understanding deflationary tokenomics in crypto

Adakah Deflasi dalam Tokenomi Bagus untuk Mata Wang Kripto?

Reading time

Ekonomi wang sememangnya sukar dalam apa juga bentuk. Malah, sistem bekalan wang yang paling kecil dan ringkas juga menghadapi cabaran dalam menstabilkan kadar tukaran wang dan kuasa membeli dalam ekonomi. Pada mulanya, dunia mata wang kripto berkongsi masalah yang sama, dengan menyedari setiap coin perlukan amalan ekonomi yang tegas dan dirancang dengan teliti untuk menstabilkan mata wang. 

Pada hari ini, bahagian dalam dunia kripto ini dipanggil tokenomi dan ia memecahkan secara efektif, pasaran kripto kepada dua subjenis – mata wang kripto inflasi dan deflasi. Artikel ini akan menerangkan bagaimana kedua-dua strategi ini berfungsi secara mendalam dan melihat sama ada pendekatan tokenomi deflasi merupakan pilihan terbaik. 

Isi Penting

  1. Strategi inflasi dan deflasi merupakan dua aspek penting dalam tokenomi kripto.
  2. Strategi inflasi direka untuk merangsang dagangan, dan strategi deflasi dibina untuk menggalakkan pegangan aset kripto.
  3. Kaedah deflasi ini digunakan oleh projek kripto dengan sasaran untuk mengubah coin kepada aset pelaburan berharga.

Apa Maksud Tokeniomi dalam Kripto?

Untuk memahami ciri-ciri deflasi dan inflasi dalam mata wang kripto, pertama sekali kita perlu fahami konsep tokenomi dan nilainya dalam dunia kripto. Tokenomi merupakan cabang yang masih baru dan diperkenalkan selepas kemunculan kripto. Ia mengawal dan memberi definisi setiap aspek dalam ekonomi token, daripada bekalan token, kegunaan dan cara pengagihan sehinggalah kepada mengekalkan nilai dalam jangka panjang.

main aspects of deflationary tokenomics

Tokenomi penting bagi setiap projek kripto. Ini kerana ia menentukan insentif dan faktor yang mendorng permintaan disebalik coin yang dikeluarkan. Tokenomi menentukan potensi staking rewards, hasil yang diperolehi, mekanisma token-burning, bekalan terhad vs bekalan tidak terhad dan jadual pengagihan. Pemboleh ubah tersebut akan menentukan permintaan token. Ini kerana setiap pemboleh ubah akan memacu nilai langsung (direct) dan tidak langsung (indirect) di sebalik setiap coin kripto.

Setiap pencipta kripto akan menekankan aspek berbeza terhadap kebergunaan (utility) kripto. Ada projek yang menumpukan usaha mereka untuk menyediakan staking rewards yang cukup. Sementara itu, ada juga yang mengutamakan pengagihan jangka panjang atau kaedah penghapusan (burning). Penghasilan coin kripto yang mendapat permintaan tinggi tidak mempunyai rangka tindak (blueprint) yang definitif, disebabkan oleh pelbagai faktor dalaman dan luaran yang terlibat. 

Deflasi dan Inflasi dalam Mata Wang Kripto

Variasi inflasi dan deflasi mata wang kripto penting dalam tokenomi. Subjenis ini menentukan bagaimana token kripto diagihkan ke pasaran dan sama ada token tersebut menawarkan bekalan coin yang semakin meningkat atau sebaliknya. Kedua-dua cara masing-masing mempunyai merit dan perlu dipertimbangkan sama rata apabila menghasilkan projek kripto yang baru. Namun, pertama sekali mari kita ketahui perbezaan antara dua terma ekonomi ini.

Beza Antara Inflasi dan Deflasi dalam Ekonomi Tradisional

Secara amnya, inflasi merujuk kepada peningkatan belakan wang untuk produk tertentu dalam ekonomi tertutup. Deflasi pula bertentangan degan konsep inflasi. Dalam deflasi, harga barang dan perkhidmatan jatuh disebabkan pelbagai faktor. Sebagai contoh mudah, katakan ada sebuah negara, X, hanya menghasilkan sepuluh kereta setiap tahun. Jumlah keseluruhan penawaran/bekalan duit (money supply) di dalam negara X adalah $ 100,000. 

Jadi, setiap kereta ketika ini berharga $10,000. Jika bekalan wang meningkat kepada $150,000, harga seunit kereta akan meningkat kepada &15,000. Jika sebaliknya berlaku di mana keseluruhan bekalan wang jatuh kepada $50,000, setiap harga kereta hanya akan bernilai $5,000. Senario pertama menerangkan apa itu inflasi sementara senario kedua pula menggambarka deflasi. 

inflation vs. deflation

Keuda-dua inflasi dan deflasi boleh memberi sama ada kebaikan atau keburukan, bergantung kepada keadaan. Namun, kedua-dua pergerakan ekonomi dianggap merbahaya untuk jangka masa panjang. Ini kerana harga pasaran yang adil sentiasa menjadi pilihan terbaik untuk keadaan ekonomi dalaman dan antarabangsa. Inflasi yang deras memberi kesan negatif kerana ia mengurangkan kuasa pembelian dan merencatkan pengembangan ekonomi. Sementara itu, deflasi yang deras membawa ke arah pengangguran, kurang perbelanjaan dan kesan buruk yang lain. Jadi, keadaan terbaik adalah ekonomi yang seimbang. 

Pendekatan Inflasi dalam Kripto 

Prinsip inflasi dalam projek kripto sama seperti konsep klasik inflasi, di mana bekalan token ditambah sedikit demi sedikit. Projek berasaskan inflasi memiliki sama ada bekalan token maksimum yang tetap atau pengagihan token yang tidak terhad. Kedua-dua pendekatan mempunyai merit masing-masing. Namun, bekalan yang tetap diakui lebih mudah dikawal dari segi nilai token. Lagipun, bukan mudah untuk mengekalkan nilai sesuatiu yang tidak terhad. 

how inflationary coins work

Kebanyakan projek berasaskan inflasi menambah jumlah pengagihan secara sistematik untuk token yang dihasilkan. Peningkatan sistematik ini boleh dicapai dengan meningkatkan jumlah bekalan secara langsung atau secara tidak langsung memberi kesan kepada ganjaran mining (lombong) atau staking (pegang). Strategi memberi kesan pada ganjaran ini akan menggalakkan pelombong (miner) dan pengesah (validator) meningkatkan lagi usaha mereka dan seterusnya menghasilkan lebih banyak token. 

Strategi menggunakan konsep inflasi pada dasarkan digunakan untuk projek yang memfokuskan penyediaan pembayaran perangkai padan (peer-to-peer) atau perkhidmatan berkaitan transaksi yang lain. Token mata wang kripto inflasi tidak perlukan caj transaksi yang tinggi. Ini kerana token ini tidak bergantung kepada perkhidmatan pelombong atau pemegang. Jadi, sudah pasti token ini pilihan terbaik untuk penyelesaian pembayaran rutin. 

Kaedah Deflasi dalam Kripto

Sebaliknya, projek mata wang kripto berasaskan deflasi menggunakan pelbagai cara untuk meningkatkan nilai token seiring dengan masa. Terdapat pelbagai cara untuk membuatkan deflasi secara bertahap. Satu contoh terbaik adalah burning procedure atau prosedur penghapusan. Prosedur ini akan mengeluarkan sejumlah coin kripto dari peredaran. Secara praktikalnya, proses penghapusan ini ringkas. Pencipta projek kripto akan mengedarkan sebahagian daripada bekalan keseluruhan ke alamat kripto yang tidak aktif. Alamat ini telah disulitkan (encrypted) buat selama-lamanya kepada semua pihak.

how deflationary strategies boost the prices

Jadi, token yang “dihapuskan” tidak akan wujud lagi dalam peredaran. Pemilik kripto akan menerima sudah pasti akan menerima pampasan yang sesuai akibat penghapusan atau burned coins tersebut.

Satu lagi kaedah yang biasa digunakan adalah halving. Kaedah ini mengandungi pelbagai cara untuk melemahkan motivasi pelombong atau pemegang dari terus menghasilkan token kripto baru. Sebagai contoh, mata wang Bitcoin mempunyai prosedur halving yang dapat mengurangkan secara efektif ganjaran melombong (mining rewards) untuk token Bitcoin bagi setiap empat tahun.

Untuk menggambarkan proses ini, cuba bayangkan ketika ini Bitcoin memberi $100 kepada pelombong kripto bagi setiap blok kripto yang dihasilkan. Prosedur halving untuk setiap empat tahun, akan memotong insentif tersebut daripada $100 kepada $50. Walaupun perubahan ini tidak memberi kesan linear kepada penciptaan Bitcoin, ia masih berkadar tinggi dengan pengurangan bekalan.

Terdapat beberapa cara tambahan untuk memastikan deflasi bertahap pada token kripto. Namun kaedah yang telah disebutkan sebelum merupakan kaedah paling popular di pasaran. Tujuan utama strategi berasaskan deflasi adalah untuk mematikan harga token kripto meningkat secara konsisten dan bolehdipercayai pada masa hadapan. Ini akan memberi motivasi kepada pelabur untuk membeli dan memegang dahulu token untuk jangka masa panjang. 

Pebezaan Ketara Antara Dua Sistem

Selain daripada fakta bahawa mekanisma untuk inflasi dan deflasi adalah bertentangan, terdapat beberapa perbezaan ketara antara kedua-duanya. Perbezaan ini perlu difahami dengan mendalam untuk memahami kesan berterusan kedua-dua strategi tekonomi ini. Mari kita pelajari. 

inflationary vs. deflationary tokenomics

Bekalan Dalam Peredaran

Pertama sekali, perbezaan paling nyata anda kedua-dua kaedah adalah bekalan dalam peredaran. Token inflasi memiliki sama ada bekalan coin yang sangat banyak, atau ia langsung tidak mempunyai had. Projek berasaskan inflasi tidak peduli tentang harga dan penilaian keseluruhan. Ini kerana, sasaran projek ini adalah untuk memudahkan transaksi yang murah dan pantas di seluruh dunia. 

Sebaliknya, konsep projek berasaskan deflasi adalah berkisar tentang nilai coin projek tersebut. Sasaran projek ini adalah untuk membuatkan mata wangnya menjadi berharga bagi mewujudkan permintaan yang lebih banyak. Jika coin inflasi dilihat sebagai objek untuk mencapai sasaran, coin deflasi pula dianggap sebagai aset berharga. Kedua-dua subjenis memberi kesan berbeza kepada peredaran token. Token inflasi mudah dicari dan dilakukan transaksi di pasaran. Sementara itu, coin deflasi pula lebih terhad dan agak sukar untuk diperolehi.  

Kuasa Membeli Dan Nilai

Satu lagi perbezaan penting adalah dari segi kuasa membeli untuk kedua jenis token. Aset kripto berasaskan inflasi direka untuk mengalami penurunan harga secara beransur-ansur Tidak logik untuk memegang token ini untuk mendapatkan manfaat. Ini disebabkan nilai token ini untuk jangka masa panjang akan berkurangan. Jadi, coin inflasi dicipta untuk dibeli dan dijual, bagi memudahkan pembelian barangan dan perkhidmatan di serata dunia. 

Begitu juga dengan token inflasi, tujuan token ini adalah untuk dipegang dan digunakan sebagai komoditi, saham dan aset meningkat nilai yang lain. Token deflasi boleh digunakan untuk membeli pelbagai barangan dan perkhidmatan. Namun, nilai sebenar token ini terletak pada peningkatan nilai token secara bertahap dan telah dikira. Jadi, secara umumnya kuasa membeli untuk token inflasi dan token deflasi akan berkurangan. 

Namun, pasaran kripto telah menyaksikan beberapa penyimpangan yang pelik daripada peraturan yang dinytakan di atas. Ada nilai mata wang inflasi yang mungkin meningkat disebabkan pertambahan permintaan walaupun sifat sedia ada coin ini adalah bertentangan. Dogecoin merupakan contoh terbaik untuk fenomena ini. Sebaliknya, nilai coin deflasi tidak dijamin akan meningkat memandangkan kedua-dua Bitcoin dan Ethereum ialah coin deflasi dan kedua-duanya mengalami penurun harga yang dramatik sejak beberapa tahun ini.

Keupayaan untuk Ditukar

Akhir sekali, keupayaan untuk ditukarkan merupakan faktor yang perlu dipertimbangkan untuk kedua subjenis ini. Coin inflasi boleh ditukarkan ke jenis deflasi dengan mudah. Ini kerana, apa yang diperlukan hanya melakukan proses penghapusan (burning), halving atau proses lain yang sama. Proses-proses ini akaun menyekat bekalan coin secara automatuk dan membuatkan ia menjadi terhad. Hasilnya, nilai per unit coin ini akan meningkat . 

Keadaan tidak sama untuk projek beasaskan deflasi. Memandangkan coin deflasi sudah memiliki had bekalan, pencipta token deflasi perlu mengedarkan coin baru ke pasaran. Secara teknikalnya, perkara ini tidak mustahil. Namun, untuk mengedarkan coin baru dalam pasaran kripto secara rambang adalah tidak logik. Jadi, dapat dikatakan mata wang inflasi lebih memiliki fleksibiliti dalam mengawal nilai coin dan mengelakkan situasi hiperinflasi untuk sementara.

Adakah Pendekatan Deflasi Lebih Bagus? 

Ciri-ciri sedia ada deflasi untuk aset kripto memberi manfaat kepada pelabur dan pemegang token. Mekanisma tokenomi ini memastikan pelabur akan dapat nilai wang untuk jangka masa panjang. Jika faktor lain dianggap sama, pendekatan deflasi seharusnya dapat berfungsi dengan baik. Harga token akan meningkat disebabkan nilai terhad yang menaik. Namun, tidak semua perkara adalah sama, memandangkan landskap kripto sangat tidak stabil (volatile) dan harga berubah dengan pantas. 

Walaupun tokenomi deflasi bergunsi dengan berkesan, terdapat beberapa faktor lain yang boleh menurunkan bilai keseluruhan coin. Contoh paling ketara adalah Bitcoin. Coin ini dianggap sebagai coin deflasi disebabkan bekalan coin yang terhad dan proses halving yang dilakukan setiap empat tahun. Walaupun bilangan Bitcoin semakin terhad, nilai Bitcoin telah jatuh mendadak dalam masa lima tahun yang lalu, daripada bernilai $70K sehingga menjadi $37K ketika ini. 

BTC price fluctuation despite deflationary tokenomics

Kaedah deflasi tidak seharusnya dianalisis secara berasingan daripada faktor/pemboleh ubah lain seperti ketidakstabilan pasaran, undang-undang, jumlah permintaan awam dan kebergunaan token nyata (tangible) yang boleh mempengaruhi nilai token kripto. Namun, secara amnya deflasi merupakan strategi yang bagus sekiranya sasaran projek kripto tersebut adalah untuk menggalakkan pelaburan dan trend kejatuhan untuk coin itu.

Pendekatan deflasi boleh menjadi sangat berkesan namun hanya berfungsi jika faktor lain menyebelahi sesuatu coin kripto.

Fakta Ringkas

Adakah Anda Perlu Melabur Dalam Token Deflasi?

Seperti yang diterangkan di atas, token deflasi tidak semestinya akan meningkat secara bertahap. Terdapat banyak coin deflasi yang gagal mencapai sasaran sejak beberapa tahun ini. Kebanyakan industri kripto masih terlalu tidak stabil untuk memudahkan tokenomi deflasi berfungsi dengan baik. Walaupun secara praktikalnya mekanisma ini berfungsi, terdapat perlbagai faktor ekonomi, politik dan kawal selia yang boleh memberi kesan kepda metrik yang digunakan. 

Jadi, sesebuah token deflasi boleh turun nilainya, bertentangan dengan jangkaan pelabur. Satu lagi faktor penting adalah manipulasi manusia. Seperti diterangkan di atas, kebanyakan coin deflasi direka untuk menjadi peluang pelaburan yang lumayan. Coin tersebut tidak dibina untuk digunakan untuk membeli barangan dan perkhidmatan. Oleh itu, tujuan membeli coin deflasi adalah untuk potensi pulangan untuk jangka masa akan datang. 

Memang benar, motivasi pedagang dan “whale” investors adalah untuk memanipulasi harga supaya ke arah yang mereka inginkan. Ini kerana mereka berpotensi untuk mendapat keuntungan daripada perubahan harga tersebut. Hasilnya, coin deflasi seringkali menjadi mangsa kepada pelbagai skema manipulasi yang memberi kesan kepada permintaan organik dan keseimbangan bekalan pasaran. Walaupun industri kripto yang semakin berkembang dan matang sudah pasti akan mengurangkan risiko ini, situasi semasa masih lagi tidak menentu dan tidak stabil.

Kesimpulan

Tokenomi deflasi sangat berguna untuk pasaran kripto jika digunakan dengan betul. Kaedah ini memastikan harga untuk sesebuah token akan meningkat secara bertahap. Keadaan ini akan membolehkan pelabur memiliki jangkaan yang boleh diharap untuk aset kripto yang mereka rasakan ingin pegang. Namun, faktor-faktor lain yang penting, seperti ketidakstabilan dalam kripto, kemerosotan ekonomi, tindakan undang-undang, dsb boleh mempengaruhi kesan deflasi. Jadi, sekiranya anda ingin melabur dalam kripto, tokonemi deflasi tidak seharusnya menjadi satu-satunya faktor penentu dalam keputusan anda.

Soalan Lazim

Adakah deflasi bagus untuk kripto?

Secara umumnya, deflasi bagus untuk pemegang aset kripto. Ini kerana ia meningkatkan nilai seetiap coin kripto. Namun, deflasi juga boleh memberi kesan negatif pada industri memandangkan ia boleh menyebabkan likuiditi di pasaran berkurangan dan menurunkan jumlah dagangan.

Apakah potensi manfaat yang ditawarkan token deflasi?

Token deflasi akan meningkat secara beransur-ansur seiring dengan peredaran masa. Oleh itu, coin deflasi merupakan pilihan pelaburan terbaik untuk pelabur kripto. Namun, anda juga perlu menganalisis faktor lain dalam tokenomi kripto selain daripada ciri-ciri deflasinya.

Apakah token kripto yang berjenis deflasi?

BTC memiliki ciri kedua-dua ciri inflasi dan deflasi. Namun, had pengagihan sebanyak 21 juta coin dan proses halving yang berlaku setiap empat tahun membuatkan status token BTC lebih kepada deflasi. Contoh yang lain adalah seperti Binance coin, Tamdoge dan XRP.

Artikel terkini

Joining The Highly Anticipated iFX Expo Dubai
14.11.2024
B2BINPAY v21: What's New?
B2BINPAY v21: Integrasi Algorand & Solana, Keselamatan Tahap Seterusnya, dan Sokongan Pelanggan yang Dipertingkatkan
Kemas Kini Produk 26.09.2024
How Wallet-as-a-Service Transforms Digital Asset Management
Bagaimana Wallet-as-a-Service Mengubah Pengurusan Aset Digital untuk Perniagaan
Pendidikan 05.09.2024
B2BinPay at Finance Magnates London Summit 2024
B2BINPAY Gears Up for Finance Magnates London Summit 2024: Join Us at the Premier Event for FinTech Innovation
28.08.2024