibayar untuk mengesahkan setiap transaksi berdasarkan jumlah transaksi. Jadi, penambahan jalur lebar (bandwith) blockchain boleh membantu mengurangkan caj transaksi berulang kali. Hasilnya, beban pelombong pada rangkaian dapat dikurangkan.

Penggunaan Kuasa

Apabila bercakap tentang transaksi on-chain, persetujuan Proof-of-Work untuk proses perlombongan menggunakan kuasa pemprosesan dan tenaga dalam jumlah yang besar. Setiap transaksi memerlukan amaun kuasa pemprosesan tertentu. Kuasa pemprosesan ini diekstrak melalui perlombongan mata wang kripto apabila blok baru dilombong.

Apa Itu Transaksi Off-Chain?

Transaksi off-chain berlaku pada rangkaian mata wang kripto namun di luar blockchain. Transaksi ini sangat murah dan sebab itulah popularitinya semakin meningkat di rangkaian besar. 

Jika dibandingkan dengan transaksi on-chain, transaksi off-chain lebih ringkas. Transaksi ini dianggap sah apabila blockchain menukar data transaksi. 

Sebelum penukaran berlaku, transaksi akan disahkan oleh bilangan peserta yang spesifik. Kemudian maklumat berkenaan transaksi akan ditulis pada blok lain dan dihantar ke semua peserta di rangkaian. Ini membuatkan transaksi ini tidak boleh berbalik semula (irreversible).

Perjanjian Transaksi off-chain dibuat di luar rangkaian blockchain. Protokol yang digunakan untuk transaksi off-chain sama dengan yang digunakan pada paltform pembayaran seperti PayPal.

Pihak-pihak yang terlibat boleh memasuki perjanjian di luar blockchain. Langkah seterusnya melibatkan pihak ketiga yang berperanan untuk mengesahkan transaksi telah lengkap dan mengesahkan juga perjanjian tersebut telah dipatuhi. Ini menjadikan pihak ketiga sebagai penjamin dalam transaksi tersebut. 

Pada hari ini, model ini merupakan model yang paling banyak diadaptasi oleh pertukaran tidak berpusat, di mana platform pertukaran berperanan sebagai escrow. Ia menyediakan platform dan peraturan yang dipakai untuk transaksi. Sebaik sahaja pihak-pihak bersetuju untuk terma di luar blockchain, transaksi sebenar akan dilaksanakan pada blockchain.

Kod atau kupon biasanya boleh diterima semasa transaksi off-chain. Kod atau kupon yang boleh ditebus ini boleh ditukar untuk aset kripto. Kod dan kupon ini dimiliki oleh pihak ketiga dan bertanggungjawab untuk menebusnya pada masa yang tepat.

Kelebihan Transaksi Off-Chain

Sama seperti transaksi on-chain, transaksi off-chain juga mempunyai banyak kelebihan.

Pros and Cons of Off-Chain Transactions

Transaksi yang Lebih Laju

Jika dibandingkan dengan transaksi on-chain, transaksi yang berlaku diluar rangkaian blockchain lebih pantas dan lebih cepat diproses. Ciri-ciri tersebut, di mana tidak perlu menunggu pengesahan dari blockchain, membuatkan transaksi boleh berlaku secara serta merta dari dompet pengirim ke dompet penerima, membuatkan rangkaian tidak sesak.

Kos Lebih Murah

Transaksi yang disahkan di luar blockchain lebih efisyen dan memerlukan caj yang rendah. Ini kerana transaksi ini tidak perlukan proses pengesahan berdasarkan perlombongan (mining) atau staking. 

Ciri-ciri berguna terutamanya apabila mengendalikan amaun mata wang kripto yang besar dan aset kripto yang lain pada kedua-dua sistem berpusat dan tidak berpusat.

Ketanpanamaan Lebih Meluas

Data transaksi off-chain adalah sulit sepenuhnya dan tidak tersedia untuk umum. Ini akan meningkatkan lagi tahap ketanpanamaan transaksi dan menyembunyikan maklumat sensisitif seperti nama pengirim dan penerima, amaun dihantar, dan sebarang data jumlah transaksi yang juga bahagian paling penting dalam transaksi.

Kelemahan Transaksi Off-Chain

Kini, mari kita lihat kelemahan utama transaksi off-chain.

Ketelusan yang Rendah

Berbanding transaksi on-chain, transaksi off-chain yang berlaku di luar talian tidak mengikut protokol yang sama dengan blockchain. Ini membuka lebih kemungkinan pertikaian dan ketidaksetujuan disebabkan banyak data berharga tidak diketahui yang berpunca dari pelbagai sekatan.

Berpusat atau tidak

Transaksi off-chain biasanya berpusat; entiti yang menghantar data boleh tidak membenarkan akses, meghapuskan data, atau berhenti berfungsi. Lapisan dan seni bina yang kompleks mengekalkan sifat tidak berpusat dalam transaksi off-chain. Namun, tiada jaminan data boleh disimpan untuk selamanya disebabkan transaksi berlaku luar blockchain.

Kurang Keselamatan

Oleh kerana transaksi off-chain diproses di luar blockchain (walaupun ia berada di dalamnya), dan maklumat tentang transaksi ini tidak disimpan dalam rangkaian, keselamatan transaksi off-chain menjadi berkurangan dengan ketara. 

Pendekatan ini hanya merekodkan hasil awal dan akhir transaksi di blockchain; semua pengesahan lain aktiviti transaksi berlaku pada blockchain. Ini boleh menjejaskan integriti data transaksi.

Transaksi On-Chain dan Off-Chain: Perbezaan Utama

Apa beza antara transaksi on-chain dan off-chain? Walau nama seakan sama, kedua-dua transaksi ini memiliki beberepa perbezaan ketara, dari segi aplikasi dan ciri-ciri yang mengawal transaksi berfungsi.

Proses Transaksi

Semua data yang berkaitan akan dicap waktu bersama data transaksi on-chain dan disimpan di lejar umum. Berpandukan teknik persetujuan rangkaian blockchain (seperti Proof-of-Work atau Proof-of-Stake), komputer (atau nod) komputer rangkaian blockchain akan mengesahkan transaksi tesebut 

Pengesahan transaksi dan penambahan blok baru ke rantaian boleh menggunakan sumber pemprosesan di dalam rangkaian PoW. Kadar tenaga yang tinggi yang diperlukan boleh mencemarkan persekitaran dan meningkatkan lagi pemanasan global. 

Sementara itu, transaksi off-chain boleh dilakukan dengan menggunakan jaminan dari pihak ketiga, penyelesaian lapisan 2 (yang cuba menyelesaiakan masalah kebolehskalaan yang berlaku pada blockchain) yang dicipta secara khusus untuk mengurangkan tekanan pada blockchain utama. Contoh penyelesaian sebegini adalah Liquid Network and the Lightning Network.

Comparing On-Chain vs Off-Chain Transaction

Ketelusan and Keselamatan

Transaksi on-chain sangat selamat dan telus. Ini kerana memandangkan transaksi ini telah dicap waktu dan direkodkan, mustahil untuk mana-mana pihak mengubah dan mengulang semula. Transaksi off-chain mempunyai beberapa tahap keselamatan berbeza yang bergantung kepada bagaimana ia dilakukan. 

Pihak-pihak yang terlibat akan membuat satu saluran sampingan menggunakan penyelesaian 2 lapis (seperti Lighting Network). Saluran sampingan ini akan ditutup sebaik sahaja transaksi selesai. Ini membolehkan blockchain untuk merekodkan transaksi tersebut. 

Transaksi off-chain mungkin tidak akan meninggalkan kesan untuk membantu mana-mana pihak dalam transaksi sekiranya terdapat pertikaian.

Bitcoin Lightning Network

Transaksi on-chain menyediakan tahap keterbukaan lebih tinggi. Sebaliknya, ini memberi kesan kepada ketanpanamaan (anonymity). Untuk mengenalpasti secara separa pihak-pihak yang terlibat, ia masih boleh dilakukan disebabkan pola transaksi. Butiran transaksi on-chain disimpan dengan selamat di dalam lejer yang disebarkan kepada umum. 

Sebagai perbandingan, transaksi off-chain menawarkan konsep ketanpanamaan yang lebih tinggi kerana transaksi ini tidak boleh dilihat oleh semua orang. Walaupun transaksi off-chain dilakukan dengan penyelesaian 2 lapis yang mungkin meninggalkan kesan pada rantaian utama, telah disulitkan dan tidak tersedia sehinggalah rantaian ditutup. Ini membolehkan kerahsiaan pihak-pihak kekal terpelihara.

Kesimpulan

Transaksi on-chain dan off-chain merupakan dua teknologi berbeza dalam pembangunan rangkaian kripto. Masing-masing mempunyai ciri-ciri unik tersendiri. Namun kedua-duanya menawarkan alat yang sama untuk mengendalikan aset kripto – keupayaan memindahkan harga yang dinyatakan dalam aset kripto antara dompet berbeza dan masih berupaya untuk lihat data transaksi dan jejak status transaksi tersebut.

Perkembangan rangkaian blockchain membuatkan model-model ini semakin popular, namun hanya masa yang akan menentukan yang mana satu akan menjadi dominan pada masa hadapan.

Artikel terkini

slippage in crypto explained
Apa itu Slippage dalam Kripto? Bagaimana Cara Mengatasinya?
Pendidikan 24.04.2024
A Quick Overview Of Crypto Denominations
Unit Kripto Paling Penting: Gambaran Ringkas Tentang Denominasi Kripto
Pendidikan 23.04.2024
How to Start a Crypto ATM Business
Bagaimana Cara untuk Mulakan Perniagaan ATM Kripto
Pendidikan 22.04.2024
How to Get A BTC Wallet Address: Comprehensive Guide
Bagaimana Cara Dapatkan Alamat Dompet BTC Dan Mengapa Anda Perlukannya
Pendidikan 19.04.2024