Dunia kripoto telah melalui pelbagai cabaran sejak tahunan kebelakangan ini. Dua peristiwa crypto winters telah berlaku dalam masa hanya empat tahun. Namun, tempoh 2023 telah menujukkkan prestasi yang baik terhadap pasaran yang semakin berkembang. Populariti kripto semakin pulih dan situasi ini membolehkan ia kembali ke tahap pertumbuhan eksponen sebelum ini. Tidak hairanlah, penyertaan dalam sektor mata wang kripto menjadi menguntungkan dan berpotensi sekali lagi.
Perniagaan pertukaran kripto yang dihasilkan sendiri meupakan antara peluang paling lumayan berdasarkan keadaan semasa. Perniagaan boleh mendapat manfaat daripada jumlah dagangan yang meningkat dan pertumbuhan industri secara keseluruhan. Jadi, apa itu pertukaran mata wang kripto? Dan bagaimana anda boleh bina pertukaran anda sendiri? Teruskan membaca untuk jawapannya.
Isi Penting
- Platform pertukaran kripto merupakan hub digital untuk pertukaran mata wang kripto dan menggunakan pelbagai strategi dagangan.
- Platform kripto mempunyai dua variasi utama – pertukaran berpusat dan tidak berpusat.
- Untuk membina platform pertukaran kripto melibatkan beberapa langkah, termasuk pelan perniagaan, perlesenan, modal awal, peruntukan likuiditi dan proses pembangunan teknikal.
- Setiap tahap adalah penting untuk membina platform pertukaran yang dapat berfungsi dengan baik, membenarkan semua kefungsian yang relevan, dan khidmat sokongan untuk pelanggan.
Apa itu Pertukaran Mata Wang Kripto
Sebelum mengetahui cara membina sendiri pertukaran mata wang kripto anda, perkara seperti teknologi, operasi dan ekonomi disebalik perniagaan lumayan ini penting untuk anda kuasai. Pertukaran kripto tidak berfungsi seperti pertukaran fiat yang standard. Namun, terdapat beberapa alat (tool) dan amalan yang dapat membantu dalam mengendalikan ciri-ciri unik yang dimiliki pasaran kripto.
Tujuan utama pertukaran kripto adalah untuk membolehkan pedagang mencari pasangan kripto yang diinginkan dan berdagang tanpa sebarang gangguan atau penangguhan. Namun, perkembangan teknologi digital membolehkan pertukaran memiliki objektif lain sebagai tambahan kepada aspek teras dagangan.
Ciri-ciri platform pertukaran terkini memiliki alat berharga untuk melihat (overview) pasaran pertukaran kripto. Alat-alat ini termasuklah charting terkini, analisis petunjuk trend, kemas kini harga langsung dan maklumat berguna lain untuk memudahkan dagangan berdasarkan data.
Jadi, pertukaran kripto berfungsi sebagai pengantara antara agregat bekalan dan permintaan dalam pasaran kripto, membolehkan pedagang untuk mencari dan mendapatkan atau menjual aset yang diinginkan.
Asas Teknologi Disebalik Pertukaran Kripto
Variasi paltform pertukaran kripto paling utama adalah pertukaran berpusat dan tidak berpusat. Perukaran berpusat seakan sama pertukaran fiat. Ia menawarkan keselesaan, kebolehakses dan ciri-ciri yang sama. Dana yang didagangkan dalam pertukaran adalah dikawal, dipantau dan diproses oleh entiti pusat. Konsep ini sedikit bertentangan dengan aspek ketidakberpusatan (decentralisation) blockchain.
Sementara itu pertukaran tidak berpusat mengekalkan nilai teras blockchain. Namun, petukaran ini tidak dapat menyediakan tahap keselesaan yang sama kepada pelanggannya. Teknologi dibelakang subjenios tidak berpusat lebih kompleks memandangkan platform perlu berfungsi tanpa pemantauan manusia.
Pelbagai langkah keselamatan dan protokol automatik perlu digunakan menstabilkan perdagangan sekiranya diperlukan. Namun, keperluan terhadap protokol yang kompleks bertentangan dengan manfaat keselamatan dan kebolehakses yang ditawarkan dalam platform versi berpusat.
Dalam dunia kripto, Liquidity pools menjadi semakin penting untuk memberi keseimbangan terhadap perubahan harga yang kerap dan ketidakstabilan pasaran. Banyak mata wang digital mengalami isu likuiditi rendah, dan pertukaran kripto menggunakan pembuat pasaran automatik (AMM) untuk memenuhi jurang permintaan-bekalan tanpa penglibatan manusia. Namun, sistem AMM mudah terdedah kepada manipulasi pasaran, satu lagi kelemahan untuk variasi pertukaran tidak berpusat.
Perisian Pertukaran Mata Wang Kripto Label Putih
Satu lagi teknologi penting adalah kemunculan trend platform pertukaran kripto label putih (white-label). Pembangun pihak ketiga mencipta perisian digital yang boleh boleh dibeli sebagai platform pertukaran yang sudah siap tersedia. Jadi, pihak yang ingin menjalankan perniagaan pertukaran boleh mengubah suai dan menambah baik beberapa aspek templat label putih untuk jadikan platform mereka sendiri.
Perisian label putih tidak begitu canggih dan dan boleh diubah suai berbanding platform yang dicipta sendiri (in-house). Namun, banyak perniagaan yang kekurangan dana untuk membina sendiri pertukaran kripto dari mula. Untuk syarikat sebegitu, penyelesaian label putih adalah puilihan terbaik. Selain itu, perisian label putih sangat sesuai untuk syarikat khusus yang ingin memenuhi permintaan tertentu dalam pasaran.
Sebagai contoh, pembelian penyelesaian label putih lebih murah dan mudah jika sasaran anda adalah untuk membina pertukaran Bitcoin khusus untuk mata wang kripto terkenal tersebut. Dalam kes ini, ciri-ciri penyelesaian label putih yang mempunyai ciri-ciri agak terhad bukan menjadi satu masalah untuk pelanggan yang berpotensi.
Bagaimana Cara Pertukaran Kripto Membuat Keuntungan
Dalam kebanyakan kes, pertukaran kripto menggunakan kaedah spread untuk mendapatkan keuntungan, atau mengenakan caj tertentu untuk setiap transaksi. Malah, ada platform yang mempunyai kombinasi khusus untuk kedua cara tersebut, bergantung kepada saiz dan skop pelanggannya.
Keuntungan melalui spread merupakan konsep mudah yang membolehkan pertukaran mempunyai selang (interval) antara harga tawaran (bid) dan tanya (ask). Sebagai contoh, kripto X akan dijual pada $1.5 tetapi dibeli pada harga $1.3 di platorm Y. Perbezaan $0.2 adalah keuntungan untuk platform Y.
Namun, tight spreads penting untuk pasaran. Ini kerana spread yang lebih luas akan menggalakkan pedagang untuk tinggalkan dan mencari paltform lain dalam rantau anda. Selain itu, margin yang kecil tidak memberi kesan positif kepada perniagaan. Ini disebabkan platform pertukaran memerlukan pengurusan yang lebih besar. Untuk keadaan ini, syarikat anda mungkin akan terpaksa menutup operasi. Jadi, spread yang optimum perlu dikekalkan untuk memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat.
Caj transaksi merupakan konsep yang lebih mudah. Setiap pelanggan akan dicaj bagi setiap transaksi dilakukan. Platform berbeza mengenakan peratusan caj yang berbeza untuk memberi kemudahan kepada pengguna.
Ada syarikat yang mengenakan kadar meningkat, bergantung kepada saiz atau kuantiti transaksi. Selain itu, ada juga yang fokus untuk menyediakan peratusan yang hampir sama untuk setiap transaksi. Kedua-dua pendekatan mempunyai kelebihan masing-masing dan berkesan dalam sektor yang berbeza.
Panduan Lengkap Cara Mulakan Pertukaran Mata Wang Kripto
Seperti dinyatakan di atas, untuk membina platform pertukaran mata wang kripto anda sendiri dari mula adalah mencabar memandangkan ia perlukan teknologi canggih dan pengetahuan mendalam dalam bidang kripto.
Namun, tugas ini tidak mustahil dan menawarkan potensi lumayan kepada mereka yang sanggup meluangkan masa dan tenaga. Untuk memahami lebih baik apakah cabaran yang akan dihadapi, mari kita pecahkan proses yang terlibat dalam menghasilkan pertukaran mata wang kripto.
Hasilkan Pelan Perniagaan dan Perolehi Lesen
Sebelum dapatkan sumber untuk mulakan perniagaan pertukaran kripto, penting untuk anda kenal pasti model perniagaan yang anda inginkan dan rancang pelang perniagaan yang terperinci.
Dokumen ini biasanya melibatkan konsep operaasi, teknologi asas yang ingin digunakan dan diintegrasi, sumber pembiayaan yang berpotensi, pelan pemasaran dan penyataan aliran tunai. Pada mulanya, kesemua perkara ini mungkin nampak membebankan. Namun, templat pelan perniagaan akan mengikut aliran logik dalam membina perniagaan, dan setiap aspek adalah sama penting.
Pelan perniagaan akan memudahkan usaha anda untuk mendapatkan dana pembiayaan, pinjaman, atau pelaburan di peringkat awal pembangunan. Ia juga dapat meningkatkan lagi peluang anda mendaptkan lesen platform pertukaran yang diperlukan dalam kebanyakan pasaran kipto dunia pertama. lesen pertukaran akan membuatkan operasi anda sah di sisi undang-undang dan dapat memasuki pasaran pertukaran global dengan lebih mudah.
Beli atau Bangunkan Platform Pertukaran Kripto
Seterusnya adalah membangunkan atau mencari perisian platform pertukaran. Seperti diterangkan di atas, dua pilihan umum yang terdapat adalah bina perisian dari mula atau beli penyelesaian label putih. Kedua-dua pilihan ada kelebihan dan kekurangan kepada jenis pertukaran pemula (startup) yang berbeza. Penyelesaian in-house (sendiri) lebih sesuai untuk startup utama dengan keupayaan pengubahsuaian maksimum dan banyak lagi ciri-ciri unik untuk disesuaikan untuk pengkalan pelanggan yang besar.
Penyelesaian label putih pula sangat sesuai untuk perniagaan khusus yang inginkan beberapa pilihan pada platform tetapi menawarkan perkhidmatan spesifik kepada pelanggan tertentu. Platform pertukaran mata wang tunggal merupakan contoh terbaik untuk penggunaan perisian label putih. Ia menawarkan perkhidmatan kepada pengkalan pelanggan yang lebih kecil tanpa masalah.
Memahami kemampuan kewangan anda begitu penting dalam memilih antara dua penyelesaian tersebut. Secara umumnya, penyelesaian label putih lebih bernilai kepada perniagaan bersaiz kecil atau sederhana yang ingin mengelakkan isu yang timbul dalam membangunkan platform berskala besar.
Walaupun pneyelesaian in-house pilihan yang sesaui untuk syarikat terkenal, penyelesaian ini memerlukan keseluruhan pembangunan dalam bahagian dan masa yang begitu panjang untuk dilengkapkan. Selain itu, pihak syarikat memerlukan pengujian automatik dan manual bagi memastikan perisian yang diubahsuai berfungsi dengan baik dan tidak mengalami masalah teknikal.
Dapatkan Penyelesaian Perisian Tambahan
Membangunkan platform pertukaran hanyalah sebahagian daripada isu teknikal. Anda perlu mengadaptasi pelbagai penyelesaian perisian lain untuk membina peniagaan pertukaran yang padu. Ia penting untuk adaptasi gerbang kripto untuk membuatkan penukaran kripto menjadi mudah dan berkesan untuk pelanggan.
Pemproses kripto membolehkan platform pertukaran memindahkan dana tanpa perlu menggunakan orang tengah yang mungkin berisiko. Ini membuatkan pemproses kripto begitu berharga dalam sebarang perniagaan pertukaran mata wang digital. Anda juga perlu menggunapakaii sistem laporan, kewangan dan kihdmat pelanggan yang sesuai dengan perisian platform pertukaran sedia ada.
Akhir sekali, platform pertukaran memerlukan sistem protokol pematuhan terkini untuk memastikan pematuhan organisasi yang konsisten. Tiada panduan yang jelas dan mudah dalam mengadaptasi penyelesaian terbaik bagi setiap aspek. Semuanya bergantung kepada situasi dan tetapan (setup) khusus. Bidang kuasa yang berbeza memerlukan amalan pelaporan, kewangan dan pematuhan kawal selia yang mesti dipatuhi.
Bekerjasama dengan Penyedia Likuiditi
Aspek paling penting dalam membina platform pertukaran mata wang kripto adalah mendapatkan likuiditi yang mencukupi untuk menyokong operasi. Terdapat beberapa cara untuk perkara ini. Syarikat atau perniagaan boleh bekerjasama dengan penyedia likuiditi, dapatkan dana persendirian atau mengambil pinjaman institusi untuk modal permulaan.
Dapatkan penyedia likuiditi kripto merupakan pilihan paling wajat untuk pertukaran bersaiz lebih kecil dan sederhana. Ini kerana, penyedia likuiditi menyediakan pilihan pembiayaan yang agak besar. Secara umumnya, kos pembiayaan penyedia likuiditi lebih rendah memandangkan ia hanya mengenakan vaj rendah bagi setiap transaksi atau akses tetap untuk liquidity pool.
Untuk kedua-dua keadaan, platform pertukaran akan menerima likuditi yang mencukupi tanpa perlu membayar 10% atau faedah kompaun lebih banyak. Banyak pilihan penyedia likuiditi menawarkan pilihan kerjasama yang menarik untuk syarikat kecil dalam pelbagai bidang kuasa.
Namun, sesebuah pertukaran perlu memiliki lesen dan modal permulaan yang minimum untuk layak mendapatkan kerjasama likuiditi. Cuma, sayarat yang ditetapkan kebanyakannya boleh dipenuhi walaupun dengan sumber kewangan dan keupayaan yang terhad.
Menggunapakai Sistem Air-Tight CRM
Pihak syarikat tidak sepatut mengendahkan kepentingan dalam menyediakan khidmat sokongan pelanggan terbaik, tidak kira model perniagaan dan pelanggan sasaran. Perkara ini sememangnya benar, lebih-lebih lagi untuk pertukaran dalam talian. Ini kerana risko isu teknikal, bug dan ralat akan lebih meningkat.
Pelanggan meletakkan kepercayaan pada platfrom pertukaran anda dengan dana peribadi mereka dan masalah teknikal yang begitu kecil boleh membuatkan mereka beralih ke penyedia lain.
Jadi, Sistem CRM yang menguruskan pelanggan dari awal hingga akhir kitaran hubungan begitu penting digunakan. Sistem CRM yang berfungsi dengan baik perlu mengandungi program pemerolehan pelanggan, customer nurturing sequences dan kefungsian sokongan yang komprehensif pada platform.
Pemerolehan pelanggan biasanya termasuk pengiklanan khusus pada saluran media sosial dan kempen pemasaran e-mel yang diperibadikan.
Nurturing sequences booeh dilakukan melalui e-mel dan juga mekanisme di platform. Syarikat boleh menghantar pelbagai iklan dan cadangan kepada pelanggan untuk menarik minat mereka membeli ciri-ciri tambahan atau meluaskan lagi skop perdagangan mereka.
Sokongan Pelanggan
Sokongan pelanggan secara langsung begitu berharga dan perlu dipertimbangkan dalam proses pembangunan pertukaran mata wang kripto. Masalah yang dihadapi pelanggan perlu dilayan dengan segera dan secara mesra.
Sebaliknya, pasaran pertukaran yang kompetitif akan membuatkan pengkalan pelanggan anda semakin mengecil. Pembinaan sistem yang dirancang dengan mendalam penting untuk membolehkan pelanggan menyuarakan masalah dengan mudah dan terima sokongan secukupnya dalam jangka masa yang munasabah.
Terdapat pelbagai alat tambah untuk memudahkan proses hubungan pelanggan, termasuk bot sokongan yang dikuasakan oleh AI, sistem mepercepatkan tiket dan sembang dalam talian. Tidak kira apa sahaja sistem CRM anda, penting untuk anda layani segara aduan pelanggan.
Lancarkan Platform yang Kukuh dan Adaptasi Persekitaran yang Berubah
Lebih mudah bercakap tentang melancarkan platform yang efektif daripada melakukannya. Perniagaan pertukaran perlu sangat berhati-hati dalam menetapkan tarikh akhir yang sesuai untuk pelancaran. Ini kerana sebarang kesilapan atau masalah berlaku pada hari pelancaran akan menjadi berganda disebabkan jangkaan tinggi orang ramai.
Pakar teknologi perlu memastikan platform tersebut berfungsi secara optimim dan tiada isu teknikal ketara yang boleh membuatkan pelanggan tidak berpuas hati, atau lebih teruk lagi – kehilangan aset digital mereka.
Pihak syarikat juga perlu memastikan langkah keselamatan adalah yang terkini dan membenarkan pelanggan menguruskan dana tanpa sebarang ancaman siber. Pelbagai tawaran diskaun dan promosi juga dapat menggalakkan pengguna untuk mencuba platform baru dan meningkatkan kebarangkalian mereka beralih ke platform anda.
Selepas pelancaran berjaya dilakukan, penting untuk platform anda peka dengan perkembangan terkini dan ciri-ciri baru dalam bidang pertukaran. Instrumen dagangan, alat, metrik baharu diperkenalkan dengan kerap, dan penukaran yang kompetitif perlu menggunakan perkara tersebut untuk mengekalkan minat pedagang.
Kesimpulan
Memahami apa itu pertukaran mata wang kripto dan cara membangunkan platform penukaran melibatkan proses yang kompleks dan juga tanggungjawab besar, cabaran mendapatkan dana, dan halangan teknikal. Namun, potensi keuntungan dan peluang yang boleh dicapai membuatkan usaha dan pelaburan tersebut kelihatan berbaloi.
Jika sasaran anda adalah menyahut cabaran ini dan mula membangunkan pertukaran kripto, fahami skop keseluruhan proses ini dan semak semua langkah yang telah dikongsikan di atas. Jika dilakukan dengan betul, platform pertukaran dalam talian berpotensi menyediakan manfaat segera dan akan membantu perniagaan bersaiz sederhana anda dalam pasaran antarabangsa.
Soalan Lazim
Adakah mencipta sendiri pertukaran kripto idea yang baik?
Jika dilihat pada cabaran diperingkat awal, membina pertukaran kripto adalah tugas yang begitu sukar. Ia memerlukan komitmen sepenuh masa dan sumber yang besar. Namun, jika berjaya dicapai, paltform pertukaran digital mempunyai margin keuntungan yang tinggi dan peluang untuk berjaya yang semakin meningkan disebabkan populariti kripto.
Apa beza pertukaran mata wang kripto dengan mata wang kripto?
Walaupun anda boleh simpan dana kripto pada kedua-dua jenis platform, dompet kripto hanya untuk pindahan dana dan untuk pertukaran, ia mustahil dilakukan menggunakan dompet digital. Sementara itu, platform pertukaran kripto menyokong banyak ciri-ciri dagangan, termasuk swap pasangan asas, pelbagai kontrak, pilihan likuiditi dan leverage ratio.
Adakah lebih bagus bina plaform in-house atau dapatkan penyelesaian label putih?
Kedua-dua pilihan perlu dipertimbangkan dengan teliti. Ini kerana masing-masing memiliki manfaat dan kelebuhan unik tersendiri. Platform in-house lebih banyak fungsi dan sesuai untuk jumlah pelanggan yang lebih besar. Sementara itu, label putih lebih murah serta mudah dan jelas. Ia tidak mengambil masa terlalu lama untuk digunakan. Jadi, semuanya bergantung kepada bajet dan pelan perniagaan anda dalam memilih pilihan paling sesuai untuk kemahuan anda.