Reading time

B2BinPay akan Hadir di Crypto Expo Dubai 2024

20 - 21 May
Dubai, UAE
Crypto Expo Dubai 2024

Pendekatan inovatif dan efisyen yang diambil oleh B2BinPay’s terhadap pemprosesan bayaran telah mendapat perhatian dalam industri kripto. Ia telah mengukuhkan kedudukan kami sebagai salah satu peserta utama di Crypto Expo Dubai 2024. Dengan hampir 10,000 peserta yang akan berkumpul untuk berhubung, belajar dan berkongsi pengetahuan, Crypto Expo Dubai 2024 dijangka akan menjadi acara terbesar. Persidangan selama dua hari ini akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Dubai dari 20 Mei hingga 21 Mei. 

Kepentingan Crypto Expo Dubai 2024

Dubai sememagnya terkenal kerana menganjurkan acara global yang memaparkan perkembangan terkini dan trend menarik dalam dunia blockchain. Crypto Expo Dubai boleh dikatakan sebagai acara terpenting dalam blockchain dan telah menjadi pendorong utama dalam kemajuan kripto di Timur Tengah. 

Dengan penyertaan lebih 80 syarikat dari 30 negara dan lebih daripada 60 penceramah, Crypto Expo Dubai telah menjadi sebuah hub global untuk perubahan dan inovasi untuk syarikat dan usahawan kripto. Persidangan yang akan berlangsung selama dua hari ini akan menyentuh beberapa topik paling relevan dalam dunia kripto, termasuk algoritma konsensus, altcoin, stablecoin, penyelesaian pemprosesan pembayaran, banyak lagi! 

Penyertaan B2BinPay 

Delegasi B2BinPay akan membentangkan ringkasan penuh tentang perkembangan dan kemajuan terkini yang berjaya dicapai oleh kami. Tahun 2023-2024 merupakan tempoh yang sibuk untuk kami di mana kami telah mengatasi beberapa cabaran tertentu dalam teknologi dan telah menambah beberapa ciri-ciri terbaru dalam platform pemprosesan bayaran kami. 

Pembentang dari delegasi kami akan mengulas peningkatan dan penambahbaikan yang dilakukan oleh B2BinPay terhadap platform pemprosesan pembayaran kami yang kukuh. Selain itu, mereka juga akan membincangkan sejauh mana kepentingan dalam membina sistem pembayaran yang mampu milik dan pantas dalam dunia digital. 

Kami juga akan membentangkan kepentingan untuk kekal berdaya saing dengan memperkenalkan penyelesaian pembayaran baru seperti crypto swap, dan meluaskan lagi kepelbagaian dalam perkhidmatan yang anda tawarkan. 

Peserta berpeluang untuk berinteraksi dengan pembentangan kami dan bertanya soalan untuk membantu mereka memahami topik yang sangat sukar ini. 

Sekilas Info Masa Hadapan Penyelesaian Pembayaran Kripto ! 

Perhimpunan berpengaruh ini sentiasa melihat perkembangan terkini dalam blockchain, dan menjadi platform untuk perbincangan bermanfaat dan pembentangan yang informatif. 

Persidangan 2024 ini dijangka akan mengambil pendekatan yang sama. B2BinPay bersama panel lain akan mengetuai usaha untuk membentuk masa hadapan dunia kripto Dubai. 

Anda ingin tahu tentang masa hadapan penyelesaian pembayaran kripto? Daftar sekarang untuk melawat booth #7 dan temui sendiri delegasi kami! B2BinPay sememangnya teruja untuk berkongsi penemuan kami bersama anda! 

Artikel terkini

Why and How Can You Add Bitcoin Payment to Website?
Bagaimana Masukkan Pembayaran Bitcoin pada Laman Web
Pendidikan 06.05.2024
Cryptocurrency wallet vs exchange
Dompet Kripto vs Pertukaran Kripto: Ketahui Perbezaannya
Pendidikan 02.05.2024
B2BinPay Celebrates 1 Year of Partnership with Athletic Club
B2BinPay Meraikan Ulang Tahun Pertama Kerjasama Bersama Athletic Club
Berita Korporat 30.04.2024
slippage in crypto explained
Apa itu Slippage dalam Kripto? Bagaimana Cara Mengatasinya?
Pendidikan 24.04.2024