Kami berbesar hati untuk maklumkan kepada anda bahawa B2BinPay syarikat kami akan menjadi salah satu pempamer utama di pameran fintech, kewangan, dan dagangan dalam talian antarabangsa, iFX Expo Mexico 2024.
iFX Expo terkenal kerana menghimpunkan barisan penceramah hebat dalam arena kontemporari fintech, yang akan membincangkan perkembangan terkini serta halangan semasa yang dihadapi oleh sektor ini. Ekspo ini akan berlangsung di Bandaraya Mexico, Mexico, pada 9-11 April, 2024.
Mengenai iFX Expo Mexico
iFX Expo Mexico merupakan acara utama untuk fintech, broker, ahli gabungan dan banyak lagi. iFX Expo ini, yang terbuka untuk 10,000 peserta, menghimpunkan 350 pempamer dan 280 pembentang untuk sama-sama berbincang tentang trend baru yang paling menarik dalam industri dagangan ketika ini.
Terdapat banyak perbincangan panel, seminar, peluang untuk terhubung sepanjang persidangan berlangsung. Ia dirancang sebagai acara yang interaktif. iFX Expo yang akan berlangsung selama tiga hari ini, menawarkan platform ideal untuk berkongsi maklumat berkenaan dunia perdagangan digital.
B2BinPay di iFX Expo Mexico
Pasukan kami teruja menjadi penceramah utama at iFX Expo Mexico. Kami bersedia untuk berkongsi pencapaian terkini kami dan membincangkan cabaran besar yang dihadapi dunia perdagangan dalam talian. Objektif kami adalah untuk berkongsi cara kami yang telah terbukti dan membuatkan dunia fintech yang kompleks menjadi lebih mudah dan boleh difahami oleh semua orang.
Antara delegasi kami yang akan hadir ialah John Murillo, Chief Dealing Officer B2Broker, Pamela Linaldi, Pengurus Perkembangan Perniagaan, dan tiga orang pengurus kanan akaun kami, Yoandris Rodriguez, Reinier Dominguez, dan Hector Saavedra.
COO kami, Eugenia Mykulyak, akan menjadi penceramah utama. Beliau akan melakukan pembentangan terperinci dan berkongsi pemahaman yang ekstensif tentang industri perdagangan dalam talian.
Sertai kami Di iFX Expo Mexico
iFX Expo Mexico merupakan acara terulung untuk semua perkara berkenaan dengan dagangan, brokeraj, ahli gabungan, dan brokeraj digital. Persidangan ini menghimpunkan syarikat, pemilik, pakar dari lebih 300 negara, bersama-sama menggunakan kekuatan dalam kepelbagaian serta peluang berdialog untuk memajukan lagi sektor ini.
iFX Expo Mexico, tanpa sebarang keraguan, merupakan lokasi terbaik untuk berkenalan dengan rakan dalam industri dan mempelajari tentang trend menarik dalam dunia perdagangan yang dinamik.
Jadi, daftar sekarang dan kunjungi booth #39 untuk bertemu dengan pasukan kami!