Populariti teknologi blockchain hanya bermula sekitar lima belas tahun dahulu. Ia dimulakan dengan pelancaran Bitcoin pada 2009. Walaupun jangka hayatnya boleh dikatakan masih baru, pasaran blockchain telah berkembang pesat dan telah memperkenalkan pelbagai variasi untuk asas dalam kewangan tidak berpusat. Selain itu, rangkaian blockchain berbeza telah menawarkan sistem pembayaran alternatif, algoritma consensus, kelajuan pemprosesan dan pelbagai variasi lain terhadap formula Bitcoin yang klasik.
Keadaan tersebut membuatkan pasaran kripto semasa menampilkan 1000+ platform blockchain yang unik. Setiap platform tersebut memiliki ciri-ciri dan metodologi tersendiri. Hasilnya, kebolehoperasian (interoperability) blockchain telah menjadi masalah utama dalam landskap kripto.
Artikel ini akan membincangkan tentang konsep wrapping coins. Ia merupakan salah satu teknologi praktikal yang dapat menyelesaian isu rantai berbeza (cross-chain) dan membolehkan pengguna menggunakan rangkaian blockchain tanpa batasan.
Isi Penting
- Wrapping kripto merupakan teknologi baru yang membolehkan individu menggunakan coin kripto di platform blockchain yang berbeza.
- Wrapped token dicipta melalui penjaga (custodian), yang akan menghasilkan wrapped coin selepas menerima bayaran.
- Wrapped token dan original token diikat (pegged) secara kekal antara satu sama lain dan direka untuk memiliki nilai yang sama.
- Wrapped coin meningkatkan aktiviti cross-chain, kebebasan dalam memilih dan likuiditi pasaran menjadi lebih baik.
- Kripto wrapping terdedah kepada risiko kerana proses tersebut dilakukan oleh penjaga atau pihak ketiga.
Masalah Kebolehoperasian Blockchain
Sebelum membincangkan sifat wrapped token kripto, penting untuk kita fahami isu kebolehoperasian blockchain. Lapisan atau layer-1 awal rangkaian seperti Bitcoin dan Ethereum berkongsi pendekatan yang sama seperti ketidakberpusatan dan ketanpanamaan (anonymity). Namun kedua-duanya dibangunkan pada sistem, seni bina dan protokol yang berbeza sepenuhnya. Hasilnya, rangkaian ini tidak mempunyai cara yang efektif untuk “berkomunikasi antara satu sama lain” dan bertukar maklumat atau aset.
Jadi layer-1 dan kebanyakan rangkaian layer-2 yang terdapat di pasaran tidak mempunyai penyelesaian sedia ada untuk berkongsi maklumat. Walaupun situasi ini nampak seperti bukan masalah yang besar, namun ia mengakibatkan dana pengguna dan aset lain hanya boleh digunakan pada satu platform sahaja. Ini pastinya mengurangkan kebebasan pengguna dalam membuat pilihan.
Walaupun terdapat cara lain untuk menyelesaikan isu ini, seperti bridge API dan penyelesaian pihak ketiga yang lain. Namun, masing-masing kerap kali mengalami masalah. Dari segi aspek keselamatan siber, digital bridge (penghubung) yang menghubungkan blockchain yang berbeza telah terbukti mempunyai risiko.
Jadi, selama lebih dari sepuluh tahun, pengguna blockchain telah mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Dengan wrapped coin, industri kripto mungkin telah menemui penyelesaian untuk isu tersebut. Mari kita terokai lebih mendalam.
Apakah Tujuan Wrapped pada Token Kripto?
Konsep wrapped token diperkenalkan pada 2019 apabila tiga syarikat, Bitgo, Ren dan Kyber Network, semuanya mempunyai idea yang sama. Idea tersebut adalah untuk menghasilkan kefungsian protokol lain seperti ERC-20 dan TRC-20, sama dengan dengan kefungsian yang dimiliki oleh Bitcoin. Keadaan ini membolehkan pengguna menggunakan dana BTC pada platform blockchain yang lain.
Semua proses tersebut boleh dilakukan hasil daripada kefungsian smart contract yang membolehkan pembangun menjalankan proses wrapping secara automatik. Akhirnya, pada 2019. Bitcoin versi wrapped telah dihasilkan dan dikenali sebagai WBTC.
Kefungsian smart contract juga memastikan WBTC akan sentiasa sama nilai dengan satu BTC. Keadaan ini menghapuskan sebarang risiko arbitraj atau kerugian kepada pengguna.
Kesemua manfaat di atas, berfungsi secara bersama untuk menghasilkan token yang boleh digunakan pada rantai berbeza tanpa komplikasi besar atau isu keselamatan. Walaupun proses menghasilkan (dikenali sebagai minting) wrapped coin tidak sepenuhnya bebas daripada masalah, ia merupakan cara terbaik untuk memasuki rantai baru tanpa perlu membeli token natif.
Panduan Ringkas Pengendalian Wrapped Token Bitcoin
Proses wrapping BTC dan token lain, bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak platform di mana pengguna boleh memulakan proses wrapping dan menerima wrapped aset kripto of wrapping BTC dengan nilai yang sama. Setakat ini, Bitcoin merupakan pilihan popular yang terdapat di pasaran. Jadi, kita akan membincangkan proses minting dan wrapping untuk token WBTC. Secara praktikalnya, teknik wrapping untuk token lain adalah sama dengan WBTC, dengan hanya sedikit perbezaan.
Bagaimana Cara Wrap BTC Coin
Proses wrapping untuk token BTC melibatkan kemasukan dalam pertukaran tidak berpusat atau menggunakan pendekatan penjagaan (custodian) tidak berpusat. Untuk kedua-dua keadaan, pengguna mesti mengirim dana BTC ke penjaga. Selepas itu, penjaga akan mengunci dana yang diterima, dan akan mencipta rizab untuk menghasilkan wrapped coin.
Kemudian, penjaga (custodian) akan memulakan proses minting melalui smart contract. Smart contract telah direka hanya membenarkan proses menghasilkan betul-betul 1:1. Jadi, WBTC yang dihasilkan akan bersamaan dewngan BTC coin yang disimpan dalam peti digital. Protokol sandaran (pegging) automatik akan melindungi rangkaian blockchain dan pengguna daripada arbitraj yang boleh menyebabkan kerugian atau praktis sandwich attack.
Sebaik sahaja WBTC berjaya dihasilkan, pengguna akan menerima amaun yang telah ditentukan sebelumnya, di dompet dan boleh menggunakan WBTC tersebut tanpa sebarang sekatan pada rangkaian ERC-20 danTRC-20.
Bagaimana Cara untuk “Buka Balutan” (Unwrap) WBTC
Walaupun potensi penggunaan WBTC coin lebih meluas, pengguna boleh mendapatkan semula coin asal di kemudian hari. Untuk tujuan tersebut, proses yang telah diterangkan sebelum ini akan diterbalikkan. Pengguna atau pedagang akan meminta penjaga untuk menghapuskan (burn). Selepas itu, penjaga mesti mengeluarkan BTC yang terlibat, dari peredaran dan melepaskan coin yang disimpan dalam peti digital.
Walaupun proses minting dan burning (hapus) adalah proses yang mudah dan jelas, ia bergantung pada kebolehpercayaan penjaga tersebut. Kebanyakan individu selesa dengan konsep ketidakberpusatan dan ketanpanamaan (anonymity) yang dimiliki oleh token kripto dan konsep tersebut telah berkurangan dengan penggunaan wrapping. Untuk mengatasi masalah ini, komuniti blockchain telah mencipta Decentralised Autonomous Organisations (DAO) yang memantau pemilihan penjaga dan pedagang pihak ketiga.
Kewujudan DAO memastikan hanya penjaga yang dipercayai dan disahkan, boleh melindungi aset yang didagangkan dan tidak akan mengubah nilai wrapped token dalam smart contract. Namun, proses ini masih belum bebas sepenuhnya daripada kelemahan. Ini kerana teknik wrapping masih lagi bergantung pada kewaspadaan dan profesionalisme manusia.
Jenis-Jenis Wrapped Token yang Berbeza
Teknologi wrapping masih baru dalam pasaran kripto, jadi pilihan yang ada agak terhad. Namun, kebanyakan rangkaian utama cuba untuk menyokong teknologi wrapping ini. Antara yang popular adalah wrapped Ethereum (wETH), wrapped BNB (WBNB), wrapped DOGE (WDoge) and wrapped TRON (WTRX). Setakat tahun ini, kebanyakan alternatif untuk WBTC ini berkongsi pendekatan yang sama terhadap wrapping dan unwrapping mata wang digital.
Walaupun wrapped coin alternatif semakin popular, WBTC kekal di kedudukan teratas, dengan permodalan pasaran (market cap) bernilai hampir $7 billion dalam. Sebab utama situasi tersebut terjadi adalah persepsi orang awam yang menganggap Bitcoin masih lagi menjadi mata wang paling dipercayai dan stabil dalam keseluruhan landskap kripto.
Prospek dagangan mata wang sebegitu, yang selamat pada rangkaian berbeza, memang menarik. Keadaan tersebut telah membantu WBTC menguasai pasaran, sama seperti versi coin asalnya. Dalam pasaran kripto, tiada coin yang menawarkan kombinasi kestabilan BTC dan manfaat dalam menggunakan rangkaian lain yang lebih canggih dari segi teknikal seperti Ethereum. Dunia kripto pasti menunggu kemunculan wrapped coin lain yang memiliki ciri-ciri kompetitif untuk mencabar dominasi WBTC.
Wrapped Token NFT
Wrapped Token NFT boleh dikatakan sebagai alternatif paling unik untuk WBTC. Ia digunakan untuk tujuan yang berbeza untuk pasaran NFT. NFT telah melalui jalan yang berliku sejak beberapa tahun ini, di mana ia telah kehilangan sebahagian besar permodalan pasaran selepas kripto boom pada 2021. Pada hari ini, NFT telah kembali kepada tujuan asalnya iaitu mendigitalkan karya seni dan membolehkan pencipta menjana keuntungan penuh daripada hasil karya mereka.
Proses wrapping sangat sesuai untuk NFT. Proses tersebut membolehkan pemilik menjual karya mereka di mana-mana rangkaian. Wrapping juga membolehkan pemilik karya menerima royalti dari blockchain berbeza dan meningkatkan lagi keselamatan hak milik dengan menyimpan karya seni di dalam peti digital. Ini membuatkan wrapping menjadi strategi dominan bagi pemilik NFT, dan memberi mereka keupayaan untuk meluaskan audiens sasaran.
Kelebihan Unik Wrapping Coin
Walaupun pada mulanya, proses wrapping nampak seperti tidak begitu penting, teknologi ini meningkatkan lagi skop dan kebebasan dalam dunia kripto. Sebelum ini, pengguna hanya terhad pada satu rangkaian sahaja. Untuk menggunakan rantai lain, pengguna perlu buat tetapan pada akun berbeza, atau menggunakan bridge API yang berisiko. Kaedah wrapping membolehkan pengguna menggunakan rangkaian berbeza dengan lancar dan bermanfaat kepada semua pihak yang terlibat.
Menyelesaikan Masalah Kebolehoperasian
Seperti yang diterangkan di atas, aspek kebolehoperasian kekal berada di tangga teratas untuk isu yang masih belum diselesaikan untuk blockchain. Sebelum ini, agak sukar untuk mempelbagaikan porfolio pedagang tanpa melibatkan perbelanjaan transaksi atau membeli aset kripto yang diingini secara berasingan. Namun, kaedah wrapping membolehkan pengguna menggerakkan dana di rangkaian berbeza tanpa masalah atau kos yang tinggi.
Kini pengguna tidak lagi perlu membuat pilihan untuk token berbeza kerana mereka boleh terus membeli coin tertentu dan gunakan kaedah wrapping untuk menggunakannya di pelbagai rangkaian. Strategi ini sangat berguna untuk BTC. Ini kerana ia boleh ditukar untuk digunakan pada protokol ERC berbeza. Selain itu, keberkesanan wrapping coin kripto dapat memastikan pengguna mengambil peluang yang tersedia dalam masa singkat dalam pasaran kripto.
Akhir sekali, kebolehoperasian akan membolehkan individu melakukan staking pada wrapped coin, sebagai cagaran di rangkaian berbeza. Ini termasuk untuk menerima pinjaman, terlibat dalam proses staking atau menyertai pelbagai komuniti DAO.
Meningkatkan Likuiditi di Seluruh Pasaran
Selain daripada manfaat peribadi kepada pengguna kripto, proses wrapping juga meningkatkan likuiditi global untuk blockchain. Peningkatan mobiliti (aktiviti) pedagang dan perniagaan di rantai berbeza, akan menyebabkan lebih banyak pembeli dan penjual di pasaran. Keadaan ini akan meningkatkan lagi tahap likuiditi di pasaran.
Situasi tersebut memudahkan pembelian atau penjualan token kripto. Selain itu aspek teknikal tidak lagi terbatas dan hasilnya masa penangguhan menjadi minimum dan margin spread yang lebih besar.
Batasan untuk Wrapping Kripto
Kelemahan paling ketara untuk wrapping kripto adalah ia sukar untuk dikawal selia, ketiadaan piawaian universal dan isu keselamatan. Kita masih lagi belum melihat impak undang-undang terhadap proses wrapping ini, memandangkan proses ini masih lagi masih baru dalam industri. Selain itu, tiada pihak yang dapat memberi jawapan pasti jika wrapping kripto akan dikenakan had oleh mana-mana pihak pengawal selia di serata dunia.
Tambahan lagi, proses wrapping berbeza di platform yang berlainan. Situasi ini membuatkan wrapping coin tidak mudah dilakukan di semua platform. Faktor tersebut boleh menjadi kelemahan yang mengatasi semua kelebihan yang telah diterangkan sebelum ini. Selain itu, banyak rangkaian yang masih lagi belum mengadaptasi kaedah ini, jadi token popular dalam versi wrap masih lagi terhad.
Persoalan tentang sama ada kaedah wrapping akan mendominasi pasaran, seterusnya memaksa rangkaian popular untuk menggunakan kaedah ini, masih lagi belum terjawab. Namun, sebelum keadaan tersebut benar-benar terjadi, agak mustahil untuk mengetahui sama ada kaedah wrapping menjadi alternatif utama untuk menggunakan rangkaian berbeza dalam masa serentak.
Akhir sekali, cara wrapped token berfungsi adalah bertentangan dengan konsep ketidakberpusatan pada blockchain. Untuk dapatkan wrapped token, anda perlu terhubung dengan penjaga kripto. Memandangkan dana pengguna perlu melalui pihak ketiga, proses ini melibatkan konsep berpusat. Beberapa syarikat sedang berusaha untuk menghasilkan wrapping kripto dalam versi tidak berpusat, namun buat masa ini pembangunan untuk wrapping token masih lagi tidak dapat menyelesaikan isu tersebut.
Adakah Melabur dalam Wrapped Token, Suatu Idea yang Bagus?
Berdasarkan kelebihan dan kelemahan yang dibincangkan di atas, sama ada kaedah wrapping akan menjadi suatu kejayaan dalam sejarah blockchain, atau sebaliknya, masih belum jelas. Jadi, agak sukar untuk mengetahui jika wrapped coin merupakan pelaburan jangka panjang yang bagus untuk pelabur. Buat masa ini, prestasi WBTC dan WBNB adalah positif dan semakin popular pada setiap bulan.
Namun, adapatasi terhadap kaedah wrapping di pasaran, tidak begitu konsisten. Banyak rangkaian yang memilih untuk tidak menggunakan teknologi ini. Untuk menyelesaikan masalah teras teknikal, wrapped coin mesti memiliki momentum secukupnya. Sekiranya keadaan tersebut berjaya dicapai, pihak-pihak yang terlibat dalam pasaran akan mempunyai motivasi lebih tinggi untuk terlibat dalam alternatif tidak berpusat dan cuba untuk selesaikan isu dalam ketidakberpusatan.
Aspek perundangan untuk wrapped coin masih lagi belum jelas. Namun, teknologi teras wrapped coin sedang menuju ke arah mencapai pematuhan penuh. Ini kerana banyak aspek keselamatan teknologi ini dikendalikan oleh protokol automatik. Untuk jangka masa pendek, penggunaan wrapped coin agak terhad dari segi praktikal. Ini disebabkan hanya sebilangan kecil rangkaian sahaja yang menyokong teknologi tersebut.
Walaupun dengan skop yang terhad, wrapped coin menawarkan pilihan menarik untuk pengguna BTC yang ingin menggunakan smart contract atau ciri-ciri hebat lain yang terdapat pada rangkain blockchain berbeza.
Kesimpulan
Wrapping coin merupakan teknologi baru hebat yang semakin mendapat tempat dalam komuniti kripto. Peminat kripto sentiasa menerima teknologi yang dapat meningkatkan lagi kefungsian, kebebasan memilih dan keberkesanan rangkaian. Kaedah wrapping menawarkan penambahbaikan untuk ketiga-tiga aspek tersebut serta memberi manfaat tambahan dalam peningkatan likuiditi di seluruh pasaran antarabangsa.
Namun, persoalan tentang aspek keselamatan, undang-undang, adaptasi dan sama ada pasakan (pegging) dapat berfungsi dengan baik untuk teknologi wrapping, masih belum terjawab. Kebanyakan isu tersebut boleh diselesaikan dengan memperbaiki teras proses wrapping dan memperkenalkan penambahbaikan. Cuma, buat masa ini masih tidak dapat dipastikan lagi sama ada kaedah wrapping dapat melakukan penambahbaikan tersebut bagi menarik minat pasaran.
Sama ada teknologi wrapping mampu mendapatkan momentum dan menguasai pasaran atau menjadi alternatif yang tidak begitu bernilai, yang gagal mencapai potensi maksimum, menarik untuk disaksikan.
SOALAN LAZIM
Apa itu wrapped coin?
Wrapped coin merupakan versi alternatif untuk blockchain popular. Ia boleh digunakan di rangkaian berbeza yang menggunakan protokol ERC-20 dan TRC-20.
Apakah kelebihan dan kelemahan wrapped coin?
Wrapped coin boleh digunakan di rangkaian yang berbeza. Ia memberi pengguna lebih banyak kebebasan dalam membuat pilihan dan meningkatkan likuiditi pada seluruh pasaran. Namun, teknologi ini masih lagi bergantung pada pihak ketiga dan tidak disokong oleh kebanyakan rangkaian dalam landskap kripto semasa.
Apakah manfaat yang ditawarkan oleh BTC vs BTC
Wrapped BTC boleh digunakan di platform Ethereum. Sebelum ini, platform Ethereum tidak dibuka untuk pengguna BTC. Kini, pengguna boleh mengakses fungsi smart contract Ethereum dan manfaat lain tanpa perlu membeli mata wang ETH.