Reading time

B2BinPay Mengukuhkan Hubungan Global di Latam Family Office Investment Summit

17 - 18 April
Mexico City
B2BinPay at Latam Family Office Announcement Summit

B2BinPay berbesar hati untuk mengumumkan penyertaannya dalam persidangan berprestij, iaitu Latam Family Office Investment Summit (Latam FOIS), berlangsung pada 17-18 April 2024, di Hotel Ritz Carlton di Mexico City. Acara eksklusif ini menjadi platform strategik untuk Kumpulan Syarikat B2Broker untuk menjalin hubungan dengan pemimpin industri dan menunjukkan komitmennya terhadap dagangan global yang semakin berkembang.

Mengenai Latam Family Office Investment Summit

Latam FOIS menghimpunkan eksekutif berpengaruh dan pemimpin syarikat antarabangsa. Peserta berpeluang menyertai sesi dialog kritikal tentang isu perniagaan semasa. Fokus dialog adalah untuk mencari cara untuk meluaskan lagi perkembangan dalam rantau Amerika Latin. Persidangan pada tahun ini mengutamakan penyelesaian inovatif untuk mengatasi cabaran serantau dan menyokong pembangunan ekonomi yang lestari di Mexico. 

Sumbangan B2BinPay

Penyertaan B2BinPay di Latam FOIS menunjukkan komitmen untuk bekerjasama dengan pemegang taruh utama dan menyumbang kepada kemajuan dagangan global. John Murillo, Ketua Pegawai Pembangunan, dan Pamela Linaldi, Pengurus Pembangunan Peniagaan akan mewakili B2BinPay di persidangan tersebut. 

Pamela akan membuat pembentangan yang menerangkan misi teras Kumpulan B2Broker dan berkongsi pencapaian kami dan visi untuk perkembangan pada masa hadapan. Objektif pembentangan ini adalah untuk meningkatkan lagi jenama global kami dan menerokai potensi usaha sama serta peluang untuk terhubung dengan figura terkenal dalam industri.

Membina Kerjasama Strategik untuk Kejayaan Bersama

Latam FOIS berperanan sebagai pemangkin perkembangan ekonomi dengan menghimpunkan pemimpin berpengaruh. Penyertaan B2BinPay menggambarkan komitmennya dalam membina usaha sama strategik yang membantu kejayaan bersama, serta mempercepatkan pertumbuhan di rantau Amerika Latin dan seluruh dunia. B2BinPay begitu teruja menjadi sebahagian daripada persidangan dinamik ini dan berharap dapat menyumbang dalam perbincangan mendalam di Latam FOIS.

Artikel terkini

How Wallet-as-a-Service Transforms Digital Asset Management
Bagaimana Wallet-as-a-Service Mengubah Pengurusan Aset Digital untuk Perniagaan
Pendidikan 05.09.2024
B2BinPay at Finance Magnates London Summit 2024
B2BINPAY Gears Up for Finance Magnates London Summit 2024: Join Us at the Premier Event for FinTech Innovation
28.08.2024
B2BINPAY at The Highly Anticipated Gitex Global 2024
Join us in Dubai For Exciting Tech Discussions at Getix Global
20.08.2024
Joining The World’s Elites at The Blockchain Life Expo
Navigating The Most Advanced Technologies at the Blockchain Life Expo 2024
16.08.2024