Bagi pengguna biasa, dagangan hanya melibatkan beli dan jual produk, bersesuaian dengan turun naik harga dan perubahan pada trend pasaran. Namun, jika anda selami lebih mendalam, anda akan mendapati perkara rumit yang lain, berpunca daripada proses pemikiran dan psikologi pelabur.
Sebenarnya, psikologi kitaran pasaran mampu mengubah harga, sama seperti kesan yang dibawa oleh berita, melalui bermain dengan sentimen dan kelakuan pedagang, sebelum membuat keputusan.
Mari kita lihat lebih mendalam tentang psikolgi dalam kitaran pasaran dan mengapa begitu penting dalam memahaminya sebelum anda membuat sebarang pesanan.
Isi Penting
- Psikologi dalam kitaran pasaran melibatkan pemahaman terhadap emosi dan keputusan yang dirasai oleh pedagang ketika membuat pesanan (order) pada pasaran.
- Pedagang merasai sentimen positif dan negatif, seperti pasaran bear dan bull. Ia mengandungi pelbagai tahap yang mempengaruhi keputusan pedagang.
- Psikologi pasaran mungkin nampak seakan sama dalam kebanyakan industri. Namun, kekerapan dan ketahanan psikologi adalah berbeza, bergantung kepada kadar ketidakstabilan seperti pasaran kripto.
Memahami Psikologi Kitaran Pasaran
Psikologi pasaran kitaran menganalisis kelakuan dan keputusan pedagang, selain daripada perubahan harga dan dinamik, seperti emosi, berfikir secara berlebihan, pentaakulan logik, dan banyak lagi.
Peringkat yang disebutkan di bawah ini menentukan bagaimana pelabur berinteraksi dengan pergerakan passaran, kemas kini berita dan trend.
Cara harga sentiasa akan berubah, dan perubahan ini mungkin kecil atau nampak ketara. Keadaan ini memberi kesan emosi pedagang yang berubah-ubah, sukar membuat keputusan yang tepat serta masa yang sesuai untuk membuat pesanan. Selain itu, pedagang akan memikirkan kesan yang ditanggung bagi setiap tindakan yang dilakukan.
Peringkat ini telah dikaji dan dianalisis menggunakan cara psikologi pasaran. Ia menunjukkan perubahan yang berlaku pada pemikiran pedagang pada setiap peringkat.
Menggunakan Psikologi Kitaran Pasaran Kripto
Peraturan pertama dalam perdagangan adalah jangan berdagang menggunakan emosi. Peraturan kedua untuk berjaya adalah dengan memahami sentimen pasaran, kemudian menggunakannya untuk memberi manfaat kepada anda.
Pelabur yang mempunyai kepakaran tidak melakukan apa yang dilakukan oleh semua orang. Sebaliknya, pedagang tersebut akan menganalisis sikap secara keseluruhan dan menggunakannya untuk membuat keputusan pada masa yang tepat.
Sebagai contoh, jika pasaran merudum, kebanyakan pedagang lebih cenderung untuk menjual aset yang dimiliki. Namun, pedagang runcit yang berpengalaman tidak akan mengamalkan pendekatan yang sama. Ini kerana, pedagang ini tahu instrumen yang telah dibeli secara berlebihan mempunyai peluang untuk pulih semula, terutamanya selepas kajian mendalam dilakukan.
Peringkat dalam Psikologi KItaran Pasaran
Kitaran pasaran terbahagi kepada dua fasa, iaitu trend menaik dan trend menurun. Setiap fasa ini memiliki beberapa peringkat psikologi untuk pedagang. Situasi ini terpakai pada kebanyakan industri; anda boleh jangkakan pasaran yang berubah-ubah jika anda berdagang dalam saham, mata wang atau coin kripto.
Keengganan dan Tidak Percaya
Memandangkan kitaran pasaran akan berulang, peringkat permulaan ini biasanya akan menandakan peringkat kejatuhan sebelum ini, dan kitaran baru akan lahir yang diselubungi keraguan dan syak wasangka.
Pada peringkat ini, kebanyakan pedagang tidak pasti trend pada waktu ini. Ini kerana, para pedagang percaya trend tersebut akan gagal, sama seperti trend sebelum ini. Pelabur lebih cenderung untuk berhati-hati sebelum memulakan perjalanan dagangan mereka.
Harapan dan Sikap Optimis
Selepas menafikan dan enggan mengikut arus pasaran, harapan mula akan terbit dalam kalangan pelabur. Ketika ini, mereka mula percaya trend kali ini akan berbeza dengan trend sebelumnya.
Peringkat ini biasanya diiringi dengan desas-desus dan rasa optimis dalam kalangan peserta pasaran, memandangkan trend mula menunjukkan isyarat positif. Pelabur mula melakukan aktiviti analisis teknikal, membuat ramalan dan menentukan strategi dan senario pelaburan.
Selain itu, pedagang juga mula sejauh mana risiko yang bersedia untuk diambil untuk melawan keraguan yang ada. Pada masa yang sama juga, pedagang berharap risiko yang diambil adalah berbaloi.
Rasa Teruja dan Kegembiraan
Selepas membuat pelaburan, dan mengambil posisi dalam pasaran, pedagang akan mula merasa teruja pada waktu tersebut. Perasaan ini biasanya mengandungi kombinasi pasaran mengalami bull dan harga aset meningkat.
Pada peringkat ini, pesanan beli meningkat memandangkan lebih ramai pedagang yang memberi respon terhadap trend umum, dan pelabur mula mengira wang, dalam kegembiraan mengira keuntungan.
Gelembung ini semakin membesar memandangkan lebih banyak pesanan beli dibuat. Harga pasaran mencecah atau melepasi kemuncak, dan pedagang kini enggan menjual kerana mereka percaya mereka boleh mendapat keuntungan yang lebih banyak berdasarkan trend serta meningkatkan pulangan.
Contoh utama untuk situasi ini berlaku pada 2021, ketika Bitcoin mencapai harga tertinggi baru. Pada waktu itu, lebih ramai pedagang yang membeli mata wang kripto dan melonjakkan harganya, dan gelembung tersebut terus membesar sebelum pecah memberi kesan pada seluruh pasaran.
Gelisah dan Panik
Harga pasaran mengalami kejatuhan kerana tiada apa yang akan kekal selamanya, walaupun dalam dunia perdagangan. Pedagang mula mempersoalkan trend tersebut. Pada peringkat ini, pelabur biasanya terpecah kepada dua, pihak yang meragui dan juga pihak yang terus percaya.
Mereka yang ragu-ragu (doubter) berpendapat peningkatan pasaran telah tamat, dan mereka patut menutup posisi dan menjual aset yang dipegang untuk mendapatkan keuntungan.
Sementara itu, golongan yang percaya berharap keadaan tersebut hanya untuk sementara sebelum harga kembali meningkat ke tahap yang lain. Biasanya, ia merupakan kesilapan yang menelan beribu, jika tidak berjuta, kerana produk yang berlebihan akan pulih semula selepas gelombang pecah.
Kemarahan dan Kemurungan
Peringkat ini menandakan bermulanya pasaran bear. Harga akan jatuh dengan mendadak. Bagi pedagang, jual aset bermaksud menerima keuntungan yang telah pun diperolehi atau peluang yang telah terlepas.
Harga akan terus jatuh memandangkan lebih banyak pesanan jual dibuat, akibat khuatir kerugian yang lebih teruk. Pelabur akan menjadi marah dan kemurungan disebabkan kejatuhan harga secara keseluruhan. Bagi mereka yang menggunakan tahap stop-loss boleh menjana sedikit keuntungan, atau sekurang-kurangnya tidak rugi.
Pada keadaan yang jarang berlaku, kejatuhan mendadak ini mungkin boleh menjadi terbalik. Ia akan berlaku jika aset tersebut dijual pada harga terlalu murah (oversold). Situasi ini memberi peluang terbaik untuk membeli semula dan mulakan peningkatan harga yang baru.
Pemulihan dan Optimis
Selepas harga jatuh pada paras terendah, timbul pula harapan baru apabila pedagang melihat harga kembali pulih dalam nilai kecil dan menganalisis potensi trend baru.
Harga aset kembali memberi isyarat positif, dan pelabur bersedia untuk kembali semula apabila mereka menilai pilihan yang ada dan pegerakan harga yang berpotensi.
Namun, ini merupakan peringkat yang rapuh, di mana trend harga boleh meningkat, tetapi boleh jatuh dengan cepat sekiranya aktiviti pembelian terlalu banyak. Jadi, pelabur akan menganalisis pelaburan dengan berhati-hati pada peringkat ini.
Keengganan dan Tidak Percaya
Pada peringkat ini, harga semakin bertambah baik. Ini kerana peserta dalam pasaran mula meragui terdapat kemungkinan trend baru, dan sama ada ia akan berterusan. Dalam kata lain, kitaran pasaran kembali kepada peringkat pertama, di mana pelabur akan meragui harga pada masa hadapan dan sama ada trend tersebut boleh dipercayai.
Menguasai Strategi Perdagangan Kitaran Pasaran
Pedagang mempunyai pendekatan berbeza terhadap psikologi kitaran pasaran. Walaupun penggunaan strategi dagangan saham boleh diterima, pelabur berpengalaman mungkin menggunakan strategi yang sama.
- Strategi yang bertentangan dengan pesanan pasaran, iaitu dengan menjual aset dengan harga yang sedang meningkat dan membeli aset yang sedang mengalami penurunan harga. Strategi ini membolehkan pedagang satu langkah di hadapan daripada pelabur lain, apabila keadaan pasaran menjadi terbalik.
- Berdagang menggunakan indeks RSI untuk memahami aset yang dibeli melebihi harga sepatutnya (overbought) dan aset yang dijual lebih murah pada harga pasaran (oversold). Jadi, pelabur boleh mengetahui sekiranya peningkatan harga pada pasaran disebabkan oleh penilaian berlebihan (overvaluation) di mana harga akan menjadi stabil semula selepas beberapa ketika, dan pelabur yang optimis mungkin akan rugi dalam pelaburan tertentu.
- Dagangan posisi merupakan taktik popular. Ia melibatkan posisi kekal dalam pasaran untuk satu tempoh masa yang lama, seperti berbulan-bulan dan memfokuskan terhadap konteks yang lebih besar.
Kesimpulan
Psikologi kitaran pasaran dalam mata wang kripto, melibatkan pemahaman keadaan dan sentimen semasa serta menggunakan maklumat tersebut untuk membuat keputusan dagangan yang tepat.
Psikologi kitaran pasaran mengandungi dua arah, ke atas dan ke bawah, di mana terdapat pelbagai peringkat bagi setiap arah. Peringkat tersebut menggambatkan permikiran dan emosi pedagang semasa melabur dalam pasaran kewangan.