How to Choose The Best Bitcoin Merchant Solution

Akaun Pedagang & Gerbang Pembayaran: Bagaimana Cara Memilih Penyelesaian Pedagang Bitcoin Terbaik

Reading time

Sektor perniagaan telah mengubah cara dalam menguruskan wang, di mana kaedah lama kini digantikan dengan teknologi baru. Untuk menerima pembayaran tanpa tunai dari kad kredit/debit dan mata wang digital, sektor perniagaan memerlukan akaun pedagang (merchant) dan gerbang pembayaran.

Dalam artikel ini, kami akan membincangkan bagaimana dua elemen ini dapat berfungsi bersama dan apakah faktor yang perlu dipertimbangkan ketika memilih penyelesaian pedagang Bitcoin.

Isi Penting

  1. Akaun pedagang berfungsi sebagai penghubung antara syarikat dan institusi kewangan pelanggan.
  2. Gerbang pembayaran berfungsi sebagai bahagian utama dalam sistem pemprosesan pembayaran.
  3. Keselamatan, harga, sokongan bantuan, dsb., semuanya merupakan aspek penting dalam memilih penyelesaian pedagang BTC.

Penerangan Tentang Akaun Pedagang

Akaun pedagang merupakan sejenis akaun kewangan khusus yang membolehkan pihak syarikat memproses dan menerima pembayaran secara dalam tallan. Ini termasuklah pembayaran kad kredit dan kad debit. Apabila seseorang pelanggan membeli dari stor fizikal atau stor dalam talian, wang tersebut akan disimpan dalam akaun pedagang. 

Tempoh pemprosesan dana biasanya mengambil masa sekitar dari satu hari bekerja sehingga tujuh hari bekerja. Namun, tempoh tersebut mungkin berbeza dan bergantung pada perjanjian bersama penyedia perkhidmatan dagangan. Selepas semua langkah yang terlibat telah dilengkapkan, wang akan dihantar ke akaun bank syarikat.

Perniagaan perlu memiliki akaun e-dagang untuk menguruskan dan memproses transaksi kad kredit dan debit. Akaun tersebut memainkan peranan sebagai pengantara antara syarikat dan penyedia perbankan untuk pelanggan. Selepas satu jangka masa yang singkat, dan selepas ditolak fi yang terlibat, hasil jualan akan dipindahkan ke akaun bank perniagaan.

E-dagang mata wang kripto semakin popular walaupun berisiko ringgi dan landskap perundangan yang rumit. Ia menawarkan pelbagai pilihan akaun pedagang. Sesuatu transaksi tidak boleh dibalikkan semula (irreversible) sebaik sahaja pelanggan mengirim pembayaran, dan tiada fi pemprosesan. Ciri-ciri tersebut membuatkan perkhidmatan akaun pedagang kripto merupakan segmen cara pembayaran tanpa tunai yang semakin berkembang.

Pedagang kripto berdepan dengan risiko dan pengawal seliaan dalam akaun yang tidak dikawal selia (unregulated). Oleh itu, mereka perlu meletakkan kepercayaan terhadap penyedia e-dagang berisiko tinggi. Akaun pedagang Bitcoin terbaik membolehkan pihak syarikat menerima pembayaran dalam pelbagai coin digital, tanpa perlu menggunakan tukaran mata wang dan fi untuk rentas sempadan. 

Dalam akaun pedagang untuk kripto, anda perlu mengesahkan identiti dan latar belakang perniagaan. Selain itu, anda juga perlu terhubung dengan gerbang pembayaran kripto. Pengesahan identiti juga adalah syarat yang dikenakan untuk akaun bank. Sebaik sahaja pelanggan membayar, mereka tidak boleh membatalkan transaksi.  

Selain itu, tiada caj akan dikenakan untuk kaedah pemprosesan pembayaran untuk akaun pedagang. Situasi ini menambah peningkatan penggunaan perkhidmatan akaun bank perniagaan untuk transaksi dalam talian.

Penerangan Tentang Gerbang Pembayaran

Gerbang pembayaran memudahkan lagi pindahan wang dari akaun bank pelanggan ke akaun bank perniagaan tersebut. Gerbang itu juga dapat membantu perniagaan mengenal pasti dan mencegah penipuan. Selain itu, itu juga memudahkan pembayaran rentas sempadan (cross-border). Gerbang pembayaran mesti dipautkan dengan perkhidmatan bayaran bagi membolehkannya berfungsi secara optimum.

Gerbang pembayaran memastikan transaksi dibenarkan atau sebaliknya, seterusnya melancarkan lagi aliran transaksi. Ia membuat pengesahan butiran kad pelanggan bersama bank respoden, menghantar notifikasi transaksi, dan sekiranya diluluskan, dana akan dipindahkan. 

Gerbang pembayaran penting dalam ekonomi digital untuk keselesaan pengguna, memastikan transaksi yang lebih pantas untuk vendor, mengurangkan risiko penipuan, langkah keselamatan yang kukuh, dan pematuhan terhadap undang-undang. Gerbang pembayaran menyediakan transaksi yang lancar di serata dunia dan pelbagai mata wang. Ia juga merupakan aspek penting dalam sektor blockchain. 

Sistem pembayaran kripto membolehkan perniagaan menggunakan kripto sebagai cara pembayaran produk atau perkhidmatan. Ia berfungsi sebagai penghubung antara rangkaian blockchain, peruncit, dan pelanggan. Pembeli akan memilih produk, buat pilihan pembayaran token digital, dan mengirim coin ke alamat tertentu dengan mengimbas kod QR yang dijana oleh gerbang tersebut.

Gerbang pembayaran akan mengesahkan kesahan transaksi dengan memeriksa rangkaian blockchain. Tempoh masa yang diambil untuk pengesahan adalah berbeza dan bergantung pada mata wang digital tertentu dan keadaan kesesakan pada rangkaian. Terdapat gerbang tertentu yang berupaya menukarkan wang digital ke mata wang tradisional secara automatik. Fungsi sebegitu dapat membantu menstabilkan pasaran, walaupun dengan kos tambahan.

Penggunaan bergang pembayaran kripto membolehkan perniagaan menerima pembayaran dari pelanggan di serata dunia tanpa memerlukan infrastruktur pembayaran konvensional atau syarikat kewangan. Keadaan ini dapat menjimatkan kos dan meningkatkan lagi keberkesanan untuk syarikat digital.

Bagaimana Akaun Pedagang dan Gerbang Pembayaran Sama-Sama Berfungsi

Kerjasama antara akaun pedagang dan gerbang pembayaran penting untuk mengendalikan urusan pembayaran dengan lancar. Selain itu, ia juga membolehkan kita memahami bagaimana membayar menggunakan BTC.

Proses pembayaran dimulakan ketika pelanggan mula membayar. Pembayaran tersebut kemudian akan diproses oleh enjin pemprosesan pembayaran. Transaksi akan disahkan oleh pemproses tersebut dengan menghubungi bank pelanggan untuk proses pengesahan.

Sebaik sahaja disahkan, pembayaran akan berada dalam akaun pedagang untuk waktu yang singkat, sebelum dihantar ke akaun bank utama perniagaan tersebut.

Enjin pembayaran dan penyedia akaun bank perniagaan akan menyemak transaksi dengan teliti untuk memastikan ketepatan dan mencegah penipuan. Apabila pengesahan telah dibuat, dana akan dipindahkan dari akaun yang beroperasi ke akaun bank perniagaan.

Apabila pelanggan membuat pembelian secara dalam talian atau secara fizikal di stor, sistem pembayaran mengumpulkan maklumat kad pelanggan. Ini termasuk nombor kad, tarikh luput, dan kod keselamatan. Maklumat ini akan disimpan secara sulit dan diberikan kepada bank pelanggan untuk tujuan pengesahan.

Pihak bank akan memastikan kad tersebut sah, terdapat dana yang cukup di dalamnya, dan dibeeri kebenaran untuk digunakan. Sebaik sahaja bank memberi kelulusan, transaksi tersebut akan dilengkapkan. Maklumat pembayaran dihantar oleh gerbang bayaran ke akaun bank perniagaan untuk pemprosesan seterusnya.

Akaun pedagang akan mengesahkan maklumat transaksi, kemudian akan mengendalikan maklumat tersebut, dan akan memindahkan wang dari bank pelanggan ke bank perniagaan tersebut. Gerbang pembayaran akan mengesahkan transaksi tersebut dan membolehkan pelanggan melengkapkan pembelian mereka.

Akaun Pedagang vs. Gerbang Pembayaran

Kedua-dua elemen ini memainkan peranan berbeza dalam proses mengendalikan bayaran. 

Pemproses pembayaran kripto penting untuk memudahkan transmisi wang antara bank dengan selamat. Maklumat pembayaran akan dihantar dengan selamat oleh gerbang pembayaran. Gerbang tersebut juga membolehkan maklumat penting dihantar dan diterima dengan selamat.

Sebaik sahaja pembelian dilengkapkan, pengeluar kad akan memindahkan wang ke akaun bank stor tersebut. Bank untuk stor tersebut akan menyimpan seketika wang itu sebelum memindahkannya ke akaun bank utama perniagaan tersebut.

how payment gateways and merchant accounts work

Akaun pembayaran digital membuatkan kiriman wang dan penyimpanan maklumat lebih mudah. Sementara itu, gerbang pembayaran digunakan untuk mengendalikan dan menggerakkan wang semasa transaksi berlaku. Kedua-duanya diperlukan untuk memproses pembayaran dari kad kredit/debit dan kripto.

Akaun pedagang digunakan oleh perniagaan untuk memindahkan wang hasil jualan ke akaun bank perniagaan. Pelanggan atau pengguna menggunakan gerbang pembayaran untuk membayar perkhidmatan atau produk. 

Bagaimana Cara untuk Mula Menerima Pembayaran BTC

BTC dan mata wang digital yang lain merupakan cara popular untuk pemilik perniagaan disebabkan keberkesanan dari segi kos, mudah untuk melakukan transaksi, dan tiada fi untuk chargeback. Selain itu, cara BTC beroperasi adalah sama seperti tunai, cuma tanpa melibatkan risiko chargeback atau pertikaian.

Untuk mula menerima pembayaran kripto sebagai sebuah perniagaan, anda perlu lakukan langkah-langkah berikut:

how payment gateways and merchant accounts work

1. Pilih gerbang pembayaran untuk coin digital

Pilih gerbang pembayaran kripto terbaik yang sesuai dengan perniagaan anda, dari segi aspek keselamatan, mata wang kripto yang disokong fi transaksi, dan sokongan pelanggan, serta mengintegrasi gerbang pembayaran ke laman web anda.

2. Cipta akaun pedagang

Selepas memilih gerbang pembayaran, cipta akaun di gerbang tersebut. Semasa mencipta akaun, lihat ciri-ciri akaun dan kefungsian yang ditawarkan. 

3. Buat tetapan untuk dompet digital

Untuk menerima bayaran dan menukarkannya kepada mata wang fiat yang anda inginkan, penting untuk anda buat tetapan (setup) dompet multi mata wang kripto. Dompet multi mata wang ini merupakan pilihan paling ppopular. Ini kerana ia menyediakan kebebasan yang boleh dikatakan hampir tidak terbatas dalam memilih pelbagai jenis aset digital yang berbeza. 

4. Mula menerima kripto

Sebaik sahaja tetapan untuk integrasi dan dompet telah dibuat, anda boleh gunakan pembayaran BTC pada laman web anda. Pastikan anda telah memaklumkan pelanggan tentang pilihan pembayaran BTC di laman web atau aplikasi anda.

Bagaimana Cara Tentukan Penyelesaian Pembayaran BTC Terbaik

Untuk mencari penyelesaian pembayaran terbaik untuk perniagaan anda mungkin mencabar. Terdapat banyak faktor yang perlu dipertimbangkan, antaranya adalah: 

How to choose BTC payment solution

Harga

Fi atau caj urusniaga memberi kesan besar pada pendapatan perniagaan, terutamanya untuk pindahan BTC yang biasa. Pilih penyelesaian yang menawarkan fi kompetitif dan servis yang boleh dipercayai untuk diseimbangkan dengan kos dan kualiti.

Keselamatan

Penyelesaian BTC yang memiliki reputasi yang baik seharusnya menawarkan menawarkan langkah keselamatan yang tinggi, termasuk protokol penyulitan yang berpiawaian standard, 2FA, dan simpanan cold untuk dana. Pada masa yang sama juga, penyelesaian tersebut perlu menghormati privasi pelanggan dengan mematuhi polisi dengan ketat.

Mudah Digunakan

Pilih penyelesaian yang menawarkan laman berhos yang optimum, integrasi bersama dompet popular dan mudah untuk memilih pilihan kripto.

Sokongan Pelanggan

Pilih penyedia pembayaran kripto yang menawarkan sokongan yang berfungsi dengan baik dan berterusan serta dapat mengendalikan isu yang dihadapi pelanggan dengan pantas.

Mata Wang yang Disokong

Sistem pembayaran blockchain perlu menyokong kripto popular seperti BTC dan ETH, dan juga token yang bersesuaian dengan bidang perniagaan anda. Sokongan meluas tersebut dapat meluaskan lagi pangkalan pelanggan.

Kesimpulan

Akaun pedagang dan gerbang pembayaran kedua-dua penting untuk perniagaan dalam mengendalikan operasi pembayaran berasakan laman web dan juga di stor. Kedua-duanya begitu penting untuk mencegah penipuan dan membuatkan perniagaan kekal berdaya saing. Kedua-dua pilihan tersebut merupakan aspek penting untuk penyelesaian pedagang Bitcoin yang berjaya. 

Linkedin

Artikel terkini

Joining The Highly Anticipated iFX Expo Dubai
14.11.2024
B2BINPAY v21: What's New?
B2BINPAY v21: Integrasi Algorand & Solana, Keselamatan Tahap Seterusnya, dan Sokongan Pelanggan yang Dipertingkatkan
Kemas Kini Produk 26.09.2024
How Wallet-as-a-Service Transforms Digital Asset Management
Bagaimana Wallet-as-a-Service Mengubah Pengurusan Aset Digital untuk Perniagaan
Pendidikan 05.09.2024
B2BinPay at Finance Magnates London Summit 2024
B2BINPAY Gears Up for Finance Magnates London Summit 2024: Join Us at the Premier Event for FinTech Innovation
28.08.2024