How to Start a Crypto ATM Business

Bagaimana Cara untuk Mulakan Perniagaan ATM Kripto

Reading time

Dalam era di mana transformasi digital telah membentuk semula sektor kewangan tradisional, mata wang kripto seperti Bitcoin telah mengetuai gelombang baru dalam inovasi kewangan. Salah satu daripada peluang lumayan yang terhasil daripada revolusi kewangan ini adalah perniagaan ATM Bitcoin. Jika anda berminat untuk menyertai bidang ini, penting untuk anda memahami selok-belok dan potensi ATM kripto.

Panduan yang kami sediakan ini boleh anda gunakan untuk fahami lebih mendalam tentang apa yang diperlukan untuk melancarkan dan mengendalikan sebuah perniagaan kripto ATM yang berjaya. Kami akan terangkan setiap perkara, daripada asas dalam Bitcoin, sehinggalah kepada isu perundangan, mencari lokasi terbaik, memilih mesin yang tepat, dan menggunakan strategi operasi yang berkesan. Jadi, anda berupaya membuat keputusan terbaik untuk perniagaan anda.

Isi Penting

  1. Peningkatan populariti mata wang digital seperti Bitcoin membuka peluang menarik untuk memulakan perniagaan ATM kripto.
  2. ATM kripto memudahkan pembelian dan penjualan mata wang kripto menggunakan wang tunai atau kad. Mesin ini menyediakan keselesaan dan akses kepada pengguna tanpa menggunakan pertukaran online.
  3. Sebelum memlukan perniagaan ATM kripto, penting untuk anda memiliki perancangan teliti, termasuk pematuhan terhadap aspek perundangan seperti KYC/AML.

Apa Itu ATM Kripto?

What is a Crypto ATM?

ATM Bitcoin, juga dikenali sebagai BTM, mesin fizikal yang memudahkan anda masuk ke dunia mata wang digital. Ia membantu menghubungkan dunia mata wang kripto dan perkhidmatan kewangan tradisional dalam cara yang mudah difahami. 

Memandangkan permintaan terhadap Bitcoin mata wang kripto, dan juga kaedah transaksi yang mudah digunakan, ATM kripto menyediakan peluang perniagaan yang baik.

ATM Bitcoin merupakan sebuah kiosk atau terminal yang membolehkan pengguna membeli atau menjual mata wang kripto, dengan menggunakan wang tunai atau kad debit/kad kredit. Sama seperti ATM tradisional yang mengeluarkan wang tunai. Transaksi ATM Bitcoin meilbatkan mata wang kripto seperti Bitcoin, Ethereum, Litecoin, dsb.

ATM Bitcoin ini menyediakan cara yang selesa dan mudah digunakan kepada individu keluar dan masuk dalam pasaran mata wang kripto tanpa memerlukan pertukaran online atau platform dagangan. Mesin ini biasanya diletakkan di kawasan umum seperti pusat membeli-belah, kedai serbaneka, dan kawasan tumpuan lain.

Jenis-Jenis Mesin ATM Bitcoin

Bitcoin ATM operation

Mesin One-Way vs. Two-Way: ATM Sehala atau One-way membolehkan pengguna sama ada membeli atau menjual Bitcoin. Sementara itu, mesin dua hala membolehkan pengguna melakukan transaksi membeli dan menjual.

Mesin Tetap vs. Mudah Alih: ATM Bitcoin tetap dipasang secara kekal di sesebuah lokasi, manakala sekiranya diperlukan, mesin mudah alih (portable) boleh dialihkan ke lokasi berbeza jika diperlukan.

Mesin Tunai vs. Tanpa Tunai: ATM Bitcoin Tunai menerima deposit tunai dan mengeluarkan wang tunai. Mesin tanpa tunai pula menyediakan transaksi menggunakan kad kredit/kad debit atau kaedah pembayaran mudah alih.

Pada 29 Okt 2013, sebuah kafe di pinggir bandar Vancouver, Kanada, telah membuka ATM Bitcoin kepada orang ramai. Mesin yang diselenggara oleh Robocoin tersebut dipercayai mesin pertama di dunia yang boleh digunakan secara umum. Pada minggu pertama mesin itu beroperasi, sebanyak 348 transaksi berjumlah $100,000 telah direkodkan.

Fakta Ringkas

Perkara Penting Perlu Dipertimbangkan Sebelum Mulakan Perniagaan ATM Bitcoin

Sebelum memulakan perniagaan ATM Bitcoin, perancangan teliti dan beberapa faktor perlu dipertimbangkan:

Pematuhan Undang-undang

Anda mesti mematuhi undang-undang persekutuan atau negeri untuk menjalankan perniagaan ATM Bitcoin secara sah. Di peringkat Persekutuan, Akta Kerahsiaan Bank (BSA) memerlukan anda mendaftar dengan Financial Crimes Enforcement Network (FinCEN) sebagai Money Services Business (MSB). Sebaik sahaja pendaftaran dibuat, anda perlu mematuhi keperluan tambahan yang ditetapkan oleh BSA.

Operator ATM Bitcoin mesti mematuhi semua undaang-undang dan peraturan tempatan yang mengawal seloa transaksi kewangan, perlindungan pengguna, dan operasi perniagaan. Bergantung pada kawasan, operator ATM Bitcoin mungkin perlu mendaftar untuk tujuan pencukaian, termasuk cukai jualan atau cukai nilai tambah (VAT), dan mematuhi keperluan pelaporan.

Operator ATM Bitcoin biasanya perlu memakai prosedur Know Your Customer (KYC) yang kukuh untuk mengesahkan identiti pengguna yang melakukan transaksi. Proses pengesahan ini mungkin melibatkan mengumpulkan maklumat peribadi, seperti dokumen pengenalan yang dikeluarkan oleh kerajaan dan bukti kediaman.

Operator juga perlu menggunakan sistem untuk memantau dan melaporkan transaksi yang mencurigakan untuk mematuhi mematuhi undang-undang Anti Pengubahan Wang Haram (AML). Pemantauan ini termasuklah mengenal pasti dan menandakan aktiviti haram yang berpotensi, seperti transaksi tunai dalam jumlah yang besar atau transaksi melibatkan negara yang berisiko tinggi.

Pematuhan terhadap undang-undang AML biasanya melibatkan rekod transaksi yang terperinci, termasuk amaun transaksi, rekod masa, dan maklumat pelanggan. Rekod ini mungkin perlu disimpan untuk tempoh masa tertentu dan tersedia apabila diminta untuk semakan oleh pihak berkuasa.

Di kebanyakan negara, untuk menjalankan operasi ATM Bitcoin mungkin memerlukan lesen atau permit berkaitan perkhidmatan kewangan. Perkara ini mungkin termasuk lesen pindahan wang daripada pihak berkuasa perbankan, pengawal selia sekuriti, atau badan pengawal selia lain yang relevan.

Pemilihan Lokasi

Mengenal pasti kawasan tumpuan yang memiliki demografi yang sesuai dan kurang persaingan merupakan perkara penting. Bandar-bandar utama dan kawasan urban yang memiliki populasi yang tinggi dan penggunaan mata wang kripto yang meluas merupakan lokasi sasaran utama untuk meletakkan ATM Bitcoin. 

Pertimbangkan kawasan yang menjadi tumpuan pelancong. Ini kerana kawasan tersebut boleh mendapat manfaat daripada ATM Bitcoin memandangkan mesin ini menyediakan kemudahan untuk mengakses wang kripto kepada pelancong.

Selain itu, kawasan yang mempunyai akses terbatas terhadap perkhidmatan perbankan tradisional juga menawarkan peluang untuk operator ATM Bitcoin dengan menyediakan kemudahan perkhidmatan kewangan kripto.

Cari institusi pendidikan yang memiliki demografi yang mahir dalam teknologi. Lokasi ini merupakan pasaran sasaran yang berpotensi, disebabkan pelajar dan kakitangan fakulti mungkin berminat dalam mata wang kripto.

Memilih Mesin Bitcoin

How to Start a Bitcoin ATM

Mari kita lihat ciri-ciri yang perlu dipertimbangkan ketika memilih mesin:

  • Antara Muka Pengguna – Pilih ATM Bitcoin yang memiliki antara muka (interface) yang intuitif dan mudah digunakan untuk meningkatkan UX. Proses transaksi dilakukan lebih mudah melalui paparan skrin sesentuh dan arahan yang jelas.
  • Fungsi Pematuhan – Pastikan mesin tersebut menawarkan fungsi pematuhan yang kukuh, termasuk alat pengesahan KYC/AML, keupayaan memantau transaksi, dan pematuhan terhadap keperluan undang-undang dalam pasaran sasaran anda.
  • Langkah Keselamatan – Semak cir-ciri keselamatan ATM Bitcoin, contohnya seperti pemindahan data yang disulitkan, komponen pengesan pencerobohan (temper-evident), pengesahan biometrik, dan pemantauan jarak jauh, untuk menghalang akses tanpa kebenaran dan penipuan.
  • Boleh Berfungsi dengan Baik dan Penyelenggaraan – Pilih jenama yang sememangnya dikenali berfungsi dengan baik dan tahan lama. Ambil kira perkara seperti keperluan penyelenggaraan, ketersediaan sokongan teknikal dan pelindungan waranti.
  • Kelajuan dan Had Transaksi – Lihat kelajuan pemprosesan transaksi dan had transaksi yang disokong oleh ATM Bitcoin untuk memenuhi pelbagai kemahuan dan permintaan pengguna.
  • Integrasi dan Keserasian – Kenal pasti sama ada mesin tersebut mudah diintegrasi dengan pertukaran mata wang kripto, perisian dompet bitcoin, dan perkhidmatan pihak ketiga yang lain. Pastikan anda memilih mesin yang boleh berfungsi dengan pelbagai mata wang kripto.
  • Pilihan untuk Mengubah Suai – Ada jenama/pembuat ATM Bitcoin yang menawarkan pilihan pengubahsuaian. Ciri-ciri ini membolehkan operator menjenamakan mesin tersebut dengan logo sendiri dan mengubah suai UI yang sepadan dengan jenama mereka.

Selain itu, kos ATM kripto perlu dikira dengan teliti. Kos ATM mata wang kripto berbeza-beza mengikut faktor seperti jenama, model, fungsi dan perkhidmatan tambahan yang ditawarkan oleh pembuat atau penyedia. Secara umumnya, anggaran kos untuk sebuah membeli ATM mata wang kripto bermula daripada beberapa ribu dolar sehingga puluh ribu dolar.

Antara faktor yang mampu mempengaruhi kos adalah:

  • Pembuat dan Model – Setiap pembuat (manufacturer) menawarkan model mesin ATM Bitcoin berbeza yang memiliki spesifikasi dan keupayaan tersendiri. Antara pembuat terkenal dalam industri ini adalah Genesis Coin, General Bytes, Lamassu, BitAccess, dsb.
  • Fungsi – Kos bergantung pada fungsi-fungsi yang ditawarkan oleh ATM tersebut. Sebagai contoh, ada ATM yang menyokong pelbagai mata wang kripto, dan ada juga mesin yang hanya menyokong satu mata wang kripto. Selain itu, fungsi tambahan seperti pengesahan biometrik, pematuhan, dan sokongan pelanggan mungkin mempengaruhi harga mesin.
  • Pematuhan dan Syarat Pengawal Selia – Mesin ATM mungkin perlu memenuhi keperluan pematuhan undang-undang yang bergantung pada lokasi mesin tersebut diletakkan. Fungsi pematuhan mungkin akan menambah kos keseluruhan mesin tersebut.
  • Pemasangan dan Penyelenggaraan – Aspek lain yang perlu dipertimbangkan adalah kos pemasangan, penyelenggaraan berterusan, kemas kini perisian, dan sokongan teknikal. Semua perkara tersebut mungkin dimasukkan dalam harga awal pembelian atau dibilkan secara berasingan.
  • Diskaun Bilangan Mesin dan Pilihan Sewaan – Ada pembuat atau penyedia yang mungkin menyediakan diskaun jika membeli dalam jumlah yang banyak atau pilihan sewaan. Kesemuanya dapat membantu anda membahagikan kos untuk tempoh masa tertentu.

Penting untuk anda melakukan kajian mendalam tentang pelbagai pilihan yang ada. Sebelum buat keputusan, ambil kira keperluan khas dan bajet, dan dapatkan nasihat daripada pakar atau operator sedia ada. Selain itu, pertimbangkan kos operasi, seperti sewa lokasi, fi transaksi, dan kos untuk aspek pematuhan, dalam bajet keseluruhan dan model perniagaan ATM Bitcoin anda.

Memulakan Perniagaan ATM Bitcoin Anda

how does a crypto atm work

Selepas mengambil kira semua aspek yang disebutkan di atas, ikuti langkah di bawah untuk memulakan perniagaan ATM Bitcoin:

  1. Rangka Pelan Perniagaan yang Terperinci
  2. Dapatkan Dana
  3. Dapatkan Mesin yang Tepat
  4. Kenal Pasti Lokasi
  5. Lakukan Pemasangan dan Pastikan Keselamatan
  6. Lakukan Pemasaran dan Sokongan

Mengurus dan Mengembangkan Lagi Perniagaan ATM Bitcoin Anda

Apabila perniagaan anda mula beoperasi, fokuskan pada penyelenggaraan berkala dan lakukan semakan rutin serta kemas kini untuk memastikan operasi berjalan lancar. Selain itu, penting untuk anda peka terhadap sebarang perubahan dalam pengawalseliaan dan sentiasa menjaga ketepatan rekod transaksi.

Jangan lupa untuk melihat metrik dan kewangan untuk mengetahui prestasi semasa dan mengenal pasti peluang untuk berkembang. Cuba cari lokasi dan perkhidmatan baru untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan dan mengembangkan perniagaan anda.

Kesimpulan

Perniagaan ATM kripto mempunyai banyak ruang untuk berkembang dan idea baru. Melalui perancangan yang teliti, mematuhi undang-undang, dan operasi yang berjalan dengan baik, anda boleh membina perniagaan yang menguntungkan serta berada di barisan hadapan dalam revolusi kewangan digital.

SOALAN LAZIM

Bagaimana saya boleh mulakan perniagaan ATM Bitcoin?

Beli mesin ATM Bitcoin, patuhi keperluan AML/KYC, dapatkan bekalan Bitcoin secukupnya, letakkan mesin di sesebuah Lokasi, dan tawarkan Perkhidmatan Tunai.

Bagaimana sesebuah ATM kripto berfungsi?

ATM (Automated Teller Machine) Bitcoin berfungsi dengan cara yang sama seperti ATM biasa. Namun, ia menyediakan transaksi melibatkan mata wang kripto seperti Bitcoin, Ethereum, Litecoin, dsb.

Bagimana Crypto ATM Locator berfungsi?

Untuk mencari ATM kripto, anda boleh gunakan pelbagai platform online dan alat yang direka khusus untuk mencari ATM. Terdapat laman web dan aplikasi mudah alih ATM Bitcoin yang membolehkan anda mencari ATM mata wang kripto di seluruh dunia.

Apakah had transaksi ATM kripto?

Had transaksi untuk ATM kripto berbeza dan bergantung pada beberapa faktor, seperti operator ATM, keperluan undang-undang, dan jenis pengesahan identiti yang perlu dilengkapkan oleh pengguna.

Artikel terkini

Joining The Highly Anticipated iFX Expo Dubai
14.11.2024
B2BINPAY v21: What's New?
B2BINPAY v21: Integrasi Algorand & Solana, Keselamatan Tahap Seterusnya, dan Sokongan Pelanggan yang Dipertingkatkan
Kemas Kini Produk 26.09.2024
How Wallet-as-a-Service Transforms Digital Asset Management
Bagaimana Wallet-as-a-Service Mengubah Pengurusan Aset Digital untuk Perniagaan
Pendidikan 05.09.2024
B2BinPay at Finance Magnates London Summit 2024
B2BINPAY Gears Up for Finance Magnates London Summit 2024: Join Us at the Premier Event for FinTech Innovation
28.08.2024