Penggunaan wang tunai untuk transaksi dan pembayaran telah menjadi bukan lagi cara yang lazim digunakan, terutamanya apabila kad kredit, perbankan dalam talian dan mata wang digital kini semakin popular.
Kebanyakan pemproses pembayaran memilih dan menggalakkan pembayaran tanpa tunai dengan pelbagai intensif ditawarkan jika bayaran dibuat menggunakan kad. Bitcoin muncul sekitar sepuluh tahun dahulu. Ia memberi dimensi baru terhadap sistem pembayaran elektronik dan mencipta rangkaian tidak berpusat baharu yang tidak dikawal oleh pihak berkuasa.
Adakah ini bermaksud kaedah pembayaran BTC lebih baik? Adakah anda dapat jimat wang lebih banyak dengan menggunakan wang digital? Mari kita bandingkan Bitcoin dan kad kredit dan ketahui cara terbaik untuk melakukan transaksi wang.
Isi Penting
- Bitcoin dan kad kredit merupakan dua cara yang digunakan untuk melakukan transaksi dan membeli produk serta perkhidmatan.
- Transaksi kripto lebih murah dan pantas disebabkan pihak pengantara yang terlibat lebih sedikit.
- Pembayaran kad kredit mengenakan caj yang lebih tinggi disebabkan terdapat beberapa pihak yang terlibat dalam transaksi.
- Perniagaan dan pengguna membayar lebihan billion dollar menggunakan kad kredit untuk transaksi dan pembelian harian.
Memahami Pembayaran Bitcoin
Mata wang kripto dicipta pada 2009 sebagai saingan untuk kaedah pembayaran yang dikawal oleh kerajaan. Mata wang ini memperkenalkan mata wang digital, dompet dan buku audit.
Teknologi ini mendapat tempat dalam dunia kewangan dengan pantas. Ia telah menjadi salah satu tempat paling sesak dan pasaran paling sibuk di mana pedagang, broker dan pelabur menjana keuntungan dan menambah kekayaan mereka.
Mata wang digital ini disimpan secara dalam talian, tanpa dalam bentuk fizikal, dan boleh digunakan untuk pembayaran dalam talian, transaksi, dan pindahan wang disebabkan setiap mata wang kripto tersebut mempunyai nilai.
Terdapat kira-kira 10,00 kripto coin dan token. Setiap satunya mepunyai harga berbeza dalam wang fiat dan tokenomik tersendiri, yang menentukan peredaran dan struktrur mata wang tersebut.
Bagaimana Transaksi Kripto Berfungsi?
Teknologi Blockchain merupakan tulang belakang sistem tidak berpusat. Dalam sistem ini, semua transaksi, operasi, dan aktiviti kripto direkodkan serta-merta dan terbuka.
Dompet digital perlu dimiliki untuk menghantar dan menerima wang digital. Apabila pembayaran kripto dimulakan, blockchain akan menggunakan smart contract yang akan berkomunikasi dengan dompet untuk memastikan dana mencukupi.
Kemudian, transaksi tersebut disahkan mengikut peraturan ekosistem sebelum dilepaskan kepada penerima. Kesemua proses ini berlaku dalam masa beberapa saat atau minit dan tidak tertakluk pada kawalan atau kelulusan pihak berpusat.
Bitcoin dan Ethereum merupakan antara kaedah pembayaran kripto paling popular disebabkan harga mata wang tersebut sejak beberapa tahun ini dan seni bina blockchain yang canggih.
Memahami Kad Kredit
Sementara itu, kad bank pula menggunakan sistem pembayaran elektronik yang memautkan wang yang anda telah depositkan dalam akaun bank anda ke kad debit. Setiap kali anda membuat pembelian, wang dalam akaun anda akan ditolak.
Kad kredit membolehkan anda membayar menggunakan duit dari bank atau institusi kewangan. Anda boleh bayar balik jumlah penuh dalam tempoh tertentu atau mengikut jadual pembayaran yang ditetapkan secara ansuran. Syarikat penyedia mengeluarkan kad kredit dan kad debit, dan bank pula akan menguruskan duit anda. Semua keadaan tersebut membuatkan banyak aset anda dikawal oleh pihak berkuasa.
Kaedah pembayaran tradisional melibatkan beberapa pihak pengantara. Situasi ini menyebabkan beberapa fi akan dikenakan, dan mungkin lebih daripada mata wang kripto.
Bagaimana Transaksi Kad Berfungsi?
Pembayaran menggunakan kad bank melibatkan beberapa sistem dan server berasingan yang mengendalikan setiap pesanan dan berfungsi secara bersama untuk melengkapkan transaksi.
Setiap kali anda melakukan transaksi Visa yang biasa, anda membenarkan peniaga untuk mengeluarkan duit dari akaun anda. Proses ini akan melalui beberapa pihak pengantara. Sesebuah transaksi biasa akan melibatkan lima atau enam pihak, seperti pemegang kad, peniaga, bank peniaga, rangkaian kad kredit, dan bank pengeluar kad.
Transaksi perbankan dalam talian melibatkan pihak-pihak yang sama, namun ditambah dengan gerbang pemproses pembayaran yang akan memudahkan komunikasi dalam talian antara pihak pengantara. Setiap pihak dalam transaksi akan mengenakan caj, dan sebab itulah caj kad kredit berubah-ubah.
Bitcoin vs Credit Card: Ciri-Ciri Keselamatan
Aspek keselamatan merupakan faktor pendorong utama yang memulakan dan membangunkan mata wang kripto. Fokus dalam mata wang kripto adalah terhadap perkongsian kawalan, ketidakberpusatan, dan melindungi data pengguna. Ciri-ciri ini sangat bertentangan dengan apa yang dimiliki oleh pembayaran kad kredit. Mari kita lihat perbezaan bagi setiap sistem.
Keselamatan Pembayaran Kripto
Blockchain merupakan sebuah lejar yang dikongsi, di mana semua pembayaran kripto direkod dan didaftar. Mana-mana pengguna boleh mengakses blockchain dan mendapatkan maklumat berkenaan jumlah yang dihantar, dompet penghantar dan dompet penerima dan mata wang yang digunakan.
Sebagai contoh, Bitcoin tidak dimiliki oleh organisasi berpusat atau kerajaan. Sebaliknya, ia diuruskan oleh sekumpulan pembangun rangkaian yang melabur dalam coin tersebut dan terus berusaha untuk mempromosi dan menambahbaik aspek keselamatan dan kebolehskalaan dalam blockchain.
Apabila anda mendaftar untuk sesuatu dompet, anda tidak memberi maklumat peribadi, nama, pekerjaan atau butiran lain, Situasi ini menjaga keselamatan data anda dan tidak mendedahkan kepada risiko pencurian identiti.
Keselamatan Pembayaran Bank
Sementara itu, pembayaran menggunakan kad secara teknikalnya bermaksud anda membenarkan pihak bank untuk memproses maklumat anda dengan beberapa penyedia perkhidmatan pihak ketiga. Ia dilakukan atas sebab keselamatan dan bagi membolehkan pembayaran dibuat ke akaun bank penerima.
Selain itu, untuk membuka akaun bank, anda perlu memberi butiran peribadi, termasuk sumber pendapatan, alamat, nombor telefon, dan pakerjaan. Kemudian, semua maklumat tersebut akan dihantar secara elektronik ke penyedia KYC, yang akan memproses dan mengesahkan kelayakan anda untuk membuka akaun.
Pihak bank mungkin tidak akan mendedahkan identiti peribadi anda dengan sengaja. Namun, apabila maklumat diri anda diproses dan dihantar ke agensi/pihak lain, lebih mudah untuk penggodam menceroboh dan mencuri maklumat atau duit anda.
Bagaimana Pembayaran Kripto Menyelesaikan Masalah dalam Kad Kredit
Kebolehan untuk kekal (immutability) dan kebolehoperasian adalah dua ciri-ciri utama pembayaran tidak berpusat yang menyelesaikan kelemahan dalam sistem pembayaran tradisional.
Penipuan chargeback merupakan isu ketara dalam pembayaran kad kredit. Situasi ini melibatkan pembeli meminta bayaran balik (refund) tanpa sebab kukuh selepas membuat pembelian walaupun pembeli telah menerima produk atau perkhidmatan.
Tuntutan ini tidak hanya menyebabkan kerugian kepada peniaga untuk barangan yang telah dijual, malah reputasi mereka juga telah tercalar. Ini kerana penyedia kredit boleh menggantung peniaga yang menerima beberapa tuntutan chargeback.
Pembayaran kripto boleh mengelakkan isu ini kerana tiada chargeback boleh berlaku dalam Bitcoin, dan sebaik sahaja transaksi dibuat, ia tidak boleh dipatah balik.
Selain itu, pembayaran bank terbatas dari segi mata wang dan kawasan. Ada juga akaun yang dikenakan had untuk tidak membenarkan wang dikirim ke luar negara atau melakukan transaksi dengan pihak ketiga yang boleh dipercayai.
Sementara itu, network bridges (penghubung) membolehkan mata wang kripto digunakan pada blockchain dan mata wang berbeza. Penghubung ini memudahkan transaksi di serata dunia dan dengan mana-mana pihak, selagi pihak tersebut memiliki alamat dompet kripto.
Bitcoin vs Bank: Fi dan Surcaj
Mata wang kripto tidak mengenakan fi transaksi yang tetap, disebabkan oleh faktor keberuntungan. Sebaliknya, kos transaksi digunakan untuk membayar nod pengesahan dan memberi ganjaran kepada nod tersebut untuk membangunkan dan menyelenggara sistem.
Fi pembayaran kripto berbeza bergantung pada secepat mana anda mahukan transaksi tersebut diproses dan status kesesakan dalam rangkaian. Kebiasannya, pembayaran yang dilengkapkan lebih pantas akan dikenakan caj gas yang lebih tinggi.
Bank pula menjana pendapatan daripada fi pemprosesan kad, mengenakan caj ke atas pelanggan untuk setiap transaksi. Kesemua fi dan caj ini akan bertambah kerana lebih daripada satu pemproses terlibat dalam setiap transaksi.
Selain itu, bank juga mendapat pulangan setiap aktiviti kewangan, seperti semakan fi pemprosesan dan kos penyelenggaraan perkhidmatan dan akaun.
Anda Dapat Berjimat Melalui Mata Wang Kripto?
Terdapat laporan yang mengatakan pengguna dan peniaga boleh berjimat sehingga berbillion dolar jika mereka menggunakan pembayaran blockchain untuk pembayaran akaun berbanding menggunakan kad kredit.
Perniagaan dikatakan boleh berjimat sehingga $125 billion jika menggunakan mata wang kripto untuk memproses pembayaran berbanding membayar caj tinggi yang dikenakan kad bank. Malah, surcaj tetap dikenakan walaupun tanpa notis convinence fee kad kredit.
Bitcoin vs Bank: Kelebihan dan Kelemahan
Memilih antara pembayaran BTC dan bank adalah sesuatu yang subjektif. Aspek keselamatan dan keselesaan sangat berbeza antara satu sama lain. Jadi, mari kita lihat kelebihan dan kelemahan setiap kaedah tersebut.
Pembayaran dengan Bitcoin
- Pembayaran kripto lebih pantas dan hampir serta-merta.
- Transaksi kripto lebih murah dan mengenakan fi lebih rendah.
- Transaksi Bitcoin kekal (immutable) dan tidak boleh dibalik semula.
- Pengguna boleh melindungi data peribadi dengan pembayaran kripto.
Namun disebabkan ciri-ciri ketanpanamaan(anonymity) yang dimiliki, transaksi dan platform tidak berpusat sentiasa menjadi sasaran penggodam, dengan mencuri berbillion dollar dari dompet.
Pembayaran dengan Kad Kredit
- Pembayaran dilindungi oleh pelbagai protokol keselamatan.
- Terdapat bank yang menawarkan insuran terhadap penipuan.
- Bank menawarkan pelbagai ganjaran dan program kesetiaan.
Namun, kad kredit mengenakan fi lebih tinggi berbanding kripto serta mengumpulkan data pengguna. Situasi ini boleh mendedahkan pengguna kepada pencurian identiti atau pembocoran maklumat.
Kesimpulan
Memilih antara sistem pembayaran berpusat dan tidak berpusat merupakan topik yang hangat. Banyak perniagaan yang terpaksa memilih antara Bitcoin dan kad kredit. Namun, jawapan untuk persoalan tersebut bergantung kepada sasaran perniagaan dan sasaran pasaran.
Sebagai contoh, mata wang kripto boleh berfungsi dengan protokol dan mata wang kripto berbeza. Namun, untuk transaksi tunai di luar negara mungkin melibatkan kos lebih tinggi.
Keselamatan dan kos merupakan dua faktor penting dalam memilih antara dua kaedah ini: di mana mata wang kripto mempunyai kelebihan dari segi kos yang murah, dan protokol keselamatan yang bertambah baik tahun demi tahun.