B2BinPay v19, Instant Swaps and Expanding Blockchain Support

B2BinPay v19: Memperkenalkan Swap Segera dan Sokongan Blockchain yang Diperluaskan

Reading time

Di B2BinPay, kami sentiasa bekerja keras untuk menambah baik platform blockchain bertaraf dunia kami menjadi lebih baik. Melalui kemas kini versi 19, kami teruja untuk menunjukkan perubahan yang telah dilakukan! 

V19  menampilkan ciri-ciri baru, dengan fokus khas terhadap swap inovatif dan pengenalan sokongan blockchain tambahan.

Swap Segera dan Harga Kompetitif Kini Tercapai dengan VWAP

Swap merupakan cara popular dan menjadi pilihan untuk menguruskan aset mata wang kripto. Toidak seperti tukaran tradisional, swap tidak bergantung pada buku pesanan (order book). Sebaliknya, swap menyediakan transaksi antara aset kripto berbeza, secara terus dan segera. Dengan B2BinPay, transaksi swap akan lebih memfokuskan kepada pelanggan. Ini kerana kami mengunakan alat VWAP (Volume-Weighted Average Price). Alat ini akan membolehkan sistem kami memilih harga terbaik yang tersedia dari pertukaran berpusat, bergantung pada jumlah transaksi. 

Ini bermakna pelanggaan kami tidak lagi perlu membandingan sendiri harga di pelbagai pertukaran – kami akan lakukannya untuk anda, dan dapat memastikan anda mendapat kadar terbaik untuk swap dengan mudah.

Selain itu, untuk transaksi swap, kami telah menghapuskan dua kos komisyen blockchain untuk pelanggan: transaksi ke pertukaran berpusat dan juga transaksi dari pertukaran tersebut ke dompet B2BinPay. Perubahan ini membolehkan pelanggan kami menikmati fleksibiliti dan mengurangkan kos dalam menguruskan aset digital mereka.

Pelanggan boleh mengakses swap segera melalui Tab Swap yang khusus di menu utama, yang juga dilengkapi dengan pelabagai dompet.

Instant Swaps and Competitive Pricing Achieved with VWAP

Transaksi Lancar & Tiada Komisyen untuk Tambah Nilai

Dalam v19, proses tambah nilai dompet swap diubah suai mengikut jenis pengguna yang berbeza. Dompet digital pelanggan akan mendapat manfaat daripada transaksi segera untuk pemindahan dana yang pantas. Sementara itu, pemilik dompet blockchain pula akan menikmati transaksi on-chain yang telus dan selamat, melalui rakaman blockchain. Namun, bagi memastikan keberkesanan proses, semua tambah nilai perlu dibuat dalam denominasi mata wang dompet. 

Pengguna tidak lagi perlu membayar komisyen apabila menambah nilai dompet swap dari akaun B2BinPay. Bagi dompet blockchain pula, komisyen akan dikenakan untuk transaksi on-chain.

Sokongan Blockchain Kini Diperluaskan untuk Polygon dan Avalanche

Expanded Blockchain Support with Polygon and Avalanche

Kemas kini terbaru kami menambah sokongan untuk blockchain Polygon dan Avalanche. Pilihan transaksi stablecoin juga diperluaskan dengan memasukkan stablecoin popular seperti USDT, USDC, DAI, FRAX, TUSD, dan EUROC pada kedua-dua rangkaian tersebut. 

Polygon terkenal dengan kebolehskalaannya serta caj transaksi yang rendah. Ia menjadi pilihan popular untuk transaksi yang efisyen. Sementara itu, Avalanche dikenali dengan kepantasan transaksi (thoughput) yang tinggi dan masa pemprosesan yang pantas. Ciri-ciri tersebut dapat menawarkan platform berkuasas untuk pindahan pantas. Dengan memasukkan kedua-dua blockchain tersebut, pengguna B2BinPay dapat menikmati caj rendah dan transaksi yang pantas.

Akhir Kata

Secara keseluruhannya, melalui kemas kini versi 19 ini, pelanggan kami boleh mendapatkan fleksibiliti: pelanggan boleh membayar dalam mata wang pilihan (coin, stablecoin, fiat) dengan dompet digital, mengakses pelbagai blockchain dan mata wang kripto tmelalui dompet blockchain B2BinPay, dan membuat tukaran segera dengan dompet swap. 

Kemas kini terbaru ini, membuatkan B2BinPay sebagai penyelesaian lengkap untuk pemprosesan kripto. Namun, kami tidak akan sesekali berhenti di sini – kami sedang berusaha untuk mengurangkan caj kami untuk menjadikan perkhidmatan kami diakses dengan lebih meluas.

Sememangnya menjadi tugas kami untuk terus berkembang bagi memenuhi keperluan dalam komuniti dan industri. Kami berbesar hati untuk mendengar maklum balas anda terhadap B2BinPay v19!

Artikel terkini

Joining The Highly Anticipated iFX Expo Dubai
14.11.2024
B2BINPAY v21: What's New?
B2BINPAY v21: Integrasi Algorand & Solana, Keselamatan Tahap Seterusnya, dan Sokongan Pelanggan yang Dipertingkatkan
Kemas Kini Produk 26.09.2024
How Wallet-as-a-Service Transforms Digital Asset Management
Bagaimana Wallet-as-a-Service Mengubah Pengurusan Aset Digital untuk Perniagaan
Pendidikan 05.09.2024
B2BinPay at Finance Magnates London Summit 2024
B2BINPAY Gears Up for Finance Magnates London Summit 2024: Join Us at the Premier Event for FinTech Innovation
28.08.2024