Reading time

Imbas Kembali Penyertaan B2BinPay di iFX Expo LATAM 2024

ifx mexico

Kami telah selesai menghadiri iFX Expo LATAM 2024, sebuah acara yang berlangsung selama tiga hari di mana syarikat FinTech dan teknologi terkemuka berhimpun di bawah satu bumbung untuk membincangkan trend terkini dan berita semasa di pasaran.

Acara yang ditunggu-tunggu ini dihadiri 10,000+ pengunjung dan 350 pempamer. Jumlah tersebut menunjukkan kepentingan ekspo ini terhadap firm brokeraj, pakar dagangan, dan pemimpin dalam industri. Lebih 250 pengurus dan eksekutif memberi ucapan, menyertai bengkel interaktif, dan turut serta dalam perbincangan panel. Kesemua program yang telah diatur ini menerbitkan rasa keterujaan dalam ekspo ini. 

https://b2binpay.com/app/uploads/2024/04/photo_2024-04-15-16.19.54.webp

Mengapa iFX Expo LATAM Penting untuk B2BinPay?

Acara ini penting untuk kami menunjukkan teknologi pembayaran kripto terkini kami, Fokus kami adalah terhadap trend semasa dan perkembangan dalam dunia FinTech dan bagaimana pembayaran berasaskan blockchain semakin diterima secara meluas.

Kami berkesempatan untuk bertemu dengan rakan dari institusi kewangan terbaik dan firma brokej utama. Selain itu, kami juga dapat bersemuka dengan pelanggan berpotensi dan pelabur yang menunjukkan minat tinggi dalam kupayaan pembayaran kripto/fiat B2BinPay.

https://b2binpay.com/app/uploads/2024/04/photo_2024-04-15-16.20.03.webp

Kehadiran kami di sana adalah sebagai penaja untuk dewan ucapan. Di sana kami disediakan booth bersaiz besar, dan ahli pasukan dan pengurus kanan akaun kami telah melayani pengunjung dan menunjukkan kepada mereka bagaimana teknologi pemprosesan pembayaran kami boleh digunakan secara praktikal.

Delegasi kami yang diketuai oleh John Murillo (Chief Dealing Officer) dan Pamela Linaldi (Pengurus Pembangunan Perniagaan), telah disenaraikan dalam acara tersebut. 

John Murillo telah turut serta sebagai panel dalam perbincangan bertajuk “Impak Global, Strategi Lokal: Likuiditi dalam Rantau”, di mana beliau telah membincangkan cabaran likuiditi kepada perniagaan tempatan, bersama pakar dalam industri lain.

Selain itu, Pamela Linaldi telah menyertai panel lain yang mengupas tentang “Evolusi E-Dagang LATAM: Bagaimana Menyertainya?”. Beliau telah membincangkan tentang industri dagangan online serantau dan masalah tipikal yang dihadapi serta peluang untuk operator tempatan.

https://b2binpay.com/app/uploads/2024/04/photo_2024-04-15-16.19.27-1.webp

Bersedia untuk iFX Expo 2025?

Untuk B2BinPay, iFX Expo Series telah menjadi platfrom unggul kerana ia merupakan peluang yang sentiasa ditunggu-tunggu untuk menunjukkan teknologi mata wang kripto terbaru dari kami. Selain itu, kami juga berpeluang untuk berbincang tentang perkembangan terkini di pasaran. Kehadiran kami di ekspo kali ini mendapat perhatian kerana kami telah mengupas isu penting dalam dunai kripto dan kebangkitan stablecoin. 

Ia merupakan satu peluang hebat untuk mengukuhkan kedudukan kami sebagai peneraju dalam penyelesaian pembayaran untuk pelbagai industri, seperti firma brokeraj, paltform perjudian, pedangan e-dagang, peruncit online dan mana-mana entiti yang ingin menghantar, menerima dan menyimpan mata wang kripto.

Kami sentiasa berminat untuk menyertai iFX Expo, dan sudah pasti tidak sabar untuk melihat sejauh mana hasil usaha pembangunan ketika ini di edisi 2025.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terkini dan kemas kini produk yang mengujakan!

Artikel terkini

oin Us at The iFX Asia Expo - Check Out Our Agenda
Returning to The iFX Asia Expo with More Updates and Innovative Solutions
19.07.2024
B2BinPay at The Forex Expo Dubai – Don’t Miss out! |
Joining The World’s Elites at The Forex Expo Dubai
19.07.2024
Buy Now, Pay Later (BNPL) Can Boost Your Sales - Here’s How
Bagaimana Konsep Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) Berfungsi dalam Mata Wang Kripto?
Pendidikan 11.07.2024
What Should We Expect From The Ethereum Pectra Upgrade?
Apa Yang Kita Harapkan Dari Peningkatan Ethereum Pectra?
Pendidikan 10.07.2024