Reading time

B2BinPay Mengakhiri iFX Dubai Expo Dengan Kejayaan Besar

iFX Dubai 2024 B2BinPay

Kami akhiri penglibatan kami di iFX Dubai Expo, salah satu pameran terbesar untuk teknologi, FinTech dan syarikat perdagangan di dunia. Sepanjang acara yang berlangsung selama 3 hari tersebut, tokoh berpengaruh dan pemimpin berbincang tentang trend dan perkembangan terbaru dalam industri, berkongsi pendapat kritikal untuk masa hadapan.

B2BinPay turut serta bersama pakar pasaran dan kewangan dari 16-18,  memperkenalkan perkhidmatan pembayaran dan penyelesaian teknologi kami kepada dunia luar dan meluaskan jaringan kenalan untuk potensi usaha sama dan pelaburan masa hadapan. 

Mari kita lihat beberapa aktiviti kami dan beberapa perkara yang anda mungkin terlepas.

Bersama-sama dengan Pemimpin Global

Beribu-ribu usahawan dan syarikat perniagaan yang berkongsi minat yang sama telah menghadiri acara ini, seperti Mastercard, AvaTrade, MetaQuotes, Binance, Citibank, dan banyak lagi.

Pasukan kami merasai pengalaman dalam perbincangan menarik di booth kami. Kami menyantuni peserta yang berminat dan memperkenalkan penyelesaian teknologi dan perkhidmatan pembayaran canggih kami kepada mereka. Sesi tersebut telah berjaya menarik minat syarikat berprestij dan juga pelabur.

Perdebatan Tentang Isu Utama dan Trend Semasa

Pasukan pengurusan kanan kami telah turut serta dalam pelbagai bengkel, sesi soal jawab, dan perbincangan panel. Mereka telah membincangkan topik kritikal dan berkongsi pandangan tentang keadaan semasa dan masa hadapan industri, terutamanya dengan perkembangan terkini AI dan perkhidmatan dagangan automatik.

CEO kami, Arthur Azizov, turut serta dalam perbincangan bertajuk ” Revolusi Teknologi dalam Dagangan: Memperkasakan Broker dan Pedagang“. Bersama-sama dengan pemimpin dan pakar industri, Encik Arthur telah membincangkan kemajuan aplikasi AI dalam platform dagangan dan amalan terbaik dalam keselamatan siber untuk pedagang dan broker.

Sementara itu di forum yang lain, John Murillo, Chief Dealing Officer kami, telah menyertai perbincangan mengenai “Dinamik Likuiditi: Mengubah Strategi untuk Berjaya”. Beliau telah bercakap mengenai perubahan dalam likuiditi dan bagaimana likuiditi boleh memberi kesan terhadap perniagaan di seluruh dunia.

Perbincangan ini diikuti oleh soalan daripada peserta, di mana Encik Arthur dan Encik John menjawab soalan menarik tersebut dan berkongsi pandangan kritikal mereka.

Jumpa Kami di Tempat Sama Tahun Depan?

iFX Dubai Expo 2024 merupakan satu kejayaan dan menjadi tanda aras penting dalam usaha kami mencapai kejayaan dan komitmen terhadap inovasi. Kami mempelajari sesuatu daripada pakar industri dan turut serta dalam perbincangan prospektif bersama pelabur dan perniagaan bersaiz besar.

Dengan kejayaan dan objektif yang berjaya dicapai untuk tahun ini di Dubai, kami pasti akan menyertai iFX Dubai Expo pada tahun hadapan. Acara ini menjadi platform untuk kami berkongsi perkembangan penting dan idea baru dalam industri yang sentiasa berubah ini.

Artikel terkini

oin Us at The iFX Asia Expo - Check Out Our Agenda
Returning to The iFX Asia Expo with More Updates and Innovative Solutions
19.07.2024
B2BinPay at The Forex Expo Dubai – Don’t Miss out! |
Joining The World’s Elites at The Forex Expo Dubai
19.07.2024
Buy Now, Pay Later (BNPL) Can Boost Your Sales - Here’s How
Bagaimana Konsep Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) Berfungsi dalam Mata Wang Kripto?
Pendidikan 11.07.2024
What Should We Expect From The Ethereum Pectra Upgrade?
Apa Yang Kita Harapkan Dari Peningkatan Ethereum Pectra?
Pendidikan 10.07.2024