Pasaran kripto telah berkembang daripada pilihan pembayaran untuk sekumpulan kecil pengguna yang tahu tentang teknologi kepada cara alternatif di seluruh dunia untuk memindahkan mata wang fiat. Sejak beberapa tahun ini, bilangan perniagaaan yang menerima mata wang kripto semakin bertambah. Bermula dari entiti pemula (startup), kini syarikat global seperti Microsoft dan Amazon telah mula menerima mata wang kripto. Namun, adakah kripto dianggap cukup popular untuk dipertimbangkan sebagai pilihan pembayaran yang dominan?
Melalui artikel ini, kami akan nyatakan syarikat mana yang menerima Bitcoin serta kripto popular lain untuk menganalisis tahap kebebasan dan kepelbagaian yang boleh dinikmati pengguna, sekiranya mereka menggunakan mata wang digital. Jadi, sebenarnya apa yang anda boleh beli dengan kripto? Mari ketahui lebih lanjut.
Isi Penting
- Setakat 2024, senarai syarikat utama yang menerima pilihan pembayaran mata wang kripto telah bertambah dengan ketara berbanding dekad sebelum ini.
- Penyedia perisian utama, syarikat kereta, rangkaian makanan segera, francais sukan, agensi pelancongan, jenama pakaian, dan banyak lagi sektor lain telah mula menerima pembelian menggunakan kripto.
- Perjalanan pilihan pembayaran kripto untuk menjadi alternatif dominan berbanding mata wang fiat masih jauh. Namun, perkembangan semasanya menunjukkan kesan positif.
- Banyak syarikat yang menerima kripto melalui kad hadiah, berbanding menggunakan pautan terus. Namun, kebanyakan syarikat ini sedang mempertimbangkan kaedah integrasi terus dari dompet.
Kebangkitan Pembayaran Kripto pada 2024
Sebelum melihat senarai syarikat utama yang menerima mata wang kripto, penting untuk kita fahami bagaimana mata wang kripto menguasai pasaran pembayaran global.
Dalam masa 15 tahun, penyelesaian kripto telah mengalami pelbagai cabaran dan masalah. Ini termasuk penipuan, isu teknikal, masalah kesesakan, dan halangan lain. Namun, teras teknologi kripto masih lagi kekal kukuh. Ia menawarkan pilihan pembayaran yang lebih pantas, murah dan selamat kepada pengguna.
Jika dibandingkan dengan pembayaran fiat, mata wang kripto tidak perlu melalui pelbagai bank antarabangsa dan institusi lain untuk proses pengesahan. Keadaan ini dapat mengurangkan tempoh pemprosesan dari 5-7 hari bekerja kepada hanya beberapa minit. Tanpa pihak ketiga, fi komisyen juga akan berkurangan. Ini kerana kripto hanya mengenakan caj gas.
Akhir sekali, mata wang kripto disulitkan melalui kriptografi. Ini membuatkan sangat sukar untuk mengubah transaksi. Manfaat yang besar ini membuatkan banyak syarikat mula menerima konsep pembayaran blockchain.
Pihak yang mula-mula mengadaptasi adalah stor dalam talian yang menerima Bitcoin. Penerimaan ini membolehkan pengguna menikmati pilihan pembayaran tambahan di serata dunia. Pada hari ini, senarai syarikat yang menerima mata wang kripto telah bertambah secara dramatik. Ini termasuk produk dan perkhidmatan popular yang terdapat di pasaran.
Syarikat Utama yang Menerima Mata Wang Kripto pada 2024
Walapun kejatuhan pasaran yang berlaku pada 2022, mata wang kripto telah pulih semula dan berkembang pesat sejak tahun lepas. Situasi ini mendorong syarikat besar untuk memperakui kelebihan ditawarkan untuk menerima pembayaran Bitcoin dan mata wang digital popular yang lain.
Hasilnya, pengguna dapat menggunakan mata wang kripto tanpa pilihan terbatas untuk perbelanjaan harian serta untuk produk dan perkhidmatan tertentu. Kami kongsikan senarai komprehensif syarikat dan perniagaan global yang telah pun menerima pembayaran kripto.
Microsoft
Sebagai penyedia utama untuk Windows OS, Office 365 dan pelbagai penyelesaian perisian lain di pasaran global, Microsoft telah menyediakan pilihan tambahan melalui pembayaran kripto pada akaun natif syarikat ini. Microsoft menerima BTC, BCH, ETH, USDT, dan mata wang popular lain sebagai pilihan pembayaran.
Menerima kripto sejak 2014
Amazon (Tidak secara terus)
Platform dalam talian global Amazon sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Ia boleh dikatakan menawarkan pasaran global untuk apa sahaja produk yang diinginkan pelanggan. Ketika ini, Amazon tidak membenarkan pembayaran kripto secara terus pada laman web Amazon. Namun, anda masih boleh menghubungkan dompet kripto Purse.io ke platform dan membeli produk di Amazon menggunakan Bitcoin dan Bitcoin cash.
Menerima kripto sejak 2021
AT&T
AT&T merupakan gergasi telekomunikasi, media dan teknologi. AT&T membenarkan pengguna menghubungkan dompet kripto ke platform dan membayar sebarang perkhidmatan menggunakan transaksi kripto. Disebabkan pautan terus antara platform dan dompet kripto tersebut, AT&T tidak mengehadkan jenis token kripto yang boleh digunakan.
Menerima kripto sejak 2019
Twitch
Twitch merupakan platform penstriman popular untuk pencipta kandungan permainan video. Platform ini masih mendominasi pasaran pensrtriman pada 2024. Ketika ini, Twitch membenarkan pengguna membayar langganan menggunakan BTC, BCH, ETH, USDC, dan mata wang digital lain yang popular.
Menerima kripto sejak 2019
Tesla
Sebagai salah satu syarikat pengeluar kereta terbesar di dunia, Tesla dengan pantas mengusai pasaran automotif dengan kereta elektrik. Ia telah membuka jalan untuk masa hadapan yang lebih bersih tanpa menyebabkan pencemaran alam sekitar. Elon Musk merupakan penyokong kuat inovasi digital dan beliau begitu menggalakkan penggunaan mata wang kripto. Namun, setakat 2024, Tesla hanya menerima Dogecoin sebagai pilihan pembayaran menggunakan mata wang kripto. Buat masa ini, syarikat tersebut masih lagi tidak berhasrat untuk menambah pilihan kripto dalam senarai.
Menerima kripto sejak 2020
BMW dan Penjual Kereta Jenama Tempatan Lain
Setakat tahun 2024, senarai syarikat kereta yang menerima mata wang kripto sebagai pilihan pembayaran secara terus, tidak begitu banyak. Namun, penjual kereta tempatan di Amerika Syarikat dan Eropah menawarkan pilihan pembayaran sebegitu untuk kedai mereka.
Hampir 100+ penjual kereta menawarkan pembayaran kripto di laman web mereka. Selain itu, terdapat banyak lagi penjual yang menerima pembayaran kripto melalui terminal POS. Jadi, jika anda ingin beli kereta dengan Bitcoin atau mata wang lain, masih terdapat banyak pilihan secara dalam talian atau di premis penjual kereta yang menerima pembayaran mata wang kripto.
Express VPN
Express VPN menerajui pasaran untuk penyelesaian VPN. Ia membolehkan pengguna kekal selamat semasa melayari internet atau terlibat dalam aktiviti digital yang lain. Pengguna boleh menggunakan pembayaran kripto melalui BTC, BCH, ETH, USDC dan mata wang kripto lain di Express VPN.
Menerima kripto sejak 2014
Burger King
Burger King ialah sebuah restoran makanan segera yang terkenal dengan penerimaan terhadap inovasi digital baru. Pada masa kini, Burger King menerima Bitcoin dan kad hadiah Bitcoin dan kad hadiah mata wang kripto popular lain sebagai kaedah pembayaran.
Menerima kripto sejak 2023
Subway
Sama seperti Burger King, Subway merupakan restoran makanan segera yang berbangga menggunakan bahan-bahan segar untuk sandwic mengikut cita rasa pelanggan. Subway juga menerima pembayaran kripto melalui kad hadiah. Satu fakta yang agak mengejutkan bahawa Subway merupakan antara syarikat pertama yang menerima aset kripto di serata dunia.
Menerima kripto sejak 2014
KFC
Satu lagi rangkaian restoran global, KFC, telah menerima Bitcoin sebagai kaedah pembayaran untuk produknya. “Bitcoin Bucket” telah diperkenalkan pada 2018 dan membolehkan pengguna melayari laman web KFC dan membeli bucket ayam istimewa menggunakan Bitcoin.
Menerima kripto sejak 2018
Dallas Mavericks
Dallas Mavericks ialah salah satu francais NBA paling berharga. Pasukan ini dimiliki oleh bilionair terkenal, Mark Cuban. Beliau sememangnya diketahui berminat terhadap inovasi. Beliau telah menambah pilihan pembayaran kripto. Setakat 2024, pelanggan boleh menggunakan Bitcoin untuk membeli cenderamata dan tiket untuk perlawanan Dallas Mavericks.
Menerima kripto sejak 2019
American Gold Exchange
American Gold Exchange merupakan platform popular untuk membeli emas, perak dan logam berharga lain di Amerika Syarikat. Kini, AGE menyokong integrasi untuk kebanyakan dompet kripto. Pengguna boleh membayar menggunakan stablecoin, altcoin, token dan boleh dikatakan apa sahaja mata wang digital yang lain. Platform AGE boleh dihubungkan dengan dompet kripto popular, termasuk MetaMask, Exodus, dan Coinbase.
Menerima kripto sejak 2021
Best Buy
Best Buy sememangnya dianggap oleh orang ramai sebagai Amazon untuk membeli gajet teknologi. Best Buy merupakan penyedia utama untuk alat teknologi canggih dalam harga mampu milik di Amerika Syarikat dan Kanada. Setakat 2024, Best Buy menyokong pembelian menggunakan kripto, melalui kad hadiah yang boleh diperolehi dengan dompet kripto.
Menerima kripto sejak 2021
Ace Jewelers
Ace Jewelers merupakan rangkaian kedai permata, jam dan aksesori mewah di Eropah. Ace Jewelers membenarkan pembayaran kripto tanpa had secara terus melalui dompet kripto. Malah, Ace Jewelers menjadi penjual barangan mewah yang pertama menggunakan kaedah pembayaran Bitcoin sejak dekad sebelum ini.
Menerima kripto sejak 2016
Jomashop
Jomashop merupakan satu lagi jenama mewah untuk jam, beg tangan, pewangi dan aksesori fesyen lain. Namun, produk utama Jomashop adalah koleksi jam tangan, termasuk jenama terkemuka dunia seperti Rolex. Ketika ini, Jomashop menyokong transaksi kripto di stor dalam talian. Pelanggan boleh membeli semua produk menggunakan mata wang popular seperti BTC, BCH, ETH, DOGE dan banyak lagi.
Menerima kripto sejak 2021
BitPay Travel
BitPay telah bekerjasama dengan Xeni, portal pelancongan terkemuka untuk pelanggan di serata dunia. Kerjasama tersebut mendorong kepada penubuhan BitPay Travel. Pengguna boleh membayar tiket penerbangan, hotel, sewa kereta dan perkhidmatan berkaitan pelancongan lain dengan mata wang digital.
Menerima kripto sejak 2011
Pertubuhan Kanser Amerika Syarikat
Pertubuhan Kanser Amerika Syarikat merupakan organisasi bukan berasaskan keuntungan khusus untuk penyelidikan kanser dan meningkatkan kesedaran terhadap kanser di seluruh Amerika Syarikat. ACS mula menerima pembayaran kripto pada tahun lepas dan individu boleh buat sumbangan dalam mata wang kripto untuk usaha penting ini.
Menerima kripto sejak 2023
Against Malaria Foundation
Sama seperti kanser, malaria merupakan penyakit global yang memerlukan dana yang besar untuk membangunkan rawatan berkesan atau pencegahan. AMF telah mula menerima kripto untuk meluaskan skop cara menderma di serata dunia. Kini, individu boleh menderma dalam sebarang mata wang kripto hasil daripada inisiatif tersebut.
Menerima kripto sejak 2023
Delta Airlines
Delta Airlines merupakan salah satu syarikat penerbangan komersial di Amerika Syarikat dan peringkat global. Ia terkenal dengan harga yang mampu milik dan menyediakan penerbangan ke pelbagai destinasi pilihan. Delta juga menyediakan pilihan tempahan hotel dan kereta atau membeli tawaran pakej percutian. Semua perkhidmatan Delta boleh dibeli dengan kad hadiah kripto yang menyokong hampir semua mata wang kripto utama. Delta Airlines terus menjadi penyokong global untuk kripto dengan memperbaharui usaha sama bersama Crypto.com pada 2023.
Menerima kripto sejak 2014
Abercrombie & Fitch
Abercrombie & Fitch merupakan jenama pakaian popular Amerika, dengan 300+ stor dan reseller di seluruh dunia. Abercrombie & Fitch mempunyai satu stor dalam talian khusus dengan pelbagai pilihan pembayaran untuk semua produk jenama ini.
Setakat 2024, platform tersebut telah menambah mata wang kripto dalam pilihan pada e-kad hadiah. Pengguna boleh membeli kad hadiah dengan platform kad hadiah BitRefill.
Menerima kripto sejak 2024
Adidas
Satu lagi jenama global yang tidak asing lagi, Adidas telah mendominasi segmen pakaian sukan bersama Nike selama hampir 80 tahun. Adidas juga menyokong pembayaran kripto secara tidak terus, iaitu melalui kad hadiah yang boleh diperolehi dari platform BitRefill. Namun, Adidas juga telah mengumumkan hasrat untuk bekerjasama dengan CoinBase. Pengumuman tersebut menguatkan lagi kemungkinan lebih banyak pilihan pembayaran secara terus pada masa hadapan.
Menerima kripto sejak 2023
Ralph Lauren
Tergolong dalam segmen yang lebih mewah, Ralph Lauren merupakan jenama pakaian mewah yang menghasilkan dan menjual pakaian. Jenama Ralph Laurel sememangnya dianggap sebagai antara nama besar dalam industri fesyen pakaian.
Sama seperti Adidas dan Abercrombie, Ralph Lauren menyertai rangkaian syarikat utama yang menerima mata wang digital. Selain itu, Ralph Lauren juga cuba menyediakan kemudahan bayaran kripto di premis. Stor cawangan Miami menerima Bitcoin melalui terminal POS.
Menerima kripto sejak 2023
Allbirds
Allbirds, jenama pakaian global keempat yang tersenarai dalam senarai ini, juga menyokong sistem kad hadiah yang sama digunakan oleh Adidas dan Abercrombie & Fitch. Ketika ini, Allbirds terus berkembang di seluruh dunia dan muncul sebagai jenama utama dalam pakaian sukan dan kasut kasual.
Menerima kripto sejak 2023
Home Depot
Home Depot merupakan rangkaian stor dalam talian dan fizikal khusus untuk alat dan material pertukangan. Dengan menyediakan lebih satu juta peralatan dan sumber unik, Home Depot sememangnya mendominasi pasaran perbaikan rumah sejak berdekad lamanya. Ketika ini, Home Depot menerima kad hadiah kripto sebagai cara pembayaran. Pengguna boleh membayar dalam sebarang mata wang kripto yang mereka inginkan.
Menerima kripto sejak 2019
IKEA
Produk keluaran IKEA yang unik sememangnya terkenal diperingkat global. Ia menawarkan produk perabot berkualiti pada harga yang sangat murah. Ditubuhkan di Sweden, IKEA telah menguasai pasaran di serata dunia, dan beroperasi hampir di setiap benua. Sama seperti Home Depot, IKEA menawarkan pilihan kad hadiah untuk pengguna belanja menggunakan mata wang kripto di platform mereka. Namun, sesuatu yang menarik untuk saksikan jika IKEA mula menerima Bitcoin pada masa hadapan.
Menerima kripto sejak 2020
Gamestop
Gamestop merupakan pengedar permainan video, konsol, barangan koleksi dan cenderamata terkenal di dunia. Rangkaian stor fizikal dan dalam taliannya terkenal dengan menawarkan harga mampu milik. Pelanggan boleh menukar permainan lama dengan harga diskaun, untuk produk baru. Gamestop telah lama menyokong inovasi digital, di mana ia menerima kripto sebagai kaedah pembayaran di platform sejak beberapa tahun yang lalu.
Gamestop telah membangunkan dompet kripto natif dan mula menerima Bitcoin pada tahun 2022. Namun, Gamestop memutuskan untuk menghentikan perkhidmatan dompet natif tersebut disebabkan potensi undang-undang yang tidak menentu. Setakat 2024, Gamestop menenerima pilihan kad hadiah di stor online.
Menerima kripto sejak 2022
PlayStation Store
PlayStation store merupakan hub dalam talian untuk permainan eksklusif PlayStation, kandungan media, dan barangan koleksi. Sebagai stor lengkap untuk perkara berkaitan Playstation, PS store merupakan tempat digital utama untuk pemilik PS. Pengguna boleh membeli kad hadiah BitRefill untuk permainan video dan produk digital lain di PS Store.
Menerima kripto sejak 2021
AMC Theatres
AMC adalah salah satu rangkaian teater filem terbesar di Amerika Syarikat. Ia menawarkan peralatan audio berkualit tinggi dan terkini. AMC telah mendominasi pasaran Amerika sejak sekian lama disebabkan faktor dedikasi terhadap kualiti dan keselesaan kepada pengguna. Pembelian tiket wayang boleh dilakukan dengan dompet kripto seperti MetaMask, Coinbase, dan Exodus.
Menerima kripto sejak 2022
Chainalysis
Syarikat yang menjalankan perniagaan berasaskan blockhain, semestinya akan menggalakkan penggunaan pembayaran kripto untuk produk dan perkhidmatannya. Chainalysis merupakan salah satu penyedia perkhidmatan berasaskan blockchain, menawarkan perkhidmatan KYC, KYT, anti pengubahan wang haram, dan kawal seliaan.
Selain itu, Chainalysis juga menyediakan perkhidmatan pandangan berpandukan data dan rangka kerja untuk syarikat yang ingin menggunakan mata wang kripto. Semenjak penubuhannya lagi, Chainalysis telah menerima pembayaran kripto secara terus sebagai cara pembayaran perkhidmatan dan produknya.
Menerima kripto sejak 2014
Uber & Uber Eats
Uber merupakan aplikasi digital untuk membuat tempahan teksi yang berpusat di Amerika Syarikat. Walaupun berasal dari Amerika, Uber semakin popular diperingkat global disebabkan faktor kawalan kualiti terhadap pemandu dan jaminan keselamatan tinggi.
Uber Eats merupakan satu lagi idea yang diperkenalkan oleh pengasas Uber. Ia menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan. Kini perkhidmatan tersebut menjadi pesaing utama untuk syarikat besar seperti Doordash. Melalui usaha sama dengan BitPay collaboration, kedua-dua aplikasi Uber dan Uber Eats menerima pembayaran kripto secara terus, untuk semua mata wang kripto popular.
Menerima kripto sejak 2023
Kesimpulan
Seperti yang dapat dilihat dalam senarai syarikat yang menerima kripto, dari segi fleksibiliti kaedah pembayaran alternatif telah menjadi pilihan kedua popular yang dapat menyaingi kaedah pembayaran mata wang tradisional. Mata wang kripto lebih pantas, kos lebih rendah, dan selamat berbanding mata wang fiat dan sistem yang menyokong mata wang tersebut. Namun, banyak isu yang menyelubungi industri blockchain telah mengurangkan kepercayaan orang ramai terhadap mata wang kripto. Situasi tersebut menjadi halangan dalam meluaskan lagi populariti kripto.
Walaupun terdapat cabaran semasa, senarai barang yang anda boleh beli menggunakan Bitcoin dan mata wang kripto lain semakin bertambah. Sasaran utama syarikat kripto adalah untuk menguasai keseluruhan pasaran komersial dengan menyediakan kemudahan bayaran kripto di kedai runcit, restoran, dan urus niaga harian yang lain. Sasaran tersebut semakin hampir direalisasikan. Namun, sepantas mana pembayaran kripto menguasai landskap pembayaran merupakan sesuatu yang menarik untuk disaksikan.
SOALAN LAZIM
Apakah syarikat terbesar yang menerima kripto?
Apakah syarikat terbesar yang menerima kripto? Antara syarikat tersebut adalah Microsoft, AT&T, Adidas, IKEA dan Amazon yang merima Bitcoin secara terus atau sebaliknya.
Apakah perbezaan antara pilihan pembayaran kripto dengan pembayaran fiat?
Pembayaran kripto memiliki kos transaksi lebih rendah, masa pemprosesan lebih pantas dan tidak memerlukan penglibatan pihak ketiga untuk mengesahkan transaksi. Namun, kripto juga sangat tidak stabil, dan boleh mendatangkan risiko pasaran kepada pemilik.
Adakah kripto sebuah alternatif yang lebih baik berbanding fiat?
Untuk menggantikan dompet fiat anda dengan kripto tidak semudah disangaka. Ini kerana banyak kedai seperti kedai runcit, restoran, farmasi, dan pusat membeli-belah tidak menerima kripto. Namun, industri kripto semakin hampir untuk diterima di tempat perbelanjaan harian sebegitu untuk menghasilkan ekosistem yang komprehensif kepada pemilik kedai.