Centralised vs Decentralised Exchanges

Pertukaran Kripto Berpusat vs. Tidak Berpusat: Perbezaan Utama untuk Dipertimbangkan

Reading time

Decentralise menjadi istilah yang popular dalam landskap kripto. Pelabur institusi, organisasi berskala besar, termasuk juga pedagang kripto individu tertarik dengan ciri-ciri kripto terpenting memandangkan ia memberi kebebasan yang tidak tersedia dalam kewangan konvensional. Ciri tidak berpusat ini boleh dianggap sebagai tarikan utama yang mempopularkan aset kripto pada 2009.

Namun, pertukaran kripto tidak berpusat memiliki kelemahan yang mengurangkan adaptasi pengguna dan memberi cabaran dari segi kesukaran. Kerana itulah pertukaran kripto berpusat masih lagi menjadi pilihan yang lebih popular. Artikel ini akan menerokai kedua-dua variasi dan menerangkan perbezaan penting antara pertukaran berpusat dan tidak berpusat yang perlu anda pertimbangkan dalam membuat keputusan perdagangan anda.

Isi Penting

  1. Pertukaran kripto membenarkan pelabur terlibat dalam pelbagai aktiviti dagangan dan perolehi aset kripto melalui spread yang ketat (tight).
  2. Pertukaran berpusat mengutamakan keselesaaan, kebolehakses, kos transaksi lebih rendah dan kestabilan harga.
  3. Transaksi tidak berpusat mensasarkan untuk memelihara aspek ketanpanamaan (anonimity) dan kebebasan blockchain. Ia menawarkan platform yang tidak mempunyai pihak berkuasa berpusat.
  4. Untuk memilih antara dua pilihan ini akan bergantung kepada kegemaran spesifik anda dan skop operasi.

Apa itu Pertukaran Kripto?

Pertama sekali, mari kita jawab soalan asas – apa itu itu pertukaran kripto, dan bagaimana ia berfungsi? Tidak seperti alternatif konvensional, platform pertukaran kripto membolehkan pedagang beli dan jual mata wang kripto yang diinginkan tanpa batas geografi. Perkara tersebut adalah ciri-ciri asas dan kebanyakan pertukaran kripto menawarkan ciri-ciri dan fungsi tambahan, termasuk alat (tool) analitik canggih, laporan harga secara langsung dan suapan data, pilihan untuk dagangan kompleks malah kemungkinan untuk dagangan margin.

Secara ringkasya, pertukaran kripto yang moden mampu menyediakan pelbagai perkhidmatan dagangan, menghasilkan persekitaran (environemnt) lengkap untuk pelabur kripto dan memberikan segala alat yang diperlukan untuk berjaya. Tujuan utama pertukaran kripto adalah untuk menyediakan sebut harga pasaran untuk pasangan dagangan (tading pairs) yang adil, mengelakkan slippage (gelinciran) dan memastikan margin spread dalam had yang dibenarkan. Faktor yang disebutkan ini penting untuk pasaran kripto. Ini kerana faktor tersebut meningkatkan aktiviti dagangan di seluruh dunia. Spread margin yang lebih ketat membuatkan tukaran kripto menjadi lebih murah, meminimumkan slippage untuk membolehkan pedagang tidak mengalami kerugian semasa aktiviti dagangan, harga pasaran yang adil untuk memudahkan mencari tawaran terbaik yang tersedia.

Pertambahan fokus terhadap kestabilan harga dan tidak bepusat membezakan pertukaran kripto berbanding paltform fiat. Pasaran kripto yang turun/naik dengan cepat/meruap (volatile) jika dibandingkan dengan fiat. Jadi, platform pertuakran perlu menggunakan cara berbeza untuk menstabilkan harga ditawarkan tanpa mengorban prinsip asas blockchain. Untuk mencapai objektif tersebut telah terbukti sukar, dan pendekatan berbeza telah diambil oleh jenis pertukaran utama tentang isu tidak berpusat ini. Mari ketahui lebih lanjut. 

Maksud Pertukaran Berpusat

Characteristics of a CEX

Walaupun konsep tidak berpusat merupakan tunjang utama dalam teknologi blockchain, tiga mata wang kripto paling popular – Binance, Coinbase dan Kraken – adalah berpusat (CEX). Nampak seakan sesuatu yang paradoks. Namun alasannya mudah. Ini dalam keadaan iklim semasa, pertukaran mata wang kripto CEX lebih bersedia untuk menghadapi ketidakstabilan dan kesukaran pasaran kripto. 

Bukanlah sesuatu yang rahsia bahawa industri kripto bergelut dengan isu kestabilan harga. Mata wang kripto sememangnya aset digital yang masih belum mencapai tahap utiliti yang membuatkan ia berharga kepada ekonomi dunia. Walaupun Smart contract Ethereum dan Bitcoin ordinals sedang berusaha untuk menjadi nilai yang substantif untuk kripto, kedua-duanya masih belum mencapai tahap sebegitu. Jadi, keseluruhan pasaran merasai hayunan ketidakstabilan yang kerap dan seterusnya mewujudkan risiko tambahan untuk pasaran bagi pelabur kripto.

Tarikan Pertukaran Berpusat

Dalam persekitaran berpusat, pelabur kripto perlu inginkan kewangan mereka dikendalikan oleh profesional dan bukannya algoritma automatik. Pertukaran berpusat dipantau dan dikawal oleh pihak berkuasa berpusat yang akan memberi respons secara manual kepada pelbagai perubahan harga, perubahan margin spread dan kejutan lain yang diberikan oleh ketidakstabilan ekonomi kripto. Walaupun cara ini bukanlah cara yang ideal dan tidak menjamin keselamatan penuh kepada pengguna, pendekatan tersebut telah terbukti dalam landskap blockchain 

Ciri kedua paling penting untuk pertukaran berpusat adalah keupayaan untuk memberi keselesaan kepada semua pihak. Penglibatan pemantauan dari pihak ketiga bermaksud setiap perkhidmatan, ciri-ciri dan fungsi yang terdapat pada platform boleh diset untuk memudahkan penggunaan seperti pertukaran fiat yang standard. Hasilnya, pertukaran berpusat menjadi seakan sama dengan platform fiat yang popular. Ini memberi tarikan keselesaan kepada kebanyakan pengguna kripto untuk menggunakannya.

Apa itu DEX? Memahami Pertukaran Decentralised

Characteristics of a DEX

Dalam aspek yang lain, pertukaran kripto yang tidak berpusat atau decentralised (DEX) ingin memelihara teras konsep tidak berpusat dan menawarkan platform dagangan tanpa orang tengah. Secara teorinya, pendekatan ini seharusnya begitu mudah. Platfrom pertukaran perlu sediakan semua pilihan dagangan secara automatik dan biarkan pedagang menentukan perkara-perkara lain.nbsp;

Pendekatan ini nampak boleh dicapai dan lebih mudah daripada cara tukaran berpusat yang agak kelam-kabut. Namun, ia tidak sama dari segi praktikalnya. Untuk mengoperasi platform pertukaran memerlukan keseimbangan yang cermat, membekalkan likuiditi secara berterusan dan pelbagai penambahbaikan untuk mengekalkan sistem berfungsi dengan baik. Landskap perdagangan boleh menjadi sangat tidak stabil memandangkan ramai individu yang mencari kelemahan untuk mengeksploit dan manipulasi pasaran untuk keuntungan mereka sendiri. 

Dalam pertukaran berpusat, sistem smart contract yang menguruskan semua perkara menjadi satu-satunya benteng pertahanan terhadap perubahan naik turun dan manipulasi pasaran. Smart Contract mengawal harga, margin spread, pilihan pesanan sepadan, ratio leveraj, pelbagai pilihan kontrak dan banyak lagi sistem lain. Tugas mengawal secara berseorangan untuk setiap pemboleh ubah ini agak sukar dan sudah pasti smart contract tidak berupaya membuat keputusan kritikal jika terdapat perubahan mengejut dalam ekonomi kripto. Jadi, pertukaran tidak berpusat yang standard akan menawarkan pilihan dagangan yang lebih sedikit dan kebanyakan pertukaran ini mengutamakan pasangan dagangan yang penting.

Secara teori, platform pertukaran perangkai padan (peer-to-peer) mungkin sempurna. Namun pada ketika ini platform sebegitu mengalami masalah pengoptimuman, penyalahuntukan (misallocation) likuiditi dan kekurangan kebolehakses pengguna secara umum.

Fakta Ringkas

Pertukaran Berpusat Dan Tidak Berpusat: Perbandingan

CEX vs DEX

Selepas memahami asai kedua-dua variasi platform, mari kita perbandingan antara pertukaran kripto berpusat dan tidak berpusat. Sebenarnya tiada jawapan mudah untuk isu tersebut. Ini kerana kedua-dua pilihan memiliki ciri-ciri ketara yang perlu dipertimbangkan. Dari sudut yang lain, kedua alternatif mempunyai batasan dalam aspek kritikal. Jadi, penting untuk fahami perbezaan spesifik antara keduanya untuk membuat keputusan setelah membuat pertimbangan. 

Masalah Dalam Tidak Berpusat

Pertama sekali, perbezaan asas anda kedua variasi platform ini adalah dari aspek ketidakberpusatan (decentralisation). Platform berpusat telah mengorbankan prinsip tersebut demi keselesaan, kestabilan dan variasi ciri-ciri perdagangan yang canggih. Akhirnya, pertukaran berpusat terdedah kepada risiko penipuan pihak pengurusan dan pekerja, isu siber keselamatan siber, pengubahan wang haram dan kurang keinginan menjadi ketanpanamaan (anonymity) 

Sebaliknya, Platform DEX ingin mengekalkan aspek tersebut dan memberi kebabasan kepada pedagang untuk berdagang tanpa mendedahkan identiti (anonymous) transaksi perangkai padan (peer-to-peer). Dalam persekitaran ini, pelabur tidak diwajibkan untuk mendedahkan maklumat peribadi kepada pihak ketiga atau individu. Setiap transaksi dimulakan oleh pengguna platform dan dilaksanakan oleh alogoritma automatik dengan protokol mata wang kripto blockchain untuk melindungi data.

CEX and DEX structural differences

Jadi, pertukaran tidak berpusat mempunyai kelebihan dalam aspek ini dengan menghasilkan keadaan tanpa identiti sepenuhnya kepada pengguna untuk menikmati teras prinsip blockchain. Namun, terdapat kelemahan dalam beberapa aspek yang datang dengan kelebihan ini.

Kurang Akses Terhadap Likuiditi

Likuiditi merupakan faktor penting dalam dunia kripto. Selain dari Bitcoin, Ethereum dan (kebanyakan) USDT, malah altcoin utama juga mengalami isu berkenaan likuiditi. Masalah pokok isu adala kebanyak altcoin tidak mempunyai nilai atau komoditi sedia ada yang kuat untuk menyokong kestabilan harganya. Jadi, harga dan volume (bilangan) cenderung berubah secara eksklusif terhadap permintaan pelanggan yang berdagang.

Disebabkan faktor itu, banyak penyedia likuiditi penting dalam landskap kripto. Ini kerana penyedia tersebut membekalkan dana yang cukup kepada pasaran untuk membuatkan pasaran dagangan kekal aktif serta membenarkan pelabur mencari pesanan (order) yang sepadan dengan mudah. Untuk pertukaran berpusat, pilihan likuiditi lebih mudah diintegrasi ke sistem mereka dan menggunakan timbunan likuiditi (liquidity pools) untuk membetulkan mata dalam landskap padanan mata wang. Sementara itu, pertukaran tidak berpusat pula agak sukar menggunakan konsep yang sama. Ini kerana pertukaran ini menggunakan automated market makers (AMMs) atau pembuat pasaran automatik untuk mendapatkan hasil yang sama.

AMM direka untuk mengisi liquidity pools dalam pertukaran secara automatik. Liquidity pools untuk platform DEX kebanyakannya diisi oleh pengguna individu yang memperdagangkan dana kripto mereka sebagai pendapatan pasif. Terdapat dua masalah ketara untuk keadaan tersebut: likuiditi AMM kurang substantif berbanding pertukaran berpusat. Selain itu, ia dilihat kurang berkesan dalam pelbagai situasi. Ini kerana alrogitma AMM sukar untuk menguruskan proses likuiditi yang kompleks. Platform DEX kerap mengalami kekurangan likuiditi atau tergendala. Keadaan ini memberi kesan besar kepada pelanggan platform tersebut.

How DEX liquidity pools work

Akes Pengguna

Salah satu kelebihan pertukaran berpusat adalah secara umumnya, kemampuan untuk menyediakan khidmat pelanggan yang mantap, interface pengguna yang mudah dan perkhidmatan yang sangat berkualiti tinggi. Disebabkan pemantaun dilakukan oleh pihak ketiga, pertukaran berpusat berfungsi hampir sama dengan platform pertukaran fiat yang konvensional. Pengguna dapat berdagang aset kripto dalam persekitaran yang sudah difahami dan biasa serta dioptimumkan untuk mengelakkan isu-isu yang tidak diperlukan. 

Setiap pilihan, ciri-ciri dan alat (tool) analitik perdagangan dan ruang untuk modifikasi perdagangan dipaparkan secara ringkas dan diterangkan dengan tip dan panduan. Namun, tarikan utama pertukaran berpusat adalah setiap mekanisma dagangan mudah dilaksanakan melalui klik pada butang. Pengguna tidak perlu melakukan kerja-kerja teknikal untuk melengkapkan tukaran mata wang atau operasi perdagangan yang lain. 

Tidak seperti pertukaran berpusat, platform DEX agak kompleks dan memerlukan pengguna memiliki pengetahuan ekstensif tentang gas fees (bayaran gas), pemprosesan transaksi, padanan pesanan, serta pelbagai konsep khusus kripto yang lain. Walaupun keseluruhan proses tidaklah terlalu sukar, ia masih memerlukan usaha tinggi dari pemilik kripto yang masih baru. Kesukaran dalam memahami platform DEX telah menyebabkan ramai pengguna biasa tidak meneruskan minat mereka. Setakat 2023, masalah tersebut masih berlaku memandangkan pembangun DEX masih bergelut untuk mengoptimumkan platform untuk memenuhi keperluan pengguna biasa.

Pematuhan Kawal Selia (Regulatory)

Akhir sekali, Undang-undang merupakan pemboleh ubah yang penting dalam kripto. Kejatuhan FTX baru-baru ini begitu juga dengan crypto winter pada 2022 memeri motivasi badan pengawal selia untuk mengetatkan lagi pendekatan yang digunakan untuk undang-undang berkenaan kripto. Lebih banyak peraturan bermaksud lebih tinggi keselamatan dan perlindungan kepada pengguna platform yang biasa. Namun, kewujudan lebih banyak peraturan juga membuatkan kebebasan dalam mengendalikan transaksi serta ketiadaan sekatan mengejut menjadi terbatas.

Walaupun platform DEX tidak begitu dikawal selia, ia boleh memberi kebebasan yang diperlukan. Namun terdapat risiko yang wujud dalam keistimewaan tersebut. Kurangnya kawal selia bermaksud lebih tinggi risiko terhadap counterparty, pasaran dan pelbagai lagi jenis ancaman. Dalam satu sisi yang lain, pertukaran berpusat diberi kuasa untuk menjaga keselamatan pelanggan dari pelbagai risiko digital. Ini membuatkan pertukaran berpusat tidak berupaya memberi kebebasan pilihan tanpa had. Hakikatnya, tiada pihak yang menang atau kalah dalam aspek ini disebabkan pelabur yang berbeza mungkin mementingkan kebebasan berbanding keselamatan, atau sebaliknya. 

Namun, kejatuhan FTX baru-baru ini memberi impak besar kepada pengguna kripto. Situasi tersebut memberi motivasi kepada mereka untuk mengelakkan risko dalam masa pendek. Jadi, pada ketika ini, pertukaran berpusat dilihat mempunyai kelebihan dari segi aspek ini.

Pertukaran Kripto Berpusat Terbaik 2023

Ketika ini, Binance merupakan pertukaran kripto berpusat terbaik dan paling popular jauh meninggalkan pesaingnya. Binance memiliki alat dagangan dan analitik terkini, UI yang boleh diakses serta margin spread yang ketat. Binance sememangnya platform pertukaran premier yang ditawarkan dalam dunia kripto. Selain itu, pool dana Binance yang ekstensif serta kebolehcapaian berskala besar membolehkan platform ini menawarkan caj transaksi yang rendah.

Binance menawarkan lebih 150 padanan dan menyediakan peluang dagangan percuma untuk Biticoin. 

Namun, Binance dilihat akan pulih sepenuhnyha dan terus mendominasi sebagai platform berpusat paling boleh dipercayai, diakses dan selesa di pasaran. 

Pertukaran Kripto Tidak Berpusat Terbaik 2023

Buat masa ini, Selain itu, Uniswap juga telah berusaha untuk menambahbaik UI dan menawarkan persekitaran tidak berpusat dan mudah kepada pemilik kripto biasa. Likuiditi sentiasa menjadi isu kepada platform DEX dan Uniswap menyediakan pilihan pengurusan likuiditi yang lebih berkesan. Walaupun masih lagi berfungsi secara automatik, liquiduity pool Uniswap masih ditahap keberkesanan yang sama dalam mengagihkan pool funds dan mengekalkan harga dengan purata pasaran. 

Uniswap dalam usaha menyelesaikan isu asas yang dihadapi oleh platform DEX. Walaupun belum mencapai tahap aksesibilit, pantas dan murah seperti Binance atau pilihan CEX yang lain, ia berada di landasan tepat untuk menggabungkan kedua-dua variasi tersebut. Sekiranya Uniswap mampu menyelesaikan isu akses dan likuiditi, pasti platfom ini akan menjadi pilihan utama untuk pertukaran mata wang kripto tidak berpusat;  

Kesimpulan

Kedua-dua variasi berpusat dan tidak berpusat menyediakan perkhidamatn penting dalam pasaran krtipto. Pertukaran berpusat dapat memastikan pemilik kripto dapat berdagang dalam persekitaran yang sudah terbiasa dan lancar. Sementara itu, pertukaran tidak berpusat pula cuba untuk memenuhi janji awal teknologi blockchain, dengan hasil yang berbeza-beza. Walaupun matlamat akhir adalah menghasilkan hibrid sempurna antara kedua-dua variasi ini, landskap kripto perlu mengorbankan keselesaan atau manfaat pertukaran tidak berpusat. 

Walaubagaimanapun, usaha terkini untuk mengutamakan kembali teras teknologi kripto, pasaran kripto boleh menerima sebuah platfrom yang menggabungkan semua kelebihan yang telah dibincangkan sebelum ini. Buat masa sekarang, pertimbangkan pilihan anda dengan teliti dan pilihlah platform pertukaran kripto yang mengutamakan apa yang anda inginkan. 

Soalan Lazim

Adakah Binance berpusat atau tidak berpusat?

Dalam versi terkini, Binance lebih berpusat memandangkan teknologi berpusat membolehkan platform ini menyediakan pilihan dagangan yang paling mudah diakses, optimum, mampu milik dan berbeza di pasaran.

Apakah pertukaran kripto tidak berpusat terbesar?

Uniswap merupakan platform DEX terbesar. Platform ini menawarkan algoritma pembuat pasaran automatik (AMM) terkini dan pilihan dagangan yang agak selesa. Namun, tahap kebolehakses Uniswap masih belum mencapai tahap Binance atau platform CEX yang lain.

Yang mana satu pertukaran terbaik – berpusat atau tidak berpusat?

Semuanya bergantung kepada keperluan khusus dan kegemaran anda. Pertukaran tidak berpusat sesuai untuk individu yang lebih gemar berdagang secara anonimity dan campur tangan minimum dari pihak ketiga. Sementara itu, bagi pengguna yang mengutamakan keselesaan, kebolehakses dan ringkas lebih sesuai dengan platform CEX.

Artikel terkini

Joining The Highly Anticipated iFX Expo Dubai
14.11.2024
B2BINPAY v21: What's New?
B2BINPAY v21: Integrasi Algorand & Solana, Keselamatan Tahap Seterusnya, dan Sokongan Pelanggan yang Dipertingkatkan
Kemas Kini Produk 26.09.2024
How Wallet-as-a-Service Transforms Digital Asset Management
Bagaimana Wallet-as-a-Service Mengubah Pengurusan Aset Digital untuk Perniagaan
Pendidikan 05.09.2024
B2BinPay at Finance Magnates London Summit 2024
B2BINPAY Gears Up for Finance Magnates London Summit 2024: Join Us at the Premier Event for FinTech Innovation
28.08.2024