Jika dahulu orang ramai menggunakan wang tunai untuk membayar, kini mereka menggunakan kad plastik atau dompet dalam talian. Selain itu, penggunaan mata wang digital muncul sebagai cara yang telah merevolusikan industri pembayaran.
Sebelum mata wang kripto diperkenalkan, kaedah pembayaran berkisar tentang kawalan berpusat oleh pihak bank dan kerajaan. Namun, mata wang kripto menggunakan gerbang pembayaran berasaskan blockchain. Gerbang pembayaran tersebut tidak tertakluk pada kawalan mana-mana pihak dan menyediakan sistem yang lebih fleksibel dan berkesan dari segi kos.
Pada hari ini, mata wang digital bersaing dengan kad kredit dan bank. Sementara itu, industri pula dilihat semakin menerima pembayaran mata wang kripto. Mari kita bincangkan peranan gerbang pembayaran blockchain dan apakah yang membuatkan ia lebih menarik berbanding sistem pembayaran tradisional.
Isi Penting
- Gerbang pembayaran blockchain memudahkan interaksi antara pelanggan dan penyedia perkhidmatan pembayaran pedagang.
- Transaksi blockchain adalah lebih pantas, lebih selamat dan murah berbanding kaedah pembayaran tradisional.
- Pembayaran kripto membolehkan pihak syarikat mengembangkan lagi perniagaan, menarik lebih ramai pelanggan dan menawarkan pilihan pembayaran yang lebih banyak.
Memahami Pembayaran Blockchain
Pembayaran blockchain merujuk kepada penggunaan sistem tidak berpusat untuk melakukan transaksi kewangan, membangunkan aplikasi dan menyediakan penyelesaian yang menggunakan rangkaian yang dikongsi.
Blockchain memainkan peranan penting dalam ekonomi tidak berpusat kerana ia menghubungkan pembayaran kripto dan ekosistem DeFi secara bersama dan berperanan sebagai tulang belakang untuk transaksi kripto.
Teknologi ini berfungsi sebagai lejar terkongsi, di mana semua pindahan, operasi dan aktiviti tidak berpusat didaftarkan dan dikongsi secara umum. Jadi, sesiapa sahaja boleh menggunakan tracker blockchain untuk mencari dan memahami transaksi dalam ketelusan penuh.
Teknologi blockchain merupakan teras untuk operasi kripto. Ia menggunakan sistem automatik, seperti smart contract. Sistem ini memudahkan pindahan wang digital dan menggunakan algoritma yang mengenal pasti dan mengesahkan kesahan pesanan.
Selain itu, teknologi blockchain merupakan ekosistem pembangunan dApp, DeFi dan projek Web 3.0 serta utiliti berasaskan kripto lain.
Transaksi perangkai padan (peer-to-peer) dan pelaburan kripto menggunakan blockchain untuk memproses pembayaran serta memastikan pihak yang terlibat tidak melanggar peraturan dalam ekonomi tidak berpusat. Situasi ini menggalakkan keselamatan untuk mata wang kripto dan dompet kripto.
Bagaimana Gerbang Pembayaran Mata Wang Kripto Berfungsi?
Gerbang atau gateway merupakan penghubung (bridge) antara dua pihak yang melakukan sesebuah transaksi. Sementara itu, transaksi kripto memerlukan dompet dan hak milik wang digital atau aset digital untuk membolehkan gerbang tersebut memproses transaksi.
Gerbang pembayaran blockchain menawarkan penyelesaian yang lebih fleksibel dan mudah berbanding membayar menggunakan mata wang fiat. Ini kerana gerbang blockchain boleh digunakan di mana sahaja dan lebih mudah dikonfigurasi oleh penyedia dan pengguna.
Apabila seseorang pelanggan membeli produk menggunakan mata wang kripto, gerbang berfungsi sebagai bahagian hadapan (front end) yang berinteraksi dengan pengguna, yang memilih kaedah pembayaran dan memasukkan butiran lain.
Gerbang tersebut akan berkomunikasi dengan dompet, untuk memastikan terdapat dana mencukupi dalam mata wang yang dipilih. Kemudian, dana tersebut akan dihantar ke blockchain untuk disah, didaftar dan dihantar ke pihak yang menerima.
Proses Gerbang Pembayaran Berasaskan Blockchain
Pembayaran kripto berlaku dalam masa hampir segera. Ia menggunakan beberapa prosedur yang digunakan secara automatik, yang menghubungkan perkhidmatan pedagang Bitcoin dengan pelanggan anda. Gerbang tersebut mengandungi antara muka pengguna (UI) yang menunjukkan jumlah yang dibelanjakan dan fi transaksi sistem pembayaran. Sementara itu, di bahagian belakang (back end) gerbang tersebut, proses pembayaran akan dilaksanakan melalui langkah berikut.
- Permintaan pembayaran dijana apabila pembeli membeli barang.
- Maklumat pembayaran, seperti harga, fi, dan kaedah, akan dihantar ke gerbang pembayaran kripto.
- Gerbang berasaskan blockchain akan mengesahkan maklumat pembayaran, seperti dompet pengirim, mata wang kripto yang digunakan dan jumlah.
- Transaksi kripto akan ditambah pada blockchain, dan pelombong/pengesah (validator) akan menerima ganjaran mengikut peraturan blockchain.
- Transaksi yang disahkan tersebut akan dipaparkan pada blockchain yang relevan, iaitu sama ada BTC, ETH, atau rangkaian Polygon.
- Gerbang akan menerima mesej pengesahan dari blockchain dan akan menyampaikan mesej tersebut ke perkhidmatan pembayaran pedagang.
- Pembayaran tersebut akan diperakui oleh pedagang. Kemudian, pedagang akan menghantar perkhidmatan yang ditawarkan atau produk yang dijual.
Perniagaan atau pedagang yang menerima gerbang Bitcoin mungkin menerima bayaran dalam mata wang kripto atau tukar dan simpan dalam bentuk wang fiat.
Manfaat Gerbang Mata Wang Kripto kepada Perniagaan
Perniagaan dalam semua industri semakin menerima mata wang digital, menggunakan gerbang pembayaran kripto terbaik untuk menguruskan dana dan membuat pembayaran dalam cara yang lebih fleksibel dan boleh diubah suai. Pihak syarikat menggunakan gerbang berasaskan blockchain atas sebab berikut.
Kos Dagangan Lebih Rendah
Syarikat yang terlibat dalam dagangan global dan penghantaran barang di serata dunia dapat berjimat wang dalam jumlah yang besar dan mendapatkan fi transaksi lebih rendah yang ditawarkan oleh penyelesaian pembayaran mata wang kripto.
Kaedah pembayaran ini melibatkan lebih sedikit bilangan pertukaran mata wang dan pihak pengantara, seperti bank dan perkhidmatan insurans. Ia menawarkan transaksi yang lebih lancar dan selamat.
Kelajuan Pemprosesan Lebih Pantas
Gerbang blockchain tidak bergantung kepada bank dan agensi berpusat yang beroperasi pada waktu atau hari bekerja serta melibatkan beberapa pemproses pihak ketiga, yang boleh menyebabkan kelewatan pada pembayaran.
Sebaliknya, pembayaran kripto dibayar dalam masa beberapa minit dan boleh dilakukan dan dihantar pada bila-bila masa.
Pembayaran Secara Automatik
Pembayaran melalui kad kredit perlu mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak bank atak institusi penyedia. Sementara itu, gerbang pembayaran kripto memiliki ciri-ciri boleh diubah suai mengikut kesesuaian. Keadaan tersebut memboleh pihak perniagaan menetapkan sendiri fi dikenakan, serta mata wang yang disokong dan juga penyedia pembayaran.
Selain itu, perniagaan juga boleh memilih untuk menukar bayaran yang diterima, dari kripto ke mata wang tradisional atau kekal disimpan dalam mata wang kripto.
Transaksi Rentas Sempadan
Perniagaan dan vendor di serata dunia berdepan dengan cabaran dalam melakukan transaksi antara bank dan institusi kewangan yang berbeza. Pihak yang berbeza-beza ini mengguna pakai undang-undang atau sekatan berlainan terhadap mata wang tertentu.
Jadi, pembayaran blockchain menyediakan cara yang sah untuk mengatasi masalah tersebut dengan menggunakan mata wang kripto dan tukarkan kepada mata wang pilihan anda.
Industri yang Menggunakan Gerbang Pembayaran Berasaskan Blockchain
Walaupun sering kali dikaitkan dengan kewangan tidak berpusat, pembayaran blockchain tidak hanya digunakan secara eksklusif untuk penyedia perkhidmatan kripto. Teknologi inovatif ini telah mendapat tempat dalam pelbagai industri berbeza yang ingin mendapatkan manfaat daripada penyelesaian yang pantas dan boleh dipercayai.
E-dagang
E-dagang merupakan industri yang semakin berkembang, dengan semakin semakin banyak stor dan kedai dalam talian menerima pembayaran barang-barang dan perkhidmatan dalam mata wang kripto. Gerbang blockchain membolehkan perniagaan e-dagang menjana pendapatan lebih cepat dan menguruskan inventori dengan lebih berkesan.
Firma Brokeraj
Penyedia perkhidmatan dagangan dan firma brokeraj menggunakan penyelesaian pembayaran blockchain untuk menarik lebih ramai pelanggan dan meluaskan ketersampaian untuk merangkumi peminat kripto. Selain itu, pedagang juga boleh tambah nilai akaun melalui kaedah pembayaran yang berbeza, iaitu lebih pantas berbanding cara tradisional.
Pertukaran/Bursa Kripto
Pertukaran kripto dan penyedia tukaran on-ramp/off-ramp sangat bergantung pada gerbang berasaskan blockchain. Gerbang ini membolehkan pertukaran memproses dan menguruskan transaksi kripto dengan efisyen dan mudah.
Permainan (Game)
Permainan merupakan salah satu industri yang berkembang dengan pesat. Situasi ini meningkatkan lagi permodalan pasaran industri tersebut dan meluaskan lagi batas sempadan inovasi dan hiburan.
Banyak platform dan pencipta permainan mula menawarkan kaedah pembayaran mata wang transaksi dalam permainan dan pasaran. Tawaran tersebut membolehkan pemain membeli dan menjual item dalam permainan, kulit dan senjata menggunakan coin kripto.
Perjudian
Operator judi dalam talian dan iGaming sememangnya dikenali dengan menggunakan teknologi terkini untuk menambah baik pengalaman pengguna (UX). Ia membolehkan pemain membuat deposit dan mengeluarkan wang menggunakan pembayaran pantas melalui BTC, ETH dan coin digital lain.
Aplikasi Dompet
Penyedia dompet kripto menggunakan gerbang berasaskan blockchain untuk memproses fungsi teras dompet, iaitu untuk mengirim, menerima dan menyimpan mata wang kripto.
Gerbang ini membolehkan dompet berinteraksi dengan pelbagai laman web, pertukaran, platform dagang dan stor dalam talian berbeza yang menerima pembayaran Bitcoin.
Dana Pelaburan
Semakin banyak dana lindung nilai (hedge fund) dan penyedia perkhidmatan pelaburan yang menggunakan beberapa sekuriti berasaskan kripto, seperti dagangan BTC spot ETF, kontrak dagangan masa hadapan ETH dan pelaburan DeFi lain.
Tawaran tersebut hanya boleh ditawarkan menggunakan gerbang pembayaran bereputasi tinggi, yang akan memudahkan pembayaran melalui mata wang kripto.
Cabaran dalam Pilihan Pembayaran Blockchain
Walaupun perniagaan boleh menikmati manfaat besar jika menggunakan gerbang pembayaran kripto yang boleh dipercayai, terdapat beberapa isu yang perlu diberi perhatian. Halangan tersebut mungkin berbeza mengikut kawasan dan jenis perniagaan yang anda lakukan, antaranya seperti berikut.
- Syarat perundangan: Pengawalseliaan terhadap mata wang kripto adalah berbeza antara negara, malah terdapat lokasi tertentu yang mengharamkan urus niaga dan transaksi melalui Bitcoin atau coin lain.
- Teknologi yang terbatas: Negara yang memiliki akses terhadap ATM Bitcoin yang terhad atau pasukan pembangun yang berkelayakan tinggi mungkin memberi kesukaran kepada perniagaan yang ingin mengadaptasi penyelesaian kripto.
- Keselamatan Siber: Blockchain dan transaksi tidak berpusat sentiasa menjadi sasaran scammer dan penggodam. Situasi tersebut menimbulkan kekhuatiran kepada perniagaan dan pengguna.
- Tadbir Urus: Sifat pembayaran kripto yang tidak boleh diubah boleh mendorong pada kehilangan dana atau kurang kawalan terhadap operasi blockchain. Ini bermakna, panduan lengkap diperlukan berkenaan transaksi melalui kaedah pembayaran kripto.
Kesimpulan
Blockchain telah muncul sebagai satu cara yang boleh dipercayai oleh perniagaan untuk mengadaptasi dan melakukan transaksi Bitcoin, Ethereum dan mata wang kripto popular yang lain.
Gerbang berfungsi sebagai titik interaksi antara pelanggan dan laman web perniagaan tersebut. Pada masa yang sama juga, ia memudahkan interaksi antara pengguna dan penyedia perkhidmatan pedagang, dengan memudahkan aliran wang antara kedua-dua pihak.
Gerbang pembayaran berasaskan blockchain memberi fleksibiliti dan kawalan yang lebih besar terhadap pendapatan dan operasi kewangan perniagaan. Ia juga membantu perniagaan meluaskan ketersampaian dan menarik lebih ramai pelanggan, serta lebih banyak cara kepada mereka untuk membuat pembelian.