Broker Forex & Kripto
Pasaran
Penyedia Servis
Permainan
Perjudian Terkawal
Konsultasi
E-dagang
Ketik pada gambar untuk zum
Pembayaran kripto memiliki banyak kelebihan berbanding cara pembayaran tradisional menggunakan Fiat. Lihat fakta di bawah ini!
Ciri-ciri
Major Coin
Stablecoin
Pembayaran Fiat
Tidak Berpusat
Pantas dan Selamat
Tiada ‘Rolling Reserve’
Kos Rendah
Pembukaan Akaun yang Mudah
Telus
Pembayaran Pantas
Tiada Risiko Penipuan Penggunaan Kad
Pembayaran Segera
Tiada Risiko Ketidakstabilan
Dikawal Selia
Had Transaksi
Tiada Had
Tiada Had
Terhad
Tetapkan, ubah dan gunakan dompet mata wang kripto untuk perniagaan anda dengan mudah. Dompet mata wang kripto kami mudah untuk diubah suai. Kami menyediakan perkhidmatan untuk pelbagai jenis perniagaan berbeza termasuk broker Forex/Kripto, Tukaran dan pengeluar Token.
Pasukan kami ditunjangi tenaga pakar tersedia 24/7 untuk membantu dengan pertanyaan teknikal dan menyediakan bantuan serta panduan praktikal pada bila-bila masa. Anda hanya perlu menghantar tiket dan lihat status secara terus dalam sistem. Anda boleh memilih sama ada untuk lampirkan foto, video dan fail.
Kepantasan transaksi boleh dikawal oleh setiap pelanggan. Lebih tinggi caj dikenakan, lebih pantas transaksi dilakukan! Anda juga boleh tetapkan sendiri caj.
Pelanggan boleh menerima e-mel notifikasi bagi sebarang pemindahan yang dilakukan dalam sistem dengan memasukkan alamat e-mel dalam ruangan “Alamat notifikasi”.
Pengeluaran yang fleksibel membolehkan pembayaran dalam mata wang berbeza berbanding mata wang yang digunakan untuk dompet anda.
Sekiranya nilai caj yang dipilih terlalu rendah dan pindahan tersebut tergantung (masih belum disahkan), ia boleh digantikan dengan caj yang lebih tinggi. Butang “Ganti dengan caj” akan terpapar dalam tetapan Pindahan. Caj baharu yang lebih tinggi daripada caj sebelum ini akan dicadangkan di situ.
Swap segera apabila anda ingin buat pembayaran dalam mata wang berbeza. Swap tidak menggunakan buku pesanan. Ini membolehkan transaksi antara mata wang kripto secara terus dan segera dilakukan. B2BinPay melakukan swap dengan menggunakan VWAP (Volume-Weighted Average Price). Kami memperolehi harga VWAP ini daripada pertukaran berpusat utama dan dengan teliti, akan memilih harga terbaik dari beberapa sumber.
Semua dompet boleh diaktifkan secara terus oleh pelanggan dengan menghantar coin ke dompet.
Laman pembayaran yang beresponsif tinggi dengan data secara langsung. Invois dapat dibuat dan dihantar ke pelanggan anda dengan mudah.
Kod QR membolehkan pindahan dilakukan dengan pantas dan mudah. Hanya klik sekali untuk salin alamat anda dengan mudah.
Maklumat penuh berkenaan transaksi anda boleh ditunjukkan dengan mudah melalui ‘blockhain explorer’.
Laporan mata wang kripto yang terperinci bersama sejarah transaksi yang lengkap tersedia untuk diakses.
Semak status pembayaran anda pada masa nyata. ID transaksi boleh digunakan untuk semakan pengesahan.
Anda buat permintaan tukaran. Anda boleh lihat berapa banyak coin yang akan anda terima selepas tukaran telah lengkap. Kadar tukaran akan dibekukan sehingga transaksi tersebut telah lengkap. Dana anda dihantar untuk tukaran. Amaun mata wang kripto yang tepat akan dikeluarkan dari dompet anda. Sebaik sahaja pengesahan transaksi berjaya dilakukan, amaun dana yang dinyatakan pada langkah 1 akan dihantar ke dompet anda.
Sentiasa mematuhi undang-undang dengan mengawasi kesahan dana mata wang kripto anda. Analitik kripto akan menambah baik usaha wajar (due dilligence) dan prosedur pematuhan AML terhadap setiap perniagaan yang terlibat dalam mata wang kripto.
Mematuhi undang-undang CTF
Penyiasatan mengikut kes yang mendalam
Pantau dan kawal transaksi yang berisiko
Kenal pasti aktiviti berisiko tinggi secara automatik
Kenal pasti aktiviti jenayah pada blockchain
Pantau transaksi perisian tebusan (ransomware)
Teknologi pematuhan KYT dapat memastikan perniagaan anda mematuhi
semua keperluan untuk anti pengubahan wang haram.
Informasi berasaskan data yang komprehensif berkaitan transaksi dapat membantu
perniagaan kripto mematuhi undang-undang tempatan dan global.
Transaksi Meragukan
Transaksi yang Diluluskan
Integrasi pantas dan mudah melalui Rest API. Teknologi kami yang terkini membolehkan anda mengintegrasi invois dan mengendalikan pemerolehan dan pindahan seperti yang anda inginkan.
Ketik pada gambar untuk zum
Pengujian (testing) memainkan peranan penting dalam proses integrasi B2BinPay di mana ia dapat menyingkirkan sebarang masalah yang berpotensi sebelum dipaparkan secara langsung.
Dapatkan akses pantas untuk penyelesaian kami tawarkan.
Penyelesaian yang kami tawarkan didatangkan bersama persekitaran percubaan bagi semua keperluan pengujian anda.
Uji mana-mana integrasi atau fungsi baharu pada persekitaran percubaan sebelum menggunakan perubahan untuk keluaran.
Uji sebarang operasi kewangan dalam persekitaran percubaan sebelum perubahan sebenar dilakukan dengan instrumen kewangan yang sebenar.
Infrastruktur kami beroperasi melalui beberapa pelayan di pelbagai pusat pangkalan data untuk memastikan penghantaran data yang pantas dan mengurangkan sebanyak mungkin pendaman (latency). Kami memiliki hos tambahan serta persekitaran pengagihan yang seimbang untuk memastikan prestasi yang boleh dipercayai.
Ketik pada gambar untuk zum
Smart Token Collection mengurangkan komisen dan meningkatkan kelajuan transaksi. Hasilnya, komisen dibayar sekali sahaja.
Komisen token ETH, BNB (BSC), TRX, ERC20, BEP20 dan TRC20 didebitkan dari dompet global.
B2BinPay akan sentiasa memastikan keselamatan anda.
Uruskan akses ke sistem dengan menggunakan peranan seperti pemilik, pentadbir atau mod baca sahaja (read only). Buat tetapan untuk pengeluaran khas yang memerlukan pengesahan tambahan untuk meningkatkan keselamatan.
2FA meningkatkan keselamatan akaun anda. Selain kata laluan, anda memerlukan satu kod yang dijana oleh aplikasi Google Authenticator pada telefon anda.
Terdapat kemungkinan untuk menambah tag pada URL ‘callback’ ketika deposit dibuat.
Jika anda ingin menerima ‘callback’ sebelum menerima pengesahan daripada blockchain, anda boleh nyatakan bilangan pengesahan tersebut.
Kebenaran log masuk
Pengurusan Akses API
Kemas kini nod semasa & dijadualkan
Alamat IP untuk senarai putih (whitelist)
Pasukan khidmat sokongan pelanggan kami yang profesional sentiasa bersedia untuk menjawab sebarang pertanyaan. Sila hubungi kami.
24/7/365
Lebih 100 mata wang telah tersedia di B2BinPay.
Ketahui Lebih Lanjut
Terokai Penyelesaian Pemprosesan Mata Wang Kripto kami.
Ketahui Lebih Lanjut
Lihat deposit minimum yang kami sarankan bagi setiap mata wang
Ketahui Lebih Lanjut
Anda ada pertanyaan? Eksiklopedia yang mengandungi maklumat berguna tentang produk dan perkhidmatan kami.
Bagaimana saya boleh terima mata wang kripto?
Sungguh mudah untuk mengintegrasi gerbang pembayaran kripto B2BinPay ke operasi semasa anda atau memperkenalkannya sebagai satu perkhidmatan yang baharu. Hubungi kami berkenaan permintaan anda, kemudian mulakan integrasi dan anda sudah bersedia untuk menawarkan Bitcoin (BTC), Ether (ETH), Ripple (XRP), Bitcoin Cash (BCH), Litecoin (LTC) dan banyak lagi sebagai cara pembayaran kepada pelanggan anda!
Apakah jenis mata wang kripto yang ditawarkan?
B2BinPay mampu memenuhi keperluan untuk memproses mata wang kripto anda seperti Bitcoin, Ethereum, Litecoin, Bitcoin Cash, Monero, Binance Coin, Stellar, Zcash, Cardano, EOS, Ripple, Nem, Doge, TRON, NEM dan sebagainya. Sila lihat senarai lengkap di sini.
Adakah B2BinPay menyokong StableCoins dan Tokens?
Ya. Kami menyokong Tether, USD Coin, Binance USD, Paxos dan banyak lagi. Sila lihat senarai lengkap di sini.
Adakah terdapat akaun percubaan?
Untuk pengujian pelanggan, integrasi akan dilakukan dahulu pada persekitaran percubaan. Penggunaan keluaran hanya akan dilakukan selepas proses pengujian ini diluluskan untuk mengehadkan risiko pepijat pada peringkat keluaran. Prosedur ini dapat memastikan anda memiliki produk yang paling stabil di pasaran.
Bagaimana cara saya melakukan integrasi gerbang pembayaran kripto?
Integrasi pembayaran mata wang kripto ke sistem sedia ada sungguh mudah. Integrasi dilakukan melalui API yang ringkas dalam masa beberapa minit sahaja.
Adakah B2BinPay selamat?
Ya, sudah tentu selamat. Kami mementingkan keselamatan dan tidak akan memandang ringan perkara tersebut. Sebagai pihak yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini, kami sentiasa menawarkan persekitaran yang selamat dan boleh dipercayai kepada pelanggan kami. Titik akhir untuk API kami telah disulitkan melalui SSL. Jadi, trafik pengguna telah dipastikan selamat apabila terdapat permintaan data.
Adakah B2BinPay menyokong pengeluaran secara automatik?
Ya. Pengeluaran automatik boleh dilakukan melalui API yang selamat secara terus ke dompet anda atau pelanggan anda.
Adakah B2BinPay mempunyai sebarang sekatan terhadap negara saya?
B2BinPay tidak menawarkan perkhidmatan untuk penduduk Amerika Syarikat, Afghanistan, American Samoa, Bahamas, Botswana, Republik Rakyat Demokratik Korea, Ethiopia, Ghana, Guam, Iran, Iraq, Libya, Nigeria, Pakistan, Panama, Puerto Rico, Samoa, Arab Saudi, Sri Lanka, Syria, Trinidad dan Tobago, Tunisia, US Virgin Islands dan Yemen.
Adakah B2BinPay dikawal selia?
Ya, kami dikawal selia oleh Kerajaan Estonia.
Adakah saya tambah token?
Ya, anda boleh integrasi sebarang token.
Adakah saya boleh tambah coin?
Ya, kami memiliki semua coin dan stablecoin utama. Hubungi kami jika anda perlu mengubah suai integrasi pada blockchain. Lihat senarai lengkap di sini.
Terima kasih di atas permintaan anda. Kami akan hubungi anda dengan segera.