B2BinPay B2BinPay telah lama menjadi perintis dalam membangunkan penyelesaian pemprosesan bayaran yang canggih, dengan menawarkan kaedah transaksi baru dalam landskap digital yang berubah dengan pesat ini. Kami teruja untuk memaklumkan anda bahawa kami akan menyertai Finance Magnates Africa Summit pada tahun ini. Sasaran kami adalah untuk mendidik peminat fintech tentang trend terkini dalam industri.
FMAS 2024 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Sandton, Sandton City, Afrika Selatan dari 27 Mei hingga 29 Mei.
Kepentingan Finance Magnates Africa Summit
FMAS 2024 merupakan acara terkenal diperingkat global. Objektif acara ini adalah untuk memberi akses kepada rantau Afrika terhadap kemajuan terkini dalam fintech, dagangan dalam talian, dan mata wang kripto. FMAS 2024 bersedia untuk menerokai landskap dagangan digital secara terperinci dengan penyertaan lebih daripada 150 penceramah dan 120 peserta pameran.
Lebih dairpada 3500 peserta akan turut serta dalam sesi pembelajaran dan bengkel interaktif.
Apa yang B2BinPay Tawarkan untuk Anda
B2BinPay merancang untuk memberi penerangan terperinci tentang pencapaian dan penambahbaikan terkini kami. Tahun 2023-2024 merupakan tempoh kejayaan untuk pasukan kami. Kami telah mengatasi pelbagai batasan dalam teknologi dan menambah produk inovatif dalam platform pemprosesan pembayaran kami.
Delegasi kami akan membentangkan penambahan dan naik taraf yang dilakukan oleh B2BinPay pada platform pemprosesan bayaran kami, membincangkan kepentingan untuk memiliki sistem yang sangat pantas dan berkos rendah dalam landskap digital.
Dapatkan Semua Informasi Terkini Fintech!
FMAS 2024 telah berjaya menempatkan diri sebagai pemain penting dalam membangunkan dan menonjolkan inovasi terkini dalam fintech. Konvensyen tahunan ini menghimpunkan golongan pemikir terbaik dan dalam bidang fintech, kripto, pemprosesan bayaran dan dagangan dalam talian, untuk berkongsi pengalaman praktikal mereka.
Jika anda ingin mengetahui tentang trend dan perkembangan terkini dalam industri dagangan dalam talian, daftar di sini sertai kami di booth #43!