Why You Need a Crypto Payment Gateway for Your Online Casino

Bagaimana Cara untuk Dapatkan Gerbang Bayaran Kripto yang Sesuai untuk Kasino Online

Reading time

Ramai pihak yang percaya bahawa mata wang kripto hanya untuk firma brokeraj dan penyedia perkhidmatan yang terlibat dalam dagangan dan tukaran coin digital dan aset digital. Sebenarnya, mata wang kripto telah mengubah cara membuat pembayaran. Kini, perniagaan yang terlibat dalam transaksi kewangan mempunyai kaedah pembayaran yang baru.

Industri iGaming semakin berkembang dan bilangan operator dan pemain kasino online kian bertambah setiap tahun. Syarikat yag terlibat dalam perjudian online ini sememangnya dikenali menggunakan teknologi dalam permainan dan penyelesaian pembayaran terbaru, yang menawarkan pembayaran Bitcoin bersama ciri-ciri unik.

Namun, untuk menerima bayaran dalam BTC atau ETH, syarikat perlu menggunakan gerbang pembayaran kripto untuk kasino online. Mari kita lihat peranan yang dimainkan oleh gerbang pembayaran ini untuk laman web judi online. Selain itu, kami akan berkongsi cara memilih penyedia terbaik untuk platform anda.

Isi Penting

  1. Gerbang pembayaran blockchain membolehkan laman web judi online menerima mata wang kripto, seperti BTC, ETH, USDT, dsb.
  2. Dengan menambah gerbang untuk kasino online membolehkan anda meluaskan lagi ketersampaian pelanggan dan memudahkan pengguna kripto.
  3. Gerbang pembayaran kripto menawarkan pilihan pembayaran yang lebih pantas dan selamat berbanding kaedah pembayaran biasa.

Memahami Gerbang Pembayaran Kasino Online

iGaming dan platform kasino berasaskan internet membolehkan orang ramai bermain permainan dan berjudi secara online, di mana mereka pertaruhan boleh dimenangi mengikut nasib. Perkhidmatan yang disediakan oleh penyedia ini terdiri dalam bentuk permainan kasino atau pertaruhan, permainan video, e-sukan dan pertandingan maya lain memerlukan pemain membuat pertaruhan sebagai syarat penyertaan.

Jadi, iGaming dan kasino online merupakan salah satu industri terbesar yang melibatkan pembayaran dan transaksi kewangan. Dompet pengguna dihubungkan ke akaun pedagang di laman web melalui gerbang pembayaran.

Operator platform kasino online telah lama menggunakan kad kredit dan pindahan bank sebagai cara untuk pelanggan baru mendaftar dan membuat deposit. Namun, Semakin banyak platform yang menerima bayaran kripto sebagai cara yang lebih pantas dan slamat untuk pengguna membuat tambah nilai pada akaun mereka.

Gerbang pembayaran judi online merupakan penghubung antara dompet kripto pengguna dan akaun laman web judi dan sebagai titik interaksi bahagian hadapan (front-end) antara pelanggan dan laman web tersebut.

Bagaimana Gerbang Pembayaran Kripto untuk Kasino Online Berfungsi?

Apabila seseorang pengguna membuat pembayaran kripto, mereka akan memilih mata wang yang diinginkan, seperti BTC, ETH, USDT, dsb dan akan memasukan amaun yang ingin dipindahkan. Aktiviti tersebut akan memulakan permintaan pembayaran. Pada ketika ini, gerbang pembayaran akan berkomunikasi dengan dompet kripto untuk mengesahkan terdapat dan yang mencukupi dalam mata wang yang dipilih.

Kemudian, maklumat transaksi akan dihantar ke blockchain, yang akan mengesahkan kesahan operasi dan mendaftarkan transaksi di blockchain sebelum melepaskan dana ke akaun laman web tersebut.

how crypto transactions work

Apabila operasi tersebut berjaya dilaksanakan, akaun pedagang akan menghantar pengesahan ke laman web. Kemudian, laman web tersebut akan memindahkan wang akaun pemain atau menyediakan perkhidmatan yang telah dibayar.

Mengapa Anda Perlu Sediakan Kaedah Pembayaran Kripto pada Kasino Online Anda?

Gerbang bayaran kripto menggunakan teknologi blockchain. Teknologi tersebut digunakan secara meluas dalam industri berbeza, disebabkan sifat tidak berpusat dan ciri-ciri lain seperti berikut.

benefits of blockchain payment gateway

Pembayaran Pantas

Kaedah pembayaran tradisional, seperti kad kredit/debit dan pindahan bank, dikawal ketat oleh bank yang mengeluarkan dan bank pusat. Bank-bank ini akan memeriksa maklumat pelanggan serta amaun yang dipindahkan. Selain itu, ia juga menggunakan agensi kewangan berbeza untuk mengesahkan dan membuat pembayaran.

Proses ini boleh dilengkapkan serta-merta atau mengambil masa beberapa minit. Namun, pada kebanyakan masa ia boleh mengambil masa sehingga 3 hari bekerja. Antaranya seperti pindahan antara bank dan pindahan kawat (wire). Situasi tersebut boleh mengakibatkan pelanggan tidak berpuas hati, terutamanya bagi mereka yang ingin bertaruh dan bermain di kasino dengan pantas.

Jadi, gerbang pembayaran kripto merupakan pilihan yang lebih pantas untuk kasino online kerana ia tidak melibatkan beberapa pihak berpusat dalam transaksi. 

Teransaksi blockchain biasanya berlaku dengan serta-merta. Pemain boleh membuat deposit dan menikmati pengalaman berjudi manakala pemilik laman web perjudian pula boleh menjana keuntungan lebih pantas.

Ketersampaian Global

Judi kasino tidak dibenarkan di beberapa negara. Jadi, sekiranya pemain menggunakan kad kredit yang dikawal ketat untuk berjudi online, ia mungkin mendedahkan pemain tindakan undang-undang jika pihak bank mengenal pasti destinasi bayaran tersebut.

Jadi, ramai pemain yang ingin bermain di kasino online kripto untuk mengatasi masalah tersebut dan menerima duit tanpa pengawasan kerajaan.

Keadaan tersebut membolehkan laman web judi meluaskan ketersampaian dan mensasarkan lebih ramai pelanggan. Sudah pasti ia akan menambah baik kedudukan kewangan operator kasino tersebut.

Caj Lebih Rendah

Pembayaran kripto diproses dalam persekitaran blockhain. Di sini, fi yang dikenakan adalah untuk ganjaran kepada pelombong/pengesah. Ganjaran tersebut akan menyumbang kepada pembangunan ekosistem tidak berpusat.

Jadi, tidak seperti bank komersial, blockchain merupakan entiti yang tidak berasaskan keuntungan. Kedaan ini memberi pilihan dengan kos lebih rendah milik untuk pemain dan operator kasino. Sebaliknya, pihak bank akan mengenakan fi transaksi dan komsiyen ke atas perkhidmatan sebagai sumber pendapatan utama. Komisyen dan fi tersebut mungkin dalam jumlah yang besar untuk transaksi rentas-sempadan dan pindahan tunai.

Gerbang berasaskan blockchain melibatkan pengantara yang lebih sedikit dan ini bermakna komisyen akan lebih rendah, seterusnya caj yang lebih rendah.

Lebih Selamat

Pemain kasino begitu mementing keselamatan data dan privasi. Ramai antara mereka yang mengelak untuk menggunakan pindahan bank untuk mengelakkan dari memberi maklumat pembayaran kepada bank. 

Jadi, penggunaan gerbang bayaran mata wang untuk kasino online membolehkan anda fokus terhadap pelanggan dalam kategori tersebut, dan menawarkan variasi kaedah pembayaran yang menjaga keselamatan maklumat peribadi mereka. 

Mencari Gerbang Pembayaran Blockchain untuk Laman Perjudian

Memilih penyedia penyelesaian pembayaran kripto bukanlah satu tugas yang mudah. Terdapat banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan yang serupa, dan banyak faktor seperti prestasi, perundangan, dan keselamatan yang anda perlu pertimbangkan.

how to find a reliable crypto payment gateway

Mata Wang yang Disokong

Gerbang pembayaran blockchain membolehkan anda menawarkan pembayaran kripto. Namun, anda perlu pertimbangkan coin yang menjadi pilihan pelanggan anda. Bitcoin merupakan kaedah pembayaran yang popular, dan ramai pemilik kripto yang memegang atau menggunakan BTC untuk pelbagai tujuan. Itulah yang membuatkan mata wang tersebut sebagai pilihan utama.

Mata wang yang lain, seperti Ethereum, Matic, dan XRP, juga memiliki reputasi yang baik. Mata wang tersebut merupakan antara coin yang popular di rangkaian blockchain yang boleh dipercayai. Selain itu, stablecoin juga menawarkan kaedah pembayaran yang sah, seperti USDT, USDC dan EUROC.

Langkah Keselamatan

Sebagai operator kasino, salah satu keutamaan adalah untuk mengekalkan privasi data anda dan juga data pelanggan anda. Untuk keselamatan maksimum, gunakan gerbang pembayaran kasino online yang mempunyai alamat destinasi yang tidak tetap dan tidak mendedahkan maklumat dompet anda.

Selain itu, pastikan dompet anda memiliki fungsi yang membenarkan anda memantau dan menyekat transaksi berisiko untuk memastikan pangkalan data kekal selamat.

Pengubah Suaian

Pilih pemproses bayaran yang fleksibel dan membenarkan anda untuk mengubah suai antara muka (interface), kaedah pembayaran dan tetapan privasi. Gerbang pembayaran label putih merupakan pilihan terbaik untuk kriteria tersebut. Anda boleh mengubah suai perisian mengikut keperluan perniagaan anda.

Selain itu, gerbang pembayaran kasino online dalam bentuk projek turnkey membolehkan anda mendapatkan penyelesaian pembayaran mengikut kemahuan anda, tanpa perlu membina sendiri dari mula. Untuk gerbang pembayaran secara turnkey ini, anda boleh gunakan gerbang yang dibina oleh penyedia dan menggunakan jenama anda serta menambah perkhidmatan yang anda ingin tawarkan..

how white label gateways work

Kelajuan Pemprosesan

Tempoh pemprosesan kasino online merupakan perkara utama untuk pemain kasino. Jadi, anda perlu lihat tempoh kelajuan pemprosesan yang ditawarkan oleh penyedia. Selain itu, anda juga perlu ketahui sama ada gerbang tersebut menggunakan blockhain yang berbeza, pemprosesan off-chain atau kripto berasaskan layer-2 yang menawarkan tempoh pemprosesan lebih pantas.

Visa, yang juga merupakan kaedah pembayaran tradisional, secara purata mampu memproses 25,000 transaksi per saat. Sementara itu, Ethereum yang telah dikemas kini menambah keupayaan ke 20,000 – 100,000 transaksi per saat.

Fakta Ringkas

Kesimpulan

Gerbang kripto menawarkan tempoh pemprosesan yang lebih pantas untuk judi online . Gerbang tersebut juga memiliki ciri-ciri keselamatan yang lebih banyak dan ia lebih bagus berbanding kaedah pembayaran tradisional. Menerima Bitcoin sebagai cara pembayaran akan membolehkan anda menerima dana dan membekalkan perkhidmatan dengan pantas. Situasi tersebut menyebabkan keterlibatan pengguna lebih pantas, di mana pemain kasino boleh membuat deposit dan bermain dengan segera.

Dengan menambah penyelesaian gerbang pembayaran, anda boleh meluaskan ketersampaian serta menawarkan perkhidmatan iGaming dan pertaruhan kepada lebih ramai pelanggan dalam pasaran baru. Ini dapat meningkatkan lagi pasaran dan status kewangan anda.

Namun, untuk memilih gerbang pembayaran kripto terbaik untuk kasino online anda, anda perlu pertimbangkan gerbang yang memiliki ciri-ciri langkah keselamatan tinggi, pengubahsuaian yang fleksibel, dan kelajuan pemprosesan yang munasabah untuk membuatkan pengalaman pengguna (UX) yang lebih intiutif dan berkesan.

Artikel terkini

Joining The Highly Anticipated iFX Expo Dubai
14.11.2024
B2BINPAY v21: What's New?
B2BINPAY v21: Integrasi Algorand & Solana, Keselamatan Tahap Seterusnya, dan Sokongan Pelanggan yang Dipertingkatkan
Kemas Kini Produk 26.09.2024
How Wallet-as-a-Service Transforms Digital Asset Management
Bagaimana Wallet-as-a-Service Mengubah Pengurusan Aset Digital untuk Perniagaan
Pendidikan 05.09.2024
B2BinPay at Finance Magnates London Summit 2024
B2BINPAY Gears Up for Finance Magnates London Summit 2024: Join Us at the Premier Event for FinTech Innovation
28.08.2024