boosting customer loyalty through crypto rebates and reward programs

Bagaimana Program Ganjaran Kripto Dapat Membina Kesetiaan Komuniti

Reading time

Penggunaan program kesetiaan dan ganjaran berasaskan kripto telah lama menjadi pendekatan konvesional untuk organiasi menggalakkan kesetiaan pengguna. Ia juga digunakan untuk mendorong kitaran perniagaan dalam bidang kripto. Namun, sejak beberapa tahun ini, program tersebut telah melalui perubahan ketara di mana integrasi pembayaran muncul sebagai elemen yang penting.

Dengan memahami dan menggunakan perkembangan tersebut, pihak organisasi mungkin membangunkan kempen kesetiaan yang menarik dan berjaya, yang boleh menambah baik client retention dan penjanaan pendapatan. 

Teknologi lejar teragih membolehkan perniagaan mengubah suai program untuk disesuaikan dengan kemahuan dan cita rasa khusus pelanggan, daripada diskaun mengikut individu sehinggalah kepada token kesetiaan.

Artikel ini akan berkongsi tentang Web3 and program ganjaran kripto Web 3.0 dan tujuannya. Anda juga akan pelajari tentang jenis-jenis program ganjaran kripto dan apakah kelebihan yang dimiliki program tersebut. Di akhir artikel, anda boleh mengetahui perbincangan mengenai prospek masa depan program ganjaran kripto dan hala tuju pembangunan.

Isi Penting

  1. Program ganjaran kripto merupakan satu aktiviti bertujuan untuk memberi ganjaran kepada pengguna yang melakukan perkara tertentu dalam perdagangan kripto.
  2. Program bonus berasaskan kripro tersedia dalam bentuk rebat kripto, pulangan tunai (cashback), staking, airdrop, dan banyak lagi. Ia direka untuk membayar amaun tertentu kepada pengguna.
  3. Program ganjaran kripto anda boleh membiasakan diri dengan mekanisme sistem blockchain, tambah baik interaksi dengan pelanggan, dan meningkatkan reputasi syarikat.

Apa itu Program Ganjaran Kripto, dan Apakah Tujuannya?

Ganjaran kripto diberikan kepada pengguna sebagai insentif untuk turut serta dalam aktiviti berkaitan mata wang kripto. Ganjaran ini mempunyai beberapa objektif, iaitu memberi motivasi terhadap penglibatan pengguna, memperkenalkan platform, dan mendidik orang ramai tentang aset kripto. 

Program ini boleh melibatkan pelbagai sumber seperti pertukaran kripto, program staking, dan platform pendidikan yang menawarkan inisiatif “belajar dan dapat” untuk mendidik individu tentang mata wang kripto.

Dalam program kesetiaan, pengguna akan menerima ganjaran dalam bentuk kripto. Ini boleh dianggap seperti pulangan tunai kripto. Cuma, dalam program ini ganjaran diberi dalam bentuk kripto berbanding mata wang tunai. 

Ganjaran ini adalah sebahagian daripada program kesetiaan. Jadi, pada masa yang sama pelanggan boleh menikmati manfaat dari segi barangan dan perkhidmatan. Ganjaran kesetiaan kripto ini adalah berdasarkan idea ketidakberpusatan, selari dengan sifat coin digital. 

Penggunaan smart contract pada rangkaian ganjaran blockchain membolehkan jenama, penjual, pengurus, dan pentadbir sistem bekerjasama dan turut serta dengan mudah dalam program ini. Keadaan ini tidak hanya menjimatkan kos jenama tersebut, malah membolehkan jenama tersebut menawarkan pulangan tunai kripto yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

architecture of blockchain-based customer loyal program

Integrasi teknologi kripto dan bonus kesetiaan telah mendorong kepada sistem, program dan projek kesetiaan blockchain. Situasi ini mengubah sepenuhnya sistem penghargaan dan bonus untuk semua jenis pedagang dan pelabur yang terlibat dalam instrumen dagangan kripto

Tidak seperti program kesetiaan tradisional yang mengehadkan pengguna pada sesuatu jenama tertentu, program ini menggunakan kelebihan teknologi lejar umum yang telus untuk menawarkan token mata wang kripto sebagai ganjaran. Token ini mempunyai nilai dan boleh digunakan dalam pelbagai industri dan aplikasi, tidak kira jenis, asal, dan tujuan penggunaan industri dan aplikasi tersebut.

Program bonus kripto adalah berasaskan kaedah dan teknik klasik yang memberi ganjaran kepada pengguna, cuma melalui cara yang lebih moden untuk mendapatkan wang dalam aktiviti kripto.

Fakta Ringkas

Apakah yang Ditawarkan oleh Program Kesetiaan Kripto kepada Pelanggan?

Pada hari ini, kebanyakan organisasi kripto, termasuk broker dan pertukaran, projek menggunakan produk perisian berasakan teknologi blockchain. Kesemuanya memiliki sistem bonus kripto dan insentif pengguna yang canggih. Sistem dan insentif ini adalah berasaskan pelbagai aktiviti dan juga mengambil kira beberapa butiran penting tentang maklum balas audiens sasaran. Sebagai sebahagian daripada program kesetiaan kripto, antara tawarannya adalah seperti berikut:

Ganjaran DeFi

Ganjaran DeFi merupakan insentif yang boleh diperolehi dengan menggunakan aplikasi tidak berpusat (Dapp) untuk melakukan aktiviti kewangan perangkai padan (P2P). 

Salah satu cara biasa untuk memperolehi ganjaran DeFi adalah melalui pinjaman. Jika anda meminjamkan mata wang kripto kepada peminjam, anda boleh memperolehi faedah ke atas transaksi tersebut. Ia memainkan peranan seperti bank mini, dengan meminjamkan aset kripto dan terima faedah. 

Peluang menjana pendapatan ini berfungsi pada platform pinjaman tidak berpusat. Ia membolehkan seseorang individu, membiayai pinjaman individu lain atau aset dikumpulkan (pool) dengan peminjam lain untuk mengurangkan risiko.

DeFi liquidity mining process

Selain itu, ganjaran DeFi juga boleh ditawarkan dalam bentuk yield farming atau melombong likuiditi. Aktiviti ini menyumbang likuidi kepada pertukaran tidak berpusat (DEX) dan sebagai ganjaran, pengguna akan terima fi atau token tambahan. Yield farming merupakan strategi yang lebih rumit. Dalam strategi ini, kedua-dua pihak perlu diberikan pasangan dagangan (ETH and USDC) ke pool likuiditi. 

Dengan menyertai yield farming, individu boleh mendapatkan pampasan atau menyumbang kepada likuiditi dan keberkesanan ekosistem pertukaran tidak berpusat.

Cashback Kripto (Pulangan Tunai)

Pulangan tunai kripto merupakan program insentif yang memberi kripto dalam jumlah yang kecil pengguna Crypto sebagai manfaat tambahan ketika membuat pembelian. Ia beroperasi sama seperti pulangan tunai kad kredit konvensional, dengan menggunakan kad kredit atau platform pembayaran paling dipercayai untuk membayar produk atau perkhidmatan. 

Individu akan menerima ganjaran dalam bentuk peratusan dalam pembelian coin kripto seperti Bitcoin, Ethereum, atau altcoin lain, berbanding menerima mata atau wang tunai.

Ganjaran mata wang kripto ini biasanya akan dimasukkan dompet digital. Melalui cara ini, anda boleh kumpulkan lebih banyak mata wang kripto secara sedikit demi sedikit tanpa perlu membelinya. 

Kadar pulangan tunai berbeza bergantung pada platform. Kadang-kala, ia juga bergantung pada jenis pembelian, seperti barang runcit, minyak kereta, atau makan di restoran. Dengan menyertai program pulangan tunai kripto, pengguna boleh menikmati manfaat perolehi kripto sambil berbelanja secara biasa.

Airdrop Kripto

Airdrop kripto merupakan strategi promosi yang digunakan pembangun untuk mengagihkan token atau coin untuk sesuatu mata wang kripto secara percuma dalam jumlah tertentu. 

Objektif utama dalam airdrop adalah untuk berinteraksi bersama pengguna dalam ekosistem. Cara ini dapat meningkatkan kesedaran dan menggalakkan aktiviti dagangan untuk mata wang kripto yang baru dilancarkan.

Procedure of Data Collection and Dataset Generation for Airdrop Initialization

Penyertaan dalam acara airdrop kripto biasanya memerlukan pengguna memiliki kuantiti minimum mata wang tersebut dalam dompet digital. Selain itu, bergantung pada syarat airdrop tersebut, individu mungkin diminta untuk melengkapkan tugasan tertentu, seperti cipta akaun pada platform projek tersebut. 

Peserta perlu mengikuti akaun media sosial rasmi projek tersebut atau berkongsi kandungan pemasara. Sebaik sahaja airdrop kripto percuma dilancarkan, token akan diagihkan secara automatik dan akan muncul di dompet peserta, dengan syarat mereka telah memenuhi kriteria ditetapkan.

The Process of Formatting Transaction Flow During Airdrop

Harus diingat bahawa walaupun airdrop boleh menjadi cara menarik untuk mengumpul aset kripto tambahan, ia memiliki risiko tertentu. Tidak semua airdrop adalah sah, dan terdapat beberapa penipuan yang tujuannya untuk mendapatkan maklumat peribadi. 

Selain itu, walaupun token berjaya diberikan secara airdrop, nilai jangka panjang token tersebut tidak terjamin. Oleh itu, individu perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan buat banyak kajian sebelum turut serta dalam mana-mana kempen airdrop.

Faucet Kripto

Faucet kripto merupakan platform atau aplikasi yang menawarkan mata wang kripto dalam kuantiti kecil, secara percuma. Individu akan diberikan aset digital sebagai ganjaran untuk melengkapkan tugasan mudah seperti ujian captcha. Tujuan utama faucet ini adalah untuk menggalakkan penyertaan pengguna dan membuatkan pengguna lebih faham lagi tentang mata wang kripto tertentu.

Kebiasaannya, faucet kripto mendapat dana melalui iklan dan tajaan. Selain daripada dua cara itu, ia juga mungkin mempunyai gabungan (affiliation) dengan pertukaran kripto atau platform lebih besar. Platform atau pertukaran tersebut menggunakan faucet untuk tujuan pemasaran. Walaupun ganjaran yang diperolehi daripada satu faucet mungkin terlalu kecil, ada pengguna yang mengambil peluang terhadap beberapa faucet untuk mengumpul mata wang kripto.

Staking

Staking merupakan cara untuk mendapatkan kripto dengan memegang coin digital tertentu dalam dompet. Dalam staking, coin akan dikunci buat sementara waktu untuk digunakan bagi membantu operasi rangkaian dan mengesahkan transaksi. Hasilnya, pengguna akan menerima token tambahan sebagai ganjaran dalam tempoh tertentu.

staking rewards distribution scheme

Praktis ini banyak digunakan terutamanya dalam sistem yang menggunakan protokol proof-of-stake (PoS). Dalam kaedah ini, lebih banyak coin yang dimiliki oleh individu, lebih tinggi kebarangkalian individu tersebut dipilih untuk mengesahkan transaksi. Situasi ini menjadi pendorong kepada individu untuk melakukan lebih banyak staking, seterusnya menyokong rangkaian dan meningkatkan lagi potensi pendapatan.

Rebat Kripto

Beberapa platform atau pertukaran kripto tertentu menawarkan rebat kripto sebagai program cashback atau program ganjaran. Rebat ini membolehkan pengguna menerima peratusan fi transaksi atau fi dagangan dalam bentuk kripto. Individu boleh menjana pendapatan pasif atau kurangkan keseluruhan kos dagangan dengan menyertai program ini.

Kelebihan Program Ganjaran Kripto

Aset kripto telah mengubah sepenuhnya cara pembayaran digital berfungsi. Ia juga telah mengubah pemahaman dan interaksi terhadap dunia kripto. Coin kripto telah membolehkan program kesetiaan dan ganjaran baru diperkenalkan, selain daripada cara alternatif untuk membuat bayaran. 

Tidak seperti program kesetiaan klasik, program kesetiaan berasaskan kripto menawarkan pelbagai kelebihan, terutamanya dengan harga mata wang digital yang terus meningkat.

The Selling Points of Crypto Rewards Programs

1. Adaptasi Teknologi Blockchain

Program kesetiaan dan ganjaran dalam industri kripto menggunakan teknologi lejar teragih untuk menjamin ketelusan, keselamatan dan ketetapan (immutability). Penggunaan blockchain membolehkan program-program ini menawarkan log ganjaran yang boleh disemak. Ini dapat memastikan ganjaran tersebut adalah tulen, boleh dikesan dan tidak boleh diubah.

Selain itu, teknologi blokchain juga membolehkan penyedia program kesetiaan keupayaan untuk menggunakan smart contract, di mana pengagihan ganjaran akan diberikan secara automatik berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan. 

Fungsi automasi tersebut memudahkan proses ganjaran, meminimumkan beban pentadbiran dan membolehkan pelanggan mengakses segera ganjaran yang diperolehi.

2. Peningkatan Harga untuk Jangka Masa Panjang

Program kesetiaan dan ganjaran berasaskan kripto menawarka kelebihan unik dari segi peningkatan harga untuk jangka masa panjang. Tidak seperti program pulangan tunai tradisional, di mana pelanggan akan menerima pulangan tunai pembelian dalam bentuk peratusan yang tetap, ganjaran kripto diberikan dalam bentuk aset digital. 

Aset digital ini berpotensi untuk meningkat pada masa akan datang. Pelanggan boleh menyertai secara aktif dalam pertumbuhan pasaran mata wang kripto.

Dengan penerimaan dan harga instrumen kripto yang semakin meningkat, pelanggan boleh mengambil peluang terhadap pemilikan dan mengumpul ganjaran kripto. Aspek unik ini membuatkan kemepen kesetiaan lebih menarik, di mana pelanggan boleh menyaksikan nilai ganjaran yang diperolehi semakin bertambah. 

Situasi ini menjadi insentif tambahan kepada pengguna untuk turut serta secara aktif dalam program. Selain itu ia mewujudkan hubungan benefisial antara program dan peserta program tersebut.

3. Pilihan dan Fleksibiliti yang Semakin Bertambah

Program kesetiaan berasaskan mata wang kripto memberi lebih pilihan dan fleksibiliti kepada pelanggan, berbanding program pulangan tunai konvensional. Pelanggan tidak hanya terhad untuk menerima ganjaran tunai, sebaliknya boleh menerima ganjaran daripada kripto yang lain. 

Cara ini membuka jalan kepada individu untuk mempelbagaikan aset digital mereka, terlibat secara aktif dalam pelbagai ekosistem blockchain dan terokai potensi kripto baru.

Dengan memberi pilihan mata wang kripto kepada pelanggan, mereka boleh pastikan ganjaran tersebut sesuai dengan strategi pelaburan atau keinginan peribadi. Pertambahan fleksibiliti ini meningkatkan lagi tahap penglibatan dan kesetiaan. Ini kerana pelanggan boleh sesuaikan ganjaran berdasarkan sasaran atau kegemaran unik mereka. 

Pendekatan inovatif ini akan menambah keseluruhan pengalaman pelanggan dan akan menggalakkan individu untuk meneroka secara aktif dan mengambil peluang dalam dunia mata wang kripto.

4. Penyertaan dan Interaksi Pelanggan

Program kesetiaan mata wang kripto boleh menyemai komuniti yang kukuh dan menggalakkan pengguna untuk terlibat secara aktif. Mereka yang begitu berminat tentang mata wang kripto akan tertarik dengan program kesetiaan yang berkaitan dengan pembayaran, kerana ia selari dengan minat mereka dalam ekosistem kripto. 

Program ini menyediakan pelanggan pelbagai peluang untuk turut serta dalam perbincangan, dapatkan ganjaran ekstra melalui referral atau interaksi media sosial, dan menyumbang kepada keseluruhan pertumbuhan dan perkembangan program tersebut.

 5. Penebusan Tanpa Sempadan

Ciri-ciri penebusan tidak mengira kawasan dan mudah merupakan satu lagi kelebihan dalam program ganjaran ini. Tidak seperti program pulangan tunai tradisional yang mempunyai proses penebusan yang rumit, seperti threshold minimum, had penggunaan, dan tarikh tamat tempoh, penebusan ganjaran kripto mudah dan boleh dilakukan di serata dunia. Ini bermakna pelanggan boleh menikmati pengalaman yang lancar tidak kira di mana mereka berada.

Aset digital boleh dipindahkan merentasi sempadan negara dan boleh digunakan sebagai medium pertukaran universal. Pelanggan boleh menebus ganjaran untuk pelbagai barangan dan perkhidmatan atau tukarkannya kepada coin kripto yang lain. 

Ciri-ciri penebusan tanpa sempadan ini menambah keselesaan dan kegunaan program kesetiaan dan menyumbang kepada kepuasan dan kesetiaan pelanggan.

Prospek Masa Hadapan Program Ganjaran Kripto

Program berasaskan blockchain menjadi alat yang berpengaruh untuk perkembangan perniagaan. Ia dapat meningkatkan pengkalan pelanggan dan menambah baik kempen pemasaran untuk mempromosi produk dan perkhidmatan syarikat. 

Pada masa yang sama juga, program tersebut berpotensi besar untuk digunakan secara praktikal, yang boleh dipakai untuk mencapai hasil pada masa hadapan seperti:

Development Trends and Future Prospects of Crypto Rewards Programs

Ubah suai dan Promosi Bersasar

Penggunaan pemperibadian dalam program kesetiaan merupakan satu langkah besar. Pihak syarikat boleh menawarkan promosi mengikut kemahuan khusus dan corak pembelian khusus individu, dengan menggunakan pandangan pengguna dan analitik data. 

Situasi ini membolehkan pihak syarikat memahami cara pembelian pelanggan dan juga mengubah suai ganjaran dengan menggunakan data pembayaran dalam program kesetiaan.

Sebagai contoh, tawaran yang disesuaikan mengikut kemahuan individu boleh direka berdasarkan transaksi terdahulu, seperti insentif kepada pengguna setia atau menarik minat mereka untuk menerokai produk atau perkhidmatan baru. Selain itu, perniagaan juga boleh menawarkan ganjaran yang dipautkan khusus untuk cara pembayaran yang digemari. Melalui cara ini, ia dapat menggalakkan pelanggan menggunakan pilihan pembayaran yang digemari. 

Ia boleh dilakukan dengan menggunakan data pembayaran untuk mengenal pasti cara pembayaran yang digemari pengguna. Perniagaan boleh meningkatkan kepuasan pengguna dan menguatkan lagi kempen kesetiaan melalui pendekatan secara peribadi ini.

Token Blockchain dan Kesetiaan

Dengan menggunakan kelebihan sifat blockchain yang tidak berpusat dan kekal (immutable), perniagaan boleh mewujudkan token kesetiaan atau aset digital dalam ekosistem. Token ini boleh ditukar atau ditebus dengan mudah. Hasilnya, pelanggan boleh menikmati sistem ganjaran yang boleh diadaptasi dan fleksibel.

Token kesetiaan menawarkan pelbagai kelebihan kepada pelanggan. Ini membuatkan program ganjaran kripto lebih menarik dan mesra pengguna. Melalui pelbagai proses pembayaran, pelanggan boleh memperolehi token ini dan gunakan untuk dapatkan diskaun, barang niaga eksklusif, atau akses untuk acara khas tertentu.

Penggunaan blockchain dapat memastikan keselamatan transaksi token dan boleh menghalang aktiviti penipuan atau pengubahan tanpa kebenaran.

Komponen dan Gamifikasi Interaktif

Gamifikasi menjadi semakin popular sebagai cara untuk menyuntik elemen keseronokan dan interaksi dalam program kesetiaan. Penggunaan elemen permainan seperti pengumpulan mata, cabaran dan pendahulu carta, perniagaan boleh meningkatkan keseronokan dan persaingan secara mesra antara pelanggan Situasi ini menambah keseronokan pada program dan menggalakkan pelanggan turut serta dengan lebih kerap.

Dalam pembayaran yang diintegrasi dalam program kesetiaan yang mengandungi elemen permainan, pengguna boleh mendapatkan mata atau mengakses insentif berdasarkan cara mereka buat pembayaran. Sebagai contoh, pelanggan boleh terima lebih banyak mata jika mereka belanja dalam amaun tertentu atau membeli dalam tempoh tertentu. 

Insentif ini tidak hanya menggalakkan konsep eksklusif dan mencapai pencapaian tertentu, malah ia juga memberi insentif pada pengguna untuk berinteraksi bersama program dengan lebih kerap.

Selain itu, teknologi realiti maya dan realiti terimbuh (augmented) yang semakin berkembang, telah membuatkan interaksi ganjaran kesetiaan lebih menarik. Peniagaan boleh menggunakan teknologi ini untuk menghasilkan dunia maya yang interaktif di mana pengguna boleh menerokai dan berinteraksi dengan kandungan berjenama.

Perniagaan boleh menjadikan pengalaman pengguna lebih baik dan menambah interaksi pelanggan dengan memberi ganjaran kepada pengguna untuk lakukan perkara berkaitan bayaran dalam persekitaran digital.

Saling Hubungan dengan Dompet Mudah Alih dan Aplikasi Bayaran

Kini, dompet mudah alih dan aplikasi bayaran menggunakan program kesetiaan untuk meningkatkan pengalaman pelanggan. Melalui integrasi program kesetiaan bersama cara pembayaran yang digemari pelanggan, pihak perniagan tidak lagi perlu menggunakan kad kesetiaan dan kupon fizikal. 

Integrasi ini membolehkan pengguna dapat memperolehi dan menebus mata ketika checkout dengan mudah. Sudah pasti ia membuatkan mereka lebih selesa. Sebagai contoh, mata kesetiaan boleh digunakan secara automatik sebagai diskaun atau untuk dapatkan tawaran eksklusif apabila membayar melalui dompet mudah alih. 

Integrasi program kesetiaan dan insentif bersama dompet mudah alih dan aplikasi bayaran merupakan transformasi besar terhadap cara perniagaan berinteraksi dengan pelanggan. 

Pelanggan tidak lagi perlu membawa kad fizikal atau sentiasa membawa kupon. Kini, integrasi ini membolehkan pelanggan mengumpul dan menebus mata ketika checkout dengan segera. Semuanya hasil daripada interaksi yang lancar antara cara pembayaran yang dipilih dan program kesetiaan tersebut. 

Situasi ini tidak hanya menambah keselesaan, malah ia juga membuatkan pengalaman pengguna lebih berkesan.

Usaha Sama dan Program untuk Kesetiaan Secara Gabungan

Insentif kesetiaan secara usaha sama dan gabungan popular semakin meningkat kerana syarikat dapat melihat kelebihan bekerjasama dengan jenama lain untuk menghasilkan program kesetiaan yang lebih komprehensif dan menarik. Melalui usaha sama dengan perniagaan lain yang terlibat dalam bidang yang sama, pihak syarikat boleh menawarkan pilihan manfaat dan ganjaran yang lebih meluas.

Penting untuk program kesetiaan secara gabungan memiliki integrasi pembayaran. Ia membolehkan pengguna mendapatkan bonus dan menggunakannya di pelbagai perniagaan yang turut serta. Sebagai contoh, seseorang pelanggan yang kerap berbelanja di pasaraya tertentu boleh mengumpul mata kesetiaan yang boleh ditebus untuk diskaun di restoran, hotel dan pusat hiburan yang merupakan sebahagian daripada program tersebut

Pengguna boleh menerima tawaran yang lebih bernilai daripada program kesetiaan dalam bentuk usaha sama di mana, audiens lebih meluas boleh dicapai. Perniagaan berpeluang melakukan promosi bersilang (cross-promotional) manakala pelanggan boleh dapatkan ganjaran dengan lebih pantas sekiranya perniagaan bekerjasama dengan pelbagai jenama. Usaha sama antara jenama dan pengguna membuatkan kesetiaan pengguna terhadap jenama tersebut bertambah dan akan secara keseluruhannya menambah baik pengalaman pengguna

Kesimpulan

Selain daripada membuatkan operasi bersama pelanggan baru dan lama lebih berkesan, program ganjaran mata wang kripto juga cara yang terbukti berkesan untuk mempromosi barangan atau perkhidmatan syarikat. Ia dilakukan dengan menggunakan alat dan penyelesaian pemasaran yang terdapat program kesetiaan tradisional. Hasilnya, kesedaran jenama dan keberkesanan operasi perniagaan dapat dipertingkatkan.

SOALAN LAZIM

Apa itu program ganjaran kripto?

Program ganjaran kripto merupakan set akvititi yang dibangunkan secara khusus untuk menyuntuk motivasi bagi menggalakkan pergguna untuk melakukan perkara tertentu untuk dapatkan ganjaran.

Apakah kelebihan yang ditawarkan oleh program bonus kripto kepada perniagaan?

Antara manfaat utama program ganjaran kripto adalah ia boleh meluaskan lagi pangkalan pelanggan, mengekalkan pelanggan sedia ada, serta meningkatkan kesedaran terhadap prinsip teknologi dan sistem kripto.

Apakah objektif program ganjaran kripto?

Tujuan utama sebarang program ganjaran kripto adalah untuk membuatkan pengguna sentiasa berminat untuk gunakan produk atau perkhidmatan syarikat tersebut dengan lebih kerap, dan dalam masa yang sama memperolehi ganjaran kerana melakukan perkara tertentu.

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan program ganjaran kripto terbaik?

Anda boleh semak promosi semasa yang ditawarkan oleh syarikat atau perkhidmatan yang anda gunakan.

Artikel terkini

Joining The Highly Anticipated iFX Expo Dubai
14.11.2024
B2BINPAY v21: What's New?
B2BINPAY v21: Integrasi Algorand & Solana, Keselamatan Tahap Seterusnya, dan Sokongan Pelanggan yang Dipertingkatkan
Kemas Kini Produk 26.09.2024
How Wallet-as-a-Service Transforms Digital Asset Management
Bagaimana Wallet-as-a-Service Mengubah Pengurusan Aset Digital untuk Perniagaan
Pendidikan 05.09.2024
B2BinPay at Finance Magnates London Summit 2024
B2BINPAY Gears Up for Finance Magnates London Summit 2024: Join Us at the Premier Event for FinTech Innovation
28.08.2024