Teknologi mata wang kripto yang begitu popular telah membuatkan kemunculan banyak konsep, masing-masing mempunyai ciri-ciri dan fungsi berharga dalam praktikal yang berbeza.
Inovasi kripto, yang beroperasi melalui sistem pendaftaran teragih, telah mendapat perhatian bukan sahaja dalam bidang perdagangan pertukaran. Ia juga mendapat tempat di sektor penyelesaian pembayaran. Inovasi ini dianggap sebagai simbol model baru dalam aset kewangan.
Hasil daripada penguasaan terhadap teknologi ini, konsep pendekatan dalam pemakaian inovasi kripto ini menjadi dorongan untuk digunakan dalam pembayaran menggunakan aset digital, yang dikenali sebagai pemprosesgan pembayaran kripto.
Artikel ini bertujuan untuk menerangkan apa itu pemprosesan pembayaran kripto dan bagaimana ia berfungsi. Anda juga akan mempelajari tentang kelebihan dan kekurangannya. Akhir sekali, kita akan melihat aspek teknikal bagaimana pemprosesan pembayaran kripto berfungsi.
Isi Penting
- Pemprosesan pembayaran kripto menyediakan cara pantas dan selesa untuk berurusan dengan aset digital, tidak kira jenis rangkaian blokchain dan saluran pembayaran yang digunakan.
- Pemprosesan mata wang kripto merupakan algoritma langkah demi langkah yang kompleks. Ia melibatkan hashing, mencipta tanda tangan digital untuk transaksi dan banyak lagi.
- Langkah paling penting dan sukar dalam pemprosesan transaksi kripto adalah pengesahan. Langkah ini menggabungkan beberapa pengesahan yang bergantung kepada rangkaian blockchain.
Apa itu Pemprosesan Pembayaran Kripto?
Idea pemprosesan mata wang kripto muncul ketika populariti inovasi kripto yang memberi kesan terhadap bahagian berbeza dalam sektor kewangan dan sektor lain, termasuk industri permainan (gaming), kewangan tidak berpusat dan pelbagai projek blockchain. Tujuannya adalah untuk memudahkan, mempercepatkan dan menyatukan proses interaksi antara sistem dan elemen berbeza dalam infrastruktur yang sama.
Dalam keadaan ini, peranan pemprosesan kripto adalah sebagai konsep asas yang membenarkan penggunaan aset digital (coin), untuk membolehkan pembayaran dalam bentuk berbeza dan antara interaksi entiti yang berbeza.
Pemprosesan pembayaran kripto merupakan sistem pengiraan matematik yang tertutup. Ia dilakukan berdasarkan algoritma pembayaran— kod program unik, yang menjadi asas dalam semua sistem pembayaran moden. Selain itu, ia juga membolehkan semua jenis operasi berkaitan pembayaran digital dilakukan, termasuk operasi yang berfungsi menggunakan mata wang fiat.
Sistem tersebut memastikan pemprosesan operasi transaksi berjalan lancar dalam gerbang pembayaran mata wang kripto tunggal. Gerbang ini akan memautkan terminal penjual, terminal pembeli dan beberapa elemen lain yang terlibat alam pemprosesan.
Jadi, disebabkan mekanisme yang dinaytakan di atas, pemprosesan mata wang kripto merupakan cara yang moden dan berpotensi untuk pembayaran bersama antara individu dan syarikat besar. Ia juga menawarkan banyak kelebihan dari segi aplikasi secara praktikal, yang akan dibincangkan di bawah.
Antara Kelebihan Pemprosesan Pembayaran Kripto
Walaupu masih. baru dan mungkin terdapat kesukaran untuk menggunakannya dalam kes tertentu, teknologi pemprosesan pembayaran kripto digital semakin mendapat momentum dari segi penggunaan secara praktikal dalam perbankan digital, perdagangan, dan bidang lain dalam perniagaan lain dalam sebarang bentuk dan skala.
Oleh itu, pelbagai kelebihan yang dimiliki oleh pemprosesan kripto, ia menawarkan format yang baharu sepenuhnya dalam membuat pembayaran untuk barangan dan perkhidmatan atau melakukan transaksi kripto tempatan dan antarabangsa. Mari kita lihat kelebihan utamanya.
1. Keselamatan
Pemproses pembayaran kripto menyediakan keselamatan bertahap tinggi dalam perkara yang melibatkan transaksi antara alamat kripto dan rangkaian blockchain. Melalui teknik penyulitan data yang canggih, pemproses pembayaran kripto akan menghalang akses dari luar yang meminta maklumat pembayaran tentang transaksi tersebut.
Tindakan ini membantu menyediakan persekitaran selamat dari dalam, di mana transaksi kripto akan melalui pelbagai tahap sebelum dilengkapkan seperti pengesahan, dalam beberapa tahap, pengagihan dan perlaksanaan.
Sementara itu, aspek keselamatan disediakan disebabkan sifat aset mata wang kripto yang tidak berpusat, dan secara logiknya, kebanyakan sistem dan penyedia perkhidmatan menggunakannya untuk pelbagai keperluan yang berbeza.
Dalam kebanyakan kes, sifat mata wang kripto yang tidak berpusat membuatkan kemungkinan kecurian data tidak berlaku. Ini disebabkan oleh sistem pendaftaran teragih yang berfungsi dalam rangkaian di mana transaksi dilakukan.
2. Keberkesanan
Pemprosesan pembayaran kripto merupakan cara yang begitu berkesan untuk berfungsi dengan mana-mana sistem pembayaran. Pertama, pemprosesan pembayaran menyediakan keadaan yang ideal untuk berfungsi dengan jenis aset yang berbeza, kedua-dua mata wang fiat dan digital, untuk meningkat tahap keselesaan pembayaran dan penukaran, sekiranya diperlukan.
Kedua, keberkesanan pemprosesan pembayaran mata wang kripto dijamin melalui ciri-ciri kebolehsuaiannya. Ciri-ciri ini dapat dilihat dalam penggunaan secara praktikal dengan mana-mana infrastruktur yang telah siap untuk syarikat yang menawarkan akses terhadap protokol pembayaran. Ini disebabkan sambungan API yang membolehkan sistem dan aplikasi pihak ketiga digunakan untuk menghasilkan simbiosis dan seterusnya meningkatkan keseluruhan produktiviti saluran dan protokol sistem pembayaran.
3. Kebolehakses Global
Sistem pemprosesan kripto menawarkan sebuah cara universal dalam membuat sebarang jenis pembayaran menggunakan mata wang digital. Ini menggambarkan kemudahan dalam menggunakan penyelesaian ini untuk pasaran tempatan (negara, rantau, bandar) dan juga untuk interaksi bersama syarikat yang terletak di lokasi yang berbeza di dunia, dengan kelebihan yang sama.
Mana-mana pemproses mata wang kripto pada hari ini menyokong fungsi pelbagai mata wang, iaitu berfungsi dengan kebanyakan aset kripto dan mata wang fiat sedia, dalam rangka kerja pembayaran. Selain itu,terdapat syarikat yang menawarkan ciri-ciri dan penyelesaian tambahan untuk meningkatkan keupayaan dalam mengendalikan transaksi antarabangsa melalui gerbang pembayaran kripto.
4. Mengurangkan Kos
Gerbang pembayaran kripto menawarkan kelebihan caj transaksi rendah yang sememangnya dinanti-nantikan dalam penerimaan pembayaran kripto. Caj yang rendah dikenakan kerana setiap rangkaian blockchain, secara lumrahnya, mempunyai infrastruktur kompleks yang menyokong protokol pembayaran sofistikated untuk bertukar maklumat pembayaran dalam bentuk transaksi.
Jadi, dengan menggunakan gerbang pembayaran kripto, bukan sahaja caj transaksi dapat dikurangkan secara drastik di dalam rangka mana-mana rangkaian blockchain. Malah, kos kecil yang melibatkan penyelenggaraan akaun dan terminal pedagang yang berkaitan dengan sistem pembayaran tradisional boleh dielakkan.
5. Mudah Digunakan dan Dieksploit
Apabila menggunakan gerbang pembayaran mata wang kripto untuk menerima pembayaran mata wang kripto, keselesaan dan kemudahan bukan aspek yang paling penting. Secara teknikalnya, proses dalam pemprosesan transaksi (pembayaran) yang dilakukan menggunakan aset digital agak kompleks dan melibatkan aliran operasi tidak dapat dilihat oleh pembeli dan penjual. Namun, secara praktikal penggunaan sistem ini tidak memberi masalah. Ini kerana banyak komponen dalam sistem ini berfungsi secara automatik dan tidak perlukan pengetahuan dan pengalaman khusus dalam berinteraksi dengan instrumen pembayaran mata wang kripto
Namun, terdapat syarikat yang menawarkan perkhidmatan sewaan perprosesan pembayaran kripto di bawah model Label Putih (White Label). Model ini menawarkan peluang untuk menggunakan kelebihan penyelesaian dalam caj tertentu. Kemudian, penyelesaian ini akan dipakai pada syarikat lain yang berminat dalam pembayaran kripto B2B.
Kelemahan Ketara Pemprosesan Pembayaran Kripto
Walaupun pemprosesan kripto memiliki pelbagai kelebihan, teknologi ini tidak mendapat perhatian sepatutnya dari individu dan entiti perundangan dalam penggunaan peribadi. Ini disebabkan oleh beberapa faktor yang mengehadkan adaptasi dan penggunaan dalam skala yang besar. Faktor utama adalah:
1. Undang-undang
Inovasi dan projek mata wang kripto merupakan bidang baru dalam sistem kewangan yang semakin berkembang dalam dunia moden. Disebabkan faktor ia memiliki pelbagai kegunaan dalam pelbagai proses ekonomi moden dan aktiviti manusia yang lain, mata wang kripto menjadi asas dalam transformasi operasi seharian, seperti pembayaran digital.
Namun, pada masa yang sama, kekurangan maklumat dan pengalaman dalam kegunaan praktikal teknologi ini menyebabkan timbulnya masalah dan halangan yang spesifik. Ini kerana badan pengawal selia akan memberi perhatian berlebihan dan membuat kajian mendalam. Objektif badan tersebut adalah mengehadkan aplikasi teknologi ini. Salah satunya adalah dengan melindungi hak syarikat, di mana idea baru dan penyelesaian ditawarkan syarikat ini mungkin akan membuatkan pelanggan hilang kepercayaan dan minat disebabkan idea tersebut bukan sesuatu yang baru atau berguna.
2. Ketidakstabilan Aset Digital
Walaupun proses dalam pemprosesan transaksi menggunakan mata wang digital adalah alat (tool) yang berkesan dan universal untuk berfungsi dengan pembayaran dalam perniagaan digital, namun ia tidak memberikan perlindungan terhadap salah satu masalah pasaran kripto, iaitu menjejaskan harga aset tertentu— ketidakstabilan.
Namun, terdapat beberapa aktiviti yang membuatkan transaksi coin digital menjadi lebih berisiko, pada hari ini, seperti deposit, pengeluaran, pindahan, penukaran, dan simpanan konvensional. Bagi tujuan ini, peruntukan aset klasik digunakan, serta penggunaan pelbagai alat analitik kripto dan penyelesaian sedia ada yang sekurang-kurangnya memberi sedikit perlindungan terhadap sifat ketidakstabilan pasaran ini dan aset.
3. Kesukaran
Seperi dinyatakan di atas, penggunaan pemprosesan pembayaran adalah mudah. Namun, secara teknikalnya, pemprosesan kripto merupakan konsep yang kompleks. Ia memerlukan pengetahuan terhadap teknologi maklumat, seperti pengaturcaraan, analisis matematik dan sains berkaitan, termasuk pembangunan penyelesaian digital gunaan, dan sebagainya. Perkara tersebut digunakan untuk memahami selok-belok penyelesaian pemprosesan kripto dan memastikan operasi yang lancar.
Biasanya, ia terpakai untuk mereka mencari penyelesaian tersebut. Ini kerana kualiti dan kefungsian operasi bergantung kepada kefahaman yang tepat dalam semua aspek yang diklakukan.
4. Kekurangan Piawaian
Pada hari ini, sebarang aktiviti yang berkenaan tunai dan pembayaran dan penggunaannya dikawal ketat oleh institusi kewangan yang berbeza. Kawalan selia ini direka untuk memastikan keseragaman dan penyatuan proses dan operasi rangka kerja yang berfungsi dengan perkhidmatan pembayaran, sistem, dan penyelesaian. Ini dapat memastikan pematuhan dengan rangka kerja kawal selia, yang bertujuan untuk menghalang penyalahgunaan berlaku.
Buat masa ini, terdapat kelonggaran dalam pengawalseliaan dalam landskap kripto. Ini bermakna, tiada pendekatan yang seragam untuk memastikan sistem pembayaran, gerbang, penghubung, pemproses pembayaran kripto dan elemen lain yang terlibat dalam pemprosesan pembayaran kripto.
5. Underdeveloped Infrastructure
Sekali lagi, teknologi yang masih baru sekali lagi menjadi penghalang dalam perjalanan pemprosesan pembayaran kripto mencapai potensi penuh. Disebabkan masih tidak terdapat cara sempurna untuk menggunakan inovasi kripto untuk menerima pembayaran, cara baru dibangunkan untuk memastikan kelancaran dalam operasi semua sistem dan elemen pemproses bagi mengelakkan kegagalan dan ralat yang boleh mengakibatkan kesan negatif.
Bahagian Teknikal dalam Pemprosesan Pembayaran Kripto
Kini, kita beralih kepada untuk memahami lebih mendalam aspek teknikal pemprosesan pembayaran kripto untuk mendapatkan idea berkenaan ciri-ciri dan kemampuannya. Perkara ini dapat membantu kita mendapat gambaran lengkap dalam memahami teknologi ini dan menggunakan pendekatan berbeza untuk memastikan sistem mempunyai keberkesanan yang tinggi.
Sebagai permulaan, transaksi pemprosesan mata wang kripto memiliki alrogitma yang konsisten dalam tindakan atau langkah. Kedua-duanya berbeza dalam setiap kes kecuali dalam keadaan tertentu yang diluar kebiasaan operasi sistem. Jadi, mari kita lihat secara ringkas peringkat utama proses ini. Langkah pertama adalah seperti berikut:
#1 Permintaan Pembayaran
Sebagai contoh mudah untuk situasi di mana sesebuah syarikat perlu menerima pembayaran kripto dari sebuah syarikat yang lain, langkah pertama adalah sistem pembayaran kripto menghantar permintaan untuk menerima bayaran. Permintaan ini termasuk maklumat dalam jumlah yang besar berkenaan butiran pembayaran itu sendiri, seperti amaun, jenis aset yang digunakan untuk pembayaran, dan tarikh. Selain itu, permintaan ini juga melibatkan maklumat tentang gerbang pembayaran untuk mengetahui dengan pantas, rangkaian blockchain yang mana akan digunakan. Sebaik sahaja pemproses menerima semua maklumat yang diperlukan daripada pihak-pihak dalam transaksi, ia akan menjana alamat pembayaran.
#2 Penjanaan Alamat Pembayaran
Pada peringkat ini, platform pemprosesan kripto akan menjana alamat kripto digital untuk terima pembayaran. Memandangkan banyak aset digital dan rangkaian blockchainyang digunakan dalam pembayaran digital, proses penjanaan alamat ini adalah unik. Ini kerana untuk coin yang sama, tiada dua alamat yang sama dalam rangkaian berbeza. Keadaan ini dapat mengelakkan aktiviti penipuan berkenaan dengan pencurian dana.
Proses ini akan ditunjukkan dengan jelas oleh pembayaran kripto dalam mana-mana platform kripto sedia ada. Sebaik sahaja pengguna memilih rangkaian mana yang digunakan untuk pindahan, secara automatik sistem akan menjana alamat yang mengandungi huruf dan nombor. Alamat ini akan digunakan untuk melakukan transaksi pada platform lain.
#3 Pengaktifan Gerbang Pembayaran
Gerbang kripto merupakan mekanisme kompleks yang bertindak sebagai pengantara dalam pemprosesan pembayaran digital. Peranan utamanya adalah memproses transaksi keluar/masuk untuk pengesahan data asal. Selain itu, ia juga digunakan sebagai pengenalpastian parameter kedua yang menentukan dari mana transaksi datang, jika transaksi tersebut diterima, seperti alamat dari mana ia dilakukan, rangkaian blockchain, nama organisasi atau platform yang mengendalikan transaksi tersebut, dan sebagainya.
#4 Tanda Tangan Digital Transaksi
Tanda tangan digital adalah satu cara untuk mengesahkan ketulenan dan intergriti dokumen digital atau transaksi. Dalam mata wang kripto, tanda tangan digital dicipta dengan menggunakan algoritma matematik pada data transaksi menggunakan private key pengirim. Tanda tangan yang telah dihasilkan kemudian akan dilampirkan pada transaksi dan dihantar ke rangkaian.
Tanda tangan membuktikan individu yang memiliki private key tersebut telah menghantar transaksi dan tiada perubahan dilakukan. Setiap tanda tangan adalah unik khusus transaksi tertentu dan tidak boleh diguna atau disalin semula. Ini dapat memastikan transaksi tersebut tidak boleh ditiru atau diubah secara penipuan.
#5 Memory Pool
mempool, atau memory pool, merupakan mekanisme asas dalam teknologi lejar digital. Pada mulanya ia dipopularkan oleh Bitcoin kemudian diadaptasi oleh Ethereum dan rangkaian blockchain yang lain. ia berperanan sebagai pengantara dinamik atau “bilik menunggu” untuk transaksi yang masih belum disahkan. Jadi, mempool memain peranan penting dalam penyusunan dan kemasukan transaksi dalam pendaftaran blockchain.
Setiap nod dalam rangkaian blockchain memiliki mempool sendiri yang menyimpan maklumat berkaitan transaksi yang belum disahkan.
Pendekatan tidak berpusat ini bermakna sama seperti jumlah nod, setiap mempool menerima dan menyimpan transaksi pada masa berebeza dan mempunyai pelbagai kapasiti bergantung kepada perkakasnya (hardware).
Hasilnya, pada sesuatu masa, nod yang lain mungkin memiliki set transaksi belum selesai yang berbeza. Ini akan mendorong saiz mempool yang berbeza dan bilangan transaksi dalam rangkaian.
#6 Hashing and Pembenaman dalam Blok
Hashing adalah fungsi matematik yang menukarkan sebarang saiz data input kepada rangkaian aksara bersaiz tetap atau dipanggil hash. Setiap hash adalah unik, dan sebrang perubahan dalam data input akan menghasilkan hash yang berbeza. Jadi, mustahil untuk mengekstrak data asal dari hash. Ini dapat menghalang semua jenis masalah yang berkaitan dengan kehilangan data atau pengubahan yang dilakukan dengan sengaja.
Setiap transaksi pada blockchain diwakili sebagai satu hash yang unik yang berfungsi sebagai pengenal pasti. Hash ini mempunyai panjang yang tetap dan dihasilkan melalui pemprosesan data transaksi menggunakan algoritma. Kemudian, hash tersebut akan dimasukkan dalam blok seterusnya untuk melindungi blok tersebut melalui fungsi hash kriptografi.
#7 Pengesahan Pembayaran
Peringkat ini mungkin paling penting dan besar. Ini kerana pada peringkat ini, terdapat pelbagai tahap pengesahan transaksi mata wang digital. Ia menyediakan analisis lengkap terhadap parameter input dan output.
Proses pengesahan ini dibahagikan kepada beberapa bilangan pengesahan yang sama rata. Ia bergantung kepada rangkaian blockchain yang dipilih untuk pembayaran. Sebagai contoh, rangkaian Bitcoin memerlukan dua pengesahan, sementara rangkaian Ethereum pula perlukan 14 pengesahan, tidak kira gerbang pembayaran kripto mana yang memprosesnya.
Kesimpulan
Pemprosesan pembayaran kripto telah menjadi penyelesaian yang memberi perubahan untuk syarikat yang mengalami sistem pembayaran klasik disebabkan kelemahan sistem tersebut, kebanyakannya disebabkan komisyen yang tinggi.
Teknologi ini menawarkan banyak kelebihan dan telah meluaskan pilihan dalam penggunaan aset digital sebagai pembayaran untuk perkhidmatan dan barangan yang ditawarkan oleh perniagaan moden. Keadaan ini memudahkan teknologi ini untuk lebih berkembang pada masa hadapan.
SOALAN LAZIM
Apa itu pemprosesan pembayaran kripto?
Pemprosesan kripto merupakan sistem yang berfungsi menggunakan kod perisian untuk melaksanakan pelbagai jenis transaksi melibatkan aset kripto, termasuk deposit, pengeluaran, pindahan dan banyak lagi.
Apakah struktur pemprosesan pembayaran kripto?
Konsep pemprosesan kripto adalah berdasarkan model protokol pembayaran yang menyediakan saluran yang berperanan sebagai penghubung antara blockchain berbeza untuk memindahkan maklumat pembayaran dan dana, sama ada kripto atau fiat.
Bagaimanakah cara gunakan sistem pemprosesan kripto di dalam pemprosesan perniagaan?
Gerbang pembayaran kripto boleh dipakai dalam infrastruktur syarikat dengan menggunakan teknik pengaturcaraan moden untuk memaksimumkan keberkesanannya.
Apakah kelebihan pemprosesan coin digital?
Pemprosesan kripto menyediakan keselamatan yang tinggi untuk transaksi, mengurangkan caj dan akses global ke pasaran berbeza.
Apakah yang perlu dipertimbangkan apabila menggunakan pemproses pembayaran kripto?
Pertama, beri perhatian terhadap jenis aset digital yang tersedia. Kemudian, lihat pilihan dan cir-ciri lain yang akan memberi kesan secara langsung terhadap proses pembayaran.