Paper wallet in crypto

Adakah Anda Masih Perlu Gunakan Dompet Kertas untuk Simpan Bitcoin Anda?

Reading time

Unit storan merupakan salah satu peranti atau penyelesaian perisian penting dalam dunia kripto. Disebabkan sifat ketanpanamaan (anonymity) dan tanpa kertas (paperless) yang dimiliki kripto, semakin sukar malah mustahil untuk dapatkan kembali dana yang telah hilang. Kerana itu, penting untuk pemilik kripto simpan dalam storan yang selamat. 

Terdapat banyak syarikat yang menawarkan iterasi unik dalam dompet kripto, dengan menghasilkan tiga subjenis dompet utama – dompet hot, storan dompet cold dan dompet kertas. Dompet hot dan dompet cold menjadi popular namun dompet kertas semakin dianggap lapuk. Adakah terdapat alasan kukuh disebalik situasi itu, atau adakah dompet kertas masih mendapat tempat dalam landskap kripto? Mari kita bincangkan.

Isi Penting

  1. Dompet kertas Bitcoin diperkenalkan pada awal 2010 sebagai cara terbaik untuk menyimpan private key kripto dengan selamat.
  2. Populariti dompet kertas semakin meningkat pada pertengahan 2010 disebabkan kos yang efektif dan mudah digunakan.
  3. Namun, orang ramai semakin menyedari bahawa dompet kertas tidak begitu boleh diharap, mudah mengalami kerosakan fizikal dan berisiko dalam pelbagai perkara.
different types of crypto wallets

Apa itu Dompet Kertas dalam Kripto? 

Dompet kertas merupakan salah satu variasi storan kripto terawal ketika di awal kemunculan blockchain. Ketika awal 2010, dompet kertas diperkenalkan sebagai cara selamat terbaik untuk simpan private key dan public key. Tujuan dompet kertas adalah untuk menyimpan private key secara luar talian (offline) melalui sekeping kertas. Ini membuatkan dompet kertas langsung tidak boleh diakses oleh penggodam dan serangan berniat jahat.

Jadi dompet kertas hanyalah sehelai kertas yang mengandungi nombor private key yang ditulis atau barkod yang disulitkan (encrypted) yang boleh diimbas oleh telefon pintar atau peranti lain. Memandangkan isu keselamatan sentiasa menjadi keutamaan dalam kripto, pelabur -pelabur awal mendapati dompet kripto sangat berguna. Dompet kertas membolehkan kod disimpan untuk deposit mata wang kripto. Kod ini tidak boleh diakses oleh mana-mana pihak, hanya pemilik sahaja yang boleh. Oleh itu, penggunaan dompet kertas semakin meningkat diperingkat global pada awal 2010. Pada ketika itu, dompet kertas dianggap sebagai alternatif yang layak untuk penyelesaian dompet perisian dalam kripto. 

Cara Membuat Dompet Kertas Bitcoin

how to make a paper wallet

Untuk membuat dompet kertas cukup mudah, kecuali untuk satu perkara. Hanya perlu cetak sekeping kertas dan lampirkan lampirkan private key dan public key anda. Namun, untuk memastikan key anda dipindahkan tanpa sebarang kesan, pengguna perlu mengakses penjana key dari menu Ubuntu, sistem pemula (startup) di sistem operasi Windows. 

Bahagian paling sukar dalam membuat tetapan tersebut adalah untuk pastikan key yang dijana benar-benar rawak dan tidak boleh dibentuk oleh penggodam melalui barangkalian yang ringkas. Sebaik sahaja key dicetak, dompet kertas Bitcoin boleh membuka akaun pada bila-bila masa. Namun, anda sangat disarankan untuk laminate kertas tersebut untuk menjadi lebih tahan atau simpan di peti simpanan yang selamat. Ini kerana, sekeping kertas sudah pasti mudah jatuh, hilang atau rosak. Malah, ada pengguna yang mencetak berberapa keping dompet kertas, dan ini meningkatkan lagi risiko hilang atau kecurian. 

how paper wallet looks like

Mengapa Dompet Kertas Kripto Popular Suatu Ketika Dahulu? 

Di awal tahun 2010, pasaran mata wang kripto masih diperingkat awal. Ketika itu, banyak peserta pasaran maih bereksperimen dengan norma industri. Dompet perkakas (hardware) masih belum muncul dan sebab itu penyelesaian dompet hot dianggap pilihan terbaik di pasaran. Namun, situasi pada peringkat awal ini benar-benar sukar. 

Banyak penyedia dompet perisian bergelut untuk menyediakan aspek keselamatan dan keselesaan yang dituntut oleh pemilik Bitcoin. Selain itu, syarikat seperti Metamask dan Coinbase Wallet tidak mempunyai reputasi dan pengalaman yang cukup untuk menguasai pasaran. Jadi, dompet kertas, dengan beberapa manfaat yang berguna, diperkenalkan di pasaran.

advantages of paper wallets

Keberkesanan dari Segi Kos

Dompet kertas merupakan pilihan termurah untuk mengawal dan menguruskan aset storan kripto. Dompet kertas berfungsi seperti kad kredit atau debit yang dihasilkan sendiri. Pengguna boleh leret atau imbas dokumen kertas untuk menggunakan private key atau public key pada sebarang peranti yang terhubung dengan jaringan Bitcoin. Tiada caj dikenakan buat tetapan (setup), langganan bulanan, atau caj-caj lain yang biasanya dikaitkan dengan dompet digital.

Kebolehakses dan Mudah Digunakan 

Dengan panduan terperinci untuk membantu anda, dompet kertas boleh dicipta dalam masa beberap minit sahaja. Di awal tahun 2010, dompet kertas memperkenalkan kemudahan kad bank kepada pemilik kripto. Kesannya, akses terhadap dana kripto semakin bertambah di seluruh dunia. Apa yang diperlukan hanyalah mencari penjana key yang boleh berfungsi dengan baik untuk menghasilkan nombor rawak kepada anda. Selepas itu, dompet kertas anda boleh digunakan. 

Nilai Dompet Kertas yang Semakin Pudar

Walaupun dompet kertas popular pada peringkat awal, orang ramai kemudian sedar satu kebenaran yang mudah – untuk bergantung kepada sehelai kertas, bukanlah sebuah idea yang terbaik. Tidak lama selepas itu, pelbagai masalah berkaitan dompet kertas semakin menjadi nyata. 

disadvantages of paper wallets

Dompet Kertas Mempunyai Risiko

Pertama sekali, tujuan dompet kertas adalah sebagai cara selamat untuk menyimpan private key dan public key.Namun, dompet kertas perlu mengandungi private key rawak yang tulen untuk berfungsi. Kebergantungan terhadap penjana key berasaskan laman web sememangnya berisiko kerana pihak-pihak yang berniat jahat mungkin menggodam atau mengambil rekod penjana tersebut. Kedua, kod tersebut perlu dikemaskini dengan kerap. Ini bermakna pengguna perlu sama ada memiliki beberapa dompet kertas atau tukar kod dengan kerap. Kedua-dua tindakan tersebut meningkatkan lagi potensi berlakunya kecurian, hilang atau tempat berubah. 

Dompet Kertas Tidak Boleh Dipercayai Dari Segi Fizikal

Dompet kertas juga mudah rosak. Lamination atau cara lain boleh membuatkan ia selamat dalam tempoh yang lebih lama. Namun, ada kemungkinan pengguna akan hilangkan dompet kertas tersebut. Apabila dompet kertas hilang, pengguna mungkin akan tutup akaun sebagai langkah berjaga-jaga. Akaun yang ditutup tidak boleh diaktifkan semula memandangkan dompet kertas yang hilang itu mengandungi satu-satunya versi private key dan public key. Sebarang kerosakan pada dompet kertas akan mengakibatkan pengguna hilang dana.

Dompet perkakas (hardware) Membuatkan Dompet Kertas Menjadi Usang

Akhirnya, dunia kripto moden telah memperkenalkan satu alternatif yang lauh lebih baik untuk simpanan cold melalui dompet hardware. Kini, pengguna dapat membeli peranti dompet cold dengan mudah. Dompet cold ini lebih tahan, mempunyai sandaran (backup) untuk private key tidak menyebabkan kerugian sekiranya rosak. Dompet hardware memiliki pelbagai ciri-ciri keselamatan seperti pengesahan two-factor, pengimbas cap jari dan keselamatan lain. Melalui ciri-ciri tersebut, dompet hardware tidak boleh diakses walaupun ia jatuh ke tangan individu yang berniat jahat.

Dompet hardware telah membuatkan dompet kertas tidak lagi diperlukan. Satu-satunya kelebihan yang dimiliki dompet kertas adalah ia sangat murah. Namun, kebanyak pengguna di seluruh dunia tidak mempunyai masalah untuk mengeluarkan lebih sedikit wang demi memastikan keselamatan. Lagipun, tidak masuk akal untuk berjimat pada kos jika anda berisiko untuk hilang segala yang terkandung di dalamnya! 

Kesimpulan

Dompet kertas merupakan bahagian penting dalam perjalanan perkembangan mata wang kripto. Sama seperti industri yang masih baru lain, penemuan hebat ini menjadi popular dan kemudian semakin pudar sebaik sahaja pasaran menemui alternatif yang lebih baik. Walaupun pada hari dompet kertas bukan pilihan logik untuk digunakan, ia telah memberi sumbangan besar dalam membawa industri ke hadapan dan memperkenalkan konsep storan cold dalam mata wang kripto. 

Soalan Lazim

Bagaimana cara anda membuat dompet kertas Bitcoin?

Untuk membuat dompet kertas Bitcoin, pengguna perlu mendapatkan templat dompet kertas. Pilih penjana key yang paling dipercayai dan cetak key yang dijana secara luar talian (offline)

Bagaimana cara anda kirim Bitcoin dari dompet kertas?

Untuk mengirim Bitcoin dari dompet kertas sungguh mudah – pengguna perlu mengakses terminal Bitcoin dan leret atau imbas kad. Selepas itu, pengguna boleh uruskan dana sama seperti di ATM.

Bagaimana cara beli dan simpan Bitcoin dalam dompet kertas?

Proses pembelian dompet kertas Bitcoin menggunakan prosedur yang sama – cari terminal Bitcoin atau akses platform melalui peranti lain. Pengguna boleh beli Bitcoin tanpa sebarang had sebaik sahaja private key telah diimbas atau ditekan masuk.

Artikel terkini

Joining The Highly Anticipated iFX Expo Dubai
14.11.2024
B2BINPAY v21: What's New?
B2BINPAY v21: Integrasi Algorand & Solana, Keselamatan Tahap Seterusnya, dan Sokongan Pelanggan yang Dipertingkatkan
Kemas Kini Produk 26.09.2024
How Wallet-as-a-Service Transforms Digital Asset Management
Bagaimana Wallet-as-a-Service Mengubah Pengurusan Aset Digital untuk Perniagaan
Pendidikan 05.09.2024
B2BinPay at Finance Magnates London Summit 2024
B2BINPAY Gears Up for Finance Magnates London Summit 2024: Join Us at the Premier Event for FinTech Innovation
28.08.2024