Blockchain Wallet Solution

Satu penyelesaian pembayaran yang membolehkan anda Terima, Simpan dan Hantar mata wang digital.

Buka Akaun
https://b2binpay.com/app/uploads/2022/08/Main-screen.svg

Terima

Terima pembayaran dalam Bitcoin, Ethereum, Ripple, Bitcoin Cash, Litecoin, dan lain-lain.

Tukar

Tukar mana-mana baki Bitcoin anda kepada kripto lain bila-bila masa yang diperlukan.

Hantar

Hantar mana-mana kripto ke mana sahaja di serata dunia sebagai satu cara alternatif kepada kiriman wang.

Pegang

Anda boleh simpan Bitcoin dan mata wang kripto yang lain di dalam dompet B2BinPay.

Buat Pembayaran

Anda boleh terima pembayaran dengan pantas dan mudah melalui mata wang digital

Dapat berfungsi dengan

Broker Forex & Kripto

Pasaran

Penyedia Servis

Permainan

Perjudian Terkawal

Konsultasi

E-dagang

Ketik pada gambar untuk zum

Kripto vs. Kad/Fiat

Pembayaran kripto memiliki banyak kelebihan berbanding cara pembayaran tradisional menggunakan Fiat. Lihat fakta di bawah ini!

Ciri-ciri

Major Coin

Stablecoin

Pembayaran Fiat

Tidak Berpusat

Pantas dan Selamat

Tiada ‘Rolling Reserve’

Kos Rendah

Pembukaan Akaun yang Mudah

Telus

Pembayaran Pantas

Tiada Risiko Penipuan Penggunaan Kad

Pembayaran Segera

Tiada Risiko Ketidakstabilan

Dikawal Selia

Had Transaksi

Tiada Had

Tiada Had

Terhad

Dompet Kripto yang Disesuaikan untuk Setiap Jenis Perniagaan

Tetapkan, ubah dan gunakan dompet mata wang kripto untuk perniagaan anda dengan mudah. Dompet mata wang kripto kami mudah untuk diubah suai. Kami menyediakan perkhidmatan untuk pelbagai jenis perniagaan berbeza termasuk broker Forex/Kripto, Tukaran dan pengeluar Token.

https://b2binpay.com/app/uploads/2022/06/Group-48095559-1.svg

Broker Pelbagai Aset

Tambahkan kripto sebagai aset tambahan pada platform anda dan dalam masa sama, sebagai satu cara untuk membolehkan pelanggan anda menggunakan tukaran kripto-fiat untuk membeli sebarang aset yang mereka mahukan!

Broker Kripto

Tawarkan pelanggan anda peluang untuk berdagang dan mendepositkan banyak jenis mata wang yang berbeza.

https://b2binpay.com/app/uploads/2022/06/Features-7.svg

Penukar

Sediakan kemudahan kepada pelanggan anda untuk menukar kripto dan fiat mereka kepada sebarang mata wang yang diterima. Penyelesaian kami menawarkan antara muka yang mesra pengguna dan kadar tukaran yang terbaik dalam industri!

https://b2binpay.com/app/uploads/2022/06/Features-9.svg

Pertukaran Margin

Sediakan kemudahan kepada pelanggan anda untuk membuat pembelian dan jualan spot mata wang kripto menggunakan margin. B2BinPay memiliki semua fungsi yang diperlukan untuk melaksanakannya!

https://b2binpay.com/app/uploads/2022/06/Group-48095482.svg

Pertukaran Kripto (CEX)

Mekanisme teras di sebalik setiap pertukaran. Gerbang kami menyediakan teknologi untuk mengendalikan semua urus niaga kripto anda.

https://b2binpay.com/app/uploads/2022/06/Features-8.svg

Aplikasi Dompet Mudah Alih

B2BinPay mudah diintegrasi dengan mana-mana aplikasi mudah alih. Tawarkan kepada pelanggan anda satu cara untuk simpan mata wang kripto token dan stablecoin dengan selamat.

Ciri-ciri Hebat

Sokongan premium

Pasukan kami ditunjangi tenaga pakar tersedia 24/7 untuk membantu dengan pertanyaan teknikal dan menyediakan bantuan serta panduan praktikal pada bila-bila masa. Anda hanya perlu menghantar tiket dan lihat status secara terus dalam sistem. Anda boleh memilih sama ada untuk lampirkan foto, video dan fail.

Caj transaksi dikawal oleh pelanggan

Kepantasan transaksi boleh dikawal oleh setiap pelanggan. Lebih tinggi caj dikenakan, lebih pantas transaksi dilakukan! Anda juga boleh tetapkan sendiri caj.

Sistem Notifikasi

Pelanggan boleh menerima e-mel notifikasi bagi sebarang pemindahan yang dilakukan dalam sistem dengan memasukkan alamat e-mel dalam ruangan “Alamat notifikasi”.

Pembayaran Fleksibel

Pengeluaran yang fleksibel membolehkan pembayaran dalam mata wang berbeza berbanding mata wang yang digunakan untuk dompet anda.

Penggantian Caj

Sekiranya nilai caj yang dipilih terlalu rendah dan pindahan tersebut tergantung (masih belum disahkan), ia boleh digantikan dengan caj yang lebih tinggi. Butang “Ganti dengan caj” akan terpapar dalam tetapan Pindahan. Caj baharu yang lebih tinggi daripada caj sebelum ini akan dicadangkan di situ.

Instant Swaps

Instant swap of funds when you wish to make payouts in a different currency. Swaps don’t rely on order books, allowing direct and instant trades between cryptocurrencies. B2BinPay makes this using the VWAP (Volume-Weighted Average Price). We gather these rates from leading centralised exchanges and carefully pick the best price from several sources.

Select wallet

Aktifkan sendiri dompet anda

Semua dompet boleh diaktifkan secara terus oleh pelanggan dengan menghantar coin ke dompet.

Global

Hantar, simpan, tukar dan terima pembayaran digital pada bila-bila masa di serata dunia.

Tiada ‘Chargeback’

Perkhidmatan yang telus dan jelas. Transaksi blockchain tidak boleh ditarik balik. Jadi tiada caj untuk ‘chargeback’ atau caj semasa mahupun caj tersembunyi dikenakan.

Tidak bergantung pada pihak lain

Tidak bergantung kepada pihak bank dan kerajaan memandangkan tiada pihak ketiga yang terlibat dalam transaksi.

Selamat

Perlindungan dari serangan DDoS, penyulitan data penuh dan ketelusan blockchain, serta daftar keluar (checkout) yang selamat.

Tiada Had

Sebarang amaun boleh dipindahkan mengikut jumlah yang anda tetapkan. Tiada sekatan untuk jumlah maksimum.

Sangat Pantas

Gunakan transaksi yang lebih pantas dan global berbanding menggunakan pembayaran bank tradisional.

Mudah Diintegrasi

Kami menawarkan integrasi pembayaran kripto yang mudah ke dalam sistem anda melalui API. Tenaga pakar kami akan membantu anda melakukan proses ini.

Tiada ‘Rolling Reserve’

Tanpa ‘rolling reserve’, anda tidak perlu membekukan sebahagian wang anda memandangkan tiada pihak berkuasa berpusat dan chargebacks.

KYT

Integrasi perkhidmatan pematuhan KYT mata wang kripto dapat membantu menghalang pengubahan wang haram dan aktiviti berunsurkan jenayah yang lain.

Laman Pembayaran

Laman pembayaran yang beresponsif tinggi dengan data secara langsung. Invois dapat dibuat dan dihantar ke pelanggan anda dengan mudah.

Kod QR dan Alamat

Kod QR membolehkan pindahan dilakukan dengan pantas dan mudah. Hanya klik sekali untuk salin alamat anda dengan mudah.

Explorer

Maklumat penuh berkenaan transaksi anda boleh ditunjukkan dengan mudah melalui ‘blockhain explorer’.

Sejarah Transaksi

Laporan mata wang kripto yang terperinci bersama sejarah transaksi yang lengkap tersedia untuk diakses.

Status Pembayaran

Semak status pembayaran anda pada masa nyata. ID transaksi boleh digunakan untuk semakan pengesahan.

payment page
QR Code & Address
Explorer
Transaction History
Payment Status

Kod QR dan Alamat

Kod QR membolehkan pindahan dilakukan dengan pantas dan mudah. Hanya klik sekali untuk salin alamat anda dengan mudah.

Explorer

Maklumat penuh berkenaan transaksi anda boleh ditunjukkan dengan mudah melalui ‘blockhain explorer’.

Sejarah Transaksi

Laporan mata wang kripto yang terperinci bersama sejarah transaksi yang lengkap tersedia untuk diakses.

Status Pembayaran

Semak status pembayaran anda pada masa nyata. ID transaksi boleh digunakan untuk semakan pengesahan.

Pertukaran On-Chain

Anda buat permintaan tukaran. Anda boleh lihat berapa banyak coin yang akan anda terima selepas tukaran telah lengkap. Kadar tukaran akan dibekukan sehingga transaksi tersebut telah lengkap. Dana anda dihantar untuk tukaran. Amaun mata wang kripto yang tepat akan dikeluarkan dari dompet anda. Sebaik sahaja pengesahan transaksi berjaya dilakukan, amaun dana yang dinyatakan pada langkah 1 akan dihantar ke dompet anda.

https://b2binpay.com/app/uploads/2022/08/On-chain-Exchange.svg

Kepatuhan Penuh terhadap Pengawal Selia Anda

Sentiasa mematuhi undang-undang dengan mengawasi kesahan dana mata wang kripto anda. Analitik kripto akan menambah baik usaha wajar (due dilligence) dan prosedur pematuhan AML terhadap setiap perniagaan yang terlibat dalam mata wang kripto.

Diintegrasi bersama:

Mematuhi undang-undang CTF

Penyiasatan mengikut kes yang mendalam

Pantau dan kawal transaksi yang berisiko

Kenal pasti aktiviti berisiko tinggi secara automatik

Kenal pasti aktiviti jenayah pada blockchain

Pantau transaksi perisian tebusan (ransomware)

Semakan transaksi AML/Pematuhan

Teknologi pematuhan KYT dapat memastikan perniagaan anda mematuhi semua keperluan untuk anti pengubahan wang haram.

Informasi berasaskan data yang komprehensif berkaitan transaksi dapat membantu perniagaan kripto mematuhi undang-undang tempatan dan global.

https://b2binpay.com/app/uploads/2022/06/Vector.svg

Transaksi Meragukan

https://b2binpay.com/app/uploads/2022/06/Vector-1.svg

Transaksi yang Diluluskan

https://b2binpay.com/app/uploads/2022/08/Enterprise-Suspicious-Transaction-1.svg
https://b2binpay.com/app/uploads/2022/08/Enterprise-Approved-Transaction-2.svg

Back Office

Dompet

Cipta dompet baharu dan tukar tetapan untuk dompet sedia ada
Baki disahkan & belum selesai
Mata wang dan tag untuk dompet
Status dompet dan pautan tukaran pantas
Tukar amaun deposit minimum
Hak akses untuk setiap dompet
Tambahkan e-mel untuk maklumkan transaksi baharu
Rekodkan setiap perubahan dalam tetapan dompet

Pindahan

Jenis & status pindahan
Pengenalpasti transaksi (hash)
Deposit, pembayaran atau tukaran mata wang
Bilangan pengesahan
Amaun yang disasarkan, komisen, kadar dan caj blockchain
ID untuk operasi yang berkaitan
Status prosedur AML (Pengubahan Wang Haram)

Deposit

Buat deposit baharu dan tukar tetapan sedia ada
Mata wang & tag deposit
ID penjejakan & amaun dibayar
Semak laman pembayaran melalui satu klik
Bilangan pengesahan sekatan untuk ‘callback’ yang boleh diubah suai
Label, ID penjejakan & ‘callback’ yang boleh diubah suai

Pembayaran

Buat pembayaran baharu dan tukar tetapan pembayaran sedia ada
Mata wang pembayaran & tag
ID penjejakan & amaun dibayar
Pilih nilai caj blockchain
Bilangan pengesahan yang boleh diubah bagi setiap pembayaran
Label, ID penjejakan & ‘callback’ yang boleh diubah suai

Log Tindakan / Acara

Pembayaran dibuat oleh sistem
Hantar semula ‘callback’
Pindahan yang diluluskan lebih rendah daripada jumlah minimum yang ditetapkan
Dana di dompet induk tidak mencukupi untuk menerima token ke alamat dompet anda

Tukaran

Lihat sejarah tukaran dan buat tukaran baharu
Pilih tahap caj blockchain untuk tukaran baharu
Lihat status tukaran
Pilih sumber dan destinasi dompet serta amaun tukaran
Lihat transaksi tukaran

Paparan Kadar

Semua pasangan yang tersedia
Harga Jualan & Belian

Penyelesaian API Terbaik

Integrasi pantas dan mudah melalui Rest API. Teknologi kami yang terkini membolehkan anda mengintegrasi invois dan mengendalikan pemerolehan dan pindahan seperti yang anda inginkan.

Ketik pada gambar untuk zum

Persekitaran Percubaan/Sandbox (Medan Ujian) untuk integrasi anda

Pengujian (testing) memainkan peranan penting dalam proses integrasi B2BinPay di mana ia dapat menyingkirkan sebarang masalah yang berpotensi sebelum dipaparkan secara langsung.

Sandbox (Medan Ujian)

Dapatkan akses pantas untuk penyelesaian kami tawarkan.

Penyelesaian yang kami tawarkan didatangkan bersama persekitaran percubaan bagi semua keperluan pengujian anda.

Uji mana-mana integrasi atau fungsi baharu pada persekitaran percubaan sebelum menggunakan perubahan untuk keluaran.

Uji sebarang operasi kewangan dalam persekitaran percubaan sebelum perubahan sebenar dilakukan dengan instrumen kewangan yang sebenar.

Infrastruktur Perisian Berprestasi Tinggi

Infrastruktur kami beroperasi melalui beberapa pelayan di pelbagai pusat pangkalan data untuk memastikan penghantaran data yang pantas dan mengurangkan sebanyak mungkin pendaman (latency). Kami memiliki hos tambahan serta persekitaran pengagihan yang seimbang untuk memastikan prestasi yang boleh dipercayai.

Ketik pada gambar untuk zum

Senarai Putih (Whitelist) dan Kebenaran IP

Tetapan senarai putih bermaksud anda boleh membenarkan sambungan hanya untuk alamat IP yang spesifik (akses kepada API). Tetapan kebenaran pula memberikan anda fleksibiliti dalam membezakan peranan kakitangan anda seperti “lihat sahaja” dan “pengeluaran dengan pengesahan”.

Pelayan Boleh Diskala dan Selamat

Infrastruktur kami menggunakan pelbagai lapisan keselamatan dan kebolehskalaan dengan pengimbang pengagihan di beberapa pusat data, untuk memastikan kestabilan pada seluruh sistem dan mengurangkan sebanyak mungkin pendaman (latency).

Tampalan (Patches) dan Naik Taraf Keselamatan

Kemas kini dan tampalan dari semasa ke semasa membolehkan anda mengekalkan keselamatan secara konsisten serta meningkatkan dan mengoptimumkan kefungsian sistem.

Sandaran (Backup) & Simpanan

Proses sandaran dengan kombinasi sistem pengagihan fail tanpa titik kegagalan tunggal (SPOF) memberi jaminan kukuh terhadap potensi kehilangan data.

Akses API yang Selamat

Titik akhir API kami disulitkan dengan SSL. Hasilnya, pengguna trafik akan selamat apabila terdapat permintaan data. Bagi memastikan keselamatan maksimum, kami memerlukan pelanggan kami memeriksa permintaan ‘callback’ untuk API.

WAF & Anti DDoS

Perlindungan tahap aplikasi dengan tembok api (firewall) untuk aplikasi web, pemantauan berterusan, dan mitigasi secara automatik terhadap risiko serangan rangkaian.

– 50% untuk caj gas

Smart Token Collection mengurangkan komisen dan meningkatkan kelajuan transaksi. Hasilnya, komisen dibayar sekali sahaja.



Komisen token ETH, BNB (BSC), TRX, ERC20, BEP20 dan TRC20 didebitkan dari dompet global.

https://b2binpay.com/app/uploads/2022/08/Group-48095568.svg

Selamat

B2BinPay akan sentiasa memastikan keselamatan anda.

Akses Sistem Berdasarkan Peranan

Uruskan akses ke sistem dengan menggunakan peranan seperti pemilik, pentadbir atau mod baca sahaja (read only). Buat tetapan untuk pengeluaran khas yang memerlukan pengesahan tambahan untuk meningkatkan keselamatan.

Role-Based System Access

Google Authenticator

2FA meningkatkan keselamatan akaun anda. Selain kata laluan, anda memerlukan satu kod yang dijana oleh aplikasi Google Authenticator pada telefon anda.

Google Authenticator

Tag ‘Callback’

Terdapat kemungkinan untuk menambah tag pada URL ‘callback’ ketika deposit dibuat.

Callback Tags

Pengesahan Fleksibel

Jika anda ingin menerima ‘callback’ sebelum menerima pengesahan daripada blockchain, anda boleh nyatakan bilangan pengesahan tersebut.

Flexible Confirmations

Dan juga

Kebenaran log masuk

Pengurusan Akses API

Kemas kini nod semasa & dijadualkan

Alamat IP untuk senarai putih (whitelist)

Sokongan Teknikal dan Ketersediaan

Pasukan khidmat sokongan pelanggan kami yang profesional sentiasa bersedia untuk menjawab sebarang pertanyaan. Sila hubungi kami.

Dapatkan Sokongan

24/7/365

Video yang mesti ditonton Tentang Penyedia Pembayaran Mata Wang Kripto Global

Soalan Lazim

Anda ada pertanyaan? Eksiklopedia yang mengandungi maklumat berguna tentang produk dan perkhidmatan kami.

Bagaimana saya boleh terima mata wang kripto?

Sungguh mudah untuk mengintegrasi gerbang pembayaran kripto B2BinPay ke operasi semasa anda atau memperkenalkannya sebagai satu perkhidmatan yang baharu. Hubungi kami berkenaan permintaan anda, kemudian mulakan integrasi dan anda sudah bersedia untuk menawarkan Bitcoin (BTC), Ether (ETH), Ripple (XRP), Bitcoin Cash (BCH), Litecoin (LTC) dan banyak lagi sebagai cara pembayaran kepada pelanggan anda!

Apakah jenis mata wang kripto yang ditawarkan?

B2BinPay mampu memenuhi keperluan untuk memproses mata wang kripto anda seperti Bitcoin, Ethereum, Litecoin, Bitcoin Cash, Monero, Binance Coin, Stellar, Zcash, Cardano, EOS, Ripple, Nem, Doge, TRON, NEM dan sebagainya. Sila lihat senarai lengkap di sini.

Adakah B2BinPay menyokong StableCoins dan Tokens?

Ya. Kami menyokong Tether, USD Coin, Binance USD, Paxos dan banyak lagi. Sila lihat senarai lengkap di sini.

Adakah terdapat akaun percubaan?

Untuk pengujian pelanggan, integrasi akan dilakukan dahulu pada persekitaran percubaan. Penggunaan keluaran hanya akan dilakukan selepas proses pengujian ini diluluskan untuk mengehadkan risiko pepijat pada peringkat keluaran. Prosedur ini dapat memastikan anda memiliki produk yang paling stabil di pasaran.

Bagaimana cara saya melakukan integrasi gerbang pembayaran kripto?

Integrasi pembayaran mata wang kripto ke sistem sedia ada sungguh mudah. Integrasi dilakukan melalui API yang ringkas dalam masa beberapa minit sahaja.

Adakah B2BinPay selamat?

Ya, sudah tentu selamat. Kami mementingkan keselamatan dan tidak akan memandang ringan perkara tersebut. Sebagai pihak yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini, kami sentiasa menawarkan persekitaran yang selamat dan boleh dipercayai kepada pelanggan kami. Titik akhir untuk API kami telah disulitkan melalui SSL. Jadi, trafik pengguna telah dipastikan selamat apabila terdapat permintaan data.

Adakah B2BinPay menyokong pengeluaran secara automatik?

Ya. Pengeluaran automatik boleh dilakukan melalui API yang selamat secara terus ke dompet anda atau pelanggan anda.

Adakah B2BinPay mempunyai sebarang sekatan terhadap negara saya?

B2BinPay tidak menawarkan perkhidmatan untuk penduduk Amerika Syarikat, Afghanistan, American Samoa, Bahamas, Botswana, Republik Rakyat Demokratik Korea, Ethiopia, Ghana, Guam, Iran, Iraq, Libya, Nigeria, Pakistan, Panama, Puerto Rico, Samoa, Arab Saudi, Sri Lanka, Syria, Trinidad dan Tobago, Tunisia, US Virgin Islands dan Yemen.

Adakah B2BinPay dikawal selia?

Ya, kami dikawal selia oleh Kerajaan Estonia.

Adakah saya tambah token?

Ya, anda boleh integrasi sebarang token.

Adakah saya boleh tambah coin?

Ya, kami memiliki semua coin dan stablecoin utama. Hubungi kami jika anda perlu mengubah suai integrasi pada blockchain. Lihat senarai lengkap di sini.