Differences between Liquid vs Lightning Networks

Rangkaian Liquid vs Lightning — Analisis Perbandingan

Reading time

Blockchain trilemma merupakan anggapan bahawa sistem tidak berpusat hanya berupaya menyediakan hanya dua dari tiga manfaat, iaitu keselamatan, kebolehskalaan dan ketidakberpusatan (decentralisation) pada satu-satu masa.

Layer 1 (lapisan 1) untuk blockchain seperti Bitcoin mengalami masalah kebolehskalaan. Ini bermaksud tahap produktiviti yang dinyatakan sebagai ukuran kecepatan dan keberkesanan dalam memproses transaksi. 

Dengan bilangan pengguna dan operasi pembayaran yang berlaku serentak, semakin meningkat, operasi pada Layer 1 di blockchain menjadi sangat perlahan dan berkos tinggi. 

Untuk membangunkan kebolehskalaan Bitcoin, Layer 2 untuk blockchain (penyelesaian) telah dicipta, dan antara yang paling popular adalah Liquid Network dan Lightning Network.

Artikel ini akan menganalisis perbandingan terhadap liquid network vs lightning network serta menerangkan bagaimana setiap lapisan ini disusun.

Isi Penting

  1. Liquid Network merupakan rantai sampingan (sidechain) untuk Bitcoin yang berfungsi untuk transaksi pantas, murah dan sulit serta pengeluaran aset digital seperti stablecoin, saham yang ditokenkan (tokenized) dan instrumen kewangan yang lain.
  2. Protokol rantai lightning pula adalah sistem skala Bitcoin yang merupakan salah satu penyelesaian untuk masalah jalur lebar yang terhad. Ia boleh digunakan untuk melakukan pindahan coin dengan kadar hampir segera dengan caj yang rendah.

Apa itu Liquid Network?

Liquid Network merupakan lapisan 2 (layer 2) untuk rantai sampingan yang membolehkan aset digital diselesaikan dan dihasilkan pada blockchain Bitocin. Aset digital yang dimaksudkan termasuk stablecoin, token sekuriti, dan instrumen kewangan yang lain. 

Liquid Network membolehkan pedagang BTC membuat pembayaran yangl lebih pantas, dan lebih privasi dan menikmati lebih banyak lagi inovasi teknologi sebagai pertukaran untuk beroperasi di bawah model keselamatan yang berbeza.

Liquid ialah rantai sampingan yang membolehkan pindahan Bitcoin keluar dan masuk ke dalam sistem melalui peg kriptografi. Apabila Bitcoin ditetapkan (pegged) pada Liquid, ia dikenali sebagai Liquid Bitcoin (LBTC). 

Lejar Liquid ledger bergerak ke arah hadapan dan jagaan (custody) untuk asas Bitcoin dikawal oleh sebuah persekutuan. Selagi terdapat dua pertiga dari ahli persekutuan tersebut mengamalkan etika kejujuran, sistem tersebut akan selamat.

Bitcoin Liquid Network

Rantaian Liquid boleh menyokong penciptaan aset baharu yang natif terhadap rantai sampingan. Aset-aset tersebut boleh ditukarkan melalui transaksi pelbagai aset secara selamat dan atomik

Kesemua aset dalam rangkaian, termasuk Liquid Bitcoin dan Issued Asset, mempunyai waktu memproses blok yang konsisten, iaitu satu minit. Selain itu, jenis aset dan jumlah transaksi juga akan disulitkan (encrypted) secara kriptografi. 

Rangkaian Liquid juga boleh menyokong Skrip Bitcoin dan protokol yang dibina di atas skrip tersebut, seperti projek Lightning dan juga sambungan (extension) skirp ya g membolehkan ciri-ciri yang canggih seperti covenants, keytrees dan banyak lagi.

Projek Liquid Network mempunyai sebuah token. Ia dikenali sebagai L-BTC dan ditetapkan (peg) dengan BTC pada kadar 1:1. Ketika artikel ini ditulis, terdapat 3,570 L-BTC dalam peredaran. Cara utama dan yang paling menguntungkan token tersebut adalah melalui rantai Lightning. Ia memberikan kelajuan transaksi dan daya pemprosesan (throughput) lebih tinggi berbanding lejar teragih Bitcoin. 

Pengguna Liquid Network juga boleh menggunakan L-BTC dalam aplikasi lain yang turut menyokong Liquid Network, seperti pinjaman atau pembelian token sekuriti.

Total L-BTC in circulation

Rantai Liquid adalah berdasarkan Lightning Network. Sebaga Liquid Network, sistem Lightning menyediakan transaksi BTC yang sangat pantas dan murah. Namun sistem ini memiliki kefungsian yang lebih terhad berbanding rangkaian pertama.

Fakta Ringkas

Apa itu Lightning Network?

Lightning Network merupakan satu lagi penyelesaian skala Layer 2. Sasarannya adalah terhadap isu kebolehskalaan dalam Blockchain, coin utama dalam pasaran. Ia menyediakan transaksi segera dan kos rendah. Ini membuatkan Lighting Network lebih berkesan dan mudah diakses oleh pengguna. Jika dibandingkan dengan pindahan rangkaian Bitcoin, Lightning network lebih bersifat privasi, berlaku di luar talian dan hanya hasil keseluruhan yang direkodkan dalam blockchain BTC.

how transactions work in lightning network

Bitcoin Lightning Network menggunakan mekanisme Multisig untuk memastikan keselamatan saluran pembayaran. Peserta perlu mengunci dana dan membuat tetapan pada saluran pembayaran. Hasilnya, rangkaian ini boleh menyediakan pembayaran dalam saluran yang pantas dan murah, tanpa perlu menghantar transaksi ke blockchain Bitcoin pada setiap masa. 

Saluran pembayaran merupakan cara pihak-pihak di luar blockchain Bitcoin berinteraksi antara satu sama lain. Ia dilakukan dengan mengesahkan beberapa siri transaksi dalam saluran dan transaksi tersebut akan diproses ke dompet lightning tertentu.

Sistem Bitcoin Lightning menggunakan saluran pembayaran berdasarkan hashed time blockchain contracts (HTLC) untuk mencipta sistem saluran pembayaran yang routable. Perlaksanaan HTLC ini memerlukan skrip transaksi yang komplek, yang ditulis dalam bahasa penskripan bagi memenuhi syarat hashing dan halangan masa. 

Skrip ini akan dimulakan apabila saluran pembayaran dibuka dan beroperasi pada masa pembayaran. Melalui cara ini, Lightining Network dalam rangkaian Bitcoin dapat memastikan keberkesanan dan keselamatan pembayaran antara rangkaian.

Lightning network payment channel

Liquid vs Lightning Networks — Apakah Perbezaannya?

Kedua-dua penyelesaian untuk Bitcoin yang telah dibincangkan di atas bertujuan untuk menambah keupayaan Bitcoin dan membuatkan transaksi dalam rangkaian Bitcoin menjadi lebih pantas dan berkesan. Terdapat beberapa perbezaan dari segi aspek ciri-ciri dan penggunaan secara praktikal. Berikut adalah analisis perbandingan setiap satu perbezaan tersebut.

lightning and liquid networks comparison

1. On-Ramp dan Off-Ramp

Bukaan dan tutupan pada saluran Lightning mewakili input dan output pada Lightning. Pengguna perlu memasukkan alamat pelbagai tandatangan (multi-singnature) untuk melakukan transaksi dalam rangkaian ini. Sebaik sahaja dana diterima, ia hanya boleh diakses melalui private keys yang dimilki oleh kedua-dua pengguna, dan kedua-dua tandatangan dianggap ada pada waktu itu.t. 

Untuk melengkapkan sesebuah transaksi dalam Lighning network, sebuah nod BTC yang telah diselaraskan (sync) sepenuhnya dan nod Lightning yang serentak diperlukan untuk memulakan proses tersebut. Ia mesti berfungsi dalam rangkaian selagi saluran pembayaran terbuka. 

Untuk mencipta Liquid Bitcoin (L-BTC), transaksi on-chain transaction perlu dimulakan, sama seperti saluran Lightning. Pindahan BTC perlu dilakukan ke alamat Bitcoin dan ia perlu dkunci buat sementara waktu. 

Output untuk operasi ini boleh digunakan untuk mendapatkan jumlah L-BTC yang sama pada Liquid Network. Ia boleh dikendalikan mengikut peraturan protokol Liquid.

2.Model Kepercayaan

Rantai sampingan Lightning membolehkan transaksi dilindungi oleh rantai Blockchain tanpa perlu terus dihantar kepadanya. Setiap kali perubahan berlaku pada baki saluran, kedua-dua pengguna saluran Lightning akan tandatangan secara bersama. Selain itu, salah satu pengguna boleh memilih untuk menayangkan transaksi pembayaran sekiranya pengguna mahu. 

Jika kedua-dua pihak ingin terus memantau status saluran melalui nod atau perkhidmatan dompet pengguna, ia akan membuatkan kepercayaan tinggi yang dimiliki oleh Lightning akan terjejas. Ini kerana kedua-dua saluran pengguna perlu bergantung antara satu sama lain untuk melakukan transaksi.

Sistem kepercayaan Liquid telah dibina oleh persekutuan yang terdiri dari modul keselamatan perkakas (HSM) yang terhubung untuk menjadi hos kepada server yang dikenali sebagai functionaries. Untuk BTC: L-BTC tetapan dua hala bagi membolehkan operasi berkesan. Ia memerlukan sekurang-kurangnya dua pertiga dari functionaries di Persekutuan untuk bertindak secara jujur. 

Walaupun kepercayaan masih lagi diperlukan dalam tahap tertentu, model Persekutuan teragih jauh lebih dipercayai berbanding model kepercayaan yang disandarkan oleh kebanyakan pedagang, di mana yang kesemua dana pedagang diletakkan pada sebuah pertukaran.

3. Kelajuan

Pembayaran melalui rantai Lightning adalah pantas. Ini kerana rantai ini tidak perlukan pengesahan pada blockchain. Pembayaran dapat dilengkapkan mengikut kepantasan yang dibenarkan oleh sambungan internet anda. Ini bermakna terdapat potensi berjuta tranaksi dilakukan pada setiap saat. Jadi, jika terdapat saluran yang tersedia untuk memproses saiz pembayaran yang diinginkan, kelebihan utama menggunakan Lightning adalah dari segi kepantasan.

Lejar Liquid menghasilkan blok untuk mengesahkan transaksi. Ini membuatkan transaksi dalam lejar ini lebih perlahan berbanding Lightning. Namun, ia masih pantas berbanding blockchain Bitcoin. Blok Liquid baru dijana setiap minit dan ia sepuluh kali ganda lebih pantas dari block Bitcoin. Untuk menganggap sesebuah transaksi telah dilengkapkan, dua pengesahan diperlukan. Ini bermakna transaksi Liquid mengambil masa selama dua minit.

4. Jagaan

Sebelum saluran ditutup, pengguna rantai Lightning mesti membiarkan key aktif dalam talian. Perkara ini memerlukan pemantauan dan proses backup sentiasa dilakukan. Walaupun tidak terdapat penggodaman yang diketahui, penyerang siber masih boleh mencuri maklumat sensitif dan private key apabila nod berada dalam talian.

Simpanan Bitcoin multisig tidak boleh dilakukan di Lightning. Ini bermaksud dana hanya boleh dikawal melalui satu kunci sahaja. Situasi ini bukan pilihan terbaik untuk menyimpan Bitcoin dalam jumlah besar atau untuk institusi yang tidak mahukan kawalan penuh terhadap dana institusi tersebut terletak pada seseorang individu sahaja.

Liquid membolehkan pengguna menyimpan kunci secara luar talian melalui cold storage. Ini memberikan lapisan keselamatan tambahan kepada pengguna. Dana hanya boleh dicuri melalui akses fizikal terhadap private keys sahaja. 

Selain itu, Blockstream Green membolehkan pengguna Liquid menggunakan dompet perkakas, di mana private keys L-BTC pengguna akan sentiasa di luar talian. Ini dapat memberikan lebih perlindungan terhadap dana pengguna.

Multisig juga disokong oleh BTC. Ciri-ciri ini meningkatkan tahap keselamatan untuk pengguna individu dan membolehkan institutsi mewujudkan perkongsian kawalan untuk dompet L-BTC wallet.

5. Saiz Transaksi

Sistem Lightning system direka untuk mengendalikan operasi bersaiz kecil sehinggalah kepada sederhana. Untuk mengirim pembayaran, pengguna mesti dapatkan laluan dalam saluran Lightning, melalui rangkaian yang menghubungkan pengirim dengan penerima. 

Namun, setiap saluran Lightning hanya boleh mengendalikan pembayaran yang bersaiz sama dengan pembiayaan pertama transaksi, yang digunakan untuk mencipta transaksi tersebut. Rantai Lightning tidak begitu boleh diharapkan untuk transaksi besar. Ini kerana kemungkinan untuk menemui laluan penuh dari pembeli ke penjual, semakin berkurangan apabila saiz transaksi bertambah.

Liquid Network direka untuk memproses transaksi bersaiz sederhana sehingga besar. Tidak seperti Lightning, Liquid beroperasi melalui rantai sampingan (sidechain). Ia merupakan blockchain unik yang membolehkan pengguna untuk melakukan transaksi menggunakan token yang boleh ditukar untuk BTC, dikenali sebagai Liquid Bitcoin (L-BTC).

Pengguna boleh melakukan transaksi dalam sebarang saiz pada Liquid Network. Secara teorinya, sehingga 21 juta BTC boleh dilakukan transaksi. Selain itu, penerima juga tidak perlu menyediakan sebarang saluran terlebih dahulu; penerima boleh menerima sebanyak mana kiriman yang dihantar oleh pengirim.

6. Privasi

Projek Lightning menawarkan tahap privasi yang lebih tinggi berbanding operasi on-chain dengan BTC. Ini disebabkan oleh transaksi on-chain Bitcoin boleh dipantau dalam masa nyata. Pembayaran Lightning akan melalui pelbagai nod. Ini membuatkan mustahil bagi penerima atau nod pengantara mengenalpasti sumber transaksi dengan tepat.

Tidak seperti pembayaran on-chain, pembayaran Lightning tidak akan meninggal rekod kekal pada blockchain yang tidak berubah. Ciri-ciri ini membuatkan sukar bagi pihak yan g ingin melakukan serangan siber untuk kompromi privasi transaksi tersebut. Mereka perlu menghantar transaksi tersebut untuk mendedahkan identitinya (deanonymise). Proses ini membuatkan sebarang cubaan untuk mendapatkan semula maklumat selepas itu, menjadi mustahil.

Liquid Network memiliki protokol kriptografi unik yang dibangunkan oleh Blockstream yang dikenali sebagai Confidential Transactions. Protokol ini memastikan kerahsiaan dalam dana dan aset yang dipindahkan. Jadi, tidak seperti sistem Lightning, jumlah dan jenis aset yang dipindahkan tidak akan didedahkan kepada sesiapa kecuali pengirim dan penerima.

Kesimpulan

Analisis perbandingan liquid vs lightning telah menunjukkan setiap penyelesaian layer 2 BTC tersebut masing-masing memiliki kelebihan dan kelemahan. Selain itu, kedua-dua sistem ini mempunyai cara tersendiri untuk berfungsi dalam rangka kerja secara praktikal, untuk mencapai objektif tunggal – untuk meningkatkan kapasiti daya pemprosesan untuk rangkaian BTC dan menambah baik ciri-ciri fleksibiliti dalam kelajuan pemprosesan transaksi dan kos.

Artikel terkini

Joining The Highly Anticipated iFX Expo Dubai
14.11.2024
B2BINPAY v21: What's New?
B2BINPAY v21: Integrasi Algorand & Solana, Keselamatan Tahap Seterusnya, dan Sokongan Pelanggan yang Dipertingkatkan
Kemas Kini Produk 26.09.2024
How Wallet-as-a-Service Transforms Digital Asset Management
Bagaimana Wallet-as-a-Service Mengubah Pengurusan Aset Digital untuk Perniagaan
Pendidikan 05.09.2024
B2BinPay at Finance Magnates London Summit 2024
B2BINPAY Gears Up for Finance Magnates London Summit 2024: Join Us at the Premier Event for FinTech Innovation
28.08.2024