Ketika Satoshi Nakamoto mencipta mata wang kripto 15 tahun dahulu, ia hanyalah sebuah cara untuk mendigitalkan aset dan pembayaran, di mana orang ramai boleh menyimpan wang digital berbanding mata wang yang dikeluarkan oleh pihak bank.
Pada hari ini, inovasi tersebut digunakan dalam setiap aspek perniagaan dan di mana sahaja jika melibatkan wang, termasuk membayar gaji pekerja dalam mata wang kripto.
Golongan profesional dalam bidang berbeza mencari pekerjaan yang membayar gaji menggunakan Bitcoin. Tindakan ini bertujuan untuk menggunakan penerimaan global dan ketersampaian (accessibility) yaang dimiliki oleh teknologi blockchain. Artikel ini akan menerangkan cara bagaimana anda boleh menggunakan sistem pembayaran gaji Bitcoin untuk memajukan perniagaan anda.
Isi Penting
- Pembayaran dalam kripto lebih pantas dan lebih efisyen untuk membayar gaji pekerja.
- Trend membayar gaji menggunakan kripto menjadi trend yang semakin popular, berbanding menggunakan kaedah pembayaran tradisional.
- Stablecoin banyak digunakan dalam pembayaran gaji dalam mata wang kripto disebabkan ia mempunyai kadar kecapahan (divergence) yang rendah memandangkan stablecoin diikat pada mata wang fiat.
Memahami Pembayaran Kripto
Mata wang kripto merupakan cara untuk memindahkan wang dan mengirim pembayaran di serata dunia. Ia menggantikan mata wang fiat tradisional yang dikeluarkan oleh pihak bank, serta diuruskan oleh pihak berkuasa berpusat.
Selain daripada digunakan sebagai instrumen perdagangan, Bitcoin juga semakin menjadi pilihan popular dalam e-dagang, pembelian dalam talian, perkhidmatan digital, dan pembayaran gaji kripto oleh pelbagai organisasi.
Pekerjaan secara jarak jauh dan pejabat maya yang semakin berkembang, telah menyumbang kepada peningkatan pekerja mata wang kripto. Untuk pekerja ini, gaji pekerja dibayar dalam Bitcoin, Ethereum, atau coin dan token lain.
Stablecoin juga telah dibangunkan sebagai kaedah pembayaran kripto yang boleh dipercayai. Nilai stablecoin tidak berubah dengan begitu besar dan seakan hampir sama dengan sistem pembayaran gaji konvensional.
Bagaimana Cara Membayar dalam Kripto?
Secara umunya, transaksi mata wang kripto dilakukan dengan menggunakan dompet dan alamat. Pengirim akan memilih jumlah yang ingin dikirim dari dompet dan jenis atau mengimbas butiran alamat penerima.
Alamat penerima mesti ditulis dalam mata wang kripto yang sama. Sebagai contoh, jika A ingin mengirim 1 ETH kepada seorang pengguna B, pihak A mesti mengirim ke alamat Ethereum pengguna B. Jika tidak, transaksi tersebut tidak akan berjaya, atau dana tersebut akan hilang dan tidak dikembalikan.
Kontraktor dan pekerja bebas semakin ramai yang memilih pembayaran dalam kripto. Pembayaran sebegitu membolehkan mereka menikmati kebebasan kewangan di serata dunia tanpa sekatan mata wang dan kadar tukaran yang membebankan.
Membayar Pekerja dalam Mata Wang Kripto
Bagi syarikat yang terlibat secara langsung dalam pembangunan blockchain dan Defi, pembayaran gaji lebih berkemungkinan besar di dilakukan dalam mata wang digital. Namun, industri teknologi, kewangan, media dan penyedia pembayaran juga semakin banyak yang mula menggunakan pembayaran dalam kripto.
Amalan ini tidak hanya mengikut perkembangan semasa dalam FinTech. Ia juga membolehkan syarikat mendapatkan pekerja berkemahiran tinggi di serata dunia tanpa terlalu memikirkan ekonomi tempatan dan batasan terhadap mata wang.
Sesebuah syarikat boleh menghantar gaji pekerja dalam mata wang kripto secara terus, dengan memindahkan amaun yang telah dipersetujui ke dompet penerima. Selain itu, manfaat tambahan, seperti bonus untuk persetujuan perkhidmatan (sign-on) dan prestasi serta bonus tahunan, boleh dipindahkan sebagai mata wang digital.
Syarikat yang Membayar Gaji dalam Mata Wang Kripto
Pada mulanya, syarikat pembangunan DeFi dan Web 3.0 merupakan pihak yang pertama membayar pekerja dalam mata wang kripto. Namun, perniagaan lain juga telah mula mengintegrasi pilihan pembayaran sebegini, antaranya adalah:
- SC5: Sebuah syarikat IT dari Finland yang menyediakan perkhidmatan perisian, penilaian teknologi, dan pembangunan aplikasi. Pada 2013, syarikat ini mengumumkan untuk para pekerja boleh memilih untuk dibayar gaji dalam kripto atau wang fiat.
- OpenWeb: Sebuah jenama rangkaian sosial tidak berpusat. Ia membolehkan jenama dan penerbit melakukan perbincangan produktif. Pekerja OpenWeb menerima gaji bulanan dalam BTC ke dompet digital.
- GMO Group: Penyedia internet dan infrastruktur FinTech global dan media dan pengiklanan dalam talian. Syarikat ini menambah pembayaran gaji dalam kripto sebagai cara pembayaran untuk ibu pejabat di Jepun. Gaji pekerja dibayar dalam Bitcoin.
- Fairlay: Platform pertaruhan sukan yang merupakan antara platform yang mula-mula menawarkan pertaruhan kripto dan ramalan pasaran. Tidak lama selepas ditubuhkan, platform ini membayar gaji pekerja dalam kripto.
- Bitwage: Penyedia invois, pembayaran, dan perkhidmatan pembayaran gaji antarabangsa untuk syarikat dalam talian ini mula menawarkan sistem pembayaran gaji dalam kripto kepada pekerjanya.
Apakah Cara Paling Selamat bagi Majikan untuk Membayar Gaji Pekerja?
Pembayaran gaji pekerja dalam mata wang kripto adalah segera dan lebih mudah. Ini kerana, kebanyakan transaksi Bitocoin hanya mengambil masa beberapa minit. Selain itu, majikan membayar pekerja jarak jauh menggunakan wang kripto untuk mengelakkan kadar tukaran wang yang membebankan dan caj yang dikenakan oleh pihak bank untuk pembayaran tunai.
Menurut satu tinjauan yang dilakukan pada 2023, Bitcoin kekal yang menjadi mata wang digital pilihan. 45% daripada pengeluaran dibuat dalam mata wang tersebut. Antara pilihan lain adalah USDC 26%, ETH 18%, SOL 9% and DASH 2%.
Jadi, jika anda sedang pertimbangkan untuk membayar gaji dalam kripto, antara pilihan terbaik untuk anda adalah seperti berikut.
- Bitcoin: Mata wang kripto #1, dengan blockchain paling selamat berikutan kewujudan mata wang ini yang telah lama dan boleh digunakan diperingkat global. Selain itu, mata wang kripto ini juga lebih mudah untuk mendapatkan gerbang pembayaran untuk membolehkan transaksi BTC dilaksanakan untuk pekerja anda.
- USDC: Salah satu stablecoin yang kukuh, yang dikeluarkan melalui usaha sama dengan Coinbase. Coin yang diikat dengan USD ini menawarkan transaksi yang selamat dan pantas, dengan kecapahan (divergence) minimum dari nilai $1.
- DASH: DASH telah menjadi satu cara yang berkesan dari segi kos untuk memindahkan aset digital. Ia dianggap sebagai salah satu sistem pembayaran terpantas, dengan menawarkan pelbagai fasilitator dan pedagang.
- ETH: Mata wang kripto kedua terbaik selepas BTC. Sejak tahun 2022, kadar adaptasi Ethereum telah meningkat tiga kali ganda. Jumlah tersebut dipengaruhi oleh kemas kini aspek keselamatan dan pembangunan yang dilakukan oleh syarikat yang mengeluarkan mata wang tersebut.
Sistem Gaji Kripto – Manfaat & Cabaran
Pembayaran melalui mata wang kripto nampak seperti penyelesaian yang ideal untuk syarikat, lebih-lebih lagi jika berurusan dengan pasukan jarak jauh atau luar pesisir (offshore). Namun, terdapat beberapa cabaran yang mungkin timbul dari trend ini. Mari kita lihat kelebihan dan kelemahan pembayaran gaji dalam kripto.
Kelebihan
- Untuk kebanyakan kes, transaksi pantas dapat diselesaikan dalam beberapa minit.
- Pembayaran kripto tidak bergantung institusi kewangan berpusat, seperti bank dan pertukaran. Ini membuatkan pembayaran kripto lebih murah dan tidak berpusat.
- Lebih fleksibel berbanding kaedah pembayaran konvesional. Ini membuatkan pekerja boleh memilih antara fiat dan kripto, termasuk beribu coin dan token.
- Dapat mencari pekerja berkemahiran tanpa mengira had ekonomi tempatan dan lokasi geografi.
Kekurangan
- Kripto sangat tidak stabil dan gaji pekerja boleh berubah setiap minit. Ini tidak sama dengan sablecoins, seperti USDC, kerana stablecoin diikat pada mata wang fiat seperti USD atau EURO.
- Sesetengah negara mengenakan beberapa sekatan terhadap urusan dan tansaksi dalam mata wang kripto.
- Undang-undang dan peraturan global terhadap adapatasi kripto.
Cara Terbaik untuk Membayar Pekerja dalam Kripto: Panduan Lengkap
Penggunaan sistem pembayaran gaji kripto mungkin boleh menjadi idea terbaik untuk memajukan perniagaan dan reputasi anda. Namun, ia bergantung pada beberapa faktor luaran dan dalaman, contohnya seperti peluang pasaran yang adil dan pendapatan yang boleh dicukai.
Jadi, sebelum anda membayar gaji pekerja dalam mata wang kripto, anda perlu lakukan perkara yang kami kongsikan di sini.
- Semak undang-undang tempatan berkenaan mata wang kripto: dapatkan nasihat daripada pihak berkuasa yang relevan dengan skop cukai keuntungan modal , sebagai contoh, sama ada USDC boeh dikenakan cukai dan memastikan pematuhan terhadap Fair Labor Standards Act.
- Pertimbangkan mata wang kripto yang selamat dan stabil: Bitcoin menawarka persekitaran transaksi yang paling selamat. Sementara itu, stablecoin, seperti USDC dan USDT mempunyai ketidakstabilan harga yang minimum dan lebih mudah dikendalikan.
- Dapatkan gerbang pembayaran kripto: perisian dan pemproses pembayaran gaji diperlukan untuk memindahkan dana digital dari akaun korporat kepada dompet kripto setiap pekerja.
- Gunakan dompet kripto yang boleh dipercayai: tidak semua pekerja tahu tentang teknologi dan dunia digital. Jadi, anda mungkin boleh tawarkan penyelesaian dompet dan panduan kepada pekerja.
Kesimpulan
Pembayaran gaji pekerja dalam mata wang kripto merupakan salah satu trend yang semakin berkembang untuk syarikat Web 3.0 dan FinTech. Ia membolehkan pekerja menerima gaji dalam Bitcoin, USDT, USDC, dan mata wang digital yang lain.
Pembayaran gaji dalam kripto membantu pekerja mengelakkan kadar tukaran wang yang membebankan, terutamanya untuk pekerja dalam talian dan jarak jauh. Namun, syarikat tersebut perlu pertimbangkan untuk membayar cukai keuntungan modal dan mematuhi undang-undang gaji minimum. Oleh itu, peralihan kepada organisasi mesra kripto tidak hanya akan membuatkan perniagaan anda dikenali sebagai syarikat yang sofistikated di pasaran, malah juga membolehkan anda mendapatkan pekerja berkemahiran dari serata dunia tanpa perlu memikirkan tentang batas pembayaran.