How to Diversify Altcoin Portfolio for a Crypto Bull Market

Bagaimana Cara Meraih Keuntungan dengan Portfolio Altcoin ketika Pasaran Bull untuk Kripto

Reading time

Nasihat popular dari pedagang yang berpengalaman—jangan masukkan semua telur dalam satu raga — terpakai untuk semua aset dan pasaran malah relevan pasaran bull berlaku, ketika semua perkara nampak berjalan lancar. 

Artikel ini akan membincangkan ciri-ciri penting pasaran bull dalam kripto dan menerokai cara mempelbagaikan portfolio anda dengan altcoins.

Isi Penting

  1. Pasaran bull kripto adalah tempoh harga kripto mengalami kenaikan, permintaan yang lebih tinggi terhadap aset kripto, dan pelabur mempunyai sentimen yang positif.
  2. Peruntukan dalam portfolio merujuk kepada mebahagikan pelaburan kepada kelas aset yang berbeza.
  3. Kepelbagaian melibatkan mengagihkan pelaburan kepada dan di dalam kelas aset yang berbeza.
  4. Sebagai aset digital yang paling bernilai, Bitcoin boleh membuatkan portfolio anda lebih bernilai, namun altcoins boleh menyumbang kepada kepelbagaian yang lebih tinggi.

Apa itu Pasaran Bull untuk Kripto?

Pasaran bull berlaku apabila harga pelaburan meningkat dengan mendadak. Keadaan ini menambahkan perasaan optimis dalam komuniti kripto. Pelabur menjadi lebih berminat kerana mereka beranggapan pasaran akan terus meningkat. Antara faktor kekuatan pasaran bull adalah ekonomi yang bertambah baik, peningkatan dalam pendapatan korporat, kadar faedah rendah, dan inisiatif kerajaan yang bermanfaat.

Example Of The 2009 - 2019 Bull Market

bull pada pasaran kripto adalah spekulator yang membeli coin kripto dengan niat untuk mendapat keuntungan dengan menjual semula apabila harga meningkat. Pasaran menjadi bull apabila pelabur bersikap optimis terhadap pelaburan kripto, dan keyakinan mereka bertambah disebabkan harga aset semakin meningkat dan potensi pulangan yang lebih besar. 

Pasaran bull boleh berlangsung selama beberapa minggu, bulan atau tahun. Namun, sukar untuk meramalkan pasaran bull dengan tepat memandangkan ia hanya boleh dikesan ketika sedang berlaku.

Terdapat beberapa faktor yang boelh menjadi penyumbang kepada pasaran bull, iaitu seperti pertumbuhan ekonomi, potongan cukai, dan kadar faedah rendah. Peningkatan dalam KDNK boleh menambah baik petunjuk ekonomi yang lain. Ini akan membuatkan margin keuntungan dan kadar pertumbuhan pendapatan yang lebih baik. Pelabur akan mempunyai simpanan yang lebih besar sekiranya kerajaan menggunakan polisi fiskal berkembang. Ini membuatkan pelaburan menjadi bertambah dan harga aset kewangan akan meningkat.

Kadar faedah yang lebih rendah pada sekuriti berpendapatan tetap juga akan menggalakkan pelabur untuk melabur dalam bidang lain yang mempunyai potensi pulangan lebih besar. Ini mendorong keadaan bull run pada pasaran.

Ciri-ciri Penting untuk Pasaran Bull

Pasaran bull bermaksud trend meningkat dan keyakian pelabur bertambah. Keadaan ini menggalakkan aktiviti beli dan kitaran harga lebih tinggi. Pasaran bull biasanya terjadi ketika tempoh ekonomi berkembang, menjadi petunjuk ekonomi yang kuat dalam meningkatkan keyakinan pelabur. 

Selain itu, pelbagai industri dan sektor cenderung untuk mengalami pertumbuhan. Keadan ini mencerminkan sikap optimis yang lebih luas terhadap pasaran. Kadar pengangguran yang rendah biasanya dikaitkan dengan pasaran bull kerana ia menunjukkan ekonomi yang sihat dan peningkatan dalam perbelanjaan pengguna.

Berikut adalah beberapa petunjuk penting untuk bull run untuk kripto di pasaran.

Key Indicators Of The Bull Market.
  • Increased indeks penanda aras – Secara tipikalnya, pasaran akan mengalami peningkatan sebanyak 20% dalam masa dua bulan atau lebih, seperti kiraan oleh indeks broad-base seperti Dow Jones atau S&P 500.
  • Jumlah dagangan tinggi dan likuiditi bertambah – Disebabkan permintaan dan harga yang bertambah, jumlah perdagangan akan meningkat, dan akan menggalakkan likuiditi.
  • Keyakinan pelabur semakin kuat – Semasa pasaran bull, pelabur akan lebih yakin terhadap kekuatan dan prestasi akan datang. Pelabur akan beli lebih banyak kripto dan terus memegang pelaburan mereka.
  • Ekonomi yang kuat – Pasaran bull biasanya menggambarkan ekonomi yang kukuh dan kadar pengangguran yang rendah, KDNK yang berkembang, dan prestasi positif untuk petunjuk ekonomi yang lain.
  • Harga aset bertambah- Permintaan bertambah mendorong harga aset menjadi naik, memberi isyarat trend bull pada pasaran.

Risiko yang Terdapat pada Pasaran Bull

Pasaran bull menawarkan peluang membuat keuntungan dengan mudah, Namun, terdapat risiko berkaitan trend ini.

Situasi pulangan yang positif dalam tempoh berpanjangan mungkin membuatkan pelabur menjadi selesa. Kedaan ini boleh membuatkan pelabur kurang bersedia untuk potensi pasaran yang bertukar menjadi merudum 

Ketidakstabilan pasaran juga boleh berlaku dan menyebabkan kerugian jangka pendek seterusnya menjejaskan sentimen pelabur. Mentaliti mudah terikut yang dipengaruhi oleh tindakan pelabur lain, boleh menambahkan risiko pada pasaran disebabkan keputusan dibuat secara terlalu yakin.

Pasaran bull boleh menyebabkan harga aset menjadi berlebihan dari segi nilai. Ia berlaku kerana sikap dan spekulasi berlebihan seterusnya membuatkan pelabur kerugian besar. 

Pelaburan mungkin mengambil pendekatan kurang agresif dalam melabur apabila harga aset terus meningkat, terutamanya dalam pasaran bull. Namun, apabila trend pasaran berakhir, pelabur mungkin mengalami kerugian besar, terutamnya untuk pelabur spekulatif. 

Keadaan tersebut mungkin untuk tempoh sementara, namun bagi syarikat kecil, kesannya boleh menjadi kekal. Kerana itu, penting untuk mengambil pendekatan berhati-hati dalam situasi sebegini.

Semasa pasaran bull berlaku, pelabur yang kurang berdisiplin atau agresif mungkin akan membuat lebih banyak spekulasi. Tindakan ini akan mewujudkan gelembung pasaran (market bubble) di mana aset didagangkan melebihi nilai yang sepatutnya. 

Gelembung pasaran boleh memberi peluang untuk mendapatkan keuntungan. Namun, ia juga boleh membuatkan pelabur panik dan harga jatuh mendadak. Kejatuhan harga ini mungkin akan mencetuskan pasaran mengalami bear run untuk tempoh masa tertentu sehinggalah keyakinan pelabur kembali pulih. 

Secara keseluruhannya, sikap berhati-hati dan berdispilin merupakan perkara penting dalam pendekatan pelaburan anda.

Peruntukan Aset vs Kepelbagaian

Peruntukan (allocation) dan kepelbagaian (diversification) merupakan dua pilihan utama kepada anda untuk melindungi portfolio pelaburan anda. 

Peruntukan Aset

Secara mudahnya, peruntukan aset bermaksud membuat pelaburan pada kelas aset yang berbeza seperti saham, bon, tunai, dagangan hadapan (futures), komoditi, dan hartanah. Sementara itu, kepelbagaian bermaksud mengagihkan duit anda dalam satu jenis pelaburan tersebut.

Kelas aset memberi reaksi berbeza terhadap perubahan ekonomi dan politik. Jadi, sekiranya portfolio anda mengandungi kelas yang berbeza, lebih tinggi kemungkinan untuk dapatkan pulangan secukupnya. Selain itu, sasarkan peruntukan aset untuk akaun berbeza, seperti pelaburan tunai atau saham yang lebih banyak, juga memberi impak pada pulangan.

Untuk mencapai sasaran dan berasa selesa dengan risiko yang anda ambil, penggunaan strategi peruntukan yang optimum begitu penting. Strategi ini melibatkan penilaian tahap risiko yang anda sanggup ambil dan pulangan yang disasarkan melalui pelaburan anda.

Ia juga melibatkan penilaian terhadap status kewangan anda, menentukan rangka masa pelaburan, dan menilai tahap ketidakstabilan dalam pasaran.

Perancangan masa memainkan peranan penting dalam peruntukan aset. Sasaran jangka panjang seperti perancangan persaraan membolehkan lebih banyak peruntukan terhadap aset yang berasakan pertumbuhan seperti saham. Sementara itu, untuk sasaran jangka pendek seperti simpanan untuk wang pendahuluan mungkin memerlukan peruntukan konservatif untuk mengurangkan ketidakstabilan. 

Sentiasa pantau dan seimbangkan portfolio pelaburan adalah dua perkara penting untuk mengekalkan pendekatan yang seimbang dan mencapai pulangan yang disasarkan dan dalam masa yang sama mengendalikan risiko.

Penting untuk anda tahu bahawa untuk mencapai peruntukan aset yang optimum, ia adalah sebuah proses berterusan yang melibatkan pemantauan, penilaian, dan penyelarasan yang sesuai dengan perubahan situasi kewangan dan sasaran pelaburan. 

Example Of A Crypto Allocation Portfolio

Kepelbagaian Aset

Kepelbagaian merujuk kepada mengagihkan wang dalam beberapa pelaburan dalam kelas aset yang sama berbanding memberi fokus terhadap stok atau bon terbaik. 

Kepelbagaian adalah strategi yang membantu kurangkan risiko yang terdapat pada pelaburan berisiko tinggi, terutamanya dalam pasaran mata wang kripto. Strategi ini melibatkan melabur dalam pelbagai pelaburan yang berbeza, berbanding hanya satu atau dua sahaja. 

Kepelbagaian dapat kurangkan risiko mengalami kerugian besar. Ini kerana walaupun satu jenis aset mengalami kegagalan, masih terdapat kemungkinan aset yang lain mempunyai prestasi lebih baik. Ada aset yang masih mengekalkan nilainya, dan ada juga yang mengalami kenaikan. Secara keseluruhannya, keadaan ini dapat memberi manfaat kepada portfolio. 

Prinsip dalam kepelbagaian menunjukkan anda pelbagaikan pelaburan dari segi coin, industri, kelas aset dan platform pelaburan.

Mempelbagaikan pemilikan coin digital anda merupakan kaedah paling mudah dan jelas untuk menigkatkan kepelbagaian dalam portfolio kripto anda. Untuk kaedah ini, anda boleh pilih antara token pembayaran, token keselamatan, token permainan, NFT dan lain-lain.

Mempelbagaikan kripto atau blockchain portfolio anda boleh dilakukan dengan melabur dalam projek yang menumpukan pada pelbagai industri, seperti kesihatan, hiburan, perubahan iklim, dan hartanah —  teknologi blockchain terpakai dalam banyak sektor.

Terdapat banyak pilihan kelas aset yang boleh dipilih oleh pelabur kripto dan blockchain, seperti saham, bon, atau komoditi untuk mempelbagaikan portfolio kripto mereka.

Pelabur boleh pelbagaikan modal melalui pelbagai platform pelaburan dan jenis akaun jika merasakan terdapat risiko keselamatan untuk sesebuah portfolio. Pelabur boleh memilih pilihan seperti dompet digital, akaun persaraan kripto individu, akaun brokeraj yan boleh dikenakan cukai, atau produk DeFI.

Example Of The Diversified Portfolio By Asset Types

Bitcoin vs Altcoin: yang Mana Patut Dipilih Ketika Pasaran Bull

Bitcoin (BTC) merupakan mata wang kripto utama, berdasarkan nilai pasaran dan mata wang paling banyak didagangkan. Ia telah menyaksikan pertumbuhan sehingga 150% pada tahun ini. Jumlah tersebut melebihi aset tradisional seperti S&P 500, emas, dan dollar U.S. dollar. 

Pada 2024, Bitcoin berpotensi untuk mendorong pasaran mata wang kripto kepada pasaran bull. Ini disebabkan oleh permintaan dan bekalan mata wang ini begitu selari. Peristiwa Bitcoin halving yang akan datang pada April 2024 dan Bitcoin ETF yang berpotensi untuk dilluluskan boleh menyokong keadaan bull run pada pasaran kripto.

Pemegang BTC untuk jangka masa panjang sedang mengumpulkan coin dan membuatkan bekalan pasaran berkurangan. Minat pelabur insttitusi dalam Bitcoin kekal bertembah pada 2023, dengan minat tertinggi direkodkan adalah terhadap BTC futures.

Namun, ketika pasaran mengalami bull, pedagang dan pelabur yang bijak sanggup mengambil risiiko dan mendalami projek-projek yang tidak begitu dikenali untuk mengenalpasti potensi kejayaan besar yang akan menyusul. Hasilnya, permintaan terhadap altcoin akan bertambah dan seterusnya mendorong harga menjadi lebih tinggi. 

Pemilihan altcoin didorong oleh beberapa kombinasi faktor, termasuk inovasi teknologi, usaha sama, dan use case dalam dunia sebenar. 

Altcoins and Bitcoin performance since 2015.

Jadi, pilihan mana yang akan menawarkan manfaat terbesar kepada pelabur — Bitcoin atau altcoin? Mari kita bincangkan.

Kelebihan dan Kekurangan Pelaburan dalam BTC ketika Bull Run Berlaku

Cara untuk tiga tahun Bitcoin menunjukkan pulangan sebanyak 1,360%. Ini menggambarkan pengawal selia mula memberi lebih perhatian dan minat yang meningkat terhadap mata wang digital. Malah, bank tradisional kini mula mempertingkatkan strategi mereka dalam mata wang digital.

Pada hari ini, lebih 20,000 mata wang kripto tersedia, dan lebih banyak lagi yang dicipta setiap hari. Namun, BTC kekal menjadi paling popular dan kemungkinan besar tiada mana-mana kripto yang baru dicipta akan menyaingi nilai BTC untuk jangka masa panjang.

Ciri-ciri sedia ada Bitcoin yang terhad, sama seperti emas dan perak membuatkan harga mata wang ini akan meningkat seiring peredaran masa. Ini disebabkan oleh permintaan bertambah, meskipun dalam ketidakstabilan harga dalam jangka pendek dan ini semestinya memberi peluang kepada pelabur.

Bitcoin sangat popular dalam kalangan individu dan perniagaan di seluruh dunia. Menurut pendapat beberapa pakar, adaptasi Bitcoin diperingkat global mungkin akan berlaku pada masa hadapan yang terdekat. Kedaan tersebut boleh dianggap sebagai manfaat yang ditawarkan apabila melabur dalam Bitcoin ketika ini.

Bitcoin mempunyai bekalan yang terhad. Jadi, tidak seperti mata wang fiat, harga Bitcoin tidak boleh boleh diturunkan harga (devaluation). Ini memuatkan Bitcoin sebagai hedge (lindung nilai) terbaik dalam melawan inflasi.

Namun, masih terdapat banyak risiko dalam pelaburan BTC

Kejayaan Bitcoin mungkin terhenti sekiranya terdapat penyelesaian teknikal terhadap isu yang dihadapi mata wang ini. Selain itu, pengenalan undang-undang yang begitu ketat oleh kerajaan mampu membantutkan pertumbuhan Bitcoin. 

Walaupun BTC mempunyai bahagian pasaran (market share) yang besar, perisiannya masih dalam peringkat pengujian beta. Sebarang perubahan boleh mendorong pembangun membuang had pada jumlah keseluruhan Bitcoin. Keadaan ini membuatkan Bitcoin berpotensi hilang perlindungan inflasi.

Selain, algoritma PoW untuk Bitcoin mungkin memiliki kelemahan ketara. Ini disebabkan ia memberi kesan negatif pada alam sekitar dan kurang perlindungan. Selain itu, terdapat alternatif yang lebh dipercayai dan mesra alam, seperti Proof-of-History (PoH).

Kelemahan dan Kelebihan Melabur dalam Altcoins ketika Bull Run Berlaku

Terdapat pasaran khusus untuk Altcoins yang tidak mengandungi Bitcoin. Semasa bull run berlaku, altcoins akan mengalami pertumbuhan ketara yang didorong oleh pelabur lama dan baru, kemajuan teknologi baru, kepelbagaian dalam portfolio pelaburan, spekluasi tentang potensi masa hadapan, dan peningkatan adaptasi altcoins disebabkan kegunaan spesifik mata wang ini.

Banyak altcoin yang meluaskan kebolehskalaan, keselamatan dan sempadan tadbir urus dan perkara tersebut memberi manfaat kepada seluruh industri blockchain. Altcoin menawarkan pulangan pelaburan tinggi di mana terdapat beberapa altcoin yang mengalami pertumbuhan nilai yang ketara.

Disebabkan altcoins dibangunkan selepas Bitcoin memasuki pasaran kripto, altcoins telah menambah baik teknologinya dengan menawarkan kelajuan transaksi dan kos yang lebih baik berbanding Bitcoin.

Terdapat beberapa altcoin, seperti Ethereum atau Solana, mungkin mencatatkan prestasi yang lebih baik berbanding Bitcoin disebabkan kegunaan altcoin tersebut yang ekstensif. Sebagai contoh, pada carta di bawah, anda boleh lihat sejak di awal 2023, SOL-USD telah menunjukkan pulangan sebanyak 626.52%, lebih tinggi daripada pulangan BTC-USD, iaitu 160.00% (carta ini menunjukkan pertumbuhan pelaburan $10,000 untuk kedua-dua aset, diselaraskan untuk split dan dividen).  

Comparison of Sol-USD and BTC-USD returns in 2023.

Walaupun terdapat manfaat yang ditawarkan, altcoins memberi risiko pada portfolio aset anda, seperti ketidakstabilan yang tinggi, likuiditi lebih rendah, dan sensitiviti terhadap sentimen pasaran. Altcoins yang baharu berisiko terhadap perubahan harga yang berpunca daripada perdagangan yang sepkulatif dan khabar angin. Mungkin banyak altcoins yang gagal disebabkan kurang adaptasi, isu teknikal atau perubahan dinamik pada pasaran. Altcoins baharu sentiasa memasuki pasaran dan situasi ini berpotensi untuk menggangu projek yang sedia ada.

Selain itu, bahagian altcoin dalam pasaran kripto boleh dikatakan kecil jika dibandingkan dengan Bitcoin memandangkan BTC adalah mata wang terawal dalam pasaran kripto.

Untuk mengurangkan risiko ini, buat pelaburan dalam pelbagai jenis token berbeza, hadkan pemilikan altcoin dalam portfolio anda, dan setiasa peka dengan perkembangan, teknologi, peraturan dan trend altcoins. 

Pakar meramalkan terdapat kenaikan dalam altcoins seperti ChainLink, Arbitum, dan Optimism dan Bitcoin dijangkakan akan mengetuai kenaikan tersebut dan menjadi aset bernilai trillion dollar.

Fakta Ringkas

Bagaimana Cara Mempelbagaikan Portfolio Anda Melalui Altcoins

Ekosistem altcoins mengandungi NFT, stablecoins, meme coins, token P2E, governance tokenm dan banyak lagi. Terdapat aset yang menawarkan protensi pertumbuhan yang tinggi disebabkan use cases yang inovatif dan pengenalan teknologi baharu. Sementara itu, ada juga aset seperti DeFi tokens, menyediakan akses kepada DeFi, dan ciri-ciri coin yang sulit kepada pelabur yang inginkan transaksi secara ketanpanamaan (anonimity).

Altcoins boleh menambah baik sesebuah portfolio dengan ketara dengan menawarkan kepelbagaian dari segi potensi pertumbuhan, kestabilan dan, inovasi. 

Jadi, tindakan menambah ETH pada portfolio kripto anda boleh meningkatkan keuntungan dan kestabilan. Ini kerana, ETH merupakan altcoin yang paling popular dan terbesar berdasarkan market cap (modal pasaran).

Sementara itu, melabur dalam, contohnya dalam meme coins, boleh menjadi berisiko memandangkan meme coins kurang nilai asas (fundamental), sangat tidak stabil dan kerap kali digunakan dalam penipuan (scam). Namun, meme coins yang sudah lama di pasaran seperti Dogecoin atau Shiba Inu boleh menjadi permata dalam portfolio anda memandangkan kedua-duanya menawarkan pulangan tinggi dan peluang hebat yang lain.

Kepelbagaian ini membantu anda menggunakan peluang unik pada altcoin dan mengagihkan risiko kepada aset yang berbeza. Jadi, anda boleh menambah kedua-dua coin low-cap dan kripto large-cap untuk berupaya bertahan ketika pasaran menjadi bear dan kaut keuntungan ketika bull. Namun, harus diingat untuk jangka masa panjang, membina portfolio bergantung kepada keinginan pelabur dan toleransi terhadap risiko. Kunci utamanya, adalah kepelbagaian.

Kesimpulan

Situasi bull pada pasaran kripto menarik minat pelabur dan menawarkan potensi pulangan tinggi. Namun, ia juga mempunyai banyak risiko jika komposisi portfolio tidak dilakukan dengan baik. Untuk berjaya dalam pasaran, penting untuk anda peruntukkan dan pelbagaikan porfolio anda dengan betul. Altcoins merupakan instrumen terbaik untuk tindakan sebegitu. 

Soalan Lazim

Apakah cara memperuntukan yang optimum dalam portfolio kripto?

Portfolio kripto yang optimum ditentukan oleh toleransi pelabur terhadap risiko. Pelabur yang lebih muda memiliki toleransi yang lebih tinggi terhadap kripto yang mempunyai ketidakstabilan yang lebih tinggi.

Adakah lebih baik melabur dalam altcoins atau hanya melabur dalam BTC?

Teori portfolio moden mencadangkan melabur dalam kedua-dua Bitcoin dan altcoins akan meningkatkan pulangan portfolio dan mengurangkan risiko.

Bagaimana cara menguruskan risiko ketika melabur dalam pasaran yang mengalami bull?

Kurangkan risiko dengan mengagihkan pelaburan kepada pelbagai bahagian dan aset berbeza. Elakkan melabur dalam jumlah yang besar dalam satu saham atau industri, dan pertimbangkan pelaburan untuk jangka masa panjang.

Artikel terkini

B2BINPAY v21: What's New?
B2BINPAY v21: Integrasi Algorand & Solana, Keselamatan Tahap Seterusnya, dan Sokongan Pelanggan yang Dipertingkatkan
Kemas Kini Produk 26.09.2024
How Wallet-as-a-Service Transforms Digital Asset Management
Bagaimana Wallet-as-a-Service Mengubah Pengurusan Aset Digital untuk Perniagaan
Pendidikan 05.09.2024
B2BinPay at Finance Magnates London Summit 2024
B2BINPAY Gears Up for Finance Magnates London Summit 2024: Join Us at the Premier Event for FinTech Innovation
28.08.2024
B2BINPAY at The Highly Anticipated Gitex Global 2024
Join us in Dubai For Exciting Tech Discussions at Getix Global
20.08.2024