Reading time

Mengimbas Kehadiran B2BinPay yang Memberi Impak di FMLS 2022

Recap of B2BinPay's Impactful Presence at FMLS 2022

Salah satu acara fintech utama di UK, Finance Magnates London Summit 2022, berlangsung dari 21 hingga 23 November, 2022 dan B2BinPay meraih pengalaman unik di sana. Pasukan kami mendapat peluang hebat untuk berkongsi idea kreatif dan kerja kami bersama pakar terkenal di seluruh dunia.

Tentang FMLS 2022

Finance Magnates London Summit merupakan acara yang dinanti-nanti yang menghimpun pemain paling berpengaruh dalam perdagangan online dan perkhidmatan kewangan. Setiap tahun, selama 2.5 hari, peserta berkumpul untuk terhubung, berkongsi idea dan melakukan transaksi perniagaan di salah satu bandaraya utama di dunia – London!

Hampir 3,500+ orang menghadiri kemuncak pada tahun ini untuk terhubung dan belajar dari lebih 130 penceramah dan 150 peserta pameran (exhibitor) dari pelbagai perniagaan fintech dan perdagangan online utama. Peserta berpeluang untuk menjalin hubungan dengan penyedia perkhidmatan utama dan syarikat terbaik dalam membawa industri kewangan lebih kehadapan.

Bank, dana lindung nilai (hedge fund), dan penyedia teknologi dan likuiditi merupakan antara syarikat yang hadir – organisasi yang memberi impak ketara dalam industri kewangan. Kehadiran wakil B2BinPay di acara tersebut untuk menjawab sebarang soalan dan memberi penerangan mendalam tentang produk kami.

Kehadiran kami

Pasukan kami mendapat peluang hebat untuk berkongsi pengetahuan bersama delegasi dari seluruh dunia di persidangan tersebut.

John Murillo, Chief Dealing Officer, turut serta sebagai panel perbincangan bertajuk “Perdagangan Dalam Talian: Jangkaan Masa Hadapan” di Pentas Utama. Beliau dan pakar perniagaan lain bercakap tentang kesan berpotensi kemunculan teknologi yang terdapat pada landskap perdagangan dalam talian, termasuk kecerdasan buatan, penyelesaian pemprosesan kripto, dan undang-undang baharu.

FMLS 2022 | Perdagangan Dalam Talian: Jangkaan Masa Hadapan

Tajuk “Trend Forex dan Kripto 2023” dibentangkan oleh Arthur Azizov, CEO B2BinPay berjaya menarik minat penonton dari pentas utama. Dengan mendalami trend semasa yang akan mempengaruhi kedua-dua industri pada masa akan datang, Arthur memberi penjelasan tentang jangkaan terhadap pasaran Bitcoin dan Forex pada masa akan datang.

FMLS 2022 | Trend Forex dan Crypto 2023

Perbincangan “Teknologi back-office sebagai Teras dalam Setiap Perniagaan FinTech” oleh Ivan Navodnyy, CPO kami sangat berinformatif. Beliau menerangkan tentang pelbagai cara back-office boleh menggalakkan produktiviti selain daripada hubungan kenalan yang sememangnya penting untuk operasi korporat yang lancar.

FMLS 2022 | Penyelesaian Back Office Terbaik untuk Perniagaan FinTech Anda

Dalam pebincangan panel “Trend dalam Pemprosesan Pembayaran 2023,” Mina Louka, CEO untuk B2BinPay UK dan Eqwire, bercakap dengan beberapa profesional terkenal tentang kemajuan terkini dalam pembayaran digital dan bagaimana ia boleh memberi kesan terhadap industri perkhidmatan kewangan.

FMLS 2022 | Trend dalam Pemprosesan Pembayaran 2023

Mengimbas FMLS 2022 Wrap-Up

Untuk seluruh pasukan B2BinPay team, Finance Magnates London Summit 2022 merupakan pengalaman menakjubkan. Maklum balas yang kami terima dari peserta menyuntik inspirasi kepada kami, dan kami teruja untuk terus berusaha dan menawarkan penyelesaian terkini untuk rakan kongsi dan pelanggan kami di seluruh dunia!

Kami berterima kasih kepada semua yang hadir di acara tersebut, dan berharap dapat berjumpa anda di persidangan pada tahun hadapan!

Artikel terkini

Joining The Highly Anticipated iFX Expo Dubai
14.11.2024
B2BINPAY v21: What's New?
B2BINPAY v21: Integrasi Algorand & Solana, Keselamatan Tahap Seterusnya, dan Sokongan Pelanggan yang Dipertingkatkan
Kemas Kini Produk 26.09.2024
How Wallet-as-a-Service Transforms Digital Asset Management
Bagaimana Wallet-as-a-Service Mengubah Pengurusan Aset Digital untuk Perniagaan
Pendidikan 05.09.2024
B2BinPay at Finance Magnates London Summit 2024
B2BINPAY Gears Up for Finance Magnates London Summit 2024: Join Us at the Premier Event for FinTech Innovation
28.08.2024