Ethereum Roadmap and Future Prospects

Pelan Ethereum: Kemaskini Tedahulu dan Prospek Masa Hadapan

Reading time

Tahun hadapan menandakan hampir sedekad sejak Ethereum diperkenalkan. Sejak daripada saat itu, rangkaian ini telah menjadi peneraju dalam teknologi blockhain. Pelbagai aplikasi tidak berpusat boleh berfungsi di Ethereum kerana seni binanya dan Ethereum Virtual Machine. Untuk mengekalkan statusnya, Ethereum menggunakan perancangan dinamik, perancangan dinamik. Pelan ini menjadi panduan untuk penambahbaikan dan kemas kini berterusan.

Salah satu bahagian penting dalam proses ini adalah Ethereum Improvement Proposal (Cadangan Penambahbaikan Ethereum). Dokumen ini meminta sumbangan dari komuniti untuk memperbaiki dan membangnkan rangkaian tersebut. Peringkat utama perancangan Ethereum ini, merangkumi kemaskini rantai beacon, direka untuk meningkatkan keselamatan rangkaian, kebolehskalaan, dan keberkesanan. 

Setiap peningkatan taraf dalam ekosistem Ethereum dirancang dan dilaksanakan dengan teliti; daripada mengurangkan kos simpanan data sehingga menambahbaik fungsi blockchain Ethereum. Kerjasama kukuh antara pembangun Ethereum dan komuniti yang meluas menjamin pelan pembangunan untuk Ethereum mampu memenuhi permintaan penggunaan dan teknologi baru.

Semua maklum balas yang begitu positif terhadap kemas kini Dencun terbaru dan prospek masa hadapan menunjukkan sejauh mana kepentingan rangkaian Ethereum. Teruskan membaca untuk mengetahui kemas kini dan masa depan Ethereum. 

Isi Penting

  1. Sejak diperkenalkan, Ethereum telah menjalani transformasi ketara. Ia mengutamakan aspek kebolehskalaan, keselamatan, dan keberkesanan melalui EIP dan perancangan dinamik.
  2. Perubahan dari Proof of Work ke Proof of Stake merupakan antara penambahbaikan yang telah mengurangkan penggunaan tenaga dan meningkatkan prestasi rangkaian.
  3. Perubahan terkini, seperti Dencun hard fork, dikatakan untuk mengatasi isu berkenaan pengurusan data dan pengalaman pengguna (UX). Dalam masa yang sama juga, ia merupakan usaha untuk meningkatkan kebolehskalaan dan mengurangkan kos transaksi.
  4. Komuniti Ethereum penting untuk perkembangan Ethereum kerana ia membolehkan Ethereum menghasilkan idea baru dan menyesuaikan diri dengan perubahan dalam teknologi blockchain.

Peringkat Permulaan dan Peningkatan Awal

Pada awalnya, objektif utama Ethereum adalah untuk menghasilkan platform aplikasi tidak berpusat. Seni bina yang dikuasakan oleh Ethereum Machine direka untuk membolehkan transaksi fleksibel dan aplikasi tanpa pihak berkuasa berpusat. Pada mulanya, rangkaian Ethereum berdepan dengan isu jumlah tenaga yang digunakan, kos simpanan data dan kebolehskalaan.

Untuk mengatasi isu tersebut, komuniti dan jurutera Ethereum melakukan perubahan besar terhadap mekanisme konsensus rangkaian. Peralihan dari Proof of Work ke Proof of Stake merupakan langkah besar dalam kesinambungan jangka masa panjang Ethereum. Perubahan ini bertujuan untuk mengurangkan penggunaan tenaga pengguna secara drastik.

Perubahan ini lebih mudah dilakukan dengan proses Cadangan Penambahbaikan Ethereum. Ia menyediakan platform kepada peserta dalam ekosistem Ethereum untuk berbincang dan mencadangkan pengubahsuaian. Dalam perubahan ini, pemakaian rantai beacon merupakan peringkat penting kerana ia menyediakan asas untuk proses konsensus yang baru. 

Perubahan ini merupakan salah satu komponen dalam perancangan pembangunan yang lebih besar untuk Ethereum. Objektifnya adalah untuk menambah baik keselamatan dan keberkesanan rangkaian.

Inisiatif ini menunjukkan komitmen Ethereum terhadap pembangunan berterusan, seperti yang dinyatakan dalam pelan naik taraf Ethereum. Menurut jangkaan Ethereum, terdapat banyak lagi naik taraf dan penambahbaikan yang akan dilakukan. Komuniti Ethereum akan terus memacu kemajuan tersebut dan menyumbang terhadap perkembangan berterusan blockchain.

Kronologi Perancangan Ethereum

Mari kita lihat beberapa peringkat dalam perancangan Ethereum. 

The path to Merge

Penggabungan (The Merge)

The Merge merupakan peristiwa besar dalam sejarah Ethereum kerana ia telah mengubah kaedah konsensus daripada Proof of Work ke Proof of Stake. Dua masalah utama yang ingin diatasi oleh perubahan ini adalah untuk menyediakan keselamatan rangkaian yang lebih baik dan kerosakan terhadap alam sekitar yang berpunca daripada oleh PoW. 

Rangkaian Ethereum mengurangkan penggunaan tenaga dengan menggunakan Proof of Stake, dimana penggunaan tenaga berkurangan sehingga 99%. Perubahan tersebut meningkatkan lagi kelestarian Ethereum. Dalam masa yang sama juga, ia meningkatkan lagi keselamatan kerana menyebabkan kos yang lebih tinggi dan menyukarkan penggodam untuk menyerang blockchain.

The Surge

aharan utama salam The Surge adalah untuk menambahbaik kebolehskalaan Ethereum (kapasiti mengendalikan dan melaksanakan lebih banyak transaksi dengan lebih pantas dan berkesan). Dengan mengagihkan operasi pemprosesan data ke beberapa rantai, teknik sharding dapat meningkatkan lagi kapasiti transaksi rangkaian. 

Kadar transaksi dijangka akan meningkat daripada kira-kira 15 TPS, kepada 100,000 TPS. The Surge menjadi langkah penting untuk membuatkan Ethereum platform yang lebih baik untuk dApp berskala besar. Ini dapat dilakukan dengan menjamin keupayaan untuk memenuhi permintaan pengguna yang semakin meningkat dan aplikasi yang semakin rumit.

The Scourge

The Scourge merupakan peringkat ketiga dalam naik taraf tersebut. Tujuannya adalah untuk menyelesaikan masalah berkenaan Maximum Extractable Value (MEV) atau Nilai yang Boleh Diekstrak Maksimum, dan ketidakberpusatan. Proses ini ingin memastikan transaksi dikendalikan dalam cara yang adil dan jelas. 

The Scourge cuba untuk melindungi rangkaian daripada teknik manipulasi. Teknik ini akan mengutamakan transaksi dalam cara yang tidak adil atau mengubah turutan transaksi untuk mendapatkan keuntungan dengan menghentikan MEV. 

Dalam perancangan Ethereum, fokus peringkat ini adalah untuk melindungi idea ketidakberpusatan asas dalam Ethereum. Ini dapat menjamin akses yang adil dalam pemprosesan transaksi untuk semua pengguna di rangkaian.

The Verge

Ethereum the verge and the Purge

Fokus The Verge adalah untuk menambah cara terkini dalam menyimpan data pada rangkaian Ethereum. Pilihan ini adalah untuk membuatkan keberkesanan dan kebolehskalaan rangkaian Ethereum menjadi lebih tinggi. The Verge berusaha untuk menambahbaik cara data disimpan dan mudah diakses di blockchain dengan memperkenalkan teknologi seperti “statless client” dan Verkle Trees. 

Usaha tersebut akan mengurangkan kos untuk menyimpan data dan memudahkan nod untuk menyertai rangkaian tanpa memerlukan perkakas (hardware) yang banyak. Perkembangan Ethereum sangat dibantu oleh kemajuan teknologi ini tanpa perlu mengkompromi aspek keberkesanan dan kelajuan.

The Purge

The Purge merupakan usaha untuk menambahbaik prestasi rangkaian dengan membuang data yang tidak diperlukan. Jumlah data yang direkodkan di blockchain Ethereum akan meningkat seiring dengan perkembangan rangkaian tersebut. Situasi ini menambah lebih banyak tekanan pada sumber rangkaian Ethereum. 

Objektif The Purge adalah untuk mengurangkan beban pada rangkaian dan meningkatkan lagi kelajuan dan respons dengan membuang data yang lapuk. Kemas kini ini akan membolehkan rangkaian Ethereum mempunyai kapasiti yang lebih berkesan dan mengekalkan prestasi terbaik.

The Splurge

Peringkat ini didorong oleh pandangan dan sumbangan daripada komuniti Ethereum, dengan fokus terhadap apa-apa isu yang masih belum diselesaikan. Splurge dikenali dengan kemampuan fleksibiliti dan adaptabiliti terhadap permintaan di rangkaian dan pengguna. 

Peringkat ini mengutamakan komitmen Ethereum terhadap perkembangan berterusan. Ia menjamin rangkaian Ethereum akan terus menjadi fleksibel dan mampu membuat penyesuaian untuk mengambil kesempatan terhadap potensi dan cabaran baru.

Tidak seperti Bitcoin, objektif utama Ethereum adalah memainkan peranan sebagai sebuah platform untuk aplikasi tidak berpusat. Ia mula dilancarkan pada 2013.

Fakta Ringkas

Pencapaian Utama dalam Perkembangan Ethereum

Ethereum's development

Sebelum The Merge berlaku, perkembangan Ethereum di mulakan dengan beberapa perubahan besar. Penambahbaikan ini diperlukan untuk menyelesaikan isu utama dan membuka jalan untuk penambahbaikan pada masa akan datang. Mari kita bincangkan beberapa penambahbaikan tersebut:

  • Byzantium – Sebagai komponen dalam fasa kemas kini Metropolis, Byzantium menambah ciri-ciri baru pada rangkaian Ethereum. Kemas kini Byzantium ini penting untuk set up protokol yang akan membolehkan Ethereum beralih ke mekanisme konsensus PoS.
  • Constantinople – Kemas kini boleh dikatakan meningkatkan lagi prestasi rangkaian Ethereum. Ia memastikan perjalanan ke Ethereum 2.0 yang lebih lancar dengan mengurangkan fi transaksi untuk transaksi tertentu dan dan menangguhkan “diffilcuty bomb” sebagai persediaan untuk beralih dari PoW ke PoS.
  • Berlin – Kemas kini mengutamakan kemas kini terhadap kod Ethereum Virtual Machine dan memaksiumumkan fi gas. Pengubahsuaian ini bertujuan untuk menambahbaik UX dan mengendalikan data dalam jumlah yang besar yang dihasilkan oleh rangkaian.
  • London – EIP-1559, Perubahan besar tentang cara Ethereum mengira kos transaksi, merupakan sebahagian daripada kemas kini ini. Dalam usaha merendahkan kadar inflasi ETH dan membuatkan transaksi lebih mudah diramalkan, kemas kini kini menambah fi dasar per blok yang bersamaan dengan amaun tertentu untuk transaksi.

Usaha ini diikuti dengan The Merge. Peringkat ini menunjukkkan rangkaian Ethereum mampu melakukan lonjakan evolusi serta merupakan langkah besar dalam perancangan untuk menaik taraf Ethereum. Kemas kini membuka jalan untuk penambahbaikan yang seterusnya. Ia juga masih memberi impak terhadap jangkaan Ethereum berkenaan keupayaan rangkaian untuk menerima inovasi baru dan perubahan dalam ekosistem.

Kemas Kini Terkini: Dencun

Dencun update

Pada tahun 2024, Ethereum telah memperkenalkan Dencun. Kemas kini melibatkan pemberubahan besar dalam keupayaan teknikalnya. Ia merupakan bahagian penting dalam pembangunan berterusan Ethereum dan bertujuan untuk menambahbaik keberkesanan dan aspek kebolehskalaan rangkaian Ethereum. Objektif kemas kini Ethereum Dencun adalah untuk menyediakan penyelesaian skala Layer 2. Selain itu penyelesaian tersebut menawarkan simpanan data yang lebih efektif, berpotensi untuk mengurangkan kos operasi, seterusnya merendahkan kos untuk pengguna akhir.

Selepas Duncan, komuniti Ethereum akan membincangkan tentang kemas kini Prague/Electra. Topik utama dalam perbincangan untuk kemas kini yang berpotensi ini adalah sama ada untuk mengeluarkan berberapa ciri-ciri utama secara sekali gus, atau beberapa ciri-ciri dalam jumlah lebih kecil sepanjang 2024. Perbincangan ini menjadi tunjang dalam pelan peracangan Ethereum untuk penambahbaikan berterusan dan adaptasi terhadap perubahan ekosistem digital.

Komponen Penting dalam Kemas Kini Dencun

  • EIP-4844 (Proto-Danksharding) – Sasaran idea ini adalah untuk mengurangkan fi gas pada rangkaian Layer 2 dengan membuatkan data lebih mudah diakses dan mengurangkan kos menyimpan data. Perubahan ini berkemungkinan akan menyebabkan rollup fi gas jatuh dengan ketara, seterusnya pelanggan rangkaian dapat menikmati kos yang rendah.
  • Account Abstraction (ERC-4337, ERC-6900) – Sasaran cadangan ini adalah untuk menjadikan pengurusan akaun lebih selamat dan proses transaksi lebih mudah. Ini akan menambah baik UX. Account abstraction dapat menyediakan antara muka (interface) Ethereum yang mudah digunakan dan akan meluaskan lagi penggunaan rangkaian ini.
  • EIP-1153 (Transient Storage Opcodes) – Kaedah ini mencadangkan cara untuk mengendalikan data sementara ketika smart contract dilaksanakan. Ini akan membolehkan gas digunakan secara optimum dan operasi kontrak menjadi lebih berkesan.
  • EIP-4788 (Beacon Block Root Commits) – Tujuan cadangan ini adalah untuk membuatkan rangkaian berfungsi dengan lebih baik dengan memastikan lebih ramai orang mampu mengakses data konsensus secara terus. Selain itu, ia juga ingin menguatkan hubungan antara Ethereum Virtual Machine dan rantai beacon Ethereum.
  • EIP-5656 (MCOPY Opcode) – Kemas kini ini dijangka dapat menjimatkan kos operasi dan menambah baik prestasi dengan mengoptimumkan memori dalam smart contract.
  • EIP-6780 (Restrict SELFDESTRUCT) – Dengan mengehadkan fungsi SELFDESTRUCT, objektif cadangan ini adalah untuk membuatkan pengurusan data lebih mudah dan rangkaian menjadi lebih stabil. Keadaan ini akan membantu perkembangan jangka panjang Ethereum dan penyelenggaraan.

Peranan Dimainkan oleh Komuniti dalam Kemajuan Ethereum

Ethereum inception

Komuniti memainkan peranan penting dalam perancangan Ethereum. Pihak pembangun, pengguna Ethereum, dan pemegang taruh saling bekerjasama untuk mengusulkan idea dan menambah baik kemas kini.

Cadangan penambahbaikan Ethereum merupakan satu cara untuk berbincang mengenai ciri-ciri baru, melakukan perubahan pada blockchain Ethereum, dan melaksanakan perubahan tersebut. Sekiranya perkara-perkara tersebut dilakukan, Ethereum mampu untuk terus mendahului dalam teknologi blockchain kerana rangkaian tersebut mengambil kira keperluan dan pendapat komunitinya.

Usaha komuniti dalam menguruskan data yang dijana dalam jumlah yang besar, menambahbaik ketersediaan data, dan menyumbang kepada kemas kini menunjukkan kerjasama yang diperlukan untuk membolehkan Ethereum beroperasi dan terus berkembang. Komuniti ini menggunakan EIP untuk menyelesaikan isu dengan akaun yang dimiliki secara luaran, smart contract, dan kebolehskalaan dan keselamatan rangkaian secara umum.

Hala Tuju dan Cabaran pada Masa Hadapan

Selain daripada kemajuan teknologi, fokus perancangan Ethereum pada tahun 2024 dan seterusnya adalah menggunakan kelebihannya, terutamanya dari segi kebolehskalaan dan keselamatan. Pemantauan dan pengurusan terhadap pengagihan staking pada Ethereum dan meningkatkan lagi aspek keselamatan rangkaian ini, begitu penting seiring dengan perkembangannya. Kemajuan teknologi seperti aktiviti restaking mungkin boleh meluaskan lagi aplikasi Ethereum serta menguatkan lagi peranannya sebagai komponen penting dalam ekosistem Blockchain yang lebih besar.

Komitment Ethereum terhadap falsafah rekaan modular telah menunjukkan bagaimana penerimaan rangkaian ini terhadap idea baru, kerjasama, dan persaingan, jika ada persaingan berlaku. Cara pemikiran sebegini membuatkan Ethereum bersedia untuk fasa perkembangan yang baru dominasi dalam industri Smart Contract Platform. Dalam masa yang sama juga, rangkaian ini membangunkan kemampuannya secara berterusan dan kemungkinan Ethereum ETF diperkenalkan.

Kesimpulan

Perkembangan dan perubahan yang dialami oleh Ethereum sejak diperkenalkan hampir sepuluh tahun dahulu menunjukkan kepentingan peranan yang dimainkan dałam teknologi blockchain. Proses EIP dan perancangan Ethereum yang dinamik menggambarkan komitmennya untuk sentiasa mencetuskan idea baru, dan ia didorong oleh sumbangan daripada pelanggan Ethereum. Kerjasama ini membolehkan beberapa perubahan dilakukan, seperti peralihan daripada Proof of Work ke Proof of Stake. Peralihan ini juga membuatkan rangkaian menjadi lebih efisyen dan dapat bertahan dalam jangka masa yang lama.

Kebolehskalaan dan keberkesanan merupakan dua fokus dalam inovasi terkini, seperti Dencun hard fork. Ia bertujuan untuk mengendalikan data yang dijana dalam jumlah besar dan mengurangkan kos transaksi. Penambahbaikan tersebut, seperti account abstraction dan proto-danksharding, telah menunjukkan usaha untuk meningkatkan lagi protokol Ethereum dalam menyediakan UX yang lebih baik dan mendapatkan lebih ramai pengguna.

SOALAN LAZIM

Apakah perancangan untuk Ethereum?

Perancangan (road map) Ethereum merupakan fasa pembangunan dalam sistem Ethereum. Ia mengandungi enam peringkat dan telah diperkenalkan oleh pengasasnya, Vitalik Buterin.

BIlakah kemas kini Dencun dikeluarkan?

Kemas kini Dencun dilancarkan pada Mac 2024.

Bilakah Ethereum 2.0 dilancarkan?

Ethereum 2.0 telah dilancarkan pada 2020.

Apakah harga tertinggi yang pernah dicapai oleh Ethereum?

Harga tertinggi Ethereum adalah $4,721.07.

Artikel terkini

Joining The Highly Anticipated iFX Expo Dubai
14.11.2024
B2BINPAY v21: What's New?
B2BINPAY v21: Integrasi Algorand & Solana, Keselamatan Tahap Seterusnya, dan Sokongan Pelanggan yang Dipertingkatkan
Kemas Kini Produk 26.09.2024
How Wallet-as-a-Service Transforms Digital Asset Management
Bagaimana Wallet-as-a-Service Mengubah Pengurusan Aset Digital untuk Perniagaan
Pendidikan 05.09.2024
B2BinPay at Finance Magnates London Summit 2024
B2BINPAY Gears Up for Finance Magnates London Summit 2024: Join Us at the Premier Event for FinTech Innovation
28.08.2024