Semasa Finance Magnates London Summit 2023, yang berlangsung pada 20 hingga 22 November, pasukan B2BinPay dengan bangganya menjadi tumpuan dalam kalangan figura terkenal dalam industri FinTech. Acara yang berlangsung di Old Billingsgate ini merupakan perhimpunan penting untuk golongan profesional dan inovator dalam sektor teknologi kewangan.
Mengenai FMLS 2023
Acara yang dihadiri oleh lebih 3,500 peserta, lebih 120 peserta pameran dan pendapat dari 100 pakar dalam industri, FMLS 2023 mengukuhkan kedudukannya sebagai acara utama dalam kalendar FinTech.
Persidangan ini, berlangsung di Old Billingsgate, menawarkan platform unik untuk kerjasama dan pertukaran ilmu. Berfungsi sebagai hub pusat untuk perbincangan yang inventif dan jalinan hubungan, acara yang diadakan di Old Billingsgate, dengan pemandangan Sungai Thames dan Jambatan Menara yang menakjubkan, menyediakan platform yang ideal untuk perhimpunan khusus untuk kemajuan teknologi kewangan.
Kehadiran Kami dan Pengiktirafan
Kemuncak penglibatan kami diraikan apabila B2BinPay diberikan pengiktirafan sebagai “Inovator Terbaik dalam Pembayaran.” Pengiktirafan ini membalas komitmen yang kami curahkan terhadap untuk kejayaan dan inovasi dalam FinTech, terutamanya merevolusikan penyelesaian pembayaran yang inovatif.
Thank You!
The Finance Magnates London Summit 2023 merupakan cara penting untuk komuniti FinTech, dan B2BinPay bersyukur dengan peluang untuk turut serta dalam acara tersebut. Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur yang menganjurkan sebuah platfrom berpengaruh untuk peneraju industri menjalin hubungan dan berkongsi pandangan. Pengalaman ini akan memberi motivasi seterusnya kepada kami untuk terus berinovasi dan menyumbang kepada sektor FinTech!