Reading time

B2BinPay akan Menghadiri Bitcoin Asia Hong Kong 2024 Expo

9 - 10 May
Hong Kong, China
B2BinPay at Bitcoin Asia Hong Kong 2024 Expo

B2BinPay telah membuat keputusan untuk menyertai usaha dalam mempopularkan dan meluaskan industri kripto di Rantau Asia dengan melalui Bitcoin Asia Hong Kong 2024 Expo. Acara terkemuka ini berlangsung dari 9 hingga 10 Mei di Kai Tak Cruise Terminal di China. 

Ekspo Bitcoin Asia sememangnya dikenali dengan menghimpunkan nama-nama besar dalam industri, yang memainkan impak besar terhadap kemajuan penyelesaian kripto di Asia. Pada tahun ini, B2BinPay dan B2Broker dijemput sebagai salah satu daripada barisan panel kehormat di ekspo tersebut! 

Bitcoin Asia – Platform Penting untuk Kripto Asia

Persidangan Bitcoin Asia memainkan peranan sebagai hub untuk pasaran kripto Asia. Menampilkan pemimpin industri daripada syarikat utama, acara ini menggalakkan perkongsian idea dan kolaborasi, tidak hanya dalam skop dagangan semata-mata. Ini termasuklah pelbagai aplikasi Bitcoin dan teknologi blockchain. 

Selain itu, Bitcoin Asia telah diperakui diperingkat global sebagai platform berpengaruh untuk menghubungkan pihak-pihak serantau dengan rangkaian hubungan yang lebih meluas. Situasi ini mengukuhkan lagi peranan ekspo ini dalam membentuk masa hadapan Bitcoin dalam Asia. Jadi, ekspo Bitcoin Asia Hong Kong 2024 boleh memecahkan tembok penghalang yang dihadapi oleh rantau paling padat di dunia ini, membuka jalan untuk lebih banyak inovasi dan kemajuan teknologi. 

Sumbangan B2BinPay

B2BinPay, bersama syarikat induknya, B2Broker, akan turut meyumbang secara aktif dalam misi Bitcoin Asia untuk meluaskan penyelesaian kripto di Asia.  Kami kongsikan kemajuan terkini yang dicapai B2BinPay dalam penyelesaian likuiditi dan perkhidmatan pemprosesan bayaran, di booth kami. 

Mengetuai delegasi kami di sana, Steve Chow akan menjadi pembentang panel utama. Beliau akan membincangkan topik penting dalam landskap blockchain. Pelbagai topik akan dikupas oleh panel kami, seperti peningkatan kepentingan penyelesaian likuiditi dalam blockchain, peranan penting yang dimainkan oleh pemproses bayaran, dan alat sokongan lain untuk perniagaan dan pengguna. 

Membina Masa Depan Blockchain yang Lebih Kukuh

Ekspo Bitcoin Asia memainkan peranan utama dalam usaha mengukuhkan pasaran kripto di Asia. Acara global ini membuka peluang berharga kepada B2Broker untuk menjalin hubungan dengan pemimpin industri serantau dan membina rangkaian perniagaan serta menambah pelanggan baru. Kami jangkakan ekspo Bitcoin Asia pada tahun ini akan menjadi pemangkin untuk kolaborasi berharga dan peluang perniagaan baru dalam industri blockchain.  

Jika anda ingin pelajari tentang pencapaian terkini dalam kripto dan berpeluang untuk terhubung dengan wakil-wakil dari syarikat utama di pasaran, daftar sekarang dan temui delegasi B2Broker di sana! 

Kami begitu teruja untuk menemui anda dan berbincang tentang topik penting dalam bidang ini!

Artikel terkini

A Quick Overview Of Crypto Denominations
Unit Kripto Paling Penting: Gambaran Ringkas Tentang Denominasi Kripto
Pendidikan 23.04.2024
How to Start a Crypto ATM Business
Bagaimana Cara untuk Mulakan Perniagaan ATM Kripto
Pendidikan 22.04.2024
How to Get A BTC Wallet Address: Comprehensive Guide
Bagaimana Cara Dapatkan Alamat Dompet BTC Dan Mengapa Anda Perlukannya
Pendidikan 19.04.2024
Ethereum Roadmap and Future Prospects
Pelan Ethereum: Kemaskini Tedahulu dan Prospek Masa Hadapan
Pendidikan 18.04.2024