Oracle technology in blockchain

Memahami Teknologi Oracle dalam Blockchain

Reading time

Blockchain merupakan teknologi hebat yang merekodkan transaksi kripto dalam lejar teragih. Teknologi ini membolehkan sesiapa sahaja untuk mengetahui apa yang sedang berlaku pada operasi dalam rangkaian berpusat dan menggalakan kepercayaan dalam mata digital dan platform.

Perkembangan dalam blockchain dan smart contract membuka jalan untuk kefungsian (use case) menjangkaui dunia kripto. Ini membolehkan kita mendapat manfaat daripada tahap kepercayaan dan kebolehfungsian yang lebih tinggi dalam teknologi ini, dalam aplikasi kehidupan sebenar.

Teknologi oracles berkisar tentang bagaimana kita boleh gunakan lockchan dalam kehidupan seharian, termasuk untuk pengguna biasa dan bukan peminat kripto. Mari kita bincangkan apa itu oracle dalam blockchain dan apa yang membuatkan ia unik.

Isi Penting

  1. Dalam blockchan, oracle merujuk kepada interaksi antara server (pelayan) tidak berpusat dan berpusat.
  2. Oracle blockchain berfungsi sebagai jambatan penghubung antara aplikasi on-chain dan aplikasi dunia sebenar.
  3. Oracle blockchain cenderung mengalami manipulasi data yang sengaja dicipta untuk menyediakan maklumat palsu, seperti mencipta permintaan palsu (artificial) terhadap aset tiruan dan skim pump-and-dump.

Memahami Teknologi Oracle

Teknologi Blockchain merupakan alat berkuasa yang menggalakkan kebolehpercayaan dan kebolehfungsian dalam operasi mata wang kripto dan Web 3.0. Ia berfungsi sebagai tulang belakang untuk ekonomi tidak berpusat. Namun, setakat ini kegunaan teknologi ini hanya terhad kepada dunia kripto dan ekosistem tidak berpusat.

Kebanyakan kegunaan blockchain dalam dunai sebenar adalah secara teori sahaja. Jadi bagaimana cara untuk jadikan teori tersebut kepada praktikal? Oracle ialah jawapannya.

Oracle blockchain membolehkan interaksi masa nyata antara ekonomi tidak berpusat dan berpusat. Ia membolehkan pertukaran, dApp, DEX dan alat kripto untuk menyelesaikan masalah dan kejadian yang berlaku dalam dunia nyata.

Jadi, oracle membolehkan rangkaian blockchain untuk terima dan melaksanakan data pada server dan sistem cloud tradisional. 

what are blockchain oracles

Mengapa Kita Perlukan Teknologi Oracle Blockchain?

Oracles dalam blockchain membolehkan paltfrom off-chain seperti akaun bank, platfrom dagangan, atau pindahan wang untuk berinteraksi dalam masa sebenar dengan rangkaian on-chain seperti aplikasi tidak berpusat, lejar terkongsi, dan pertukaran.

Dalam dunia di mana entiti haram dan program penipuan berleluasa, kebolehpercayaan menjadi aspek yang sukar, terutamanya ketika memindahkan wang dalam jumlahn yang besar atau berurusan ndengan maklumat sensitif. 

Jadi, oracles menyediakan medium selamat di mana operasi on-chain dan off-chain dilaksanakan secara automatik sebaik sahaja kriteria tertentu dipenuhi, lebih kurang sama dengan Escrow namun pada skala yang lebih besar.

Oracle pertama dalam blockcain telah dibangunkan pada 2012, oleh MakerDAO. Ia dikenali sebagai “The Bitcoin Oracle” dan digunakan untuk berkomunikasi data harga yang tepat dari sumber luar dari rantai (off-chain).

Fakta Ringkas

Bagaimanakah Cara Oracle Blockchain Berfungsi?

Oracles Blockchain menggunakan smart contract untuk memudahkan pertukaran data. Smart contract sangat berguna dalam melakukan automasi dan pengesahan, memproses data dan memulakan tindakan berdasarkan syarat dan peraturan yang telah ditetapkan. Ini akan menghasilkan tindakan yang diinginkan.

Dalam konteks kripto, smart contract mengesahkan maklumat dompet dan permohonan sebelum melengkapkan transaksi dan merekodkan transaksi tersebut dalam blockchain. Uitili yang sama juga boleh digunapakai dengan menerima maklumat dari server dan aplikasi berpusat dan melakukan tindakan tertentu hasil daripada maklumat tersebut.

Oracles menggunakan smart contract hibrid untuk memulakan permintaan dengan mengkhususkan jenis, amaun dan sumber data off-chain. Perkara tersebut kemudian akan diberikan pada kontrak oracle di on-chain.

Nod oracle on-chain akan mencipta rekod kejadian untuk berinteraksi dengan nod oracle off-chain. Nod oracle off-chain ini akan mencipta tugasan pada server atau aplikasi luaran untuk menerima data yang diminta. Interaksi antara nod off-chain dan serve berfungsi seperti API.

Akhir sekali, data yang diterima pada nod off-chain yang mengesahkan dan memproses data tersebut kepada maklumat yang boleh difahami oleh smart kontrak yang akan melaksanakan aktiviti yang telah ditentukan sebelum ini.

how blockchain oracles work

Jenis-Jenis Oracles

Oracles kripto terdiri merujuk kepada struktur nod dan kontrak yang membolehkan blockchain menawarkan perkhidmatan dalam pelbagai cara. Berikut adalah beberapa jenis oracles dalam blockchain yang utama.

Inbound dan Outbound

Blockchain oracle jenis ini mewakili aliran data dan arah antara rangkaian on-chain dan off-chain. 

Jadi, oracles inbound menyediakan maklumat dari dunia sebenar ke struktur blockchain. Sebagai contoh, membeli atau menjual mata wang kripto tertentu jika pasaran mencapai harga tertentu.

Oracles outbound pula menghantar data dari blockchain ke dunia sebenar. Sebagai contoh, menghantar kemas kini dan notifikasi tentang dApp tertentu atau permainan kripto ke peranti pengguna atau platform.

inbound and outbound blockchain oracle

Berpusat dan Tidak Berpusat

Oracles berpusat dan tidak berpusat menentukan sumber maklumat dari mana smart contracts hibrid berinteraksi untuk meminta dan menerima data.

Oracles berpusat hanya melibatkan satu sumber untuk menyediakan data luaran atau pengesahan on-chain. Entiti berpuat ini akan membolehkan permintaan data dan melakukan tindakan.

Kelemahan oracles berpusat adalah ia mudah mengalami ralat. Ini bermaksud jika entiti tunggal ini telah manipulasi atau diceroboh, keseluruhan proses menjadi tidak sah. Keadaan ini sama seperti bergantung kepada satu sumber maklumat tunggal tanpa mengesahkan kembali fakta tersebut.

Sementara itu, oracles berpusat melibatkan pengesahan data melalui pelbagai nod sebelum penghantaran, Ini meningkatkan lagi ketepatan dan keberkesanan. 

Secara ringkasnya, rangkaian oracle berpusat sama seperti rangkaian yang dikongsi. Ia membuatkan kegagalan pada titik tunggal diminimumkan dan menggalakkan kebolehpercayaan melalui persetujuan. 

centralised vs decentralised blockchain oracles

Perisian (software) dan Perkakas (hardware)

Oracle blockchain jenis ini merujuk kepada jenis sumber data. 

Oracles perkakas menghantar data dari peranti fizikal atau sensor, seperti termostat, sensor pergerakan, penerima frekuensi radio, dan kamera, untuk memberi maklumat. Kemudian sumber fizikal ini akan menghantar data ke aplikasi lain seperti nod oracle off-chain.

Sementara itu, oracles perisian menghantar data dari sumber digital, seperti server, laman web, tukaran wang asing, kadar tambang atau kadar penginapan hotel. Maklumat yang disediakan oleh sumbe-sumber, sekiranya diminta akan disampaikan ke nod off-chain. Data tersebut kemudiannya akan disahkan dan diformat semula untuk menjadikan ia boleh dibaca oleh smart contract. 

Kegunaan Oracles Blockchain dalam Dunia Sebenar.

Oracles blockchain meluaskan lagi manfaat yang ditawarkan oleh ekosistem tidak berpusat. Ia juga juga menerokai cara baru untuk menggunakan ciri-ciri smart contract dan blockchain dalam dunia sebenar.

Insurans: Oracles blockchain boleh menggunakan sumber perkakas dan digital untuk mengesahkan tuntutan insuran kereta dan penerbangan. Untuk perkara ini, oracles bergantung kepada aplikasi cuaca atau sensor pergerakan kenderaan untuk menyediakan data bagi tuntutan insurance.

Hartanah: Aset dan hartanah boleh ditokenkan dan diikat pada smart contract. Sebaik sahaja pihak yang bertentangan membuat pembayaran dan menyediakan dokumen lain yang diperlukan, smart contract akan mengesahkan maklumat input dan seterusnya akan memindahkan hak milik.

Dagangan Automatik: Oracles boleh digunakan untuk mengetahui aktiviti blockchain secara spesifik atau perubahan harga coin dan melaksanakan pesanan jual atau beli yang sesuai. Sebagai contoh, oracles perisian boleh menjejaki aktiviti dompet di blockchain Ethereum dan memaklumkan pengguna anda melaksanakan dagangan bagi pihak pengguna berdasarkan kriteria atau tindakan yang telah ditetapkan/.

use cases of blockchain oracles

Apakah Isu yang Dihadapi Oleh Oracle Blockchain?

Ciri-ciri automatik dan pengesahan yang dimiliki oleh teknologi oracle terdedah kepada manipulasi dan data yang tidak konsisten. Kedua-duanya adalah risiko utama untuk oracles blockchain. 

Sebagai contoh, komunikasi inbound melibatkan pemantauan harga dan sentimen pasaran untuk menghasilkan notifikasi atau melaksanakan aktiviti perdagangan. Namun, pihak berniat jahat dan bots boleh memanipulasi pasaran dengan membuat pesanan dalam jumlah besar dan menaikkan harga. Situasi tersebut boleh membuatkan smart contract melengkapkan transaksi yang tidak tepat. 

Terdapat beberapa cara untuk memanipulasi pasaran untuk mencipta sentimen palsu, seperti frontrunning, wash trading dan ramping. Cara ini digunakan untuk meningkatkan permintaan, secara palsu, untuk aset tertentu untuk menaikkan harga aset tersebut menjadi lebih tinggi.

Kesimpulan

Oracles blockchain merupakan alat yang dapat memudahkan interaksi antara platform tidak berpusat dan berpusat. Ia membolehkan pelbagai jenis aplikasi dan server yang berbeza, berkomunikasi dan melaksanakan aktiviti tertentu.

Ini termasuk pertokenan aset dan menghasilkan smart contract yang akan membuatkan proses pembelian berfungsi lebih baik dan esifyen, tanpa perlu meletakkan kepercayaan ke atas pihak bertentangan. Perkhidmatan oracle berpusat menggunakan pelbagai nod untuk mengesahkan data yang diminta. Ini membuatkan perkhidmatan tersebut berfungsi dengan lebih baik berbanding oracle berpusat yang mempunyai titik kegagalan tunggal.

Kegunaan meluas yang ditawarkan oleh teknologi oracle blockchain perlu dipertimbangkan dengan berhati-hati. Ini kerana ia boleh terdedah kepada pelbagai manipulasi dan maklumat palsu.

Artikel terkini

Joining The Highly Anticipated iFX Expo Dubai
14.11.2024
B2BINPAY v21: What's New?
B2BINPAY v21: Integrasi Algorand & Solana, Keselamatan Tahap Seterusnya, dan Sokongan Pelanggan yang Dipertingkatkan
Kemas Kini Produk 26.09.2024
How Wallet-as-a-Service Transforms Digital Asset Management
Bagaimana Wallet-as-a-Service Mengubah Pengurusan Aset Digital untuk Perniagaan
Pendidikan 05.09.2024
B2BinPay at Finance Magnates London Summit 2024
B2BINPAY Gears Up for Finance Magnates London Summit 2024: Join Us at the Premier Event for FinTech Innovation
28.08.2024