what are unregistered securities in crypto?

Apa Itu Sekuriti yang Tidak Berdaftar? Pertarungan antara Kripto dan SEC

Reading time

Sejak beberapa tahun ini, pasaran kripto dihujani dengan berita tentang kawal selia dan cubaan dari pihak berpusat untuk mengambil alih kuasa tentang perdagangan dan tukaran aset digital.

SEC semakin mengenakan tekanan terhadap pertukaran dan perniagaan yang terlibat dalam mata wang kripto, terutamanya selepas keruntuhan FTX dan kejatuhan coin LUNA. Badan pengawal selia Amerika Syarikat telah menamakan beberapa token dan coin sebagai sekuriti tidak berdaftar serta menyaman organisasi yang menyenaraikan aset-aset tersebut.

Pertempuran antara kripto dan SEC tampak tidak akan diselesaikan dalam masa terdekat, dengan kedua-dua pihak saling berhadapan di Mahkamah di Amerika Syarikat. Mari kita lihat garis masa aktiviti SEC dan masa depan aset kripto.

Isi Penting

  1. Suruhanjaya Sekuritit dan Pertukaran (SEC) merupakan agensi pengawal selia di Amerika Syarikat.
  2. SEC mengenal pasti sesebuah sekuriti, sekiranya sekuriti tersebut lulus dalam ujian Howey, membuat penilaian terhadap pelaburan wang dan pihak-pihak yang terlibat.
  3. SEC menggunakan rangka kerja yang ketat untuk mata wang kripto, serta telah memfailkan saman terhadap beberapa pertukaran dan platform yang mengendalikan sekuriti tidak berdaftar.
  4. Sekuriti berdaftar memerlukan pendedahan maklumat yang terperinci kepada agensi persekutuan. Jika sebaliknya, sekuriti tersebut dikatakan tidak berdaftar dan keadaan ini melanggar Akta Pertukaran Sekuriti AS.

Memahami Sekuriti Tidak Berdaftar

Pengawal selia kewangan kebangsaan mengawal pemindahan dan pemilikan jenis aset tertentu. Aset tersebut perlu didaftarkan bersama agensi kebangsaan atau persekutuan dan memerlukan pendedahan maklumat yang penuh.

Sebagai, saham dan bon dianggap sebagai sekuriti kebangsaan dan memiliki nilai yang bersangkuatan denngan perniagaan yang berdaftar. Jadi, organinasi tersebut perlu mendedahkan dokumentasi lengkap tentang harga pasaran, perubahan milikan, rekod sejarah dan banyak lagi.

Jadi, sekuriti tidak berdaftar boleh dimaksudkan sebagai aset yang tidak didaftarkan di badan pengawal selia yang relevan. Pembelian dan penjualan sekuriti tidak berdaftar dianggap melanggari peruntukan undang-undang. Namun, pihak berkuasa yang berbeza mungkin mengenakan syarat berlainan untuk sekuriti berdaftar. Untuk perkara tersebut, kita akan bincangkan pada seksyen yang seterusnya.

registered securities

Adakah Kripto Sejenis Sekuriti?

Mata wang kripto pertama telah dicipta pada 2009. Objektif mata wang ini adalah untuk mewujudkan sebuah pembayaran tidak berpusat dan sistem simpanan yang tidak bergantung kepada fasilitator atau kerajaan.

Pada peringkat tahun awal mata wang kripto, pihak bank dan kerajaan berpusat tidak begitu memberi perhatian terhadapnya. Kedua-dua pihak ini percaya bahawa mata wang kripto tidak akan bertahan lama.

Namun, lebih banyak aset dan mata wang digital telah diperkenalkan, dan minat komuniti digital terhadap Web 3.0 dan aplikasi tidak berpusat menjadi semakin bertambah. Situasi ini membuatkan pasaran kripto telah bertambah dari segi saiz, permodalan pasaran dan jumlah dagangan. 

Aset digital ini telah menjadi aspek penting dalam gerbang pembayaran, pindahan wang, dan perniagaan dalam talian serta mengukuhkan lagi pengaruh diperingkat global.

Ekoran daripada situasi tersebut, badan pengawal selia mula memeriksa perniagaan yang mengendalikan pelaburan serta transaksi kripto, tanpa mengira jenis aset digital yang terlibat serta menuntut aset tersebut ditftarkan di peringkat kebangsaan.

Tindakan saman yang difailkann oleh badan pengawal selia AS terhadap pertukaran kripto (regulated) yang telah menyenaraikan token dan coin digital, membangkitkan persoalan apakah maksud sekuriti dari perspektif kripto. Selain itu, apakah kriteria untuk kelulusan diberikan?

Pegawal selia di Amerika Syarikat berhujah bahawa mata wang digital mewakili pemilikan terhadap sesebuah aset yang dikeluarkan oleh perniagaan berdaftar – pengasas coin atau token. Keadaan ini membuatkan mata wang digital tersebut dianggap sebagai kontrak yang sah. Namun, hujahan tersebut tidak terpakai untuk Bitocin. Persoalannya, kripto yang mana bukan sebuah sekuriti?

Keputusan SEC Terhadap Mata Wang Kripto

Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran (SEC) Amerika Syarikat merupakan pihak berkuasa Persekutuan yang mengawal pasaran sekuriti. Badan tersebut ditugaskan untuk mengawal cara transaksi dikendalikan, melindungi hak-hak pelabur dan peserta pasaran serta memastikan integriti dan keadilan dalam perdagangan.

SEC ditubuhkan pada 1934 sebagai pihak berkuasa berpusat di mana perniagaan mendaftarkan aktiviti, platform pertukaran mendedahkan maklumat, dan pihak syarikat memfailkan status milikan dan pegangan saham. Fokus SEC adalah terhadap dagangan saham dan bon, memandangkan kedua-dua sekuriti terbesar dalam industri tersebut mempunyai impak signifikan pada ekonomi negara.

Sebagai contoh, apabila sesebuah syarikat disenaraikan untuk pemilikan awam, syarikat tersebut akan menerima kelulusan IPO dari SEC di mana transaksi akan direkodkan dan penilaian akan dibuat bagi memastikan pematuhan penuh terhadap undang-undang yang relevan.

Namun, peristiwa yang berlaku dalam pasaran baru-baru in kripto telah menarik perhatian SEC. Sebagai pengawal selia, SEC ingin menamatkan kejatuhan teruk stablecoin TerraUSD (UST), yang mendorong kepada keruntuhan LUNA, dan pendedahan tentang penyalahgunaan kewangan yang dilakukan oleh sebuah pertukaran kripto terkenal.

Sejak daripada itu, Gary Gensler, pengerusi SEC, telah mengambil tindakan dan memfailkan saman terhadap pertukaran kripto yang menjual sekuriti kripto yang berdaftar.

Pengawal selia kewangan persekutuan AS memandang sinis terhadap mata wang dan token digital. Badan tersebut mendakwa sekiranya tidak dikawal selia, ia akan membawa malapetaka kepada kewangan dan satu-satunya cara untuk menjamin manfaat daripada mata wang dan token digital adalah dengan menawarkannya sebagai aset berdaftar.

duties of the SEC

Syarat Kelayakan untuk Sekuriti

SEC telah menakrifkan sekuriti sebagai intrumen kewangan sepertimana menurut Akta Syarikat Pelaburan, yang melibatkan pemilikan dalam perniagaan yang disenarai awam, hak untuk menuntut pemilikan terhadap aset syarikat, atau satu perjanjian untuk memberi/menerima kredit antara sebuah syarikat dan sebuah entiti kerajaan. Ketiga-tiga situasi tersebut merupakan definisi untuk saham, option, dan bon.

Untuk menentukan kripto yang mana tidak ditakrifkan sebagai sekuriti, SEC menggunakan Howey Test. Kaedah ini merupakan langkah untuk mengetahui sama ada aset atau transaksi tersebut boleh dianggap kontrak pelaburan yang mengikat secara sah, seterusnya tertakluk di bawah peraturan SEC. Berdasarkan Howey Test, kontrak pelaburan wujud jika,:

  • Pelaburan wang terlibat. 
  • Pelaburan tersebut mungkin menjana keuntungan.
  • Pelaburan wang yang melibatkan orgranisasi yang didagangan secara umum.
  • Promoter pihak ketiga dan penjual boleh menjana pulangan.

Ujian ini terpakai untuk aset dan transaksi kewangan dan tawaran coin permulaan (ICO) yang digunakan untuk mendapatkan coin atau token kripto yang baru diperkenalkan.

Howey test

Sekuriti Berdaftar vs Sekuriti Tidak Berdaftar

Tindakan yang diambil SEC terhadap mata wang digital dan platform pertukaran membangkitkan pertanyaan tentang apakah jenis sekuriti untuk coin kripto dan kriteria apakah yang dianggap sebagai sekuriti tidak berdaftar.

SEC menggunakan ujian Howey (Howey Test) untuk menilai sekuriti yang boleh didagangkan. Oleh itu, sekiranya sesebuah entiti atau aset melepasi ujian tersebut, ia dianggap sekuriti negara yang perlu didaftarkan.

Pendaftaran sekuriti merupakan kaedah untuk melindungi pelabur daripada penipu (scammer) dan perniagaan haram. Ini kerana pendaftaran memerlukan pendedahan maklumat kewangan untuk mencegah skim penipuan. 

Pihak SEC menyatakan bahawa, melainkan terdapat pengecualian diberikan, semua dagangan dan transaksi awam perlu didaftarkan di agensi Persekutuan tersebut. Jika tidak, sukar bagi pihak pengawal selia untuk mengesan transaksi haram atau mengenal pasti pengubahan wang haram dan aktiviti yang mencurigakan.

Jadi, mana-mana sekuriti yang boleh didagangkan yang tidak mendedahkan maklumat atau diuruskan oleh sebuah pertukaran tanpa melibatkan pendaftaran bursa atau broker sekuriti berpusat ditakrifkan sebagai tidak berdaftar, seterusnya melanggar undang-undang sekuriti dan pertukaran AS.

Pendirian SEC Terhadap Mata Wang Kripto

Pihak SEC telah menjalankan ujian Howey ke atas aset kripto dan coin dan telah membuat kesimpulan bahawa kedua-duanya merupakan sebuah sekuriti, jadi ia mesti didaftarkan dengan agensi Persekutuan tersebut. 

Keadaan tersebut mengakibatkan SEC mula memerhatikan syarikat pertukaran dan platform kripto, dan menuntut pihak-pihak tersebut untuk mematuhi undang-undang sekuriti persekutuan. Ini termasuk dokumentasi yang komprehensif dan pendedahan maklumat transaksi, aset disenaraikan dan pihak yang terlibat dalam dagangan.

Komuniti kripto membantah tindakan tersebut. Ini kerana ia bertentangan dengan asas mata wang tidak berpusat dan blockchain yang tidak dikawal oleh pihak atau pengawal berpusat.

Namun, pemakaian undang-undang tersebut telah dikenakan SEC ke atas pertukaran tidak berpusat. Memandangkan majoriti platform tidak berdaftar sebagai pertukaran atau broker sekuriti kebangsaan, beberapa siri tindakan undang-undang telah dimulakan terhadap platform tersebut.

the SEC lawsuits against crypto exchanges

SEC vs Ripple

Pada 2020, pihak SEC telah menyaman Ripple, pembangun blockchain dan token XRP, atas dakwaan memungut dana menggunakan mata wang kripto sebagai sekuriti tidak berdaftar dan berjaya mengumpul lebih $1 billion daripada aktiviti ini.

Sementara itu, pihak Ripple berhujah bahawa XRP bukan sekuriti berdaftar. Ini disebabkan Ripple tidak ditawarkan kepada pelabur institusi. Sebaliknya, token XRP dijual melalui pertukaran dan peruncit dalam talian. Ini menjadikan Ripple bukan dianggap sebagai sekuriti seterusnya, tidak tertakluk pada pendaftaran Persekutuan.

Pemfailan saman terhadap Ripple telah memberi kesan pada pasaran sebelum crypto boom berlaku pada 2020, di mana harga BTC mencapai rekod tertinggi pada harga $64,000 dan juga untuk coin dan token kripto lain. Namun, XRP tidak mengalami nasib yang sama, terutamanya apabila platform utama, seperti Coinbase telah menyahsenarai penawaran XRP daripada platform tersebut. Situasi ini menambah keraguan terhadap masa depan blockchan dan mata wang tersebut.

Pada 2023, mahkamah di New York telah membuat keputusan untuk tidak mendakwa pembangun blockchain tersebut. Ini kerana XRP tidak dijual kepada umum menggunakan platform pertukaran dan dagangan, serta bukan dijual kepada pelabur. 

SEC vs FTX

Insiden kejatuhan FTX, sebuah pertukaran kripto menjadi topik utama selain daripada kejatuhan yang dialami oleh kebanyakan kripto pada 2022. Keruntuhan tersebut berpunca daripada salah urus kewangan dan strategi yang tidak jelas serta mekanisme yang digunakan untuk memegang dana pedagang, yang telah didedahkan oleh sebuah laman berita kripto.

Platform tersebut, yang juga platform ketiga terbesar ketika itu telah didapati meletakkan dana pelabur dalam syarikat seinduk (sister company) sendiri dan token natif yang dimiliki oleh FTX. Situasi ini menimbulkan kegusaran kepada pemilik akaun. 

Binance menjual semua pegangan dalam FTT, membuatkan token kripto natif FTX tersebut mengalami deflasi dan menimbulkan keadaan panik dalam pasaran. Lebih ramai peserta mengeluarkan wang dan mengosongkan akaun mereka. Kesannya, dalam masa sepuluh hari selepas itu, FTX mengumumkan krisis likuiditi telah berlaku.

FTX cuba untuk keluar daripada Binance dan usaha sama yang lain, namun kes tersebut menjadi terlalu kompleks sehingga menyebabkan tiada siapa yang sanggup menguruskannya. Akhirnya, pertukaran kripto tersebut runtuh dan SEO FTX pada waktu itu, Sam Bankman-Fried telah didakwa atas tujuh kesalahan, termasuk penipuan sekuriti dan pengubahan wang haram.

FTX coin crash

SEC vs Coinbase

Pada tahun 2023, SEC telah membuat keputusan bawah Coinbase, pertukaran kripto terbesar, telah melanggar Akta Sekuriti dengan menjual sekuriti tidak berdaftar yang mengandungi sebanyak tujuh token, seperti Polygon, Solana, Cardano dan lain-lain.

Pihak pengawal selia AS mendakwa kesemua token tersebut dianggap sekuriti, dan perlu didaftarkan. Namun, pihak Coinbase itu sendiri tidak pernah mendaftarkan dirinya sebagai pertukaran atau broker sekuriti. Ini membuatkan penyenaraian token tersebut oleh pertukaran sekuriti yang tidak berdaftar, adalah salah disisi undang-undang.

Namun, Coinbase berhujah bahawa token kripto tersebut tidak layak dianggap sebagai sekuriti berdaftar. Ini kerana token tersebut tidak ditawarkan kepada pelabur institusi. Tambahan lagi, Coinbase menyatakan pihaknya tidak pernah dituntut untuk menjadi sebuah pertukaran yang berdaftar ketika Coinbase membuat pendaftaran rasmi pada 2021.

Tindakan saman SEC terhadap Coinbase masih lagi berlangsung. Namun, Coinbase telah memfailkan rayuan pada Januari 2024, dengan meminta mahkamah di New York untuk menggugurkan kes tersebut berdasarkan hujahan yang digunakan dalam pembelaannya.

SEC vs Binance

Pada 2023, SEC telah menemui mangsa seterusnya dengan memfailkan saman terhadap Binance, salah satu pertukaran terbesar dan paling popular di dunia. Antara pertuduhan yang dikenakan terhadap Binance adalah memberi gambaran yang salah untuk alat perdagangan dan menawarkan sekuriti yang tidak berdaftar.

Pihak SEC telah menuduh Binance dan pengasasnya, Changpeng Zhao telah mengumpulkan lebih $11 billion daripada perdagangan, penjualan dan pertukaran aset yang tidak didaftar. Selain itu, SEC juga mempersoalkan tentang status undang-undang program staking Binance dan pilihan pinjaman yang ditawarkan dengan mata wang natif pertukaran tersebut, BNB.

Kes tersebut telah diselesaikan selepas kedua pihak mencapai persetujuan bayaran $2.7 billion yang dibayar oleh syarikat pertukaran tersebut, dan SEO Binance telah meletak jawatan selepas mengaku bersalah terhadap kesalahan pengubahan wang haram.

Fakta Ringkas

Changpeng Zhao mengetahui tentang Bitcoin semasa sedang bermain kad poker pada 2013. Selepas itu, disebabkan minat berterusan dan ingin mencari mata wang kripto dengan melancarkan sebuah penyedia pembayaran dan platform pertukaran kripto, iaitu Binance.

Bitcoin Spot ETF

Dagangan Bitcoin ETF spot telah menjadi isu utama untuk pedagang dan pengawal selia AS. Selepas sekian lama menunggu SEC telah meluluskan dagangan Bitcoin spot ETF. Keputusan ini dilihat dapat menyumbang kepada pasaran bull yang sememangnya sememangnya dijangkakan akan berlaku.

Firma pelaburan utama di Amerika Syarikat, seperti BlackRock dan Fidelity Investment, merupakan antara pemohon utama yang ingin menyenaraikan BTC dalam dagangan spot ETF, sebuah harapan yang kini menjadi realiti.

Komuniti, pelabur dan platform kripto meletakkan sangat berharap keputusan SEC tersebut akan memberi motivasi kepada pedagang untuk meningkatkan transaksi dan pegangan dalam BTC, seterusnya melonjakkan harga coin dan berpotensi untuk melepasI rekod sebelum ini yang dicatatkan pada 2021.

Spot Bitcoin ETF trading

Adakah Bitcoin Sejenis Sekuriti

Cara pihak SEC seolah-olah menggangap Bitcoin sebagai “sekuriti yang tidak berdaftar”, walaupun berkali-kali mengulangi idea bahawa Bitcoin merupakan sekuriti dalam kategori tersebut. Situasi ini menimbulkan persoalan apakah yang dimaksudkan dengan sekuriti dan sama ada Bitcoin ialah sebuah sekuriti yang berdaftar.

Bekas pengerusi SEC telah memberi pandangan dalam perkara ini dengan mengatakan bahawa Bitcoin merupakan mata wang ganti untuk wang fiat. Jadi, ia merupakan pengganti untuk dollar Amerika Syarikat, yen Jepun, pound British, dsb, Oleh itu, ia dianggap sebagai sebuah sekuriti.

Sesetengah pihak berpendapat bahawa, pembangun Bitcoin, tidak seperti coin atau token kripto lain, tidak bergantung kepada pembiayaan awam untuk meningkatkan nilai dan rangkaian Bitcoin. Jadi, ujian struktur coin tersebut tidak memenuhi kriteria dalam ujian Howey.

Kesimpulan

Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran (SEC) Amerika Syarikat sedang memerhatikan dengan teliti pertukaran dan platform kripto yang berurusan dengan aset yang tidak berdaftar, seperti coin dan token.

Pihak SEC telah menggunakan ujian Howey bagi mengenal pasti jenis pelaburan, model penjanaan wang dan pihak-pihak yang terlibat, untuk menentukan sama ada ia ditaktrifkan sebagai sekuriti atau sebaliknya. Pendaftaran dalam konteks sekuriti bermaksud, transaksi dan pemilikan perlu didedahkan kepada agensi Persekutuan dengan segera dan dalam bentuk komprehensif.

Namun, tindakan ini telah mendapat bantahan. Ini kerana pelabur kripto melihat ia sebagai satu pelanggaran terhadap sifat asas mata wang kripto, iaitu bersandarkan yang blockchain dan rangkaian tersuai padan (peer-to-peer) yang tidak berpusat, bertentangan dengan tertakluk di bawah kawalan pihak berkuasa berpusat.

SOALAN LAZIM

Apa itu sekuriti tidak berdaftar?

Sebarang aset yang boleh didagangkan, yang tidak didaftar sebagaimana menurut peraturan SEC, dianggap sebagai sekuriti tidak berdaftar. Pendaftaran ini menuntut dokumentasi kewangan yang komprehensif, termasuk transaksi dan pelaburan kripto.

Adakah peraturan SEC terpakai untuk Kripto?

SEC menggunakan ujian Howey untuk menentukan sama ada sesebuah aset dianggap tertakluk di bawah undang-undang SEC yang relevan. Apabila subjek (aset) tersebut melepasi ujian itu, ia perlu didaftarkan dengan agensi Persekutuan.

Mengapa pihak SEC menyerang kripto?

SEC memberi perhatian terhadap kripto dan pertukaran sebagai lapisan perlindungan kepada pelabur runcit, terhadap aktiviti haram, terutamanya selepas berlakunya banyak keruntuhan pertukaran dan token.

Apa yang akan berlaku jika kripto dianggap sebagai sekuriti?

Jika mata wang kripto dianggap sebagai sekuriti, dokumentasi dan pendedahan perlu dilakukan dengan penuh ketelusan, tidak kira jika ia melibatkan dagangan kripto, pindahan atau pelaburan dalam program staking. Namun, tindakan tersebut bertentangan dengan sifat kripto yang tidak berpusat dan dinamik.

Artikel terkini

Joining The Highly Anticipated iFX Expo Dubai
14.11.2024
B2BINPAY v21: What's New?
B2BINPAY v21: Integrasi Algorand & Solana, Keselamatan Tahap Seterusnya, dan Sokongan Pelanggan yang Dipertingkatkan
Kemas Kini Produk 26.09.2024
How Wallet-as-a-Service Transforms Digital Asset Management
Bagaimana Wallet-as-a-Service Mengubah Pengurusan Aset Digital untuk Perniagaan
Pendidikan 05.09.2024
B2BinPay at Finance Magnates London Summit 2024
B2BINPAY Gears Up for Finance Magnates London Summit 2024: Join Us at the Premier Event for FinTech Innovation
28.08.2024