Best multi-sig wallets

10 Pilihan Dompet Multi-Sig Terbaik untuk 2024

Reading time

Dompet digital telah menjadi komponen penting dalam dunia kewangan moden. Populariti dompet ini semakin meningkat seiring dengan perkembangan industri kripto. Dompet perisian kripto kini telah mendominasi kewangan digital. Boleh dikatakan bahawa hampir setiap hari pemilik kripto menggunakan dompet digital dengan kerap. 

Disebabkan popularti dompet kripto semakin meningkat, evolusi dompet kripto menjadi lebih ketara sejak beberapa tahun ini. Dompet ini menjadi alternatif kepada dompet desktop, serta memiliki langkah keselamatan lebih tinggi dan menawarkan fungsi-fungsi tambahan. 

Situasi tersebut membuatkan lebih banyak pilihan kripto di pasaran. Pada tahun 2024, terdapat banyak variasi dompet yang boleh dipilih, seperti dompet hot, dompet perkakas (hardware), dompet mudah alih, dompet custodial dsb. 

Tidak kira apa dompet yang menjadi pilihan anda, memiliki dompet multi-sig atau signature mungkin boleh menjadi pilihan terbaik. Tetapi, apa itu dompet multi-sig, apakah perbezaan dompet ini berbanding pilihan single-key? Mari kita lihat lebih lanjut. 

Isi Penting

  1. Dompet multi-sig meningkatkan aspek keselamatan dan kefungsian yang lebih canggih dompet kripto.
  2. Dompet multi-sig merupakan pilihan yang bijak untuk syarikat atau sekumpulan individu yang ingin menguruskan dana kripto dengan lebih berkesan.
  3. Terdapat pelbagai pilihan dompet multi-sig yang tersedia di pasaran semasa, dan masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.

Apa Itu Dompet Multi-Sig?

Dompet multi-sig merupakan variasi dompet kripto yang membolehkan beberapa pihak mencipta private key untuk satu akaun. Untuk memahami kepentingan dompet multi-sig, kita perlu fahami dahulu sifat dan kelemahan dompet single-key. Dompet digital standard hanya mempunyai satu private key untuk tujuan pengesahan pengguna. Pengguna hanya memerlukan satu proses pengesahan untuk mengakses akaun aset kripto.

Dompet single-key biasanya direka untuk pengguna individu yang ingin mengawal sendiri akaun kripto peribadi dan tidak mahu pihak lain terlibat dalam pengurusan akaun mereka. 

Namun, disebabkan industri kripto telah berkembang tidak hanya untuk sektor runcit dan kini digunakan oleh jutaan perniagaan dan organisasi diseluruh dunia, dengan hanya memiliki satu titik untuk mengakses dompet tidak mencukupi untuk pengguna institusi. Dompet multi-sig terbaik membolehkan pengurus perniagaan meningkatkan lagi tahap keselamatan dan penglibatan dengan aset kripto yang disimpan. Keadaan ini membuatkan pengurusan dana lebih mudah diakses oleh syarikat yang telah mula menerima kripto

Kelebihan Dompet Multi-Sig

Untuk pihak syarikat, pengurusan aset digital yang berkesan merupakan salah satu keutamaan dalam syarikat. Tidak seperti dompet tradisional yang hanya menggunakan private key tunggal untuk pengesahan, dompet multi-sig berfungsi melalui beberapa private key. Ciri-ciri tersebut akan meningkatkan lagi aspek keselamatan dan beberapa pihak dalam syarikat atau komuniti akan berkongsi tanggungjawab secara bersama. 

Disebabkan beberapa tandatangan diperlukan, dompet multi-sig Bitcoin tidak boleh diakses daripada satu sumber tunggal sahaja. Ini akan mengurangkan secara drastik kemungkinan berlakunya serangan siber. Selain itu, setiap transaksi memerlukan kelulusan daripada pengguna majoriti, dan keadaan ini membuatkan agak mustahil untuk seorang pengguna tunggal menyalahgunakan (mengeluarkan, mengalihkan dsb) dana organisasi. 

Kewujudan beberapa pihak pengesah dapat memastikan ralat yang berpunca dari manusia dalam pemindahan dana tidak akan berlaku. Pihak lain juga boleh mendapatkan semula dompet multi-sig yang selamat sekiranya private key anda mengalami isu tertentu. Fungsi multi-sig juga boleh diubah suai. Jadi, pihak syarikat atau komuniti boleh menetapkan sendiri peraturan berkenaan kelulusan transaksi.

Dompet multi-sig dicipta untuk mengatasi kelemahan dompet kripto single-key, di mana beberapa key pengesahan digunakan untuk mengelakkan kegagalan berpunca dari satu titik.

Fakta Ringkas

10 Dompet Multi-Sig yang Patut Dipertimbangkan Ketika Ini

Kaedah multi-sig menjadi sangat popular dalam dunia kripto moden disebabkan oleh pelbagai kelebihan dan keupayaan yang ditawarkan. Pada hari ini, dompet multi-sig telah mendominasi niche dompet kripto perniagaan. Ia menggunakan kombinasi ciri-ciri keselamatan yang kukuh dan kebebasan membuat pilihan dan proses pemulihan yang lancar untuk menghasilkan penyelesaian yang dominan untuk syarikat di seluruh dunia. 

Tetapi dompet multi-sig yang mana terbaik untuk keperluan semasa perniagaan anda? Mari kita lihat senarai pengluar utama dalam sektor multi-sig untuk tahun 2024.

#1 – Rabby Wallet

Rabby Wallet

Dikenali dengan antara muka (interface) yang mudah digunakan dan sokongan mudah alih, Rabby Wallet memudahkan proses setup untuk pengguna baru. Dompet ini sangat sesuai untuk mula menggunakan jagaan kripto. Ia dapat berfungsi dengan pelbagai protokol DeFi, dan membolehkan pengguna mengendalikan portfolio multi-sig secara terus dari dompet. Selain itu, dompet ini memudahkan lagi penggunaan aplikasi kewangan tidak berpusat. Ciri-ciri kemudahan tersebut membuatkan Rabby Wallet menjadi pilihan utama dalam bidang dompet multi-sig Bitcoin. 

#2 – Castle

Castle

Castle menawarkan ciri-ciri keselamatan terkini seperti pengesahan biometrik dan pilihan pemulihan sosial untuk setup multi-sig. Ciri-ciri tersebut menyediakan lapisan keselamatan tambahan untuk aset digital anda. Pihak syarikat dan institusi boleh menggunakan dompet ini kerana ia mengutamakan kawalan akses dan tetapan kebenaran yang sangat spesifik. 

Castle membolehkan tetapan (setup) dibuat untuk proses kelulusan yang kompleks. Ciri-ciri tersebut ideal untuk organisasi yang memerlukan kawalan tinggi terhadap dana mata wang kripto. Dompet ini tersedia dalam bentuk dompet laman web dan aplikasi mudah alih. 

#3 – UniPass

UniPass

UniPass menggunakan teknik tahap tanda tangan yang unik. Teknik tersebut membolehkan transaksi multi-sig dilakukan melalui bilangan key yang lebih rendah berbanding kaedah multi-sig lain. Ia dapat meningkatkan aspek keselamatan dengan mengagihkan pecahan key kepada lebih banyak pihak tanpa menjejaskan keberkesanan transaksi. 

Pengagihan key tersebut dibuat melalui teknik kriprografi di mana sebarang kombinasi pecahan private key digunakan untuk mengesahkan sesebuah transaksi. Kualiti tersebut membuatkan UniPass seringkali dianggap sebagai aplikasi dompet kripto paling selamat dalam sektor ini, dan aggapan tersebut sememangnya berasas. 

#4 – Cashmere

Cashmere

Cashmere telah menajdi dompet multi-sig popular untuk peranti mudah alih. Ia memiliki antara muka yang mudah digunakan dan mengutamakan pengalaman mudah alih yang lancar dalam menguruskan dompet multi-sig. Ciri-ciri tersebut membuatkan dompet ini pilihan utama bagi mereka yang lebih banyak mengakses pegangan kripto mereka melalui telefon pintar. 

Cashmere berfungsi dengan dompet mudah alih popular. Faktor tersebut memudahkan lagi pengguna yang sudah biasa mengendalikan kripto melalui dompet mudah alih.

#5 – Snowflake

Snowflake

Snowflake menggunakan cara yang unik untuk aspek keselamatan multi-sig melalui teknik “Shamir’s Secret Sharing”. Teknik ini membolehkan pecahan key diagihkan secara geografi seterusnya meningkatkan keselamatan dan mengurangkan risiko satu titik kegagalan. 

Sekiranya satu pecahan key telah dikompromi, penceroboh tidak memiliki informasi yang mencukupi untuk mengakses dana tanpa pecahan key yang lain. Snowflake direka untuk pengguna yang mementingkan keselamatan dan inginkan private key dikongsikan ke beberapa pihak. 

#6 – Goki

Goki

Dompet seterusnya dalam senarai kami, Goki menawarkan penyelesaian multi-sig khusus untuk pengguna yang ingin mengumpulkan dan menguruskan NFT (Non-Fungible Tokens). Dompet ini menawarkan pengurusan multi-sig yang selamat untuk barang collectable digital, selain daripada fungsi seperti kelulusan dari beberapa pihak untuk pindahan NFT. 

Fungsi tersebut dapat memastikan sebarang transaksi NFT anda memerlukan pengesahan dari beberapa pihak yang telah ditetapkan bilangannya. Ini dalam melindungi koleksi anda daripada transaksi tanpa kebenaran. Goki dapat berfungsi dengan pasaran NFT popular, dan membolehkan pengguna menjual, membeli atau memindahkan NFT dengan lancar. 

#7 – Wallet 3

Wallet 3

Wallet 3 merupakan dompet multi-sig sumber terbuka yang direka untuk peranti mudah alih. Ia mengutamakan privasi pengguna dan menawarkan fungsi canggih melebihi fungsi asas multi-sig. Pengguna boleh merancang transaksi lebih awal, dan fungsi tersebut membuatkan dompet ini lebih mudah dan fleksibel. 

Selain itu, Wallet 3 memiliki buku alamat kenalan secara built-in untuk menguruskan senarai alamat yang anda kerap gunakan dalam ekosistem multi-sig. Ciri-ciri sumber terbuka membolehkan aspek ketelusan dan penglibatan komuniti yang lebih tinggi dalam proses pembangunan dompet ini.

#8 – Squads

Squads

Pasukan dan kumpulan boleh menggunakan Squads. Dompet ini mempunyai fungi multi-sig dan proses kelulusan yang boleh diubah suai. Ciri-ciri tersebut membolehkan pengguna membuat pengesahan transaksi dalam cara yang lebih teliti.

Squads membolehkan sesebuah pasukan menetapkan peraturan khusus untuk transaksi berdasarkan amaun transaksi, alamat dompet penerima, dan juga pihak tertentu dalam kumpulan yang boleh memulakan transaksi. Aspek fleksibiliti ini memastikan transaksi mengikut protokol yang ditetapkan dalam kumpulan dan strategi pengurusan risiko.

#9 – MPCVault

MPCvault

Sebagai salah satu dompet MPC utama di pasaran, MPCVault dikenali dengan penggunaan Multi-Party Computation (MPC) untuk pengurusan key. Cara ini tidak memerlukan private key individu pada peranti pengguna, seterusnya meningkatkan keselamatan untuk aset bernilai tinggi.

MPC mengagihkan key kepada beberapa server di mana tiada satu server pun dapat mengakses key yang lengkap, secara sendiri. MPCVault menawarkan penyelesaian keselamatan yang kukuh untuk organisasi dan individu yang mengendalikan kripto pelbagai mata wang dalam jumlah besar.

#10 – Liminal

Liminal

Liminal merupakan pilihan popular dalam senarai dompet multi-sig baru pada tahun 2024. Sebagai dompet multi-sig perkakas, Liminal menawarkan kombinasi unik keselamatan perkakas dan integrasi dengan fungsi multi-sig. Kombinasi tersebut menyediakan platform yang mudah digunakan dan selamat untuk menguruskan aset kripto dengan kelulusan lebih daripada satu pihak. 

Tidak seperti dompet berasaskan perisian, Liminal menambah lapisan keselamatan dengan menggunakan perkakas untuk menyimpan private key. Fungsi multi-sig memastikan sebarang transaksi akan memerlukan kelulusan daripada jumlah pihak yang telah ditetapkan. Ciri-ciri tersebut memberi keselamatan tambahan dan mengurangkan kebimbangan pengguna.

Kesimpulan – Mengapa Anda Patut menggunakan dompet Multi-Sig

Dompet kripto alternatif ini telah menjadi pilihan popular untuk sekumpulan individu atau organisasi. Dompet ini menawarkan variasi daripada dompet untuk seorang individu kepada dompet multi-sig untuk institusi. Dompet multi-sig dan aspek keselamatan boleh dikatakan sinonim antara satu sama lain disebabkan proses pengesahan yang rumit. Ciri-ciri tersebut membolehkan pengguna menambah baik keselamatan dalam melindungi dana dengan lancar dan mudah. 

Penggunaan dompet ini membolehkan anda memiliki dompet dengan tahap perlindungan lebih tinggi dan selamat kepada aset kripto anda berbanding pilihan single-key.

Artikel terkini

How Wallet-as-a-Service Transforms Digital Asset Management
Bagaimana Wallet-as-a-Service Mengubah Pengurusan Aset Digital untuk Perniagaan
Pendidikan 05.09.2024
B2BinPay at Finance Magnates London Summit 2024
B2BINPAY Gears Up for Finance Magnates London Summit 2024: Join Us at the Premier Event for FinTech Innovation
28.08.2024
B2BINPAY at The Highly Anticipated Gitex Global 2024
Join us in Dubai For Exciting Tech Discussions at Getix Global
20.08.2024
Joining The World’s Elites at The Blockchain Life Expo
Navigating The Most Advanced Technologies at the Blockchain Life Expo 2024
16.08.2024