Crypto Resistance and Support Levels

Apa itu Rintangan Kripto dan Tahap Sokongan Dan Bagaimana untuk Gunakannya dalam Dagangan

Reading time

Setakat tahun 2024, pasaran kripto telah mengalami turun naik dengan Bitcoin mengalami kenaikan sehinnga 10% dalam masa hanya satu minggu dalam bulan Februari, iaitu melebihi $60,000. Kenaikan ini didorong oleh permintaan tinggi terhadap exchange-traded fund (ETF) Bitcoin, di mana lebih daripada $4 bilion telah pun dilabur dalam pelbagai ETF BTC. Lebih ramai pedagang beralih kepada kripto untuk mengambil kesempatan terhadap potensi pertumbuhan yang dialami oleh mata wang tersebut.

Salah satu strategi asas yang digunakan oleh pedagang tersebut adalah menganalisis tahap rintangan dan tahap sokongan dalam kripto. Kedua-dua tahap tersebut membantu mereka memahami pergerakan harga dan berperanan sebagai penghalang harga yang menggambarkan sentimen pasaran.

Artikel ini akan menerokai cara yang digunakan pedagang untuk mengira poin pivot dan mengenal pasti penghalang penting tersebut, dengan menggunakan indikator utama untuk strategi ini.

Isi Penting

  1. Sokongan dan rintangan dibentuk oleh harga terdahulu, di mana pembeli dan penjual menghalang harga aset daripada terus jatuh atau meningkat.
  2. Sekiranya diceroboh, tahap sokongan ini berpotensi untuk berubah menjadi rintangan, memberi isyarat bahawa terdapat perubahan dalam sentimen pasaran.
  3. Pedagang menggunakan pelbagai kaedah, seperti trend, MA, dan penggantian Fibonacci, untuk mengenal pasti zon harga yang kukuh.
  4. Petunjuk berbeza, sekiranya digunakan bersama dapat menguatkan analisis dan menyediakan titik masuk dan keluar yang lebih meyakinkan kepada pedagang.

Apa itu Tahap Sokongan?

Dalam perdagangan kripto, tahap sokongan biasanya diibaratkan sebagai jaring keselamatan. Ia merupakan titik harga di mana kenaikan sentimen membeli boleh melindungi nilai aset daripada terus jatuh.

Tahap tersebut menggambarkan threshold (ambangan) psikologi di mana pasaran bersetuju secara kolektif bahawa harga aset berada di bawah paras sepatutnya. Ini membuatkan pedagang memilih untuk membeli berbanding menjual. Keadaan ini menghalang harga daripada terus jatuh.

support levels on a chart

Tahap Sokongan di Carta

Pedagang akan melihat pada data sebelum ini untuk menentukan zon untuk aset yang mana mengalami banyak tekanan untuk membeli sebelum ini. Tekanan tersebut mengelakkan nilai aset jatuh dari harga tertentu. Titik harga terdahulu tersebut dihubungkan bersama satu garisan mendatar. Garisan ini menunjukkan tahap sokongan. Ia sama seperti melukis garisan di bawah harga terendah yang berlaku sebelum ini. Garisan ini juga digunakan sebagai panduan pada masa hadapan dalam membuat keputusan dagangan.

Perubahan Dinamik Terhadap Tahap Sokongan

Perubahan tahap sokongan menunjukkan jika harga mata wang kripto telah pecah dari lantai. Tahap sokongan boleh berubah menjadi tahap rintangan baru. Perubahan ini menggambarkan perubahan dalam sentimen pasaran. Ini bermaksud, lantai kini telah berubah menjadi siling dan memberi isyarat terdapat perubahan pada momentum pergerakan harga.

Psikologi Pasaran Di Sebalik Tahap Sokongan

Tingkah laku manusia memainkan peranan besar dalam pembentukan sokongan. Nombor yang dibundarkan (bulat) biasanya digunakan sebagai petunjuk (anchor) psikologi. Pedagang lebih tertarik kepada nombor yang dibundarkan ini. Mereka melihat nombor tersebut sebagai tanda aras atau sasaran. Keadan ini mengukuhkan lagi tahap tersebut sebagai ‘lantai” dalam nilai pasaran.

support and resistance levels on a chart

Apa itu Tahap Rintangan?

Dalam dagangan mata wang kripto, tahap rintangan berperanan sama seperti siling. Ia menghalang harga aset meningkat disebabkan tekanan untuk menjual semakin banyak. Apabila pedagang melihat aset mencapai tahap lebih tinggi ini, kebanyakan mereka akan memilih untuk menjual. Keadaan ini akan menyebabkan bekalan bertambah dan harga akan berhenti dari terus meningkat. 

Tahap yang penting ini biasanya boleh ditemui dengan melihat pada cara harga tertinggi sebelum ini yang gagal dilepasi aset tersebut. Ini memberi gambaran lebih jelas di mana pedagang sebelum ini menghentikan harga.

resistance levels on a chart

Apabila pedagang telah mencapai tahap rintangan, mereka mungkin mengambil posisi menjual (short) jika harga ditolak pada tahap tersebut, di mana harga dijangka akan terus jatuh. 

Secara alternatif, jika tahap rintangan telah dipecahkan, pedagang perlu membuat pilihan sama ada berdagang secara agresif dengan membeli (long), dengan harapan trend meningkat akan berlaku atau mengambil pendekatan konservatif. Dalam pendekatan ini, pedagang akan menunggu tahap sokongan baru sebelum membuat keputusan.

Tahap Rintangan pada Carta

Untuk menggambarkan tahap rintangan, pedagang akan melukis garisan yang menyambungkan puncak tertinggi untuk rangka masa tertentu. Garisan ini menggambarkan titik harga di mana mata wang kripto telah capai namun tidak lebih daripada titik tersebut. Ia berperanan seperti isyarat untuk pedagang untuk pertimbangkan pesanan untuk menjual.

Interpretasi Rintangan

Interpretasi terhadap tahap rintangan berbeza antara pedagang. Ini kerana mereka mungkin menggunakan petunjuk teknikal berbeza untuk mengenal pasti titik tersebut. Ada pedagang yang melihat pada nombor yang dibundarkan, di mana ia biasanya berfungsi sebagai penghalang psikologi disebabkan peserta dalam pasaran lebih fokus terhadapnya. Selain itu, ada pedagang yang menggunakan “moving average” (MA) atau garisan trend.

Perubahan Terhadap Dinamik Tahap Sokongan

Apabila tahap rintangan telah pecah, biasanya ia akan berubah menjadi sokongan. Keadaan ini akan menghasilkan “lantai” baru yang boleh mengelakkan harga dari terus jatuh. Ini memberi isyarat trend akan berbalik. Pedagang boleh mengambil peluang daripada tahap rintangan yang telah pecah ini sama ada dengan memasuki posisi baru atau mengubah suai posisi sedia ada. Ia bergantung pada strategi individu dan toleransi terhadap risiko.

Psikologi Pasaran Di Sebalik Tahap Sokongan

Pasaran psikologi memilik pengaruh besar dalam pembentukan tahap rintangan. Konsep seperti “anchoring” memberi kesan di mana tahap tersebut akan muncul. 

Dengan mengetahui bagaimana rintangan dan sokongan berfungsi dari segi psikologi dapat memberi kelebihan kepada pedagang dalam mengharungi pasaran kripto yang rumit dan sering kali tidak boleh dijangka.

Cara untuk Berdagang Sokongan dan Rintangan

Berikut adalah cara bagaimana pedagang boleh menggunakan kelebihan tahap rintangan dan sokongan ini, seterusnya menghasilkan strategi berdasarkan mendapatkan tahap rintangan dan sokongan yang tepat. 

Mengenal Pasti Garisan Trend

Sebelum pedagang boleh mengenal pasti kebalikan (reversal) dengan berkesan dan gunakannya dalam strategi, pedagang perlu menentukan garisan trend. Garisan trend, sama ada ke arah menaik atau menurun, memberi konteks untuk trajektori semasa harga aset. Dengan melukis garisan ini, pedagang boleh mengenal pasti arah pasaran secara umum dan bersedia untuk kenal pasti tahap penting dalam dagangan.

trendline on a chart

Salah satu nasihat yang lazim digunakan pedagang adalah jangan berdagang melawan trend (cth. mengambil posisi long (beli) ketika trend jatuh atau sebaliknya). Nasihat ini sememangnya berasas. Kemungkinan besar pergerakan pasaran akan lebih sama dengan tahap harga apabila ia selari dengan trend.

Fakta Ringkas

Berdagang pada Tahap Penting (Key Level)

Kebiasaannya, anda seharusnya membeli apabila terdapat sokongan dan jual ketika tahap rintangan berlaku. Namun, kadang-kala agak sukar untuk mengenal pasti tahap tersebut dengan tepat.

Pedagang biasanya akan menggunakan pelbagai alat untuk mengenal pasti zon-zon tersebut, antaranya seperti MA (moving average). MA akan mengurangkan turun naik (fluctuation) harga dan menunjukkan trend yang lebih jelas. Sementara itu, alat seperti tahap retracement Fib akan membahagi julat harga secara matematik, kepada nisbah yang selari dengan tahap rintangan dan sokongan. 

key levels in trading

Jumlah dagangan yang tinggi berhampiran tahap tersebut boleh menguatkan lagi kepentingannya. Ia memberi isyarat terdapat konsensus dalam kalangan pedagang berkenaan nilai aset tersebut.

Petunjuk Terbaik untuk Sokongan dan Rintangan

Pedagang boleh menggunakan pelbagai petunjuk teknikal untuk membantu mereka mencari tahap penting dalam pasaran, dalam usaha mereka menguasai formula sokongan dan rintangan. 

Berikut adalah beberapa petunjuk paling berkesan yang digunakan oleh pedagang yang berpengalaman:

Garisan Trend

Garisan trend menunjukkan di mana sentimen pasaran sebelum ini menghentikan pergerakan harga pasaran daripada melepasi titik tertentu. Ia dapat diperolehi dengan menyambungkan satu set titik rendah, untuk sokongan satu set titik tinggi untuk rintangan. Garisan trend membantu pedagang mendapatkan titik pivot. Titik tersebut sangat penting untuk mengetahui pergerakan pasaran pada masa akan datang.

uptrend and downtrend on a chart

Fibonacci Retracement

Fib retracement merupakan instrumen popular berasaskan idea bahawa pasaran akan kembali semua pada harga tertentu dalam pergerakan harga. Kemudian, ia akan terus bergerak pada arah yang sama. Titik tinggi dan titik rendah harga aset yang diplot membolehkan pedagang mendapatkan garisan sokongan dan rintangan yang selari dengan nombor Fibonacci.

Fibonacci Retracement

Moving Average

Indikator ini akan mengurangkan turun naik harga yang terpapar untuk tempoh tertentu. Jadi, gambaran trend akan menajdi lebih jelas. MA boleh berfungsi sebagai dinamik sokongan atau rintangan: jika harga aset turuk naik secara konsisten pada garisan moving average, tahap tersebut dianggap sebagai tahap yang penting. Lebih masa tempoh masa MA, lebih kuat tahap tersebut.

moving average on a chart

Selain daripada petunjuk yang telah disebutkan, terdapat beberapa lagi petunjuk yang digunakan untuk mengenal pasti zon sokongan dan rintangan:

  • Auto Fib: Petunjuk sokongan rintangan ini akan melukis secara automatik retracement Fibonacci dalam bentuk graf. Jadi, pedagang dapat jimatkan masa dan ia dapat memastikan ketepatan dalam menentukan zon kebalikan (reversal).
  • Poin Pivot: Alat ini digunakan untuk mengira poin pivot berdasarkan tinggi, dan harga ditutup pada sesi dagangan sebelum ini. Poin pivot itu sendiri dianggap sebagai tahap sokongan atau tahap rintangan. Cuma, tahap tambahan dikira untuk bahagian atas dan rendah poin tersebut.
  • Fibonacci Bollinger Band: Gabungan antara nisbah Fibonacci dan Bollinger Bands, petunjuk ini menunjukkan pelbagai tahap sokongan dan tahap rintangan dan begitu berguna dalam pasaran yang sangat tidak stabil.

Mengapa Penggunaan Pelbagai Petunjuk Begitu Penting?

Harus diingat walaupun petunjuk ini sangat kuat, ia masih mempunyai kelemahan. Tahap sokongan dan rintangan agak sukar dibezakan, dan tahap juga boleh dipecah atau diterbalikkan.

Jadi, pedagang biasanya akan melihat pada pertembungan antara pertunjuk untuk menguatkan lagi analisis mereka. Sebagai contoh, sokongan yang selari dengan tahap retracement Fibonacci dan MA boleh dianggap sebagai zon yang kuat untuk potensi membeli. 

Begitu juga dengan tahap harga rintangan yang selari dengan nombor besar Fibonacci dan disokong oleh garisan trend mungkin menjadi zon yang sesuai untuk membuat pesanan menjual.

Apakah Strategi yang Patut Digunakan?

Petunjuk untuk sokongan dan rintangan merupakan bahagian penting dalam dagangan kripto. Ia memberi gambaran berharga terhadap tindak balas pasaran. Berikut adalah beberapa strategi yang menggunakan kelebihan petunjuk ini:

Beli untuk Zon Sekitar Tahap Sokongan

Kebiasaannya, pedagang akan melihat peluang untuk memberi ketika harga jatuh ke tahap sokongan. Ramai pedagang akan bertumpu pada kawasan ini. Ia menggambarkan harga berada pada tahap rendah dan ini merupakan titik masuk yang menarik. Pedagang akan mengambil risiko kerana mereka beranggapan harga akan meningkat, bermula dari tahap ini. Ini merupakan situasi berisiko yang memihak kepada pedagang.

Jual untuk Zon Sekitar Rintangan

Apabila harga berada di sekitar tahap rintangan, pelanggan mungkin pertimbangkan untuk menjual atau mengambil posisi short. Tahap ini menjadi tumpuan ramai pedagang dan ia menunjukkan pasaran menganggap harga aset dijual secara berlebihan, dan agak sukar untuk harga tersebut meningkat lagi. 

Strategi ini berkesan terutamanya ketika perubahan harga seakan menunjukkan harga pada rintangan terhenti atau berbalik semula.

Breakout atau Breakdown

Breakout berlaku apabila harga melebihi tahap rintangan. Ia boleh membawa maksud trend menaik akan bermula. Pedagang mungkin menganggap situasi ini sebagai isyarat untuk mengambil posisi long. Begitu juga dengan breakdown. Ia berlaku apabila harga jatuh di bawah tahap sokongan. Cuma, ia mungkin memberi petanda trend merudum akan bermula dan pedagang akan cuba menjual aset atau mengambil posisi shot. Dalam mana-mana keadaan sekalipun, penting untuk anda sahkan breakout dan breakdown tersebut dengan membuat dagangan dalam jumlah besar dan tindakan tersebut menambah kredibiliti pada perubahan trend tersebut.

Pengurusan Risiko

Mengurus risiko merupakan aspek penting dalam dagangan kripto. Jadi, ia perlu diutamakan dalam strategi perdagangan. 

Sebagai contoh, stop-loss boleh diletakkan pada kedudukan sedikit di bawah tahap sokongan apabila memasuki posisi long. Ini akan mengurangkan potensi kerugian jika harga jatuh. Untuk posisi short, stop-loss boleh di set di atas rintangan. Ia berperanan sebagai perlindungan terhadap pergerakan harga menaik yang tidak dijangka.

Pedagang berpengalaman mungkin ingin melihat tahap dinamik. Petunjuk seperti MA boleh berubah mengikut perubahan harga dan memberi cara yang lebih fleksibel untuk mencari zon penting. Selepas perubahan besar berlaku, sokongan dan rintangan boleh bertukar peranan, pedagang perlu bertindak berdasarkan keadaan tersebut.

Apa yang Perlu Diketahui Apabila Mencari Tahap Dagangan dalam Kripto?

Walaupun tahap rintangan dan sokongan kripto s berfungsi sebagai panduan, ia masih mempunyai kelemahan. Penggunaan stop dan limit berdasarkan tahap rintangan dan sokongan membantu anda mengawal risiko. Sementara itu, pesanan pending boleh mengambil peluang terhadap pergerakan harga yang dijangkakan. Selain itu, struktur pembetulan (corrective) yang muncul apabila harga turun dan naik dari kedua-dua tahap tersebut. Ini dapat membantu pedagang membuat pilihan bijak. 

Pemahaman dan penggunaan strategi ini akan menambah baik pulangan atau strategi pelaburan jangka pendek. Ini menjadikan formula sokongan dan rintangan sebagai komponen penting untuk pedagang.

SOALAN LAZIM

Adakah pentunjuk sokongan dan rintangan dapat berfungsi dalam kripto?

Ya. Kedua-dua tahap tersebut berkesan untuk analisis teknikal kripto, sama seperti dalam pasaran tradisional.

Apakah petunjuk terbaik untuk mencari tahap harga?

Petunjukan tahap harga terbaik adalah berbeza-beza. Ia bergantung pada keinginan peribadi dan stail perdagangan. Antara pilihan popular adalah tahap Fibonacci, MA dan poin pivot.

Apakah EMA terbaik untuk strategi ini?

EMA terbaik bergantung pada strategi perdagangan dan tempoh masa. Antara tempoh masa popular digunakan pedagang adalah tempoh 9, 21, 50, 100 dan 200 MA.

Apakah tempoh masa yang terbaik?

Pemilihan tempoh masa yang tepat juga bergantung pada strategi dan sasaran pedagang. Secara umumnya, tempoh masa lebih lama seperti carta harian atau mingguan boleh memberi gambaran tahap sokongan dan rintangan kripto yang lebih jelas berbanding tempoh masa lebih pendek seperti lima belas atau lima minit.

Artikel terkini

Joining The Highly Anticipated iFX Expo Dubai
14.11.2024
B2BINPAY v21: What's New?
B2BINPAY v21: Integrasi Algorand & Solana, Keselamatan Tahap Seterusnya, dan Sokongan Pelanggan yang Dipertingkatkan
Kemas Kini Produk 26.09.2024
How Wallet-as-a-Service Transforms Digital Asset Management
Bagaimana Wallet-as-a-Service Mengubah Pengurusan Aset Digital untuk Perniagaan
Pendidikan 05.09.2024
B2BinPay at Finance Magnates London Summit 2024
B2BINPAY Gears Up for Finance Magnates London Summit 2024: Join Us at the Premier Event for FinTech Innovation
28.08.2024