NFT Staking Explained

Penerangan tentang NFT Staking: Terokai Peluang Pendapatan Pasif

Reading time

Sejak kebelakangan tahun ini, dunia kripto telah menyaksikan Non-Fungible Token (NFT) telah mengubah bagaimana orang ramai memiliki dan berdagang dalam dunia digital menggunakan cara yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Terdapat banyak peluang dalam dunia NFT. Namun, salah satunya menampilkan konsep yang sangat menarik – stacking NFT.

Jika anda tertanya-tanya, “Apa itu staking NFT?” atau mencari info bagaimana cara untuk kunci (stake) NFT dan jana pendapatan pasif. Mari kita ketahui staking NFT lebih mendalam dengan melihat aspek mekamisme, manfaat, dan platform terbaik yang memacu trend transformatif ini.

Isi Penting

  1. Staking NFT adalah konsep transformatif dalam dunia kripto. Ia menawarkan peluang kepada pemilik NFT untuk menjana pendapatan pasif dengan mengunci aset digital mereka untuk dapatkan ganjaran.
  2. Dalam staking NFT aset digital unik perlu didepositkan, bukan deposit duit, pada kontrak atau platform staking berdasarkan faktor seperti tempoh staking dan penyertaan dalam protokol rangkaian.
  3. Untuk dapatkan pulangan maksimum, penting untuk anda memilih platform staking yang mempunyai reputasi dan memiliki mekanisme yang telus. Selain itu, platform tersebut juga perlu mempunyai kepelbagaian portfolio staking NFT dalam beberapa projek.

Apa itu NFT?

What is NFT?

Tidak seperti mata wang kripto yang bersifat “fungible” atau boleh ditukar ganti, NFT merupakan aset digital yang unik. Ia mewakili pemilikan atau bukti keaslian sesuatu material atau kandungan.

Item ini boleh melibatkan pelbagai perkara, daripada seni digital, koleksi, hartanah maya, atau item dalam permainan (game) sehinggalah kepada tweet atau meme. Setiap NFT mempunyai ciri-ciri unik dan tidak boleh disalin atau ditukar dengan benda yang serupa. Sifat tersebut menjadikan NFT sebagai unik dan sangat berharga dalam dunia digital.

Pasaran NFT telah mengalami pertumbuhan pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Ia didorong oleh pertambahan koleksi NFT, pengaruh berprofil tinggi dari golongan selebriti, artis dan pempengaruh, serta penambahbaikan dalam teknologi blockchain, khususnya dalam kebolehskalaan dan keupayaan antara operasi (interoperability).

Bagaimana Staking NFT Berfungsi?

How does NFT Staking work?

Staking NFT merujuk pada proses di mana pemegang NFT boleh mengunci aset digital mereka untuk tempoh tertentu untuk dapatkan ganjaran. Tidak seperti mata wang kripto tradisional di mana pengguna mengunci coin atau token untuk melindungi dan mengesahkan transaksi pada rangkaian blockchain, staking NFT pula melibatkan tindakan mengunci aset digital yang unik.

Dengan melakukan staking NFT, pemegang boleh menyumbang kepada operasi rangkaian atau turut serta dalam pelbagai protokol. Situasi ini membolehkan pemegang NFT mendapatkan ganjaran dalam bentuk token tambahan, ganjaran utiliti atau dalam insentif dalam bentuk lain.

Proses staking NFT melibatkan pemegang NFT perlu mendepositkan aset digital ini dalam protokol staking atau platform staking NFT. Sepanjang tempoh staking, pemilik NFT tidak lagi mempunyai akses terhadap aset mereka, namun pada masa yang sama hak milik masih kekal. 

Sebagai balasan, pemilik NFT menerima ganjaran staking berdasarkan faktor seperti tempoh masa staking, bilangan NFT yang dikunci, dan peraturan protokol NFT tersebut. Ganjaran ini boleh diberikan dalam bentuk tambahan NFT, token atau mata wang fiat, bergantung pada platform staking dan mekanisme yang digunakan.

NFT pertama, “Quantum,” telah dicipta pada 2014 oleh Kevin McCoy di blockchain Namecoin. Namun potensi penuh NFT mula disedari di blockchain Ethereum. Platform ini lebih dipercayai dan dapat diakses dengan mudah untuk melancarkan projek NFT.

Fakta Ringkas

Manfaat Staking NFT

Benefits of NFT Staking

Walaupun staking untuk mata wang kripto lebih lazim dilakukan, konsep ini telah diadaptasi NFT untuk memberi utiliti tambahan dan sebagai insentif apabila menyertai ekosistem. Berikut adalah ringkasan kelebihan utama staking:

Jana Pendapatan Pasif

Staking NFT menawarkan peluang untuk menjana pendapatan pasif dalam dunia aset digital. Pemilik NFT boleh mendapatkan ganjaran tanpa perlu berdagang secara aktif atau terlibat dalam spekulasi pasaran, dengan melakukan staking ke atas aset digital yang tidak digunakan. 

Pemilik boleh mendapatkan ganjaran staking NFT dalm bentuk tambahan token, NFT atau aset digital lain. Ganjaran ini boleh diberikan secara berkala berdasarkan faktor seperti tempoh staking, tahap keunikan NFT tersebut, atau penyertaan dalam aktiviti tertentu dalam ekosistem.

Akses pada Kandungan Eksklusif

Terdapat program NFT staking yang memberi akses terhadap kandungan, pengalaman atau ciri-ciri eksklusif yang hanya tersedia untuk pemilik NFT yang melakukan staking (juga dirujuk sebagai staker). Anda perkara eksklusif ini termasuk akses awal untuk keluaran baru, acara khas, atau fungsi premium dalam aplikasi tidak berpusat (DApp).

Turut Serta dalam Tadbir Urus

Aktiviti NFT staking mungkin memberi hak mengundi atau keistimewaan tadbir urus kepada pemilik NFT dalam organisasi autonomi tidak berpusat (DAO) atau struktur tadbir urus lain yang berkaitan dengan projek NFT. Kedua-dua hak tersebut membolehkan staker NFT turut serta dalam proses membuat keputusan dan mempengaruhi hala tuju projek.

Meningkatkan Utiliti

NFT staking boleh mendapatkan utiliti atau kefungsian tambahan dalam DApp atau ekosistem. Sebagai contoh, NFT yang dikunci mungkin memberi keupayaan atau bonus tambahan dalam permainan berasaskan blockchain, dunia digital, atau pengalaman interaktif yang lain.

Menambah Rarity (Jarang) atau Scarcity (Kurang)

Beberapa mekanisme staking mungkin mengeluarkan token dari peredaran buat sementara waktu. Situasi ini akan mengurangkan bekalan dan meningkatkan lagi rarity atau scarcity untuk NFT yang dikunci tersebut. Hasilnya, nilai NFT tersebut akan meningkat atau keinginan pelabur atau pengumpul untuk mendapatkannya akan bertambah.

Insentif Ekonomi (Pegangan Jangka Masa Panjang)

Staking NFT boleh memberi motivasi kewangan kepada pemilik NFT mengunci NFT untuk satu tempoh jangka panjang, untuk mengekalkan penglibatan dalam ekosistem. Keadaan tersebut dapat menggalakkan kestabilan dan kelestarian. Apabila pemilik NFT mengunci token yang dimiliki, mereka menunjukkan komitmen terhadap projek dan menyumbang kepada keseluruhan projek tersebut.

Kolateral (Cagaran)

Kadang-kala, NFT staking boleh digunakan sebagai cagaran untuk, mengakses likuidit atau mendapatkan pinjaman melalui platform DeFi. Keadan ini membolehkan pemilik NFT mencagarkan aset tanpa menjualnya, sekaligus memberi pilihan fleksibiliti dan kewangan.

Secara keseluruhannya, mekanisme staking NFT menambah lapisan uiliti, interaksi, dan value-capture kepada ekosistem NFT. Ini akan menggalakkan penyertaan dan membina penglibatan komuniti.

5 Platform dan Projek Staking NFT

how to stake NFT

Harus diingat penting untuk memilih platform NFT yang bagus dan memahami bagaimana platform tersebut berfungsi, untuk memanfaatkan sepenuhnya peluang dalam staking NFT. Dapatkan platform yang mempunyai protokol staking boleh dipercayai, sistem ganjaran yang jelas, dan tempoh staking yang munasabah.

Selain itu, anda boleh mempelbagaikan portfolio NFT dalam beberapa projek untuk mengurangkan risiko dan memaksimumkan potensi ganjaran. Tumpukan pada ganjaran staking, peratusan hasil tahunan (APY), dan fi yang berkaitan, untuk memastikan pendekatan yang diambil untuk staking adalah seimbang dan selari dengan sasaran pelaburan anda.

Beberapa platform dan projek telah muncul untuk memenuhi pertambahan permintaan terhadap perkhidmatan staking NFT. Pasaran NFT utama, rangkaian blockchain dan platform khusus untuk staking NFT menawarkan peluang kepada pengumpul NFT untuk melakukan stake pada aset mereka atau bermain untuk mendapatkan ganjaran

play-to-earn

Berikut adalah beberapa platform untuk staking yang utama:

1. NFTX

NFTX menyediakan perkhidmatan untuk pengguna yang berminat untuk membeli, menjual, mengunci (staking), dan tukar (swap) NFT. Pengguna perlu mendeposit NFT mereka ke peti (vault) NFTX dan mencipta satu ERC-20 token, vTokens, pada nisbah 1:1. vTokens ini boleh dikunci untuk mendapatkan ganjaran atau memperolehi NFT tertentu daripada peti. Pemilik NFT boleh mengumpulkan vTokens dalam pembuat pasaran automatik untuk menghasilkan pasaran likuidi untuk pedagang lain berdagang. Sebagai penyedia likuiditi, pemilik NFT boleh mengenakan fi dagangan. 

Namun, staking NFT bermaksud anda melepaskan hak milik ke atas NFT yang dikunci. Oleh itu, ia lebih sesuai untuk NFT yang memiliki ciri-ciri yang lazim berbanding memiliki keunikan tersendiri.

2. Ape Coin

Pemegang NFT Bored Ape Yacht Club (BAYC), Mutant Ape Yacht Club (MAYC), atau Bored Ape Kennel Club (BAKC) boleh melakukan staking untuk mendapatkan token APE di ApeStake.io. Pool staking yang eksklusif tersedia untuk pemegang NFT tersebut. Setiap satunya menawarkan ganjaran dan memakai terma yang berbeza. 

Ini membolehkan pemilik memilih terma yang sesuai dengan mereka sebelum melakukan staking NFT. Pemilik BAKC perlu mencari pasangan BAKC, sama ada BAYC atau MAYC untuk mula dapatkan ganjaran staking. Token APE yang dikunci, akan hilang jika NFT dijual ketika masih dalam pool staking. Pemilik baru akan menerima token APE yang dikunci dan ganjaran.

3. Axie Infinity

Axie Infinity memperkenalkan kempen Land Staking pada Julai 2022. Terdapat lima jenis NFT hartanah/tanah (land) yang tersedia – Savannah, Forest, Arctic, Mystic, dan Genesis. Pemain boleh mengunci NFT tanah Axie untuk dapatkan token AXS. Kadar ganjaran berbeza mengikut tahap kejarangan tanah tersebut.

4. The Sandbox

Pemain boleh mengunci tanah NFT di metaversa The Sandbox untuk merima token SAND dan ganjaran. The Sandbox memperuntukkan SAND bernilai $10 juta kepada staker, dan ini membolehkan staker mendapat ganjaran ketika projek sedang berjalan.

5. Splinterlands

Splinterlands merupakan permainan kad main untuk dapat, yang berasaskan blockchain. Ia seakan sama dengan Heartstone. Dalam perlawanan, pemain boleh mengumpulkan koleksi kad dengan pelbagai keupayaan dan statisik berbeza. Token natif permainan ini, SPSSPS (Splintershards), beroperasi sebagai sebuah DAO di Binance Smart Chain (BSC). Pengguna boleh mengunci token SPS mereka pada pemain yang bermain dalam mod pertarungan mengikut ranking, pool likuiditi, dan pool DAO untuk pengundian tadbir urus.

Mengatasi Cabaran dan Risiko

Walaupun ganjaran staking NFT menarik, anda perlu berwaspada terhadap potensi risiko. Faktor seperti turun naik harga dalam pasaran, caj gas, dan deflasi terhadap tekanan bekalan yang terdapat pada projek NFT tertentu boleh menjejaskan pulangan staking. 

Antara risiko utama dalam staking NFT:

  • Projek Terbengkalai:Staker mungkin perlu menanggung risiko projek terbengkalai. Ini berlaku apabila pembangun tidak meneruskan sokongan terhadap platform tersebut atau gagal tunaikan kemas kini dan fungsi yang dijanjikan. Situasi ini boleh mendorong kepada kerugian pada aset yang dikunci sekiranya tiada strategi keluar atau cara untuk mendapatkan semula dana.
  • Eksploitasi Smart Contract: Smart contract yang menyokong protokol staking NFT tededah kepada ancaman pepijat (bug), mudah diserang dan eksploitasi. Sekiranya terdapat pencerobohan keselamatan, staker boleh menanggung kerugian kewangan atau aset yang dikunci dicuri.
  • Ketidakpastian dalam Undang-undang: Landskap pengawalseliaan untuk NFT dan teknologi blockchain sentiasa berubah. Staker mungkin berdepan dengan isu perundangan, lebih-lebih lagi jika pihak berkuasa mengenakan sekatan atau penggantungan ke atas aktiviti berkaitan NFT.

Selain itu, tidak semua projek NFT menawarkan aktiviti staking, dan APY berbeza berdasarkan platform. Lakukan kajian mendalam, nilai faktor risiko, pertimbangkan untuk dapatkan nasihat daripada penasihat kewangan untuk membuat keputusan staking yang tepat.

Kesimpulan

Seiring dengan perkembangan industri NFT, staking NFT merupakan had fleksibel yang terdapat dalam industri tersebut. Ia membolehkan pemilik NFT menjana pendapatan pasif. Pada masa yang sama juga, mereka menyumbang pada operasi dan protokol rangkaian. Aktiviti staking pada platform dan projek yang mempunyai reputasi, pemilik NFT boleh mendapatkan potensi aset digital sepenuhnya, mempelbagaikan portfolio pelaburan, dan turut serta dalam DeFi.

Harus diingat, walaupun staking NFT boleh memberi pulangan tertentu, anda harus mengambil pendekatan berhati-hati, melakukan kajian dan benar-benar faham risiko yang terlibat. Dalam era digital, staking boleh menawarkan masa hadapan yang terjamin dari segi kewangan melalui perancangan teliti dan perlaksanaan yang strategik.

Artikel terkini

slippage in crypto explained
Apa itu Slippage dalam Kripto? Bagaimana Cara Mengatasinya?
Pendidikan 24.04.2024
A Quick Overview Of Crypto Denominations
Unit Kripto Paling Penting: Gambaran Ringkas Tentang Denominasi Kripto
Pendidikan 23.04.2024
How to Start a Crypto ATM Business
Bagaimana Cara untuk Mulakan Perniagaan ATM Kripto
Pendidikan 22.04.2024
How to Get A BTC Wallet Address: Comprehensive Guide
Bagaimana Cara Dapatkan Alamat Dompet BTC Dan Mengapa Anda Perlukannya
Pendidikan 19.04.2024