B2BinPay v18 introduces account merge

B2BinPay v18 Memperkenalkan Penggabungan Akaun – Akses Disatukan untuk Semua Pengguna

Reading time

Tidak lama selepas v17 release pengeluaran v17 yang telah menjadi satu mercu tanda, B2BinPay terus mengorak langkah dengan membawa satu lagi kemajuan kepada pelanggan kami. Sesuai dengan dedikasi berterusan kami terhadap kejayaan, kami dengan bangga memperkenalkan pengeluaran v18, satu tanda era baru untuk pelanggan B2BinPay.

Versi ini memperkenal sistem akaun disatukan yang menggabungkan model Pedagang dan Perusahaan. Akaun ini memudahkan lagi pengurusan transaksi mata wang kripto. Pengenalan sistem ini akan mereka semula sepenuhnya frontend dan menguatkan lagi pematuhan kawal selia, menambahbaik pengalaman pengguna dan memastikan keselamatan.

Mari kita lihat lebih dekat perubahan menarik ini dan pelajari bagaimana ia boleh mengubah pengalaman anda bersama B2BinPay.

Pengenalan kepada Akaun Disatukan

Dengan pengeluaran v18, terdapat perubahan besar kepada pelanggan B2BinPay – penyatuan akaun, atau Merge, satu falsafah baru bagaimana kami memberikan perkhidmatan kami.

Kemas kini ini akan menyeragamkan platform kami dengan menggabungkan dua model perniagaan (Pedagang dan Perusahaan) kepada satu interface yang mesra pengguna. Kini, pelanggan memiliki fleksibiliti dalam menyesuaikan kefungsian berdasarkan keperluan unik pelanggan, uruskan secara langsung transaksi dalam satu sistem integrasi tunggal. Inovasi ini akan membuatkan operasi jadi lebih ringkas dan pelanggan dapat mengawal sepenuhnya. Mari lihat lebih dekat manfaat penggabungan ini kepada pengguna kami.

Struktur Akaun yang Diringkaskan

Kami telah mengemaskini struktur akaun kami dengan menghapuskan bahagian pengguna Pedagang dan Perusahaan kami. Kini, satu akaun tunggal memberikan akses terhadap kefungsian untuk kedua-dua jenis dompet. Pengenalan akaun ini juga meringkaskan lagi proses pendaftaran, membolehkan pelanggan menyertai platform kami dengan lebih mudah tanpa perlu beralih daripada maklumat terperinci untuk setiap dompet. Pendekatan seragam ini membuatkan perniagaan boleh mula gunakan perkhidmatan kami dengan segerta dan fokus apa yang lebih penting – perniagaan mereka.

Suai Tugas (Onboarding) Pelanggan dan Operasi yang Ditambahbaik

Kini proses suai tugas melibatkan satu langkah yang mudah dengan satu bayaran untuk semua pihak. Sebaik sahaja suai tugas (onboarding) bermula, pelanggan bebas memilih dan tukar antara perkhidmatan dompet untuk disesuaikan dengan keperluan perniagaan mereka yang semakin meningkat. Semuanya dilakukan tanpa perlu risau kos tambahan atau proses pengurusan yang kompleks. Ia merupakan pendekatan mudah, yang menghargai masa pelanggan dan menyokong perkembangan perniagaan pelanggan pada setiap masa.

Front-End Baharu & Kefungsian yang Lebih Hebat

Pengeluaran v18 kami memberi reka bentuk segar kepada B2BinPay yang selari dengan nilai estetik B2Broker, menawarkan lebih dari sekadar satu interface yang menarik. Kami telah menambah baik kelajuan sistem dan keselamatan untuk memberikan anda frontend yang kukuh dan berfungsi lebih baik. Pada masa yang sama juga, kami mengekalkan ciri-ciri teras yang biasa digunakan dan digemari pelanggan kami dengan memastikan pertukaran ke platform dikemaskini ini dilakukan dengan lancar dan mudah. Berikut adalah bahagian yang telah diubah suai sepenuhya:

Dompet & Pindahan

Halaman dompet dan pindahan kini ditampilkan degan rekaan lebih ringkas dan proses yang lebih seragam, masa untuk klik dan paparan telah dikurangkan dengan banyak. Selain itu, kami juga telah menambah baik interface untuk pembayaran, pengeluaran bank dan tukaran. Kini, semua operasi kewangan lebih mudah dan efisen, dan menjimatkan masa berharga pelanggan kami.

Menu Akaun yang Baru

Kami telah menambah baik interface pengurusan akaun dan, kini lebih mesra pengguna dan selamat. Tetapan untuk keutamaan (preference), kawalan kebenaran API, dan ubah suai profil anda kini boleh dilakukan dengan mudah di Menu Akaun baharu. Selain itu, Two-Factor Authentication (2FA) memberikan langkah keselamatan tambahan. Halaman Pembayaran juga telah dikemaskini selari dengan falsafah rekaan yang baru dan mesra pengguna serta memastikan transaksi kewangan yang selamat.

Pengurusan Invois yang Fleksibel

Dalam usaha kami untuk memberi lebih kawalan kepada pelanggan, kami telah menghapuskan had 7 hari, yang sebelum ini dikenakan untuk tempoh luput invois pedagang. Kemas kini ini membenarkan garis masa invois diubah suai, menyediakan elemen fleksibiliti yang diperlukan untuk selari dengan proses perniagaan individu.

Pengalaman di Helpdesk yang Intiutif

Kami telah menambahbaik UX untuk Helpdesk secara menyeluruh dengan menawarkan akses seragam untuk sokongan pelbagai bahasa, berpandukan jadual yang jelas. Dengan notifikasi sticker yang baru untuk mesej yang akan masuk, kini anda boleh ketahui keadaan terkini dan menjadi responsif dengan lebih mudah.

Interface untuk Kadar yang Bertambah Baik

UX untuk Kadar kini mengandungi kegemaran yang ditambah baik serta keupayaan untuk membuat tapisan. Selain itu, bahagian kadar (rates) telah dialihkan dari menu dompet ke menu paling atas. Ini memudahkan akses dan meningkatkan keberkesanan untuk pelanggan kami apabila menguruskan kadar mata wang.

Pematuhan Peraturan Perjalanan FATF

Di B2BinPay, kami komited untuk mengekalkan piawaian tertinggi untuk pematuhan kawal selia dan ketelusan dalam semua operasi kami. Selari dengan komitmen ini, kami telah mengintegrasi penyedia penyelesaian Peraturan Perjalanan yang baharu, Notabene, untuk memastikan kepatuhan terhadap keperluan Peraturan Perjalanan Financial Action Task Force (FATF).

Peraturan Perjalanan FATF ialah piawaian kawal selia yang mewajibkan perngumpulan dan perkongsian maklumat peribadi dalam transaksi mata wang kripto untuk mencegah pengubahan wang haram dan aktiviti haram yang lain. Ia memerlukan Virtual Asset Service Provider (VASP) (VASPs), seperti kami, untuk memberikan beberapa maklumat tentang pencipta dan benefisiari pindahan dana. Peraturan ini penting untuk menghapuskan butiran yang boleh mengenalpasti transaksi mata wang kripto, dan membolehkan aktiviti disyaki dikesan dan mencegah penipuan.

Akhir Kata

B2BinPay merupakan peneraju penyedia pembayaran mata wang kripto yang membolehkan peniaga menguruskan transaksi kripto secara selamat, efisyen dan efektif dari segi kos di peringkat global. Sasaran utama kami adalah untuk menyediakan penyelesaian pemprosesan bayaran yang tercanggih, selamat dan mesra pengguna kepada pengguna kami. Kami percaya pengeluaran v18 adalah bukti untuk kualiti tersebut. 

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada komuniti kami untuk sokongan berterusan dan teruja untuk melihat setiap pelanggan kami merasai pengalaman penambahbaikan menarik yang kami telah lakukan dalam versi 18 untuk anda!

Artikel terkini

B2BINPAY v21: What's New?
B2BINPAY v21: Integrasi Algorand & Solana, Keselamatan Tahap Seterusnya, dan Sokongan Pelanggan yang Dipertingkatkan
Kemas Kini Produk 26.09.2024
How Wallet-as-a-Service Transforms Digital Asset Management
Bagaimana Wallet-as-a-Service Mengubah Pengurusan Aset Digital untuk Perniagaan
Pendidikan 05.09.2024
B2BinPay at Finance Magnates London Summit 2024
B2BINPAY Gears Up for Finance Magnates London Summit 2024: Join Us at the Premier Event for FinTech Innovation
28.08.2024
B2BINPAY at The Highly Anticipated Gitex Global 2024
Join us in Dubai For Exciting Tech Discussions at Getix Global
20.08.2024