10 Best Crypto Signals - The Full Guide to Trade Signals

Isyarat Kripto Terbaik Sebagai Persediaan untuk Bull Market

Reading time

Pedagang menggabungkan strategi pelaburan dengan petunjuk dan isyarat teknikal yang berbeza. Ia membantu pedagang membuat pesanan pasaran yang tepat. Proses tersebut melibatkan kenal pasti, analisis dan menggunakan kesempatan pada peluang yang ketara.

Pedagang yang masih baru kebanyakannya bergantung kepada nasihat profesional dan pengetahuan am dalam melaksanakan transaksi. Sementara itu, mereka yang pakar pula menggunakan pandangan komprehensif dan isyarat pada pasaran untuk sentiasa peka dengan kemas kini dan berita pasaran.

Wang digital yang tidak boleh dijangka membuatkan pedagang sukar mengikuti ketidakstabilan dalam turun naik harga, berita blockchain dan pengenalan terhadap teknologi. 

Jadi, penggunaan isyarat kripto terbaik membolehkan pedagang melaksanakan pesanan pada masa yang tepat. Mari kita bincangkan bagaimana isyrat kripto berfungsi dan bagaimana anda boleh gunakannya.

Isi Penting

  1. Isyarat kripto merujuk kepada saranan dari pakar tentang pilihan dagangan terbaik, berdasarkan keadaan dan kemas kini pasaran.
  2. Penyedia isyarat kripto pula akan berkongsi strategi dagangan dan peluang pada komuniti dalam talian, seperti Discord atau Telegram.
  3. Isyarat dagangan melibatkan pembelian atau penjualan aset tertentu, pada harga tertentu untuk mengambil kesempatan menjana keuntungan.
  4. Pedagang perlu mencari dan mengesahkan sesebuah saluran isyarat kripto. Ini kerana semakin banyak kejadian skim penipuan yang menawarkan jaminan pulangan atau perkhidmatan percuma.

Persediaan untuk Bull Market

Sekiranya anda berpengalaman dalam perdagangan kripto, anda mungkin pernah mendengar pertumbuhan terkini dalam mata wang digital, terutamanya dalam Bitcoin dan mata wang kripto terbaik. Bitcoin dan Ethereum telah mencapai harga tertinggi tahunan pada penghujung tahun lepas. Trend ini dijangka akan berterusan pada 2024, memandangkan permodalan pasaran yang semakin berkembang bagi kebanyakan coin dan token.

Pertumbuhan ini dicetuskan oleh beberapa siri faktor kewangan berkaitan dengan pasaran yang dikawal selia. Ini termasuk kenaikan kadar faedah oleh Fed dan jangkaan terhadap SEC untuk meluluskan perdagangan Bitcoin spot ETF

Firma utama dalam pelaburan di Amerika Syarikat, seperti Fidelity dan BlackRock, telah membaut permohonan untuk menyenaraikan perdagangan BTC ETF spot. Tidak seperti permohonan sebelum ini, pada kali ini permohonan tersebut tidak terus ditolak. Situasi ini membuatkan pelabur percaya bahawa kelulusan akan diberikan dalam masa terdekat.

Faktor lain yang menyumbang kepada potensi pertumbuhan kripto adalah peritstiwa Bitcoin halving, yang akan berlangsung pada April 2024. Peristiwa ini sentiasa diikuti oleh pertumbuhan pasaran secara keseluruhan.

Faktor-faktor tersebut, selain daripada peningkatan harga BTC dan ETH prices, telah membuatkan ramai percaya bahawa bull market pada pasaran kripto akan berlaku. Cara terbaik untuk mengambil peluang pada bull market ini adalah dengan menjana keuntungan ketika pasaran masih stabil dan bersedia dengan strategi perdagangan anda melalui isyarat dagangan kripto untuk mendapatkan transaksi yang lumayan.

what is bull market

Apa itu Isyarat Kripto?

Isyarat atau signal kripto adalah saranan yang diberikan untuk aktiviti tertentu dalam pasaran berdasarkan pelbagai faktor dan input dan menggunakan asas yang sofistikated dan analisis teknikal. Pedagang profesional akan memberi isyarat tersebut, dan menyarankan pedagang untuk melaksanakan dagangan khus dengan harga dan jenis pesanan tertentu.

Saranan ini dihasilkan oleh pakar dalam pasaran yang telah melakukan kajian mendalam serta analisis terhadap pergerakan pasaran dan kemas kini terkini. Mereka menyarankan langkah pelaburan terbaik untuk mengambil peluang terhadap transaksi yang menguntungkan.

Peningkatan dagangan secara automatik dan teknologi membuatkan isyarat dagangan kripto menjadi semakin kompleks. Ia menggunakan algoritma yang kompleks dan bot untuk menjana saranan. Isyarat dagangan automatik akan menganalisis data besar dan menggunakan analisis terkini untuk menghasilkan isyarat yang jauh lebih pantas berbanding manusia..

what are trading signals

Copy trading merupakan strategi dagangan yang popular. Melalui cara ini, pakar dagangan akan berkongsi maklumat dan berita penting, menggunakan pengetahuan mendalam terhadap pasaran, terutamanya kripto. Perkara ini memerlukan perhatian khusus terhadap spekulasi, jumlah dagangan dan pola permintaan.

Golongan pakar akan menyampaikan isyarat kripto ini pada Discord, Telegram dan komuniti dalam talian yang lain, di mana pedagang berbincang dan berkongsi idea pelaburan dan strategi.

Kebanyakan platform mengenakan caj langganan untuk menerima isyarat dagangan. Sangat jarang untuk anda menemui penyedia isyarat kripto yang disediakan secara percuma. Selain itu, penipuan mungkin berlaku dalam perkara ini, seperti menggunakan berita palsu dan menyarankan untuk melabur dalam skim penipuan atau projek pump-and-dump.

copy trading crypto signals

Bagaimana Isyarat Kripto Berfungsi

Isyarat kripto biasanya diberitahu melalui platform media sosial dan saluran komuniti dalam talian. Anda perlu sertai platform dan saluran tersebut untuk menerimanya. Isyarat dagangan kripto biasanya menyarankan tentang perkara berikut.

Beli dan Jual

Isyarat dagangan kripto dibuat berdasarkan analisis yang komprehensif serta penilaian terhadap pergerakan semasa dan akan datang pasaran. Isyarat ini akan mencadangkan jenis pesanan yang anda perlu lakukan. 

Isyarat yang diberikan akan menyarankan sama ada anda lakukan long (beli) atau short (jual) pada sesuatu mata wang kripto. Cadangan tersebut disokong oleh alasan yang munasabah dan harga optimum yang akan meningkatkan lagi keuntungan anda.

Pemilihan Aset

Selain daripada mencadangkan beli atau jual, isyarat dagangan akan menyarankan aset kripto atau coin atau token digital yang menawarkan peluang terbaik untuk menjana keuntungan. Isyarat kripto boleh melibatkan mata wang digital utama seperti Bitcoin dan Ethereum atau altcoin seperti Ripple atau Cardano.

Harga Aset

Isyarat kripto juga akan mencadangkan harga yang anda perlu letakkan pesanan pasaran (market order). Harga yang disarankan untuk aset tersebut mungkin diberikan dalam amaun yang tepat, dalam lingkungan tertentu atau atas/bawah sesuatu amaun yang spesifik.

Terdapat isyarat yang memerlukan pemprosesan segera pada harga tertentu untuk merebut peluang, terutamanya dalam ketidakstabilan pasaran kripto.

Tahap Take-Profit/Stop-Loss

Tedapat saluran isyarat kripto yang akan memberi saranan kepada anda untuk menetapkan tahap take-profit and stop-loss. Ia bertujuan untuk mengelakkan perubahan yang tidak dijangka, selepas mempertimbangkan sifat mata wang kripto yang spekulatif. 

Namun, signal kripto yang dibuat oleh pedagang profesional dan peserta pasaran, mungkin tidak tepat atau dengan sengaja dibuat untuk mengelirukan. Jadi, dengan membuat tetapan take-profit dan stop-loss akan menggelakkan kerugian dana secara berlebihan.

Mengapa Anda Perlukan Isyarat Dagangan Kripto?

Pasaran kripto sememangnya sangat tidak stabil berbanding pasaran kewangan seperti Forex, saham, bon, dan komoditi. Selain itu, mata wang digital bersifat sangat spekulatif dan perubahan harga berubah mengikut corak permintaan dan persepsi orang ramai terhadap coin ini. 

Permintaan terhadap kripto juga berubah berdasarkan use case dan perkembangan yang terkait dengan mata wang tersebut. Faktor-faktor tersebut, ditambah pula dengan kesukaran untuk menyertai dan berdagang dalam bidang ini, membuatkan ramai pedagang ingin mengambil peluang untuk menjana keuntungan hasil daripada pertumbuhan sihat Bitcoin, Ethereum, dan kripto lain sejak beberapa tahun lepas.

Namun, perdagangan kripto memerlukan perhatian khusus dan analisis untuk mengelakkan pergerakan harga dan berita yang mengelirukan. Perdagangan sosial dan salin (copy) menjadi semakin popular dalam perdagangan kripto, di mana pakar akan berkongsi strategi dan perancangan perdagangan, mencadangkan tindakan terbaik untuk keadaan semasa pasaran.

Jadi, dengan melanggan isyarat dagangan kripto pada Discord atau platform dalam talian yang lain akan membuatkan anda sentiasa termaklum dengan trend pasaran dan membantu menambah baik strategi anda.

Isyarat ini dibuat berdasarkan analisis terhadap data harga semasa dan sebelum ini serta pergerakan pasaran. Ia juga telah mempertimbangkan undang-undang dan kadar adaptasi kripto di seluruh dunia. Namun, anda perlu lakukan usaha wajar (due dilligence) sebelum melanggan saluran isyarat, Ini untuk mengelakkan anda menjadi mangsa skim penipuan atau projek yang mengelirukan. 

importance of crypto trading signals

Bagaiamana Cara Memberi Respons Terhadap Isyarat Kripto

Isyarat kriopto penting untuk anda mengetahui keadaan semasa pasaran dan mendapatkan pandangan berharga daripada penganalisis dan pedagang yang pakar. Terdapat isyarat dagangan yang memerlukan tindakan segera bagi mengelakkan anda terlepas peluang berharga.

Sebaik sahaja anda telah melanggan saluran isyarat kripto, berikut adalah bagaimana anda boleh terima dan fahami isyarat tersebut.

how to use trade signals

Memahami Isyarat

Kebiasaannya, isyarat akan memberi saranan untuk beli dan jual sesebuah aset atau coin kripto. Cadangan ini akan disertakan butiran penuh, termasuk harga, aset dan untuk tempoh berapa lama anda perlu kekalkan posisi tersebut. 

Selain itu, ada isyarat yang akan memberitahu dengan lengkap mengapa anda perlu lakukan sesuatu tindakan tersebut, melalui analisis pasaran dan ramalan untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang serta pulangan yang mungkin diperolehi.

Respons Terhadap Isyarat

Selepas menerima isyarat, penting untuk anda memahaminya dan melakukan analisis terhadap langkah yang dicadangkan. Untuk proses ini, anda perlu tahu posisi anda berdasarkan dagangan yang dicadangkan.

Sebagai contoh, pertimbangkan sama ada anda mampu untuk melaksanakan pesanan yang dicadangkan, sama ada jika anda memiliki coin kripto seperti yang dinyatakan dalam isyarat, dan berapa lama anda perlu kekalkan posisi anda dalam pasaran.

Proses ini penting dan mesti dilakukan pada masa yang tepat untuk menggelakkan anda terlepas peluang yang terdapat di pasaran.

Melaksanakan Pesanan Pasaran

Selepas terima dan menganalisis isyarat, anda boleh laksanakan pesanan beli atau jual untuk harga dan jenis aset yang dicadangkan. Lihat juga sama ada isyarat tersebut ada menyatakan berapa lama anda perlu kekalkan posisi tersebut dan tunggu pulangan anda seiring dengan pergerakan pasaran.

Memilih Penyedia Isyarat Kripto Terbaik

Dunia kripto telah menyaksikan peningkatan dalam projek dan skim penipuan yang mencadangkan pedagang melabur dalam void tokens dan projek pump-and-dump, yang dikenali sebagai pig butchering

Projek ini akan menarik minat pelanggan melalui projek kripto yang menarik dan memberi sedikit pulangan kepada mereka sebagai dorongan untuk melabur lebih banyak, sebelum meninggalkan projek dan lesap bersama wang yang telah dilaburkan.

Jadi, sentiasa berwaspada dengan saluran isyarat dagangan kripto yang menawarkan pulangan yang dijamin, secara percuma atau memberi ramalan terhadap coin yang mencurigakan.

Namun, terdapat platform yang menawarkan isyarat harian kripto yang sah dengan analisis yang munasabah dan tindakan yang dicadangkan. Kebanyakan saluran sebegini mengenakan caj untuk menyertai dan menerima isyarat.

the best crypto trading signal providers

10 Isyarat Mata Wang Kripto Terbaik

Saluran kripto terbaik penting dalam membuat kepuutusan yang termaklum, terutamanya jika anda tidak mempunyai masa yang cukup untuk membuat kajian dan menganalisis pasaran dengan mendalam. 

Terdapat penyedia isyarat khusus untuk pasaran, kelas aset, skala atau julat harga tertentu. Di bawah adalah beberapa penyedia isyarat kripto terbaik.

1. Fat Pig Signals

Fat Pig Signals merupakan komuniti kripto yang ditubuhkan pada 20216. Ia terdiri daripada pedagang dan peminat yang akan berbincang mengenai kemas kini pasaran kripto. Komuniti ini berkembang seiring masa berlalu dan telah menubuhkan grup telegram dengan lebih 43k pelanggan.

Ahli grup ini boleh mengakses isyarat kripto secara percuma dan langganan berbayar. Bagi pakej VIP berbayar, perkhidmatan dagangan dan pengurusan yang disediakan lebih terperinci.

2. Binance Killers

Binance Killers ialah penyedia isyarat kripto yang popular dan boleh dipercayai, dengan lebih 215k ahli berbincang dan berdagang altcoins. Grup ini menggunakan algoritma ramalan terkini untuk menjana isyarat kripto. Faktor itulah yang membuatkan Binance Killers berbeza dengan penyedia isyarat yang lain.

Binance Killer menyediakan analisis lengkap terhadap isyarat dagangan futures Binance dan bahan pembelajaran untuk pedagang yang masih baru.

Binance Killers ditubuhkan oleh toga orang rakan kongsi. Ia meliputi tiga zon masa iaitu di Miami, New Delhi dan Moscow. Pada 2018, saluran ini mula memberikan tips dagangan dan analisis secara percuma sebelum bertukar kepada saluran isyarat sepenuhnya

Fakta Ringkas

3. WolfxSignals 

Grup isyarat dagangan untuk kemas kini dan analisis Forex dan pasaran kripto. Ia menyampaikan isyarat dengan jelas dan boleh difahami dengan mudah. Faktor tersebut membuatkan pedagang baru lebih mudah memahami perdagangan kripto.

Telegram grup ini mengandungi lebih 160k ahli yang berkongsi dua isyarat dagangan kripto secara percuma dua kali seminggu. Analisis dan isyarat yang lebih komprehensif pula disediakan untuk langganan berbayar.

4. Sublime Traders

Grup yang terdiri daripada Sekumpulan peminat kripto ini menawakar perkhidmatan dagangan kripto yang komprehensif, termasuk isyarat, bahan pembelajaran, bots dagangan, dan perkhidmatan pemantauan pasaran yang lain, seperti saham dan Forex.

Sublime Traders menyediakan isyarat kripto untuk dagangan spot dan futures. Perkhidmatan dagangan ditawarkan dalam pelbagai saluran dan dalam tiga pakej

5. CoinCodeCap

Penyedia isyarat CoinCodeCap ditubuhkan pada 2020 melalui Telegram: menyediakan isyarat dan analisis dagangan yang mesra pedagang masih beserta sokongan 24/7 dan sebuah platform di mana ahli grup ini boleh bertanya soalan dan berkongsi idea dan strategi dagangan.

Grup ini semakin berkembang pesat dengan lebih 20k ahli, dengan isyarat dagangan untuk NFT dan kripto spot dan dagangan masa hadapan.

6. Jacob Crypto Bury

Jacob Crypto Bury merupakan pedagang kripto yang berkongsi isyarat dan nasihat di Saluran Discrod dengan 20k ahli. Grup ini berbincang tentang isyarat dagangan kripto, strategi yang disarankan dan persaingan. Perkara tersebut membuatkan grup ini begitu berharga untuk pedagang masih baru dan profesional.

Jacob Crypto Bury juga menyediakan bahan pembelajaran di Twitter dan YouTube.

7. Crypto Inner Circle

Fokus saluran dagangan kripto ini adalah terhadap isyarat kripto dan kemas kini pasaran bagi memastikan 150k ahli grup ini termaklum dengan pergerakan harga dan berita. Kedua-dua faktor tersebut mungkin memberi kesan terhadap keputusan yang dibuat dalam dagangan. 

Ahli saluran Telegram ini membincangkan berita harian kripto, analisis dan kemas kini. Ini membuatkan saluran ini menjadi sumber maklumat berharga untuk pedagang baru.

8. Fed. Russian Insiders

Grup Telegram ini berpusat di Rusia dan menyediakan berita dagangan yang unik dan kemas kini daripada keseluruhan pasaran kripto Rusia. Maklumat yang disampaikan dapat berfungsi dengan baik memandangkan grup ini memiliki akses eksklusif dan pengetahuan dalaman tentang pasaran Eropah Timur. 

Grup ini mengandungi lebih 140k ahli, termasuk individu pakar yang berkongsi kemas kini kripto dan blockchain yang penting, berita dan analisis.

9. Wolf of Trading

Wolf of Trading ialah sebuah grup Telegram yang menawarkan kemas kini dan maklumat pasaran masa nyata. Ini membolehkan ahli grup membuat keputusan tepat dan mengambil peluang terhadap pertumbuhan pasaran.

Penyedia isyrat kripto ini dikenali dengan menawarakan strategi dagangan yang berisiko, biasanya melibatkan pulangan tinggi (high risk/high reward). Fokus grup yang terdiri daripada lebih 145k peminat kripto ini adalah terhadap keuntungan jangka pendek hasil daripada ketidakstabilan tinggi pasaran.

10. Wallstreet Queen Official

Wallstreet Queen Official ialah grup Telegram unik dengan lebih 170k ahli. Fokus grup ini adalah untuk membantu pedagang wanita berjaya dalam dunia perdagangan. Pasukan ini terdiri daripada pakar pasaran dan penganalisis yang menyediakan pandangan berharga dan isyarat dari pasaran kripto.

Grup ini mempunyai reputasi dan menyediakan strategi perdagangan berpandukan data dan komprehensif. Hasilnya, ahli grup dapat membuat keputusan yang termaklum dan menjana pendapatan daripada pasaran kripto.

Kesimpulan

Isyarat dagangan kripto merupakan alat penting sebagai persediaan untuk bull market yang dijangka akan berlaku. Isyarat tersebut mengandungi saranan dan langkah yang patut diambil, yang disarankan oleh pakar. Kemudian, isyarat tersebut akan dikongsi pada komuniti dalam talian, seperti Telegram atau Discord.

Isyarat ini akan menyediakan cadangan berkenaan dagangan di pasaran kripto. Ini termasuk kelas aset, jenis pesanan yang disarankan (beli atau jual) dan tempoh posisi dagangan. Isyarat dagangan kripto dapat memendekkan masa kajian yang dilakukan oleh pedagang. Ia memberi maklumat pada masa yang tepat dalam keadaan pasaran yang memiliki ketidakstabilan tinggi dan dinamik. 

Namun, terdapat semakin penyedia isyarat dagangan yang melakukan aktiviti penipuan. Jadi, pastikan anda membuat kajian untuk mendapatkan isyarat kripto terbaik yang dapat membantu anda merebut peluang di pasaran dan mengembangkan portfolio anda.

Soalan Lazim

Bagaiamana cara saya bersedia untuk bull run kripto?

Sama seperti bull market yang dijangkakan yang lain, sediakan baki dalam akaun dagangan anda dengan jumlah yang anda bersedia untuk laburkan. Buat kajian terhadap pasaran untuk mendapatkan pasaran yang paling berpotensi untuk meningkat. Selain itu, langgan perkhidmatan penyedia isyarat kripto yang boleh dipercayai untuk terima maklumat yang tepat pada masanya dan dagangan yang disarankan.

Isyarat kripto yang manakah paling tepat?

Isyarat kripto adalah berdasarkan analisis dan kajian. Ia tidak menjamin anda akan mendapat pulangan keuntungan. Ketepatan ramalan berbeza bagi setiap penyedia. Jadi, anda perlu mendapatkan penyedia isyarat yang boleh dipercayai yang tidak menawarkan jaminan keuntungan atau menjanjikan sesuatu yang sukar dipercayai.

Adakah berbaloi untuk membeli isyarat kripto?

Isyarat dagangan kripto disampaikan melalui platform komuniti dalam talian sama ada secara percuma atau pakej berbayar. Grup percuma akan menawarkan pandangan dan isyarat. Sementara itu, langganan berbayar pula akan menyediakan isyarat yang lebih kerap dan analisis teknikal terhadap aset kripto dan pasaran yang lebih meluas.

Adakah isyarat dagangan boleh dipercayai?

Isyarat dagangan membantu anda membuat keputusan berpandukan data dan tepat pada masanya, terutamanya dalam pasaran kripto yang memiliki ketidakstabilan begitu tinggi. Jadi, isyarat dagangan yang diterima begitu penting untuk mengecilkan skop kajian anda. Namun, anda masih boleh melakukan analisis tambahan untuk memastikan anda membuat pelaburan yang betul.

Artikel terkini

oin Us at The iFX Asia Expo - Check Out Our Agenda
Returning to The iFX Asia Expo with More Updates and Innovative Solutions
19.07.2024
B2BinPay at The Forex Expo Dubai – Don’t Miss out! |
Joining The World’s Elites at The Forex Expo Dubai
19.07.2024
Buy Now, Pay Later (BNPL) Can Boost Your Sales - Here’s How
Bagaimana Konsep Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) Berfungsi dalam Mata Wang Kripto?
Pendidikan 11.07.2024
What Should We Expect From The Ethereum Pectra Upgrade?
Apa Yang Kita Harapkan Dari Peningkatan Ethereum Pectra?
Pendidikan 10.07.2024