Pasaran kripto mengalami tempoh ketidakstabilan yang ekstrim, di mana harga Bitcoin turun dan naik sehingga 7% dalam satu hari. Ketidakstabilan ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan ekoran kelulusan yang diberikan terhadap Bitcoin spot ETF, peristiwa halving yang akan berlaku, dan pertambahan minat orang ramai dalam aset kripto.
Namun, pergerakan harga yang drastik ini menyebabkan kesan yang tidak boleh dielakkan, iaitu slippage. Cuma, apa itu slippage dalam kripto dan bagaimana anda boleh mengatasinya?
Isi Penting
- Slippage dikira dengan mengira perbezaaan antara harga yang dijangka dengan harga sebenar. Biasanya ia ditunjukkan dalam bentuk peratusan.
- Faktor-faktor seperti ketidakstabilan pasaran, likuiditi, saiz pesanan, dan kesesakan rangkaian, kesemuanya mempengaruhi tahap silappage dalam dagangan kripto.
- Untuk mengatasi slippage, pedagang menggunakan had pesanan (limit order), melakukan dagangan pada waktu puncak, peka terhadap perkembangan pasaran dan melakukan dagangan aset yang mempunyai likuiditi tinggi.
Maksud Slippage dalam Kripto
Slippage dalam dagangan kripto merujuk kepada perbezaan antara harga yang dijangka dan harga sebenar yang dilaksanakan.
Apabila anda membuat pesanan beli atau jual untuk sesebuah mata wang kripto pada masa tertentu, slippage akan berlaku apabila harga ketika melaksanakan pesanan tersebut, berbeza daripada harga yang dijangka. Pedagang mungkin akan terlepas peluang membuat keuntungan lebih besar atau menanggung kos yang tidak dijangka.
Contoh:
Katakan anda ingin membeli Bitcoin pada harga $70,000 dan membuat pesanan untuk 1 BTC. Namun, harga dagangan yang dilaksanakan adalah sedikit lebih tinggi, iaitu $70,200 disebabkan oleh ketidakstabilan pasaran atau isu likuiditi. Dalam senario ini, kos yang diakibatkan oleh slippage adalah $200. Jadi, kos untuk dagangan anda lebih tinggi daripada jangkaan dan keuntungan menjadi lebih sedikit.
Jenis-Jenis Slippage
Tedapat dua jenis slippage yang utama yang mungkin akan dialami pedagang dalam dagangan kripto:
Slippage Harga
Slippage pada harga adalah satu situasi di mana harga mata wang ketika pesanan dilaksanakan telah berubah berbanding harga ketika pesanan dibuat. Faktor utama yang menyebabkan slippage ini adalah ketidakstabilan pasaran.
Sebagai contoh, satu pesanan dibuat untuk membeli sesebuah coin pada harga $100. Namun, pesanan dilaksanakan, harga berubah menjadi $102. Ini bermakna slippage harga $2 telah berlaku.
Slippage boleh memberi kesan sederhana atau lebih teruk. Ia bergantung pada likuiditi mata wang tersebut, jumlah didagangkan, dan keadaan pasaran secara umum. Slippage harga lebih kerap berlaku pada pasaran yang sangat tidak stabil dan tidak mempunyai ramai pembeli atau penjual.
Slippage Likuiditi
Slippage likuiditi pula berlaku apabila sesebuah pesanan dilaksanakan pada harga berbeza disebabkan oleh kurang pembeli atau penjual pada tahap harga yang diinginkan.
Slippage likuiditi penting terutamanya apabila melibatkan mata wang kripto yang popular dalam jumlah yang besar. Ini kerana terdapat kemungkinan tidak ramai pihak yang ingin melakukan dagangan pada harga yang diinginkan. Ini bermakna sesebuah pesanan mungkin hanya dapat dipenuhi secara separa atau dilaksanakan bukan pada harga optimum.
Slippage likuiditi boleh disamakan dengan proses aset collectable yang terhad dalam pasaran kecil tertentu—harga aset tersebut mungkin perlu dikurangkan untuk menarik pembeli yang bersedia membayar aset sebegitu.
Selain daripada dua klasifikasi tersebut, slippage juga boleh dikategorikan sebagai positif atau negatif:
- Slippage positif: Sesebuah pesanan dilaksanakan pada harga yang lebih baik daripada harga yang diinginkan. Dalam kata lain, pedagang menjana keuntungan daripada perbezaan harga tersebut.
- Slippage negatif: Sesebuah pesanan dilaksanakan pada harga lebih rendah daripada harga yang diinginkan. Ini bermaksud pedagang mengalami kerugian.
Faktor Utama yang Mempengaruhi Slippage
Terdapat beberapa faktor penting yang mempengaruhi berlakunya dan kesan slippage dalam dagangan kripto. Dengan memahami faktor-faktor tersebut, ia dapat membantu pedagang untuk dapat menjangkakan dan menguruskan slippage. Antara faktor-faktornya adalah:
Ketidakstablian Pasaran
Ketidakstabilan (volatility) merupakan perkara yang biasa berlaku dalam pasaran mata wang kripto. Istilah ini merujuk kepada perubahan yang drastik dan tidak boleh dijangka pada harga sesebuah aset digital. Ketika ketidakstabilan tinggi, harga boleh turun dan naik dengan ketara dalam masa beberapa saat. Keadaan tersebut boleh menyukarkan untuk melaksanakan dagangan pada harga yang diinginkan.
Pergerakan harga yang drastik boleh menyebabkan slippage berlaku pada harga. Pedagang akan membeli atau menjual pada harga yang berbeza dari harga yang diinginkan. Untuk mengurangkan kesan ketidakstabilan pasaran pada slippage, ketika membuat pesanan, pedagang boleh menggunakan had pesanan.
Had pesanan membolehkan pedagang menetapkan harga tertentu yang ingin dibeli atau dijual untuk sesebuah mata wang kripto. Jika pasaran mencapai harga tersebut, dagangan akan dilaksanakan. Ini dapat memastikan pesanan dapat dipenuhi pada harga yang diinginkan atau lebih baik daripada itu.
Likuiditi
Tahap likuiditi pasaran boleh memberi kesan besar terhadap slippage. Likuiditi bermaksud terdapat pembeli atau penjual di pasaran. Ia mempengaruhi sesebuah aset sama ada mudah dijual atau dibeli pada harga tertentu. Bagi pasaran yang memiliki likuiditi rendah, agak sukar untuk mendapatkan pesanan yang sepadan (matching) dan akan menyebabkan slippage lebih tinggi.
Saiz Pesanan
Slippage juga dipengaruhi oleh saiz pesanan. Ada kemungkinan tidak terdapat likuiditi yang mencukupi atau jumlah dagangan untuk memenuhi semua pesanan pada satu harga. Pesanan tersebut akan dilaksanakan secara sebahagian dalam harga yang berbeza-beza, dan membuatkan slippage menjadi lebih teruk.
Untuk mengawal slippage yang berpunca dari saiz pesanan, pedagang boleh memecahkan pesanan bersaiz besar kepada pesanan lebih kecil atau menggunakan strategi dagangan yang rumit untuk mengurangkan impak pada pasaran. Cara tersebut dapat mengurangkan potensi berlakunya slippage dan mampu melaksanakan dagangan dengan lebih berkesan.
Tahap Kesesakan Rangkaian
Selain daripada faktor pasaran, kesesakan rangkaian juga boleh menyebabkan slippage berlaku. Kesesakan pada rangkaian terjadi apabila terdapat jumlah transaksi yang tinggi pada blockchain. Keadaan tersebut menyebabkan kelewatan dalam pengesahan transaksi dan menyebabkan dagangan dilaksanakan pada harga yang berbeza dari harga yang diinginkan.
Pengiraan Slippage dalam Dagangan Kripto
Bagaimana cara mengira slippage? Proses pengiraannya agak mudah. Ia dikira dengan mencari perbezaan antara harga yang dijangkakan dan harga sebenar ketika pesanan dilaksanakan. Perbezaan tersebut ditunjukkan dalam bentuk peratusan:
Mari kita lihat pengiraan tersebut melalui beberapa contoh:
Contoh 1: Membeli Solana
Katakan anda masukkan pesanan untuk membeli Solana dengan harga jangkaan bernilai $180. Namun, disebabkan ketidakstabilan pasaran dan terdapat permintaan tinggi terhadap mata wang kripto tersebut, harga yang dilaksanakan berubah kepada $182.
Ini bermakna anda mengalami slippage sebanyak 1.11%.
Contoh 2: Menjual Dogecoin
Sekarang, mari kita lihat contoh dalam menjual Dogecoin. Katakan anda buat pesanan untuk menjual 1000 DOGE dengan harga yag dijangkan $0.2 per coin. Namun, harga ketika pesanan dilaksanakan adalah $0.19 per coin disebabkan keadaan pasaran.
Dalam situasi ini, anda telah mengalami slippage sebanyak -5%. Angka tersebut boleh dianggap sebagap potensi keuntungan yang hilang kerana harga dilaksanakan lebih rendah daripada harga dijangkakan.
Strategi untuk Mengurangkan Slippage
Walaun agak mustahil untuk menghalang slippage sepenuhnya, pedagang boleh menggunakan pelbagai strategi untuk mengurangkan impak slippage pada dagangan yang dibuat. Kami kongsikan beberapa teknik yang berkesan untuk mengurangkan slippage:
Mengenakan Had Pesanan (Limit Order)
Salah satu taktik paling berkesan untuk mengurangkan slippage adalah melalui had pesanan berbanding pesanan pasaran (market order).
Had pesanan boleh memberi kemampuan untuk menetapkan had harga tertentu untuk membeli dan menjual mata wang kripto. Pesanan ini hanya akan dilaksanakan jika pasaran mencapai atau melebihi harga yang ditetapkan.
Lakukan Dagangan Ketika Waktu Dagangan Puncak
Likuiditi pasaran dan jumlah dagangan boleh turun atau naik sepanjang hari tersebut. Dagangan yang dilakukan ketika aktiviti perdagangan di pasaran menjadi aktif dapat mengurangkan slippage. Lebih ramai peserta dalam pasaran akan membuatkan lebih tinggi peluang untuk mendapatkan pihak yang bersetuju dengan harga yang anda inginkan.
Anda perlu berwaspada dengan zon masa dan waktu puncak pasaran yang anda ingin lakukan dagangan dan rancang aktiviti dagangan anda dengan berdasarkan faktor tersebut.
Peka dengan Perkembangan Pasaran
Peristiwa besar dan perubahan pasaran mampu memulakan pergerakan harga dan meningkatkan ketidakstabilan secara tiba-tiba. Dengan mengambil tahu perkembangan yang mungkin memberi kesan terhadap pasaran mata wang kripto, anda boleh mengurangkan risiko kerugian yang disebabkan oleh slippage.
Gunakan Platform Berbeza
Platform dagangan yang berbeza mempunyai tahap likuiditi, jumlah dagangan yang berbeza serta jumlah pembeli dan penjual yang mencukupi (book order depth). Dengan menggunakan pelbagai platform, anda boleh mendapatkan pelbagai sumber likuiditi dan mampu mengurangkan slippage.
Pertukaran yang memiliki likuiditi tertinggi di pasaran (jumlah tertinggi dalam dagangan spot dan derivatif) adalah:
- Binance
- Coinbase
- ByBit
- OKX
- Bitget
Berdagang Coin dan Token dengan Likuiditi Tinggi
Salah satu cara yang paling efektif dalam mengurangkan slippage adalah berdagang aset yang mempunyai likuiditi tinggi. Mata wang digital sebegini mempunyai jumlah dagangan dan modal pasaran yang besar. Ciri-ciri tersebut membuatkan mata wang tersebut mudah dibeli atau dijual tanpa menyebabkan perubahan harga yang begitu ketara.
Antara mata wang kripto yang memiliki likuiditi tertinggi di pasaran adalah:
- Bitcoin (BTC)
- Ethereum (ETH)
- Binance Coin (BNB)
- Solana (SOL)
- XRP (XRP)
Set Slippage Tolerance
Slippage tolerance atau had slippage merupakan satu istilah yang menunjukkan perbezaan tertinggi yang dapat diterima antara harga dijangka dan harga dilaksanakan. Dengan menetapkan had parameter untuk slippage di pertukaran, anda dapat menetap had untuk perbezaan harga pasaran ketika melaksanakan dagangan.
Slippage tolerance yang tinggi menunjukkan anda masih dapat menerima perbezaan harga yang tinggi berbanding harga dijangkakan. Sementara itu, slippage tolerance yang rendah membuatkan harga tidak berubah dalam jumlah besar, dan mungkin menyebabkan bilangan pesanan yang dipenuhi lebih rendah.
Ubah Suai Saiz Pesanan
Sekiranya saiz pesanan menjadi faktor penting yang menyumbang kepada slippage, pedagang boleh mengubahsuai saiz pesanan yang dibuat. Pecahkan order bersaiz besar kepada lebih kecil untuk mengurangkan kesan likuiditi pasaran dan slippage. Selain itu, anda juga boleh menggunakan strategi dagangan seperti iceberg orders atau volume-weighted average price (VWAP) untuk pengurusan pesanan bersaiz besar yang lebih efektif.
Kesimpulan
Slippage merupakan keadaan yang akan sentiasa berlaku dalam dagangan kripto. Ia boleh mempengaruhi keuntungan dan hasil dagangan. Tindakan mengawal slippage secara proaktif boleh memberi hasil yang lebih positif ketika melakukan perdagangan mata wang kripto.
Penafian: Artikel ini bukan sebuah nasihat kewangan. Pelaburan dalam mata wang kripto adalah berisiko, dan prestasi terdahulu tidak menjamin prestasi pada masa hadapan. Hanya melabur dalam jumlah yang anda mampu untuk hilang, dan sekiranya perlu, dapatkan nasihat dari profesional.
SOALAN LAZIM
Apakah slippage tolerance yang bagus dalam kripto?
Tahap slippage tolerance dalam dagangan mata wang kripto adalah berbeza-beza. Ia bergantung pada sasaran unik pedagang dan kesanggupan dalam menanggung risiko. Banyak pertukaran kripto yang menetapkan 0.5% secara default. Namun, pelabur dinasihatkan untuk mengubahsuai slippage tolerance bersesuaian dengan risiko yang boleh ditanggung sebelum memulakan sebarang dagangan.
Apakah peratusan slippage yang normal?
Peratus slippage yang normal dalam kripto adalah antara 0.1% hingga 5%. Ada pedagang yang memilih peratusan slippage lebih rendah untuk mengurangkan potensi kerugian. Terdapat juga pedagang yang menggunakan peratusan lebih tinggi untuk mengambil peluang terhadap pergerakan harga.
Bagaimanakah cara untuk mengelakkan slippage secara sepenuhnya?
Slippage merupakan sebahagian daripada dagangan dan tidak boleh dielakkan. Namun, pengguna boleh mengurangkan risiko dengan menggunakan pelbagai taktik dan waspada terhadap ketidakstabilan dan berita semasa.