what are crypto derivatives?

Penerangan Tentang Derivatif Kripto: Kelebihan & Kelemahan, Strategi Dagangan

Reading time

Melabur dalam wang digital merupakan salah satu cara terbaik untuk menjana keuntungan daripada pertumbuhan mata wang digital, di mana harga aset digtial turun dan naik dalam julat lebih tinggi berbanding instrumen pelaburan klasik.

Namun, ketidakstabilan yang lebih tinggi boleh mengundag risiko. Jadi, pelabur melabur dalam derivatif kripto sebagai pelindung nilai (hedge) terhadap ketidakpastian pasaran dan mengambill peluang potensi mata wang digital.

Alat ini digunakan sebagai cara lebih pantas dan selamat untuk membeli dan menjual aset digital tanpa memerlukan dompet jagaan (custodial) dan pemprosesan pemilikan. Mari kita dalami maksud derivatif kripto dan jenis-jenis derivatif yang ada.

Isi Penting

  1. Derivatif kripto menyediakan likuiditi lebih tinggi dan risiko lebih rendah untuk menjana keuntungan daripada sifat ketidakstabilan dan menguntungkan mata wang digital.
  2. Kontrak ini lebih mudah diakses dan dilaksanakan berbanding dagangan spot.
  3. Derivatif kripto memerlukan dua pihak bersetuju terhadap harga, jenis dan amaun kripto yang didagangkan untuk tarikh tertentu.

Memahami Derivatif Kripto

Derivatif merupakan kontrak kewangan antara dua pedagang yang telah bersetuju tentang tarikh dan harga sesebuah instrumen kewangan. Jadi, kontrak derivatif terikat dengan harga pasaran untuk aset yang didagangkan, sama ada saham, bon, komoditi atau mata wang.

Dalam konteks kripto, kontrak tersebut merujuk kepada kontrak untuk beli dan jual mata wang pada tarikh tertentu pada harga yang telah dipersetujui. Apabila tarikh pelaksanaan tiba, kedua-dua pihak akan bertukar harga kontrak, tidak kira turun naik harga di pasaran.

Perbezaan utama antara derivatif kripto dan dagangan spot adalah milikan aset. Tidak seperti dagangan spot, kontrak derivatif tidak memindahkan hak milik aset tersebut.

explaining crypto derivatives

Jenis-Jenis Derivatif dalam Kripto

Kontrak derivatif boleh dilaksanakan pada sebarang pasaran. Instrumen yang didagangkan pula boleh terdiri daripada saham, bon, mata wang, komoditi atau kripto. Derivatif kripto memerlukan sebuah kontrak dan dua pihak yang bersetuju dengan harga dan tarikh. Terdapat tiga jenis kontrak yang utama: options, futures, dan perpetuals.

types of crypto derivatives

Options

Dalam kontrak options, pedagang boleh menikmati lebih fleksibiliti dalam membuat keputusan yang diingini. Sebagai contoh, apabila menjelang tarikh luput, pedagang berhak sama ada untuk teruskan dan melaksanakan seperti mana yang dipersetujui dalam derivatif, atau enggan meneruskan kontrak dan tidak memproses dagangan.

Derivatif options mempunyai pelbagai jenis kontrak, seperti call dan put. Pilihan call membolehkan pedagang untuk membeli aset yang didagangkan pada hari pelaksanaan kontrak. Sementara itu pilihan put pula bermaksud penjualan aset pada tarikh yang telah dipersetujui.

derivatives options types

Satu lagi jenis options adalah American dan European options. Untuk American options, pedagang dalam derivatif kripto boleh jual aset didagangkan sebelum tarikh luput options tersebut. Sementara itu, untuk European options, pedagang mesti melaksanakan kontrak pada tarikh yang telah dinyatakan dalam derivatif.

Futures

Kontrak niaga masa hadapan atau futures adalah jenis derivatif dalam kripto yang paling lazim dan mudah. Kontrak derivatif futures melibatkan pembelian atau penjualan sesebuah aset pada harga, tarikh dan amaun yang spesifik.

Strategi tersebut merupakan strategi dagangan derivatif kripto yang lazim digunakan oleh pelabur institusi dengan mengguna pakai pengetahuan terhadap pasaran dan ramalan untuk menjangkakan pergerakan masa hadapan dan memasuki kontrak derivatif yang berbeza.

Apabila tarikh pelaksanaan semakin tiba, kedua-dua pedagang peru memindahkan harga kontrak (bukan aset yang didagangkan) dan tamatkan kontrak, dengan kedua-dua pihak akan mendapat keuntungan atau kerugian.

Sebagai contoh, seorang pedagang memasuki kontrak derivatif untuk menjual BTC pada tarikh akan datang. Jika harga beli BTC adalah $50,000 dan pada hari tarikh luput, harga 1 BTC adalah $60,000, pedagang tersebut akan mendapat untung $10,000.

Begitu juga jika harga BTC jatuh kepada $35,000, pedagang tersebut akan rugi sebanyak $15,000.

Perpetuals

Ini merupakan derivatif yang paling fleksibel dan terkini, tanpa tarikh luput. Pedagang kontrak perpetual futures boleh memegang aset atau kontrak untuk tempoh selagi mana yang mereka mahukan.

Namun, masih terdapat beberapa syarat yang perlu dipertimbangkan pedagang untuk memegang aset harga kontrak perpetual futures aset tersebut. Ini termasuk kadar pembiayaan (caj pegangan) dan margin minimum.

Mengapa Dagangan Derivatif Kripto Penting?

Dagangan derivatif lebih pantas berbanding memiliki dan menjual cara klasik. Dalam kata lain, pelabur tidak perlu mencari perukaran kripto, membeli kripto tertentu seperti BTC atau ETH, pindahkan ke dompet, dan mencari masa terbaik untuk jual dan dapatkan keuntungan.

Selain itu, dagangan kripto spot memerlukan pedagang untuk mengendalikan lebih banyak operasi dari dompet digital atau custodial pelanggan. Situasi ini akan mengambil lebih banyak masa dan berisiko terhadap keselamatan jika transaksi tersebut diceroboh oleh penggodam dan scammer. Jadi, pedagang derivatif kripto menggunakan strategi ini untuk mendapatkan manfaat daripada ciri-ciri tersebut.

Ketersampaian (Akses) Pada Pasaran yang Lebih Tinggi

Derivatif menyediakan likuiditi yang lebih tinggi. Ini kerana ia lebih pantas dan lebih mudah untuk didagangkan. Ciri-ciri tersebut membutkan aset kripto lebih tersedia. Likuiditi bermaksud semudah mana pihak-pihak dalam pasaran untuk membeli dan jual instrumen. Pasaran yang likuid mempunyai aset yang mencukupi untuk didagangkan dalam buku pesanan, dan ramai peserta yang bersedia untuk menjadi pihak bertentangan (opposite) dalam sesebuah transaksi.

Jadi, derivatif kripto akan meningkatkan likuiditi dan membantu keberkesanan dan kestabilan pasaran secara keseluruhan.

Mempelbagaikan Portfolio Pedagang

Perdagangan derivatif kripto boleh menjadi alat untuk mempelbagaikan portfolio. Ini membolehkan pelabur menerokai pilihan danvariasi berbeza untuk berdagang BTC dan mendapatkan strategi pelaburan kripto terbaik.

Selain itu, derivatif kripto memudahkan short selling, di mana pedagang boleh menjual coin digital tertentu jika pasaran merudum tanpa perlu benar-benar memiliki aset yang didagangkan tersebut. Ini berbeza dengan pasaran klasik, pedagang perlu memiliki kripto tersebut sebelum menjual di pasaran.

Mengurangkan Risiko Aset Kripto

Mata wang blockchain Blockchain terkenal dengan ketidakstabilan begitu tinggi dan tidak boleh dijangkakan. Sebagai contoh, katakan jika anda memiliki ETH, disebabkan harga mata wang ini sedang meningkat dan anda ingin jual pada masa akan datang dengan harga lebih tinggi, harga mata wang ini mungkin akan jatuh tanpa sebarang tanda-tanda amaran awal. Jadi, memiliki dan berdagang coin dan token digital adalah berisiko. 

Namun, derivatif merupakan kontrak dengan harga yang telah dipersetujui, di mana pedagang akan melaksanakan transaksi tersebut pada tarikh yang telah dipersetujui dan tidak akan terkesan dengan ketidakstabilan pasaran.

Kelebihan dan Kelemahan Derivatif Kripto

Selepas mendapatkan platform derivatif kripto yang boleh dipercayai, penting untuk anda pertimbangkan kelebihan dan kekurangan berdagang dalam kontrak ini. Mari kita lihat risiko dan kelebihan dalam dagangan derivatif kripto.

crypto derivatives vs spot trading

Kelebihan

  • Derivatif kripto melibatkan risiko yang lebih rendah disebabkan anda tidak perlu memiliki coin digital. Ini dapat mengurangkan ketidakstabilan pada pasaran derivatif.
  • Derivatif kripto lebih mudah diuruskan tanpa perlu memiliki aset dalam dompet custodial atau berinteraksi dengan blockchain dan pertukaran DeFi.
  • Pengguna menggunakan derivatif sebagai pelindung nilai (hedge) terhadap posisi pasaran yang berisiko, terutamanya instrumen seperti kripto.
  • Derivatif dikaitkan dengan likuiditi tinggi disebabkan oleh dagangan yang lebih mudah dan fleksibel. Ciri-ciri tersebut menarik minat pelabur.
  • Jika dikendalikan dengan betul, kontrak derivatif kripto memiliki caj transaksi yang lebih rendah berbanding dagangan spot yang mengenakan caj gas, broker, dan tukaran.

Kelemahan

  • Strategi yang tidak dikira dengan tepat boleh mendorong kepada kerugian jika harga yang telah dipersetujui lebih rendah daripada harga sebenar pasaran.
  • Transaksi OTC derivatif tidak tertakluk kepdaa pematuhan dan semakan identiti, ini meningkatkan risiko penipuan pihak bertentangan.
  • Rangka kerja undang-undang untuk kontrak derivatif berbeza mengikut kawasan di seluruh dunia.

Kesimpulan

Derivatif kripto merupakan kontrak antara dua pihak yang telah bersetuju terhadap harga dan tarikh untuk bertukar instrumen kewangan tertentu, seperti BTC atau ETH. Alat ini menawarkan likuiditi dan perancangan perungurusan risiko yang baik. Hasilnya, dagangan kripto dilihat sebagai sebuah penyelesaian yang menarik.

Artikel terkini

oin Us at The iFX Asia Expo - Check Out Our Agenda
Returning to The iFX Asia Expo with More Updates and Innovative Solutions
19.07.2024
B2BinPay at The Forex Expo Dubai – Don’t Miss out! |
Joining The World’s Elites at The Forex Expo Dubai
19.07.2024
Buy Now, Pay Later (BNPL) Can Boost Your Sales - Here’s How
Bagaimana Konsep Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) Berfungsi dalam Mata Wang Kripto?
Pendidikan 11.07.2024
What Should We Expect From The Ethereum Pectra Upgrade?
Apa Yang Kita Harapkan Dari Peningkatan Ethereum Pectra?
Pendidikan 10.07.2024