B2BinPay, platform blockchain utama di dunia, terus mencapai kejayaan terbaru. Platform versi terkini telah memperkenalkan TRX staking dan meluaskan lagi blockchain yang disokong. Penambhabaikan ini memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan kami dan transaksi yang lebih berkesan.
Mari kita lihat bagaimana fungsi baru ini dapat menambahbaik pengalaman anda menggunakan B2BinPay.
TRX Staking – Jana Pendapatan Ketika Lakukan Transaksi!
Staking merupakan proses mengunci aset mata mang kripto anda untuk tempoh tertentu untuk menyokong keberkesanan operasi dalam rangkaian blockchain. Sebagai ganjaran melakukan staking, pemilik (dirujuk sebagai staker) akan menerima mata wang kripto tambahan.
Dalam versi 20, kami telah memperkenalkanTRX staking, yang menggunakan sistem Stake 2.0 yang terkini daripada komuniti TRON.
TRX staking membolehkan anda mengunci sebarang jumlah TRX dan menjana pendapatan tahunan pasif dalam lingkungan 3-5%, bergantung pada prestasi rangkaian tersebut. Selain itu, aktiviti staking pada TRX juga dapat mengurangkan caj transaksi pada rangkaian TRON dengan menukarkan TRX yang dikunci (staked) ke Bandwidth dan Energy—sumber penting untuk memproses transaksi.
Bagi mereka yang ingin melakukan aktiviti staking pada aset anda. kemas kini akan membolehkan anda melakukan aktiviti staking pada aset tersebut dengan aktif dan mendapatkan ganjaran, berbanding menyimpan dalam dompet anda. TRX merupakan antara aset paling popular untuk staking, iaitu 28.12% daripada jumlah TRX ketika ini sedang di staking
Namun, jika anda tidak memiliki TRX, jangan bimbang. Ini kerana, sejak dari release ke-19 kami, B2BinPay menyokong fungsi Swap yang membolehkan anda tukar coin untuk TRX dengan serta-merta. Situasi ini akan membolehkan anda melakukan aktiviti staking dan mula menjana pendapatan pastif dengan segera.
Dompet Staking
Dalam seksyen dompet, anda boleh lihat dompet blockchain Perusahaan (Enterprise) anda dalam bentuk TRX, Berikut adalah maklumat yang disediakan bagi setiap dompet:
Dompet
Maklumat berkenaan dompet: pengenal pasti, jenis (biasanya E untuk Enterprise), label (jika set), dan baki keseluruhan.
Ganjaran Terkumpul
Ganjaran daripada aktiviti staking yang boleh dikeluarkan.
Available / Total votes
Available votes merupakan undian yang masih belum diagihkan antara SR (Super Representatives). Sementara itu, Total votes pula adalah jumlah undian yang telah diagihkan dan belum diagihkan.
Tindakan
Withdraw reward — apabila butang ini diklik, popup Withdraw (Pengeluaran) ganjaran akan terpapar. Anda boleh menyemak butiran pengeluaran seperti dompet destinasi, amaun pengeluaran, caj transaksi, dan sebagainya. Harus diingat bahawa tuntutan ganjaran hanya tersedia untuk sekali dalam dalam 24 jam. Butang ini akan menjadi tidak aktif jika ganjaran terkumpul (Accumulated) bernilai 0 (sifar) atau ganjaran sebelum ini telah pun dituntut kurang dari 24 jam. Get votes — jika butang ini diklik, anda akan dibawa ke tab Resources untuk maklumat Dompet, di mana anda boleh lakukan staking ke atas TRX untuk dapatkan undian.
Get votes — jika butang ini diklik, anda akan dibawa ke tab Resources untuk maklumat Dompet, di mana anda boleh lakukan staking ke atas TRX untuk dapatkan undian.
Bagaimana Cara TRX Staking Berfungsi di B2BinPay
TRX merupakan sebuah proses yang akan membekukan dana untuk tempoh tertentu untuk mendapatkan sumber dan pendapatan tambahan. Apabila melakukan staking pada TRX, anda boleh “tukar” dana anda untuk sumber seperti bandwidth atau energy. Kedua-duanya perkara ini membolehkan anda mendapatkan caj blockchain yang lebih rendah.
- Log masuk ke akaun B2BinPay.
- Semak Syarat Staking – Di bahagian atas pada halaman, semak syarat yang dikenakan untuk TRX staking, seperti tempoh minimum staking, amaun minimum yang ditetapkan.
- Pilih Dompet – Pergi ke bahagian Dompet dan pilih dompet TRX anda.
- Staking TRX – Klik pada butang “Get votes”. Anda akan dibawa ke tab Resources untuk butiran dompet. Anda boleh lakukan TRX staking di sini.
- Assign Votes – Bagi setiap TRX yang dilakukan staking, anda akan menerima satu undian. Anda boleh agihkan undian yang diperolehi, antara penghasil (producer) dalam rangkaian TRON, yang juga dikenali sebagai super representatives (SR).
- Claim Rewards – Anda boleh tuntut ganjaran terkumpul, sekali bagi setiap 24 jam.
- Unstaking TRX – untuk unstake TRX anda, lakukan permintaan untuk unstaking. Harus diingat bahawa proses unstaking ini mengambil masa 14 hari. Dalam tempoh tersebut, dana anda akan kekal dikunci. Anda boleh membatalkan permohonan untuk unstaking pada bila-bila dalam tempoh 14 hari tersebut. Apabila unstaking dilakukan, semua undian yang telah diagihkan akan dibatalkan secara automatik dan sumber tersebut tidak lagi akan tersedia.
Staking untuk Mendapatkan Sumber
Aktiviti staking ke atas TRX anda untuk ditukar dengan sumber: Bandwidth atau Energy. Kedua-dua sumber ini akan membolehkan anda menikmati caj blockchain yang lebih rendah. Sumber yang telah digunakan akan digantikan semula secara perlahan-lahan.
Bandwidth digunakan untuk pindahan TRX dan token TRC-10. Selain itu, sebahagian daripada Bandwith ini juga digunakan untuk melaksanakan smart contract. Dengan memiliki bandwith, anda boleh lakukan transaksi pada mainnet TRON tanpa dikenakan sebarang caj gas.
Energy digunakan untuk melaksanakan smart contract dan memindahkan token TRC-20. Energy merupakan sumber khusus untuk melaksanakan smart contract di rangkaian TRON. Smart contract memerlukan Energy dan juga Bandwidth, jadi pastikan anda memiliki kedua-dua sumber tersebut dalam jumlah yang mencukupi sebelum memindahkan token anda!
Berikut adalah 2 contoh yang menunjukkan bagaimana pelanggan B2BinPay boleh melakukan TRX staking dengan berkesan, yang cukup untuk menampung kos caj transaksi:
Pengumpulan Deposit
Pelanggan Enterprise (Perusahaan) B2BinPay Enterprise menggunakan ~95500 Energy dan345 Bandwidth di blockchain TRON untuk mengumpulkan deposit (memindahkan dana) daripada alamat deposit pengguna akhir ke dompet pelanggan itu sendiri. Bagi setiap transaksi, pelanggan tersebut terpaksa membayar 41 TRX.
Untuk membeli sumber/resources, anda perlu semak carta yang menunjukkan 1 Energy = ~0.081 TRX, dan 1 Bandwidth = ~0.893 TRX. Berikut adalah cara bagaimana pelanggan tersebut boleh mengelak daripada perlu membayar caj gas dengan melakukan staking ke atas dana, untuk menampung 1 transaksi pengumpulan deposit
- Energy: 95500 Energy * 0.081 TRX = 7735.5 TRX
- Bandwidth: 345 Bandwidth * 0.893 TRX = 308.08 TRX
- Energy + Bandwidth = 7735.5 TRX + 308.08 TRX = 8043.58 TRX
Jadi, dengan melakukan staking ke atas 8043.58 TRX, pelanggan tersebut dapat mengelak daripada membayar 41 TRX untuk 1 pengumpulan deposit ke dompet pelanggan itu sendiri, setiap hari. Tempoh bayaran balik (payback) staking: 8043.58 TRX / 41 TRX = 196.18 hari (6.53 bulan)
Cara Menampung Caj Pengeluaran
Pelanggan Enterpise (Perusahaan) B2BinPay menggunakan ~65000 Energy dan 345 Bandwidth di blockchain TRON untuk memproses 1 pengeluaran TRX. Secara altrenatifnya, bagi setiap proses pengeluaran, pelanggan akan membayar 28 TRX sebagai komisyen.
Untuk membeli sumber/resources, anda perlu semak carta yang menunjukkan Energy = ~0.081 TRX, dan 1 Bandwidth = ~0.893 TRX. Berikut adalah cara bagaimana pelanggan tersebut boleh mengelak daripada perlu membayar caj gas dengan melakukan staking ke atas dana, untuk menampung 1 pengeluaran:
- Energy: 65000 Energy * 0.081 TRX = 5265 TRX
- Bandwidth: 345 Bandwidth * 0.893 TRX = 308.08 TRX
- Energy + Bandwidth = 7735.5 TRX + 308.08 TRX = 5573.08 TRX
Jadi, dengan melakukan staking ke atas 5573.08 TRX, pelanggan tersebut dapat mengelakkan perlu membayar 28 TRX untuk 1 pengeluaran untuk setiap hari. Tempoh bayaran balik (payback) staking: 5573.08 TRX / 28 TRX = 199.03 hari (6.63 bulan)
Sokongan Blockchain Lebih Meluas untuk USDT & USDC
Kami begitu teruja untuk mengumumkan sokongan blockchain yang lebih meluas termasuk Optimism, Arbitrum, dan Base—setiap blockchain ini dipilih berdasarkan faktor sokongan natif terhadap stablecoin dan berpotensi menawarkan pelanggan pilihan pemprosesan transaksi yang lebih efektif dari segi kos.
Optimism
- Modal Pasaran: $2.7B
- Jumlah Dagangan untuk 24 jam: $261.86M
- Bekalan USDT: $803M
- Bekalan USDC: $336.2M
Optimism merupakan penyelesaian berskala Layer 2 untuk Ethereum. Ia mampu mengurangkan kos transaksi dengan ketara dengan melaksanakan operasi secara berkumpulan. Ia juga akan mengumpulkan maklumat data transaksi dari blockchain Ethereum, kemudian memprosesnya secara berkumpulan, dan akhirnya menghantar semula ke mainnet untuk disahkan. Proses yang efektif ini akan mengurangkan kos sehingga satu persepuluh daripada kadar biasa Ethereum. Dilancarkan pada 2021, Optimism telah berjaya menjimatkan caj gas bernilai lebih $1 bilion untuk pengguna. Fakta tersebut membuatkan Optimism sebagai salah satu daripada pilihan blockchain yang berkesan dari segi kos di pasaran.
Arbitrum
- Modal Pasaran: $3.3B
- Jumlah Dagangan untuk 24 jam: $377M
- Bekalan USDT: $2.38B
- Bekalan USDC: $1.18B
Arbitrum meningkatkan lagi keupayaan Ethereum dalam mengendalikan transaksi dalam jumlah yang lebih tinggi, tetapi dalam kos yang lebih rendah. Ia menggunakan alat sedia ada Ethereum, dan membolehkan pembangun menggunakan aplikasi tidak berpusat (DApp) dengan pantas dan selamat. Integrasi Arbitrum bersama stablecoin menawarkan lebih banyak pilihan transaksi kepada pengguna.
Base
- Base merupakan blockhain ketujuh terbesar berdasarkan jumlah nilai yang dikunci (locked)
- Jumlah Dagangan untuk 24 Jam (Aset di BASE): $576.581.263
Dibangunkan oleh Coinbase, Base menggunakan OP Stack Optimism untuk menambah baik keserasian Ethereum Virtual Machine (EVM). Rollup sumber terbuka tidak hanya menyokong stablecoin, malah ia juga memudahkan lagi penggunaan kod di Ethereum dan blockhain yang lain yang sesuai dengan Ethereum. Keadaan ini akan meningkatkan lagi keseluruhan aspek kebolehoperasian (interoperability) blockchain.
Dalam kemas kini kami yang terdahulu, kami telah meluaskan pilihan blockhain dengan menawarkan blockchain Polygon dan Avalanche. Kini dengan memasukkan Optimism, Arbitrum, dan Base, kami telah luaskan lagi senarai blockchain tersebut!
Ketika ini, USDT disokong di 7 rangkaian: Ethereum, Binance Smart Chain, Tron, Avalanche, Polygon, Optimism, dan Arbitrum.
USDC disokong di 8 rangkaian: Ethereum, Binance Smart Chain, Tron, Avalanche, Polygon, Optimism, Arbitrum, dan Base.
Bridged USDC disokong di 4 rangkaian: Avalanche, Polygon, Optimism, dan Arbitrum.
Bridged USDC digunakan untuk memindahkan USDX di rangkaian blockchain berbeza melalui protokol penghubung (bridge). Protokol ini akan mengunci USDC dalam smart contract pada rangkaian asal dan akan mengeluarkan jumlah yang sama di rangkaian destinasi. Anda tidak boleh menghubungkan subnet Ethereum secara terus, contohnya seperti memindahkan Arbitum ke Optimism.
Laluan pemindahan ini mesti melalui blockchain Ethereum. Jadi, untuk memindahkan dana USDC dari Arbitrum ke Optimism, laluan berikut akan digunakan: Pertama – pindahkan dana dari Arbitrum ke blockchain Ethereum, Kedua – pindah dari Ethereum ke blockchain Optimism.
Klik di sini untuk semak senarai mata wang kripto yang tersedia.
Caj yang Dioptimumkan
Nota Penting: Amaun yang disenaraikan merupakan komisyen minimum; tiada caj tambahan. Jika sesebuah transaksi melebihi threshold minimum yang ditetapkan, komisyen yang disemak semula akan dikenakan.
Sebagai contoh, untuk situasi di mana pelanggan dicaj 0.25% untuk transaksi mendatang dalam coin, caj Minimum TRX adalah bersamaan 3$.
Jika 100,000 TRX dihantar ke pelanggan, pelanggan tersebut akan membayar 250 TRX, iaitu bersamaan kira-kira 27,98$. Namun, jika 1,000 TRX dihantar ke pelanggan, sistem akan mengenakan caj minimum bernilai 3$, iaitu bersamaan kira-kira 26,82 TRX.
Sebagai contoh lain, apabila 1 ETH-ARB dihantar ke pelanggan, pelanggan tersebut perlu membayar 0,0025 ETH-ARB, iaitu bersamaan $9,44.
Namun, jika if 0,001 ETH-ARB dihantar ke pelanggan, pelanggan tidak akan membayar 0,0000025 ETH-ARB. Ini kerana sistem tersebut akan mengenakan caj minimum bernilai $0.01.
Sila ambil maklum semua perubahan akan berkuat kuasa pada 17 Jun 2024. Kemas kini ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk menawarkan penyelesaian pemprosesan bayaran yang terbaik dan lebih mudah. Kami mengucapkan ribuan terima kasih ke atas sokongan berterusan anda dan begitu teruja untuk memperkenalkan kemas kini yang akan membantu anda pada masa hadapan.
Kesimpulan
Perjalanan kami tidak akan terhenti dan sentiasa diteruskan. Kami sedang merancang untuk memperkenalkan Algorand dan Solana dalam release seterusnya. Sekiranya rancangan tersebut dapat direalisasikan, jumlah blockchain yang menyokong transaksi stablecoin akan meningkat kepada 10, termasuk platform semasa kami: Tron, Ethereum, Binance Smart Chain, Avalanche, Polygon, Optimism, Arbitrum, dan Base.
Kekal tehubung dengan B2BinPay dan maksimumkan potensi perniagaan anda dengan penyelesaian pemprosesan bayaran blockchain terkini kami!