Sebagai salah satu pihak yang melakukan pembaharuan dalam bidang pemprosesan pembayaran, B2BinPay, bersama-sama Eqwire, telah menerima jemputan ke Seamless Europe Germany 2024, salah satu ekspo fintech terbesar di Eropah. Ekspo Seamless Europe, yang akan berlangsung dari 10 September hingga 11 September, akan diadakan di Munich, Jerman. Ekspo ini terbuka kepada pengunjung di seluruh dunia yang ingin membina hubungan dan belajar dari pakar terbaik dalam fintech.
Apakah yang Membuatkan Ekspo Seamless Europe Sebagai Acara Utama?
Pameran Seamless Europe exhibition, yang berlangsung di negara berbeza setiap tahun, merupakan acara penting dalam pasaran fintech Eropah. Persidangan ini akan membincangkan beberapa topik paling menarik dalam fintech, temasuk insurtech, pemprosesan pembayaran, perbankan, eDagang, dan banyak lagi.
Namun, fokus utama ekspo ini adalah analisis mendalam terhadap trend dan perubahan momentum yang berlaku dalam bidang fintech. Analisis tersebut akan membolehkan pengunjung memahami prospek masa hadapan dan juga cabaran yang mungkin dihadapi.
Ekspo Seamless Europe ini akan berlangsung selama dua hari dan disertai lebih daripada 400 pembentang dan 200 pempamer. Ekspo ini dirancang untuk membincang dan memaparkan kemajuan yang relevan dalam industri fintech. Semasa acara ini berlangsung, pengunjung berpeluang untuk bertemu dengan prospek rakan kongsi untuk perniagaan atau projek mereka, menyertai perbincangan bermakna, dan bertukar pendapat dengan pembentang tentang isu-isu utama dalam industri.
Panel B2BinPay
B2BinPay sentiasa berusaha melakukan pembaharuan dalam industri pemprosesan bayaran, melalui penyelesaian pembayaran yang tepat, mampu milik dan efisyen untuk perniagaan di serata dunia. Di Seamless Europe 2024, kami akan membincangkan tentang kemajuan dan pencapaian terkini B2BinPay, termasuk swap kripto yang inovatif, pilihan sokongan blockchain yang lebih meluas, dan algoritma pengagregatan harga yang baru.
Secara umumnya, panel kami akan membentangkan tentang perubahan penting yang berlaku dalam bidang pemprosesan bayaran dan cara penyelesaian yang mungkin boleh digunakan oleh perniagaan untuk menambah pilihan bayaran tanpa kos yang tinggi.
Penyertaan kami selama 2-hari akan dilakukan secara interaktif. Pengunjung berpeluang untuk bertanya soalan yang kompleks dan menerima padangan bersifat praktikal daripada panel profesional B2BinPay.
Sertai Masa Depan Fintech dan Pemprosesan Pembayaran!
Objektif Ekspo Seamless Europe Germany 2024 adalah untuk menghimpunkan pakar, pemimpin industri, dan peminat fintech untuk sama-sama bertukar maklumat dan pengalaman. Namun, ekspo ini lebih daripada sekadar platform pendidikan. Pengunjung berpeluang menambah kenalan dan membina hubungan dengan bertemu dan berinteraksi bersama prospek rakan kongsi.
Tandakan 10-11 September di kalender anda, daftar hari ini!
Kunjungi B2BinPay di booth #A128! Kami tunggu anda di sana.