Ekosistem blockchain telah berkembang dengan pesat sejak diperkenalkan pada lewat 2000-an. Dalam masa 15 tahun, rangkaian blockchain telah memperkenalkan utiliti baru, kefungsian smart contract dan banyak lagi inovasi lain. Hasilnya, platform blockchain kini lebih daripada sekadar kilang untuk menghasilkan mata wang kripto.
Pada hari ini, penyelesaian blockchain custom telah mendominasi landskap digital. Ia menawarkan jawapan untuk isu yang dihadapi perniagaan dalam pelbagai pasaran. Jika anda berhasrat untuk menyertai gelombang startup (pemula) terkini yang memfokuskan terhadap nilai dan menghasilkan sendiri rangkaian dengan menggunakan potensi yang dimiliki oleh ketidakberpusatan, inilah masa yang sesuai! Artikel ini akan membincangkan langkah penting dalam membina blockchain dari awal.
Isi Penting
- Membina sendiri rangkaian blockchain boleh menyelesaikan isu aliran maklumat dan mengurangkan kos pindahan di pelbagai industri.
- Rangkaian blockchain telah terbukti begitu bernilai dalam kesihatan, insuran, kewangan dan pasaran yang lain.
- Sebelum mula membina, penting untuk menggunakan kes yang spesifik untuk platform anda.
- Aspek teknikal melibatkan pemilihan protokol yang sesuai, algoritma konsensus, bahasa pengaturcaraan (programming), sistem operasi, dan banyak lagi butiran lain.
Mengapa Anda Perlu Bina Rangkaian Blockchain Sendiri.
Sebelum menganalisis cara untuk membina blockchain anda sendiri, mari kita lihat manfaat yang berpotensi dan kefungsian (use case). Teknologi teras menawarkan tiga manfaat utama kepada individu dan perniagaan di serata dunia – ketidakberpusatan, ketanpanamaan (anonymity) dan menghapuskan penglibatan pihak ketiga.
Namun, landskap startup kripto moden dipenuhi dengan projek-projek yang mengutamakan nilai dan fokus terhadap masalah, bukan sekadar menawarkan pakej teras blockchain semata-mata.
Meningkatkan Ketelusan dan Mengurangkan Risiko Manipulasi (Tampering)
Rangkaian blockchain boleh digunakan pada pelbagai industri. Ia menghasilkan sebuah ekosistem yang boleh menguruskan dana, menyimpan maklumat berharga, melakukan pindahan dengan lancar dan menghasilkan pelbagai kegunaan lain melalui smart contract.
Semua ciri-ciri yang dinyatakan dalam rangkaian dikendalikan dengan telus. Ini bermakna pihak dalam rangkaian boleh menyemak transaksi dalam rangkaian, pindahan dan operasi lain.
Ketelusan bertahap tinggi ini sangat berfungsi untuk industri tertentu yang melibatkan aliran maklumat secara berterusan, dan beberapa pihak dalam syarikat mesti memiliki akses terhadap data pada sepanjang masa.
Selain itu, rekaan blockchain sangat sesuai untuk mengurangkan risiko penipuan atau aktiviti berniat jahat dari pihak dalaman serta luar. Rangkaian hanya terdedah kepada risiko untuk diubah suai melalui algoritma konsesus. Keadaan tersebut dapat menghalang individu daripada memanipulasi atau mengubah dana, maklumat atau kefungsian smart contract.
Meningkatkan Keberkesanan, Mengurangkan Kos
Kemampuan berfungsi secara optimum, boleh dikatakan sebagai manfaat utama dimiliki oleh blockchain. Pindahan maklumat dan mata wang melalui rangkaian blockchain, masih lagi tidak dapat ditandingi oleh mana-mana penyelesaian digital.
Teknologi blockchain jauh lebih pantas berbanding pindahan secara konvensional atau sistem penyimpanan maklumat pada hari ini. Peningkatan kelajuan tersebut tidak melibatkan sebarang kos tambahan. Sebaliknya, rangkaian blockchain lebih berkesan dari segi kos berbanding bank komersial, pembayaran SWIFT atau alternatif berkaitan fiat yang lain.
Panduan Lengkap Cara Membina Sendiri Blokchain Anda
Seperti diterangkan di atas, terdapat banyak sebab praktikal untuk membangunkan aplikasi blockchain. Walaupun proses pembangunan blockchain lebih mudah difahami sejak kebelakangan tahun ini, ia masih bukan sesuatu yang mudah.
Terdapat banyak aspek yang perlu dipertimbangkan, dan penting untuk memahami perkara asas. Mari kita lihat langkah penting untuk membina rangkaian blockchain anda.
Plihan Kefungsian (Use Case) Teknologi Blockchain
Bahagian pertama dan boleh dikatakan paling penting dalam membina rangkaian baru adalah menentukan utiliti teras dan aplikasinya. Walaupun anda boleh membina rangkaian blockchain tidak memilki tujuan khsus, namun, jika anda memiliki objektif yang jelas serta kefungsian khusus untuk platform, akan lebih berkesan.
Penggunaan penyelesaian blockchain boleh bermanfaat kepada banyak industri berprofil tinggi. Terdapat banyak rangkaian blockchain yang mengutamakan penyelesaian masalah telah muncul dalam sektor seperti kesihatan, hartanah, rantai bekalan, kewangan dan insurans. Rangkaian blockchain memudahkan proses dan meningkatkan keberkesanan operasi.
Rangkain in juga boleh digunakan dalam tugasan rutin peniagaan seperti pembayaran gaji pekerja. Namun, pilihan anda tidak terbatas untuk industri yang telah disebutkan di atas sahaja. Terdapat banyak lagi sektor yang berpotensi untuk mendapatkan manfaat daripada penyelesaian blockchain yang dibina secara custom.
Idea yang paling berjaya untuk perniagaan blockchain semuanya menumpukan pada masalah spesisfik. Sebagai contoh, seperti menyelesaikan aspek keberkesanan dalam operasi logistik digital dan menyelaraskan aliran kerja untuk rantai bekalan.
Pilih Algoritma Konsesus yang Paling Sesuai untuk Anda
Seterusnya, pilih algoritma konsesus yang sesuai untuk rangkaian blockchain anda. Algoritma konsensus merupakan kaedah yang menentukan bagaimana rangkaian blockchain akan mengesahkan dan memproses transaksi.
Ketika ini, algoritma proof-of-work is merupakan standard praktikal dalam industri. Ini disebabkan oleh faktor dominasi Bitcoin. Algoritma PoW dicipta menggunakan blok genesis, iaitu blok pertama dalam rangkaian Bitcoin.
Setiap blok yang ditambah dalam rantai akan menggunakan block hash untuk menghasilkan urutan berkronologi yang tidak boleh dipecahkan. Algoritma PoW ini digunakan untuk menambah blok pada urutan dan simpan transaksi mempool. PoW memerlukan kuasa pengiraan yang besar untuk melombong mata wang kripto dan mengesahkan blok transaksi pada rangkaian.
Pada saat ini, algoritma proof-of-stake (PoS) telah mencabar dominasi PoW. PoS menawarkan lebih banyak penyelesaian boleh diskala (ubah) yang tanpa perlu menyelesaikan persamaan yang kompleks untuk mengesahkan blok.
Algoritma PoS dibina pada mekanisme staking yang membolehkan pengguna, pengesah dan pelombong untuk melakukan stake pada amaun tertentu di pengesahan blok yang spesifik. Ini membolehkan algoritma PoS mengurangkan kos operasi menggunakan rangkaian blockchain dan menyediakan infrastruktur yang lebih boleh diskala.
Algoritma konsesus lain muncul di pasaran, termasuk proof-of-history, delegated proof-of-stake, proof-of-authority dan banyak lagi. Setiap penyelesaian ini menawarkan pendekatan tersediri untuk proses pengesahan. Anda disarankan untuk memahami setiap satu algoritma tersebut sebelum memilih satu algoritma untuk digunakan pada platform anda.
Pilih Protokol yang Sesuai
Sekarang, tiba masanya untuk mulakan proses membina blockchain anda sendiri. Pada peringkat ini, anda memerlukan pembangun blockchain yang berpengalaman untuk membina penyelesaian blockchain secara custom, berdasarkan protokol yang anda telah pilih.
Terdapat beberapa protokol utama yang boleh dipilih, antaranya adalah Ethereum, Hyperledger, Polygon, MultiChain, Quorum dan lain-lain lagi.
Ketika ini, Ethereum menjadi pilihan popular sebagai protokol untuk rangkaian baru. Ia menawarkan pakej komprehensif yang mengandungi pelbagai fungsi, algoritma konsensus PoS, bahasa smart contract sendiri (in-house) Solidity dan keupayaan untuk mengintegrasi rangkaian layer-2.
Protokol tersebut, juga dikenali sebagai enjin blockchain, menggabungkan pelbagai ciri-ciri dan kefungsian untuk berfungsi sebagai tapak asas projek anda. Jadi, penting untuk pertimbangkan objektif perniagaan, algoritma konsesus yang dipilih dan maklumat kritikal lain ketika memilih protokol yang sesuai dengan keperluan anda.
Bahasa Pengaturcaraan dan Konfigurasi Lain
Sebaik sahaja protokol telah dipilih, anda perlu tentukan pemboleh ubah teknikal yang lain untuk rangkaian anda. Pertama, anda perlu pilih sama ada variasi blockchain umum atau persendirian (private). Walaupun versi umum memiliki aspek ketelusan lebih tinggi, blockchain persendirian lebih sesuai untuk menguruskan model perniagaan.
Seterusnya, pilih bahasa pengaturcaraan (programming) yang anda ingin pakai dalam infrastruktur anda. Untuk peringkat ini, penting untuk anda membuat pilihan yang tepat. Ini kerana bahasa pengaturcaraan akan digunakan untuk menghasilkan smart contract dan tugasan lain yang rumit dalam ekosistem anda.
Kemudian, anda perlu pilih sistem operasi yang akan menyokong akses rangkaian anda. Antara pilihan popular di pasaran adalah Windows dan Ubuntu.
Terdapat banyak lagi butiran teknikal lain yang perlu dipertimbangkan. Ini termasuk integrasi dompet kripto, langkah KYC , lapisan pengesahan dan mekanisme penting yang lain.
Aspek paling kritikal adalah melakukan kajian mendalam dan dengar pendapat pasukan pembangun blockchain anda. Tanpa bantuan profesional, agak sukar untuk mengendalikan langkah pertama dalam tetapan teknikal dan mungkin mengelirukan. Jadi, walaupun akan terdapat kos tambahan, penggunaan tenaga pakar dalam jumlah yang agak besar merupakan pilihan yang bijak.
Jangan Lupakan Pengalaman Pengguna (UX)
Selepas membuat konfigurasi pada ciri-ciri dan kefungsian rangkaian anda, seterusnya anda perlu membuat rangkaian anda menarik di mata pengguna. Suatu ketika dahulu, platform blockchain bersifat terlalu teknikal dan hanya dapat difahami oleh individu yang mempunyai kepakaran khusus dalam bidang ini.
Kini, enjin teras blockchain seperti Ethereum membolehkan rangkaian baru menghasilkan antara muka pengguna (UI) yang mudah digunakan dan dapat dipaparkan dengan cepat. Jadi, pengguna biasa dapat menggunakan rangkaian anda tanpa sebarang isu teknikal.
Kesimpulan – Hasilkan Visi Blockchain Anda yang Unik
Walaupun panduan dalam artikel ini menyentuh tentang topik paling penting untuk membina sendiri rangkaian blockchain, masih terdapat banyak lagi perkara yang terlibat dalam proses tersebut. Untuk memahami perkara asas, penggunaan khidmat pembangun berpengalaman, memilih protokol, mengintegrasi fungsi dan menjadikan platform boleh digunakan, semuanya mengambil masa berbulan-bulan. jadi, menghasilkan blockchain sendiri sebenarnya bukanlah sesuatu yang mudah.
Namun, potensi manfaat yang ditawarkan oleh rangkaian blockchain membuatkan usaha yang dicurahkan benar-benar berbaloi. Ini kerana ia berpotensi untuk mengurangkan kos transaksi secara drastik, meningkatkan aliran informasi, meningkatkan keselamatan dan campur tangan daripada pihak ketiga tidak lagi diperlukan.
Sekiranya anda memiliki sumber, tenaga kerja dan isu dalam perniagaan yang berbaloi untuk diselesaikan, anda boleh cipta blockchain anda sendiri; ia semestinya berbaloi untuk jangka masa panjang.